Followers

Friday, March 4, 2011

Anwar vs Umi Hafilda di Rumpun Makmur.

Semalam,  Ketua de facto PKR, Anwar Ibrahim telah dimalukan oleh Ummi Hafilda yang selama ini beliau sifatkan sebagai nyamuk. Ceramah PAS dan BN yang diadakan semalam berhampiran, hanya dipisahkan oleh sebatang jalanraya. Kira-kira tiga ribu orang hadir semalam, ingin menyaksikan pertembungan yang dinanti-nantikan selama ini.

Umi memulakan ucapannya pada 9.30 malam. Anwar memulakan ucapannya pada 10.20 malam. Ummi mencabar Anwar menjawab segala tuduhannya. Ummi minta Anwar bersumpah dia tidak meliwat. Umi juga menuduh Anwar bapa perasuah dengan menyebut saudara mara Anwar yang menjadi kaya raya semasa Anwar Menteri Kewangan.

Anwar tidak menjawab semua tuduhan Umi. Sebaliknya Anwar, seperti biasa dengan retoriknya membawa pendengar ke Timur Tengah, ke Libya, Mesir, Tunisia dan sebagainya. Ceramah Anwar kali amat berlainan dengan biasa. Walaupun lewat memulakan ceramahnya, tapi Anwar mengakhiri ceramahnya awal. Sekitar 10.45 dia sudah beredar. Mungkin kalah badi dengan Umi.

Dimalukan oleh Umi, Anwar kelihatan sugul meninggalkan majlis.


Umi meneruskan ceramahnya hingga 11 malam. Pendengar bagaikan berpuashati melihat kejadian yang jarang berlaku ini. Anwar dan Umi dapat bertembung 'face to face.' Anwar meninggalkan majlis dengan wajah sugul. Kehadirannya tidak banyak membantu PAS, sebaliknya berjaya mengaibkan dirinya sendiri oleh seorang wanita bernama Umi. 

DAP langsung tidak kelihatan. Adakah Kerdau bermulanya perpecahan Pakatan Rakyat? Anwar dimalukan, PAS bagaikan layu dan DAP tidak mahu terlibat. 

Sama-sama kita saksikan keputusan Merlimau dan Kerdau pada 6hb Mac ini.

Stay tune.

3 comments:

Anonymous said...

biasala dik tribuana bak kato org cinta tak berbalas sampai ketua la lu

Anonymous said...

STB pastikah BM menang di Kerdau

Anti Gay Tua said...

DAP tidak mahu terlibat? Hmm...Cina jugak yg pandai...yang Melayunye bodo dan sanggup dikudakan oleh DAP...

Pikir2 kan la ekstremis PR dari kalangan Melayu...