Followers

Saturday, March 12, 2011

Undi Kaum CIna.

Cara Cina mengundi dengan Melayu mengundi sangat berbeza. Pertama Melayu akan mengundi berdasarkan parti mereka, cuma mungkin ada yang berbuat sebaliknya kerana protes. Kedua, Melayu akan mengundi kerana sentimen, dan soal kasihan dan simpati bukan sedikit memainkan peranan dalam undi Melayu.

Undi kaum Cina berbeza. Pertama, Cina akan mengundi berdasarkan kepentingan kaum mereka. Mereka tidak kisah sangat ke parti, kerana kebanyakkan mereka merupakan non-partisan, professional businessman. Tidak seperti kebanyakkan Melayu yang pro atau semi-pro politician - walau mungkin politician picisan. Kedua, kaum Cina akan mengundi berdasarkan perkiraan kepentingan perniagaan. 

Sentimen(disini maksudnya sentimen seperti 'mata lebam', bukan sentimen keCinaan), semangat kepartian, apalagi 'fatwa ulama' samada Buddha atau Kristian boleh dikatakan langsung tidak memainkan peranan kepada undi Cina. Cina berjaya memisahkan keperluan ritual mereka melalui agama dengan pertimbangan politik yang menguntungkan mereka.

Sudah menjadi rahsia umum, kaum Cina tidak mengundi BN. Bahkan mereka sanggup mengundi parti seperti PAS walaupun satu ketika dulu ini merupakan taboo. Sementara PAS seronok menganggap kejayaan ini sebagai kejayaan 'dakwah' PAS, sebenarnya kaum Cina hanya mengantar message kepada BN: mereka merupakan force to be reckoned; dan tuntutan mereka perlu diladeni. 

Jika benar strategi ini menguntungkan, mereka akan terus mengundi PAS, PKR atau DAP. Jika tidak, mereka akan ubah strategi dan kembali menyokong BN. Walaupun undi mereka tidak sebesar undi Melayu yang sering berpecah, mereka vote collectively.

Buktinya pada PRU tahun 1999, BN diselamatkan oleh undi kaum Cina apabila majoriti undi Melayu menyokong pembangkang. Sentimen 'mata lebam' telah mempengaruhi undi Melayu untuk mengundi pembangkang. Undi Cina tidak akan terpengaruh kepada sentimen seperti 'mata lebam' atau tentang human right. Mereka mengundi BN kerana Malaysia baru pulih dari krisis ekonomi 1997, dan masih mempercayai BN yang ketika itu masih dibawah Tun Dr. Mahathir perlu bagi menyelesaikan masalah menangani krisis ekonomi. Dan bukan tanpa harga.

Selepas tahun 1999, kaum Cina melalui Suqui membuat berbagai tuntutan. Dan Tun  Dr. Mahathir juga terpaksa berkompromi  dalam beberapa isu yang tidak vital.

Perkembangan terbaru undi Melayu yang mungkin kembali menyokong BN juga faktor penentu undi Cina dalam PRU ke 13.Kaum Cina cepat membaca perubahan. Memang jika boleh mereka mahu semua tetapi mereka juga sedar keterbatasan mereka.

Bagi kaum Cina, baik MCA mahupun DAP merupakan alat mereka sahaja. Jika dalam PRU ke 13 nanti, undi Melayu solid menyokong BN, kaum Cina juga akan mengundi BN semula. MCA mungkin akan kembali mendapat credentialnya semula. Ini kerana jika kaum Cina masih berdegil, dan terus-terusan menyokong pembangkang apabila undi Melayu sudah ramai kembali ke BN, mereka bimbang mereka akan terus ketinggalan.

Mungkin Pulau Pinang masih kekal dengan DAP, tapi mereka perlukan suara dalam kerajaan Persekutuan. MCA adalah plihan terbaik buat mereka dan bukan DAP. Mereka mesti mahukan seramai mungkin Menteri dari MCA.

Tidak seperti undi Melayu yang mana parti memainkan perananan, sebaliknya undi kaum Cina pula menentukan parti mana yang akan memainkan peranan

Bagaimanapun, ini hanya ramalan saya yang tidak bersandarkan samada 'air pinang' atau bukti-bukti saintifik. Wallahualam.


5 comments:

Anonymous said...

Orang cina mungkin mereka mengambil tahu akan perkembangan politik, ekonomi, keberkesanan peneraju negara manakala orang melayu kebanyakan dikampung mahupun dibandar kurang mengambil tahu kesemua faktor di atas, kecuali isu-isu sensasi semasa terutama politik yang remeh temeh yang kadang-kadang diterima tanpa usul periksa. Itu dulu..tetapi kini terdapat perubahan keatas pengundi muda melayu yang lebih bijak menilai yang mana salah yang mana benar, salah satu faktor yang mencorak perubahan ini adalah maklumat-maklumat dan penjelasan yang tepat dan mudah faham yang di
sediakan oleh PARA BLOGGER seperti tuan-tuan semua, jadi mana-mana parti politik yang memandang rendah kepada pengaruh BLOGGER hanya akan merugikan parti itu sendiri...

Neilkie69 said...

Sokong penyataan Sri Buana, apa yang Sri Buana nyatakan itu adalah kenyataan yang yang tidak boleh dipertikaikan lagi.Walaupun parti-parti China berbeza ideologi tetapi perjuangan untuk kaum mereka tetap bersatu.Amat berbeza dengan parti-perti Melayu. Saya masih ingat lagi semasa saya masih dibangku sekolah berkaitan dengan isu Universiti Merdeka yang diperjuangkan oleh MCA dalam BN, bila ianya ditolek oleh ayahanda TM selaku PM masa itu, maka isu ini dibawa pula oleh DAP...begitu juga sekarang ini bila suara DAP menjadi suara kepada orang China selepas pasca PRU 12, mana ada suara dari MCA atau Gerakan untuk menangkis suara DAP...mereka semua diam...malah parti-parti Melayu yang menjadi penjilat DAP lebih China dari China sendiri...syabas Sri Buana telah membawa saya berfikir dan mengimbas kemabli perjuangan Parti-parti Melayu dan China ini..

Anonymous said...

PASsed Away

Analysis yg menarik
Simple yet reveal so many truths

Peminat Baru.... said...

Make nya..orang melayu kena lah belajar dan ikut cara orang cina...undi ikut bangsa....!!!

tak gitu bro..?Contohnya: kalau Dun Damak tu yang bertanding nanti orang melayu(parti pembangkang)..Parti BN(MCA)..
kena undi ikut bangsa ke ikut Parti...Guana tu Bro..? cer jelaskan....

sri tribuana said...

Saya bukan kata ikut bangsa tapi ikut perkiraan menguntungkan bangsa. Melayu kena bertindak berstrategi dan bukan ikut emosi.