MSO tanpa berselindung mengatakan beliau tidak akan update dalam blognya PRK Kerdau dan Merlimau. Dalam facebooknya juga beliau tidak update apa-apa tentang Merlimau dan Kerdau. Ringkasnya, beliau boikot kedua-dua PRK berkenaan.
Mengapa blogger pro PAS ini boikot kedua-dua pilihanraya berkenaan. Mari kita lihat logik beliau.
Beliau tidak setuju PAS mencabar BN dalam kedua-dua PRK berkenaan. Beliau sangat yakin PAS akan kalah dalam kedua-dua PRK berkenaan. Beliau tidak dapat menerima alasan PAS untuk menjadikan PRK ini sebagai tempat latihan. Beliau juga mengkritik Tuan Ibrahim Tuan Man yang 'membazirkan' tabung buluh yang mereka lancarkan bagi tujuan PRU ke 13.
Baginya, PAS patut hanya bertanding dalam PRK yang mana penyandangnya adalah dari PAS. Melawan musuh dilubuk mereka bagi MSO adalah tindakan yang tidak bijak. Baginya, ini memberi ruang untuk PAS dibantai, ditelanjangi dan dibuka pekung mereka.
Beliau juga turut minta siapa yang bertanggungjawab membuat keputusan untuk meletakkan calon mereka dikedua-dua PRK itu tampil mengaku. Adakah itu keputusan pusat? maka Haji Hadi perlu bertanggungjawab atas kekalahan PAS nanti(peliknya, artikel ini ditulis hari Sabtu, belum ada keputusan lagi).
Jika ini adalah keputusan kolektif, beliau minta seluruh pimpinan PAS pusat bertanggungjawab. Tidak dinyatakan pula Nik Aziz, mungkin sebagai Mursyidul Am, Nik Azizi above the law. Jika ini keputusan negeri, ini bermakna Tuan Ibrahim perlu bertanggungjawab.
Pembaca boleh membaca sendiri posting beliau disini. Mungkin MSO bercakap bagi pihak kem Erdogan dalam PAS yang mana bertentangan dengan ideologi Haji Hadi dan Nasharudin Mat Isa. Ada riak-riak perpecahan di sini.
MSO mengotakan kata-katanya dengan langsung tidak mengupdate blognya tentang PRU Kerdau dan Merlimau. Sabdo pendita ratu*.
*perpatah Jawa yang bermaksud apa yang dikata takkan ditarik semula.
No comments:
Post a Comment