Followers

Thursday, March 17, 2011

Facebook dan Thomas Jeffreson.

Satu kata-kata Thomas Jefferson yang saya minat adalah: 'I cannot live without books.'

Mengapa saya minat kata-kata itu dari salah seorang penggubal 'Declaration of Independence' ini sedangkan begitu banyak mutiara katanya yang lebih penting? 

Kerana ianya hampir sama dengan keadaan saya satu ketika dulu. 

Saya suka membaca, malah saya pernah rasa hidup bagai tidak lengkap jika ada hari yang saya tidak dapat membaca apa-apa. Sebelum muncul dunia blog, ironinya, saya tidak suka membaca suratkhabar. Kadang-kadang saya tidak mengetahui peristiwa penting pada hari itu dan dikutuk oleh sahabat baik saya, Ahmad Taufiq bin Ismail. Katanya sebagai pembaca seperti saya, mustahil saya tidak sensitif kepada isu-isu semasa.

Dan diatas tadi saya nyatakan 'satu ketika dulu' yang bermaksud tidak lagi kini. Satu kualiti baik yang jarang ada pada saya iaitu membaca juga kian terhakis. Terhakis dek kesibukan. Terhakis dek masa. Terhakis dek hobi lain. Terhakis dek kemodenan. Terhakis dek teknokogi maklumat, dunia blog, wikipedia,  facebook dan video game.

Ada hari yang berlalu sekarang ini tanpa pembacaan buku berat, anehnya tidak seperti dulu saya tidak merasakan kejanggalan. Dunia kembali normal buat saya. Saya pernah terjumpa seorang doktor pembedahan plastik yang merungut anak muda sekarang tidak lagi meminati James Joyce, Faulkner, Thomas Mann dan Milan Kundera.

Johan Jaafar juga pernah menulis bahawa peminat buku sepertinya merupakan species yang makin berkubur. Dan saya jadi kurang membaca sekarang bukan kerana mengikut trend anak muda tetapi alasannya hampir sama dengan mereka.

Saya sudah terlalu bergantung kepada teknologi maklumat. Jika ada hari yang berlalu tanpa saya dapat membuka facebook dan blog, saya akan jadi resah. Ini alasan mula-mula saya usung laptop yang besar ke mana saja saya pergi. Kemudian ianya makin mengecil dengan netbook. Sekarang bahkan netbook yang bersaiz 10 inci juga sudah kelihatan primitif bila muncul smartphone seperti Blackberry dan I-phone.

Keterbergantungan saya kepada netbook dan blackberry mengakhiri ketaksuban saya kepada buku. Walaupun masih membaca tetapi masa untuk buku sudah disaingi oleh kemodenan teknologi maklumat. 

Dan maklumat bukan 'knowlegde' hanya sekadar percikan berita yang tidak perlu dicerna dengan gigih oleh mental saya. Dari seorang pembenci maklumat bersumberkan akhbar, dan lebih minat mencerna buku berat ketika remaja, saya bertukar menjadi pencerna berita dan meninggalkan dunia ilmu dari buku-buku.

Sesekali apabila line saya kena barred kerana lambat membayar bil, saya jadi resah dan sanggup berbuat apa saja untuk kembali 'connected'. Malah pernah saya ke KLCC untuk membayar bil di kiosk Maxis pada pukul 3 pagi hanya kerana ingin kembali 'connected'.

Dan meminjam kata-kata Thomas Jefferson yang saya modifiedkan untuk mencerminkan keadaan saya sekarang ialah: "I cannot live without facebook."

4 comments:

Pokok said...

betul.. sekarang ni, 'cannot live without facebook' hahaha.. pukul 3 sanggup pergi bayar bil.. ni dah tahap ketagih dah ni..

Anonymous said...

hahaha..w'pon abg wan "mengutuk" diri sendiri, saya pun terasa juga..tapi,zaman kita ini agak rugi sedikit sbnrnya bila bergantung dgn IT ni,,kerana ilmu yg diperoleh melalui IT ni ksg- kala tidak betul..tidak seprti buku, biasanya ilmu yg kita baca adalah lebih sahih..jadi, x kira mcm mana canggih juga pada masa itu, buku mesti ada..

Peminat Baru.... said...

Kalau lah betel Facebook ni akan di tutup..(suatu masa nanti-walaupun tarikh yang di gembar gemburkan tu telah berlalu)...pakat "mengadap" buku semula lah kita....

buku komik pun kira membaca juge...?
kalau buku "Playboy" baca ke tengok(menghayati)he he he..?..cer jawab bro...?

sri tribuana said...

salam Pokok,

yer kira dh tahap junkie tu,

anon 12:51,

buku masih penting, cuma kena kongsi masa ngan FB.

Peminat Baru:

FB tak akan tutup, saya kureng komik2 ni.