Followers

Thursday, March 10, 2011

Intelek Dr. Mahathir.

Kata orang, jika hendak kenal intelek seseorang, bacalah tulisannya. Saya mula membaca Dilema Melayu ketika saya ditingkatan tiga. Banyak yang saya tidak faham kerana keterbatasan intelek saya sendiri ketika itu. Dalam masa yang sama, saya membaca juga buku Revolusi Mental yang diusahakan oleh Datu Senu Abdul Rahman, Setiausaha Agung UMNO zaman Tun Razak.

Kedua-dua buku itu - Dilema Melayu dan Revolusi Mental - mendapat kritikan hebat dari Professor Syed Hussein Al Attas. Apabila saya makin dewasa, saya membaca semula Revolusi Mental. Benar, buku itu bercita-cita besar ingin mengubah mental manusia Melayu dengan revolusi kaku dari sebuah buku.

Apabila saya membaca Dilema Melayu, setelah lebih memahami manusia dan persekitaran, dan cakrawala intelek saya sendiri mengalami metamoporsis dengan pembacaan lain, saya makin memahami pemikiran penulisnya. Dr. Mahathir; walaupun dikritik oleh seorang sarjana, mempunyai naluri intelek yang unik.

Beliau mendahului zaman. Memang sukar difahami pemikirannya namun bahasa yang beliau pilih tidak terlalu akedemik, simple dan direct. Salah satu keistimewaan Dr Mahathir adalah beliau boleh memudahkan sesuatu yang kompleks dengan bahasa simple. Beliau mengelak dari bahaya retorik. Beliau mengelak dari bahasa yang bombastic. 

Kemudian saya membaca bukunya New Deal For Asia. Kekuatan buku-buku Dr Mahathir bukan hanya terletak pada inteleknya, tetapi sesuatu yang membezakan beliau dengan yang lain adalah 'overwhelming facts combine with overwhelming sincerity.'

Dr. Mahathir, dalam bahasa perubatan merupakan seorang yang clinical. Beliau sentiasa berjaya memisahkan emosinya dengan objektifnya. Ini menjadikan beliau terasing, aloof dan detach. Apalagi dalam dunia Melayu yang sangat sensitif. Walaupun beliau cuba untuk 'minimized damage' namun ketaksuban beliau kepada fakta dan objektif menyebabkan tetap ada golongan yang akan tersinggung.

Ada yang menyifatkan beliau blunt. Ada yang menyifatkan beliau kurang ajar(antaranya Tunku Abdul Rahman). Ada yang menyifatkan beliau berani dan provokatif. Ada yang menyifatkan beliau irritating. Ada yang menyifatkan beliau sarcastic. Ada yang menyifatkan beliau 'simply enigma'.

Tun Dr. Mahathir baru menerbitkan memoirnya: A Doctor in the house. Saya masih belum berkesempatan membacanya. Namun dikatakan sudah banyak collateral damage dalam usaha Dr Mahathir menyatakan kebenaran. Sesuatu yang Dr Mahathir tidak dapat mengelakkannya.

Selama lima belas tahun kehidupan Julius Caesar yang terakhir merupakan kisah hidup Rom sendiri. Selama dua puluh dua tahun Dr Mahathir menjadi PM adalah kisah hidup Malaysia sendiri. Saya berumur sembilan tahun ketika Tun menjadi PM. Hingga saya berumur 31 tahun perubahan berlaku.

Saya masih ingat krisis perlembagaan antara Tun dengan Raja-raja Melayu, krisis ekonomi tahun 1986, rungutan orang-orang tua yang bekerja dengan kerajaan tentang punch card, rungutan orang tentang nametag yang tidak boleh lebih dari lapan abjad saja, pertembungan Tengku Razaleigh dan Tun, pelancaran Proton, Jambatan Pulau Pinang dan penentangan projek mega yang lain seperti PLUS, KLIA, KLCC dan Putrajaya, fall out antara Tun dengan Musa Hitam, krisis ekonomi tahun 1997, dan akhir sekali pemecatan Anwar Ibrahim dari kabinet.

Sebahagian besar hidup remaja saya diwarnai dengan politik Tun Mahathir yang mencengkam seluruh warga Malaysia yang lain. Walaupun banyak geloranya, dari segi keamanan dan 'proud to be Malaysian', saya sangat merindui zaman itu.

6 comments:

Anonymous said...

spot on bro...drmuzi

sri tribuana said...

thanks dr

Rizal said...

Kau ingat tak buku The Philosophy of Commnunism yg kau suruh aku baca masa Form2 dulu?

sri tribuana said...

Rizal,

Yup masih igt, buku tu masih ada pada aku, form 2 kita dh baca buku komunis, nasib baik kita tak jadi komunis.

kawie2020 said...

Memang benar kata tuan, walau apa jua gelora dan badai, serta fitnah dan serangan terhadap Tun Dr Mahathir, saya sebagai rakyat marhein, amat merindui zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir.

Saya masih ingat lagi di saat itu, saya amat berbangga melaungkan "MALAYSIA BOLEH" DAN AMAT BERBANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA.

Anonymous said...

Melayu perlu menunggu 1000 tahun lagi untuk mendapat seorang pemimpin seperti Tun M