Followers

Wednesday, March 9, 2011

Retak Menanti Belah: PAS v DAP.

Seperti yang saya ramal, tanpa PKR sebagai penimbang-tara, DAP dan PAS kembali seperti Tom and Jerry. Dua parti yang berlainan budaya dan naturenya tidak mungkin bersatu. Justeru itu PAS kembali bimbang apabila undi Melayu - maksud saya silent majority Melayu - kembali kepada BN baru-baru ini. 

PAS sudah mula hilang punca. Selama ini mereka mengecam kerajaan BN tidak Islamik, mendapati mereka sendiri susah untuk melakukannya walaupun di Kelantan - tempat yang majoriti pengundinya Melayu. Mereka juga terpaksa membenarkan lesen arak dan judi - untuk bukan muslim. Ini juga dilema UMNO apabila ingin berbuat benda yang sama. Malaysia masyrakat majmuk.

Menyedari begitu merosot pengaruh mereka kepada pengundi Melayu, PAS perlu berbuat sesuatu. Oleh kerana PAS tidak mempunyai agenda ekonomi yang 'moden', maka mereka perlu kembali ke basic - undang-undang Islam. Mereka mengharamkan lesen judi di Kelantan.
 
Tindakkan berani PAS ini saya puji. Soal judi bukan soal MCA atau DAP. Ini soal 'hak kaum bukan Islam'. Setidak-tidak itu yang didakwa oleh kedua-dua parti itu. Jadi Cina DAP atau MCA bersatu menentang PAS dalam soal ini. Satu lagi contoh Cina boleh bersatu dalam hal melibatkan kepentingan kaum mereka. Mungkin kerana kedua-dua parti itu tidak terbatas tindakkan bersamanya oleh fatwa ulama Kristian dan Budhha, atau Hindu.

Ini yang membeza politik Melayu. UMNO liberal dan boleh mendengar kerana tidak dibatasi oleh fatwa. Katanya bila lawan fatwa lawan Allah. Momok-momokan yang memecahbelahkan Melayu ini adalah perhitungan politik yang salah. Ia menjadikan sebuah parti Melayu kurang fleksible, dan terlalu jumud hingga sukar berunding dengan saudara sesama Islamnya.

PKR tenggelam dalam dirinya sendiri. Saya tahu, ramai yang menaruh harapan yang tinggi dari PKR ini kerana mereka agak liberal dan mementingkan keadilan; dan ketelusan. Mungkin itu untuk pengikutnya, tapi bagi pemimpin tertinggi mereka - dia mempunyai different set of rules. 

Selain dari kes liwat Dato' Seri Anwar yang sedang dibicarakan sekarang, PKR menerima damage yang teruk selepas pemilihan parti mereka baru-baru ini. Beberapa golongan minoriti terutama kaum India menerima tamparan hebat apabila mereka hampir pupus dek kerana 'group feeling' orang Melayu yang mengatasi mereka dari segi ramainya.

Ini mungkin jawapan mengapa undi kaum India kembali menyokong BN. Bagi kaum Cina, 'kesetiaan' mereka akan teruji dengan tingkah laku 'berani' PAS baru-baru ini.PAS yang cuba kembali meyakinkan Melayu bahawa mereka benar-benar berjuang demi Islam minus bangsa Melayu. 

PAS perlu memahami realiti politik sekarang, untuk mengembalikan keyakinan sebahagian undi Melayu, mereka perlu bercerai talak tiga dengan DAP. Dan ini merugikan juga mereka secara keseluruhannya.

Mengejutkan saya apabila Lim Kit Siang yang selalu membalun BN dalam blognya, mengalihkan muncung meriamnya ke PAS dalam posting bertajuk Selangor DAP tells PAS to stop anti-gaming talk.  Di sini akan terujilah mitos 'PAS tunggangan DAP'.

Andainya PAS mengalah, maka mitos itu benar. Andainya PAS berdegil, saya ramalkan berakhirnya Pakatan Rakyat. Seperti mainan catur, PR sedang menggerakkan buah-buah catur. PAS sedang mengancam Menteri dengan cuba sacrifice bishopnya; DAP.

Your move, UMNO.




4 comments:

Anonymous said...

Undi PAS undi DAP. PAS menjadi boneka kepada DAP. Kaki bontot akan jadi PM. PAS tidak akan menjadi tunjang pemerintahan negara. PAS tidak akan dapat melaksanakan Islam asas pentabiran negara. PAS tunduk kepada DAP.
Dulu membangun bersam Islam
Sekarang membangun bersama DAPig
Dulu memimpin bersama Islam
Sekarang DAP memimpin Islam
Dulu Islam di hormati
Sekarang Islam di pijak & hina

vulcan933 said...

rugi tidak undi pas kerana tidak masuk surga(baca surga pas)

oRang kAmpong said...

PAS masih sombong dan xsedar diri.pd dierorg no heellah undi melayu.dah kena halau dan tutup pintu olih orang kam.pong di PRK KERDAU bau dier sedang undi cina ngan hindraf xcukup tuk jd YB.Kat kampong kawan bukan takat orang melayu jer xkenan amat kat PAS ni, abis tiang lampu,kepala ketapi,keta buruk,tayar buruk hingga sekalian makluk baik yg bernyawa dan xbernyawa benci amat ke PAS ni termasoklah hantu tinggi dan pontianak.padan lu orang punya muka

sri tribuana said...

Salam semua,

Orang Kampung, hantu tinggi pun tak berkenan ke PAS ni, ish3