Followers

Tuesday, March 8, 2011

Kasihan Blogger Tukar Tiub.

Mengapa tidak ditukarkan terus tayarnya?


Terus terang, saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Sebelum wujudnya dunia blog saya kenali beliau kerana seorang yang aktif dalam gerakan pelajar. Saya kesal kerana belum menonton 'magnum opus'nya, Dari Jemapuh ke Manchester. Kata orang, karyanya itu gagal 'connected' dengan penonton tempatan. Maklumlah, beliau terlalu idealist, lama pula duduk di negara omputih.

Beliau dibenarkan pulang ke Malaysia, dan ketika era reformasi sekali sekala nampak kelibat beliau semasa berdemo. Kadang-kadang, saya terbaca tulisannya - dalam Inggeris - dibeberapa majalah. Ketika itu blog belum ada, mungkin  kerana itu beliau memilih media konvesional.

Hishamudin Rais mampu menulis dengan baik, apabila saya membaca tulisannya ketika dia 'waras'. Tulisan 'waras'nya sering diterbitkan dalam Malaysia Kini, kadang-kadang Sun. Di mana-mana dalam tulisannya, masih nampak api kemarahan yanng belum padam. Maklumlah, beliau bekas 'the angry young man' yang sudah tua.

Hishamudin Rais  dilahirkan memberontak. Memberontak kerana beliau dilahirkan. Memberontak kerana dunia beliau tinggal ini tidak sempurna. Memberontak terhadap ketidakadilan sosial. Memberontak terhadap kesenangan insan-insan lain. Memberontak terhadap kesusahan mungkin buatan beliau sendiri. Memberontak terhadap kejayaan orang. Memberontak terhadap kegagalan sendiri. Memberontak tanpa sebab.

 Rebel without a cause.

Dalam kedudukan Alexa blog di Malaysia, beliau sering duduk dibelakang Tranukite, dalam top 5. Ini menunjukkan beliau seorang yang 'berpengaruh'. Dalam negara demokrasi, beliau gunakan apa saja, malah ada gambar lubang anus untuk mengalahkan kerajaan yang beliau benci. Apalagi trademark 'KAH KAH KAH KAH KAH KAH' dan "WOIT'nya.

Berpengaruhkah beliau? Wallahualam.

Beliau sering menggalakkan anak muda - terutama mahasiswa - agar turun ke jalanan memprotes kekejaman kerajaan. Sebagai role model, beliau sendiri gagal. Gagal menjadi seniman ampuh. Gagal menjadi 'Che Guevara'. Gagal menjadi director sehebat Kubrick atau U-wei Shaari. Gagal jadi pemikir yang bernas. Gagal juga sebagai professional agitator seperti Stalin.

Ingin menjadi revolusionary seperti Che tapi hanya jadi armchair revolusionary - duduk belakang laptop saja.

Kasihan dia kerana dilahirkan dibumi yang salah dengan masyrakat yang salah. Beliau berbakat, tetapi gagal mengembangkannya kerana terlalu marah. Marah hingga ke tua. Ketawa puas-puas dengan lelucon politik. Habis ketawa nanti mati dan sirna dari masyarakat Melayu.

Kasihan Tukar Tiub. Tolong jangan berhenti ketawa kerana apabila ketawa terhenti, anda mungkin diketawakan.

Mengapa saya tulis pasal dia? Oh hari ini saya iseng. Mari dengar Bee Gees, 'I started a joke'.

I started a joke
which started the whole
world crying.

But I didn't see
that the joke 
was on me
Oh no.

I started to cry
which started the
whole world laughing

Oh if I'd only
seen that the
joke was on me

Tak best, tak best, mari dengar you tube


Rupa-rupanya satu dunia mentertawakan 'dia' kerana jokenya hendak menjatuhkan kerajaan dengan gambar anus dan 'KAH KAH KAH'.


KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

WOIT!

5 comments:

blogenstarz said...

Bila mabok dia waras.
Bila waras dia jadi tak betul.
Bila tak betul dia akan ketawa

KAH KAH KAH KAH KAH KAH......


WOIT !!!!!!!!!!!!!!!!!!!

mat saga said...

apa kelas hishamudin rais nie...

kalau ikut kata orang tua... orang yang selalu baran dan asik memberontak je adalah berpunca daripada syaitan yang terlampau banyak dalam badan... biasala... kalau dah syaitan banyak dalam badan... memberontak je lee...

naka kata bagus dalam pengarahan filem... hampeehhh... buat filem tapi jadi rojak..... kah kah kah kah... sapa yang tengok filem dia... tapi dia nie macam dr rozmeii jugak... kat filem dia 40-50 juta orang tengok.... kah kah kah kah... standard spielberg tuuu...

dah la tu... hishamudin nie konon perasaan dia berani... tapi penakut sebenarnya.... buat huru hara... bila polis cari cari... terus lari... duduk kat london... kah kah kah... spesis tak ada telor je lari...

udah-udah le tu tukar tiub... tak lama lagi... orang naik moto tak pakai tiub lagi dah... semuanya pakai tayar tubeless.... nasihat dari gua brader... lepas nie kalau nak lari pergi la kat mesir... duduk jadi warga negara mesir pulak...

Jeepers Creepers said...

akupun suka penulisan dia apabila dia waras..tapi kalau time dia tengah "mabuk", lubang taikpun dia jilat huhuhu..

sayang dia ada bakat, ada ilmu tapi disalahguna..bakat dan pemikiran dia kalau diguna ke jalan yang betul, memang boleh membantu golongan remaja.

Anonymous said...

woittt..dia mmg bkn che guevara..dia hanya pelawak yang teringin nak mask siri raja lawak tapi tak kesampaian

jgn dia mati kempunan sudah kah kah kah

Anonymous said...

Salam saudara,
Satu lagi artikel terbaiiik dari lu..gua selalu juga bagi komen dkt blog tt tu..tapi biasalah ada pendokong2 tegar akan memaki-hamun gua...teruskan artikel yang lebih menyusuk kalbu pendokong2 pakatan..well done!