Followers

Tuesday, March 22, 2011

Storage.

Agak lucu melihat cara manusia menyimpan maklumat, rakaman audio dan rakaman video. Dalam tahun 1978, saya dalam darjah satu seringkali saya mendengar lagu-lagu Hail Amir berduet dengan Uji Rasyid. Mungkin ada antara kita yang tidak sempat dengan zaman itu. Kaset masih belum ada agaknya kerana album mereka dikeluarkan dalam bentuk catridge.

Saya masih ingat, ketika saya naik kereta Peugeot 505 bapa saudara saya, hanya dua atau tiga catridge yang boleh dibawa. Sizenya mengambil banyak ruang kereta. Seingat saya, catridge ini sezaman dengan piring hitam, cuma piring hitam tidak portable.





Catridge
 Piring Hitam

 Zaman remaja saya pula didominasikan oleh kaset. Kaset bertali, dan lebih advance dari catridge dari segi sizenya saja. Kaset dan video tape adalah media sebelum zaman digital. Saya pernah mengutuk catridge kerana terlalu besar semasa kaset popular. Saya merasakan kaset sudah sangat advance.





Kaset

Kemudian muncul zaman digital. Cakera padat mungkin sama besar dengan kaset tapi kemampuannya menympan lebih banyak lagu dan tidak bertali pita menjadikan ianya popular samada untuk lagu atau video. Maka berakhirlah zaman tali pita yang berpilin-pilin. 

Cakera padat menjadikan kaset kelihatan primitif.

Kita masih belum dizaman nano. Tapi gajet lebih mengecil dan mengecil seperti kata E. F. Schumacher dalam bukunya, Small is Beautiful. Akhirnya pengusaha telah membangunkan mp3 player yang boleh menyimpan beribu lagu. Kecil, tetapi keupayaannya menyimpan maklumat menakjubkan.



Mp3 -seperti Walkman, tapi tidak perlu ada CD atau kaset.

Teringat zaman Hail Amir dan Uji Rasyid, betapa 'bagak'nya catridge untuk dibawa ke dalam kereta, saya tersenyum apabila melihat isteri saya hanya membawa pendrive untuk mendengar lagu mp3. Sebelum Tun Dr. Mahathir bersara, beliau cuba memperkenalkan teknologi nano, yang mana chip-chip komputer yang lebih kecil dan lebih kecil sekecil titik dot tulisan sahaja namun boleh memproses dan menyimpan maklumat yang lebih banyak.

Dalam cerita Superman 3 lakunan Christoper Reeves yang ditayangkan pada tahun 1983, salah seorang watak yang terlalu obsess dengan komputer sangat seronok apabila Lex Luther menyediakan komputer berkuasa tinggi. Namun untuk mempunyai computer seperti itu, Luther terpaksa membinanya dalam sebuah gua!

Nano teknologi sudah tiba dan gajet semakin kecil dan semakin powerful. Malangnya Tun Abdullah tidak meneruskan visi Tun Mahathir untuk menjadi jaguh dalam dunia nano. Sebaik beliau menjadi PM, beliau kembali ke pertanian. Alvin Toffler pernah menulis dalam 'Future Shock' dan 'Third Wave', diera ini sesiapa yang hanya menjadi negara industri adalah seperti negara pertanian zaman revolusi industri.

Selepas dunia mengalami dua revolusi - pertanian dan industri - dan sedang menuju ke revolusi maklumat, digital dan nano, Pak Lah membawa Malaysia kembali ke negara pertanian. Bahkan menantu Oxfordnya pun gagal melihat pentingnya nano dan legasi Tun Mahathir.

Apa sudah jadi dengan Malaysian Super Corridor(MSC)? Tanpa pemulanya, ia adalah hanya gajah putih.






4 comments:

Jeepers Creepers said...

saya sempat berada dalam zaman kaset..kasetpun dulu menjadi mangsa cetak rompak dijual dipasar malam dengan harga 3 4 ringgit saja hehehe.

negara pertanian sebenarnya tak salah juga..sebab manusia memerlukan makanan..walaupun tanpa teknologi nano, manusia boleh tetap boleh hidup selagi ada makanan.

dengan kesan globalisasi, harga makanan dunia semakin meningkat. kita juga merasa kesannya sekarang.

tak salah negara kembali semula kepada pertanian tetapi dengan syarat bertani menggunakan teknologi terkini atau moden.

mungkin Tun PakLah dan menantunya tak sempat untuk membuat kejayaan. Pemerintahan Tun PakLah terlalu singkat. Jangan salahkan mereka, kesian hehehe.

dalam masa yang sama, kita tetap boleh meneruskan perkembangan teknologi nano.

sri tribuana said...

Benar makanan penting tapi tidak ada negara kaya datangnya dari negara pertanian. Barat mencipta banyak perkara seperti future market dan komoditi yg speculate pengeluaran pertanian dunia, jika makanan naik harga kerana adanya spekulasi seperti ini. Globalisasi tidak semudah tanam dan jual dipasar. Byk perkara diluar kawalan petani itu sendiri. Apa yg sy ingin nyatakan, dunia islam dan melayu sudah ketinggalan keretapi sejarah ketika revolusi industri mencorak dunia, dan kerana dasar ketinggalan zaman pak lah, akan ketinggalan lagi zaman third wave society ini. Moden atau tidak, pertanian bukan jawapan utk mengejar tamadun barat.

peminat baru... said...

Pertanian , industri , perlombongan,perkilangan,perternakan,kajibumi dan sebagainya..perlu ada dalam sesebuah negara...itulah impian,gagasan dan corak kepimpinan yang sedang Pm kita bawa sekarang...

Pm yang lama kita kagumi..Pm yang baru ni..kita sokong lah...

Dot said...

dari zaman tetuang udara, gramaphone, radio transistor kemudian radio kaset, radio pemain cakra padat@cd, hinggalah kpd i-pod & i-pad...transformasi komunikasi begitu pantas berlalu...

Tun selalu memulakan sesuatu yg sangat sukar dibayangkan kejayaannya. namun semua usaha Tun telah & akan menjadi warisan kpd generasi yg ada pada hari ni & juga akan datang. msc adalah salah satu inisiatif Tun utk meningkatkan kemajuan IT setanding dgn negara2 maju yg lain & juga sebagai usaha utk mencelikkan masyarakat kita dlm bidang yg serba canggih ini... terpulanglah kpd kita utk melangsungkan agenda yg hebat ini.

bekalan makanan dunia semakin berkurangan tp kita tidak merasa dgn ketara masalah kekurangan makanan krn mukabumi kita yg Allah SWT kurniakan sgt subur. kata orang, campak apa saja yg boleh dimakan, ia akan tumbuh! kita juga selalu dengar orang kata di negara kita ni orang tak mati krn tak makan tp ramai yg mati krn lebih makan! namun utk jangkamasa panjang, masalah kekurangan makanan akan berlaku bilamana bencana alam melanda secara berterusan. wajar juga dipikirkan bagaimana negara harus mempunyai stok timbalnya sendiri krn masa depan sukar diramal...