Juak-juak Anwar, malah blog Anwar sendiri heboh memperkatakan tentang bahan bukti yang ditolak seolah-olah mereka telah menang kes. Kawan, far from it.
Ini isu teknikal. Banyak kes dalam mahkamah, seseorang itu terlepas bukan kerana kejadian tidak berlaku tetapi kerana teknikaliti. Seorang lawyer criminal yang baik adalah yang pandai exploit kelemahan teknikal lawannya.
Benar tiga bahan bukti - tuala Good Morning, botol air mineral Cactus dan sikat - adalah sumber perbandingan DNA Anwar dengan DNA lelaki Y dari sperma dalam anus Saiful. Menurut keterangan pakar kimia, Nor Aidora Saedon, sampel DNA dari tiga bahan bukti itu adalah sepadan dengan DNA lelaki Y. Persoalannya di sini bukan bahan bukti itu ditolak kerana DNAnya tidak matching tetapi cara bahan bukti itu diperolehi.
Zulkifli Nordin, juga seorang peguam menyatakan kehairanannya mengapa Pendakwaraya masih memasukkan ketiga-tiga bahan berkenaan sebagai bahan bukti sedangkan pihak Anwar sudah membantah kerana cara ianya diambil sebagai tidak sah.
Ada dua isu di sini yang pembaca kena faham. Pertama adalah sampel DNA Anwar dari bahan bukti itu menunjukkan DNA Anwar adalah match dengan DNA lelaki Y. Walaupun ianya match, tapi bahan bukti itu tidak boleh diterima pakai dalam mahkamah kerana cara ianya diperolehi.
Saya sependapat dengan Zulkifli Nordin, cara terbaik untuk memperolehi sample DNA Anwar adalah dengan cara Anwar sendiri secara sukarela membenarkan ianya diambil. Jika Anwar dipihak benar, mengapa perlu takut. Pakar forensik boleh ambil contoh DNA Anwar melalui peluh, rambut, sel-sel kulit dan darah. Baca pandangan Zulkifli disini.
Dengan penolakan tiga bahan bukti yang diperolehi dengan cara illegal membuktikan mahkamah mengamalkan undang-undang berdasarkan prinsip Common Law dan mustahil untuk berkonspirasi dalam soal teknikal seperti yang didakwa oleh Anwar.
Sebagai layman, sukar untuk Anwar memahami betapa kompleksnya sistem perundangan untuk dieksploitasi sewenang-wenangnya. Dan kegagalan Pendakwaraya memperolehi secara sah DNA Anwar bukan bererti kes ini sudah menemui keputusannya. Jauh dari itu.
Jika Pendakwaraya lemah dari segi teknikal juga, Anwar masih boleh dibebaskan. Dalam sistem kita percaya, seseorang itu tidak bersalah hingga dibuktikan bersalah dan lebih baik melepaskan seratus orang bersalah dari menghukum seorang yang tidak bersalah.
Kita tunggu move pendakwaraya yang seterusnya.
Stay tune.
No comments:
Post a Comment