Followers

Tuesday, March 8, 2011

Bagaimana Dato' Y Membalun Blogger Yang Tidak Berbentuk?

Riuh dalam dunia blogosphere seorang Timbalan Menteri ingin 'membalun budak-budak blogger'. Kita namakan beliau Dato' Y. Belumpun sempat Dato' Y membalun blogger, dunia blogosphere sedang hangat membalun beliau. Ingin saya nasihati Dato' Y tapi dah terlambat.

"Anything with form can be overcomed, so be formless."

Kata-kata di atas saya petik dari sebuah kitab Cina. Saya tak ingat kitab mana tapi bukan Art of War. Blogger adalah 'kuasa' tanpa bentuk. Dalam dunia politik, bukan 'kebenaran' penting, tapi persepsi. Menangani blogger adalah menangani persepsi. Bagaimana kita hendak 'balun' sesuatu yang tidak berbentuk?

Dengan politik baru? New politik. Haish.

Saya tidak setuju semua dengan pendapat rakan blogger saya. Saya tidak juga menolak semua. Namun tindakkan ataupun ucapan yang kurang berhemah dari seorang Timbalan Menteri boleh mengakibatkan malapetaka.

Saya tidak berada ditempat kejadian. Menurut blogger Papa Gomo, ini perbualan yang terjadi antara beliau dengan Dato' Y. Saya CnP dari blognya.

"Papa Gomo : Salam Dato, macam mana dengan perjumpaan kita bagi menjelaskan isu Pilihanraya kampus?

Tim Menteri: Takpelah awak semua Balun saya


Papa Gomo: Mana ada kami balun, kami menegur kerana isu tersebut pada anggapan kami para Blogger adalah besar


Tim Menteri: U All Balun bukan nya Tegur


Papa Gomo: Kalau kita balun kita balun betul betul, kita tak faham apa yang Dato nak bawak dalam menyokong AUKU dan Pro M


Tim Menteri: "U all Not Intelligent, This Is NEW POLITICS"

Papa Gomo: New Politics? Kalau New Politics Kenapa Pro M boleh menang?


Tim Menteri: I dah maklum dalam Mesyuarat MT pasal U all balun I. U all tak Gentleman"

Papa Gomo: Kalau saya tak Gentleman saya tak datang tegur Dato, Bukan kita Balun pun"

Tim Menteri: "Jangan Sampai I Balun U All Blogger, Tunggu masa je""

Sekarang siapa yang susah? Bagaimana nak balun blogger yang sudah mula menganyang Dato' Y. Bukan hanya Gomo, malah PANTAU, Parpu Kari, Gelombang Rakyat, GAP, Unspinner, Panglima Perang Cyber,, The Flying Kick.

Di Pahang sendiri  blogger Beranikan Hati dan Malaysian Heaven turut membalun Dato' Y tanpa belas kasihan. Mesej mereka mudah: UMNO jangan kembali angkuh apabila mula diterima rakyat. 

Dalam perbualan saya dengan Orang Kampung, seorang pembaca blog saya, beliau menyatakan pendapatnya, UMNO dibahagian-bahagian masih lemah. Kebanyakkan jawatankuasa bahagian tenggelam punca untuk menaikkan semula martabat UMNO. Jika tidak dibantu oleh para blogger, imej UMNO akan lebih tenggelam, dan tenggelam.

Tentang tuduhan Dato' Y, hanya  beliau faham new politik, para blogger tidak intelligent, bagaimana dengan Rocky's, Another Brick in The Wall, Jebat Must Die dan Che Det? Jika benar dialog yang diturunkan Gomo itu benar, bangga diri merupakan penyakit jiwa. Jika kita menganggap hanya kita yang 'intelligent'.

So Dato' Y, bagaimana you nak balun blogger? Dengan your so called 'new politic' yang you seorang saja  faham? Mari dengar nasihat terakhir dari kitab Cina kuno:

"Even a wise leader must act in appropriate time,
to act in appropriate time is by studying circumstances,
not by knowledge."





3 comments:

yb Raz said...

salam..saya ni balun dia bukan apa..cuma rasa terkilan dengan sikap dia yang melebihkan pelajar pro pembangkang..dia sepatutnya menunjukkan kepada pelajar berkenaan tentang polisi kerajaan yang baik..bukannya menyokong tindakan pelajar tu...tentang soal dia tuduh blogger tak intelligent, itu saya tak tahulah..tapi rasanya diapun tak intelligent sebab main tuduh semua blogger macam tu.

Anonymous said...

Salam Bro.Tak semua dato' yang terpelajar tu berakal.Dato y ni termasuk dalam golongan yang tak berakal lah .kena sekolahkan dia semula lah

Anonymous said...

Salam.Nampaknya masih ramai pemimpin pemimpin UMNO yang tak berubah bongkak dan angkuh.Sememangnya mereka mereka yang bongkak ini perlu di ajar