Akhirnya Interlok telah di sunting. Dari 106 tuntutan untuk pindaan novel berkenaan, 19 telah 'diperkenankan'. Saya pernah kata saya tidak setuju pendidikan dipolitikkan. Malaysia bukan negara pertama mengalami masalah yang sama. Tom Sawyer, penulis Amerika yang terkenal dengan novel Huckleberry Finn menulis perkataan seperti 'nigger', malah 'pariah' dalam novelnya. Karya beliau tidak diedit dan diajar disekolah-sekolah Amerika. Dan Amerika merupakan sebuah negara liberal dan demokratik pujaan seluruh dunia.
Selama 40 tahun Interlok telah dibaca dan menjadi khazanah karya Malaysia, maka sekarang ini baru dipersoalkan perkara-perkara sensitif yang menganggu 'ketenteraman kaum'. Selama 40 tahun sudah berlalu rakyat Malaysia tidak menyedari kewujudan karya seni ini kecuali kepada golongan yang berminat.
Dan kita meladeni tuntutan mereka. Cawat ditukar kepada dhoti, ejaan 'tali' juga perlu mengikut acuan India iaitu taali. Dan menurut Outsyed the Box, dhoti merupakan pakaian kasta Brahmin. Sememangnya kaum India yang datang sebagai buruh estate memakai 'cawat' ketika menoreh pada zaman British. Hanya kerana ingin menaikan taraf mereka di Malaysia ini maka sebuah karya perlu diubah.
Perkara ini memang relatifnya remeh, tetapi ia menunjukkan ketidaktegasan ahli politik kita. Satu tuntutan diikuti maka akan lebih banyak dan lebih banyak bakal dituntuti. Dalam posting sebelum ini, wakil DAP berambut putih itu minta Interlok membuang ayat kaum pendatang.
Apa sudah jadi dengan Malaysia. Kita tidak boleh menulis mengikut fakta. Kita terpaksa menulis samada fiction atau sejarah mengikut apa yang mereka suka. Semuanya customade. Dan ada yang sering berkata, 'Sejarah ditulis oleh pemenang'.
Dalam epic The Great Concubine the Conqueror, seorang yang telah mengkhianati tuannya menangis melihat nasib bekas tuannya yang bakal tewas. Dan seorang rakannya mengingatkan: "Jangan bimbang, sejarah hanya akan mengenangi orang yang menang, dan tidak ada tempat untuk orang yang kalah".
Sejarah hanya mengingati orang Rom yang telah menghapuskan sama sekali bangsa Gaul di Eropah. Orang-orang Gaul, Visigoth, Hun, Carthage dan berbagai lagi akhirnya sirna, terjajah dan terlarut dalam budaya, adat resam dan bahasa Rom. Mereka masih wujud sebagai tribe, tetapi sebagai bangsa mereka terhapus apabila tidak ada negara merdeka, bahasa sendiri dan budaya sendiri.
Di Malaysia, kita tidak memaksa mereka melarutkan diri dalam kebudayaan bangsa tunggak iaitu Melayu. Tidak seperti di Indonesia kita membenarkan mereka mengamalkan adat resam dan bahasa mereka. Namun akhirnya mereka yang memaksa kita mengikut acuan mereka. Jika ditakdirkan bangsa Melayu menjadi bangsa yang kalah, maka sejarah tidak akan mengenangi lagi orang-orang Melayu.
"History was wrote by the victor, indeed, so be a victor and write your own history".
3 comments:
Pemimpin dulu dan sekarang terlampau baik hati..terlampau bertolak ansur...sedangkan sebuah pulau kita boleh serahkan...apa lah sangat dengan karya ciptaan sasterawan ulung melayu...
sedih,hiba,sayu...macam macam minta..menekan pemerintah kita...inilah nama perkongsian kuasa yang di cipta...
Kalau kita berkarya...kita dihina..Apalah sgt kalau setakat menulis kat blok..lagi lah teruk kena keji...hina..komen yang bukan-bukan...
teruskan saudara Wan Sharir..moga saudara dilindungi..amin..teruskanlah berjuang...amin..teruskan lah melahirkan idea idea yang suci murni..amin..amin ya rabbal al lamin...
Pemimpin politik melayu kita skrg terlalu tak kisah kalau bangsanya dihina, mereka terlalu berlembut kpd kedua2 bangsa tersebut kerana nak undi dan mungkin juga mereka hanya nak kumpul harta dunia saja...
bila sampai masanya mereka berkuasa kelak macam2 perkara terpaksa diubah mengikut selera mereka sendiri..
petandanya dahpun kita lihat sejak kebelakangan ini, berbagai perkara terpaksa diubah mengikut kesesuaian mereka meskipun ianya tidak mencerminkan realiti dan kebenaran nyata..
bukan setakat kerajaan ditekan utk menulis pembohongan fakta demi kemahuan nafsu serakah mereka.. malahan dengan berani sekali mereka menulis sendiri sejarah palsu utk menutup kesalahan mereka seperti mengagungkan komunis sbg pejuang kemerdekaan dan bersikap lepas tangan terhadap kesalahan pemimpin mereka ketika peristiwa 13 mei dulu..
nama2 juara pembohong terbesar spt Dr Kua Kia Soong, Michael Chick dan John Doe akan terus dikenang sbg pemutar belit sekaligus tukang tipu plg handal dlm sejarah M'sia.. apa lg sikap kiasu mereka..
kata2 dr saat 0.11 hingga 0.22 video ini menusuk ruang hati saya dlm mengenang pembohongan mereka tersebut
http://www.youtube.com/watch?v=OtRnpC7ddv8
sy sbg golongan muda akn kenang smpi bila2 fitnah plg dahsyat sang pemutar belit kaum mereka ini..
Post a Comment