Followers

Thursday, March 31, 2011

Interlok: Sekarang NGO Cina Pula Bantah.

Baru semalam saya menulis tentang kesilapan ahli politik kita menuruti kehendak kaum Indian dengan meminda 19 tuntutan. Kemudiannya Malaysia Kini menyiarkan sekarang NGO Cina pula tampil membantah Interlok dari menjadi buku teks tingkatan 5. Alasannya, Interlok memasukkan unsur Ketuanan Melayu dan menyatakan kaum Cina dan India sebagai pendatang. Baca sini.

Sekarang saya ingin lihat langkah Kementerian Pelajaran. Kita membuka Pandora's Box yang tidak mampu kita tutupi kembali. Dan sampai bila kita perlu mengalah?

Update: Akhirnya Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyidin Yasin bertegas persoalan novel Interlok telah muktamad dan tidak akan ada pindaan lagi. Ini bagi menjawab desakan NGO Cina yang minta novel berkenaan digugurkan dari menjadi bku teks sastera tingkatan 5. Baca sini.

Wednesday, March 30, 2011

Mari Kita Berlembut Lagi.

Akhirnya Interlok telah di sunting. Dari 106 tuntutan untuk pindaan novel berkenaan, 19 telah 'diperkenankan'. Saya pernah kata saya tidak setuju pendidikan dipolitikkan. Malaysia bukan negara pertama mengalami masalah yang sama. Tom Sawyer, penulis Amerika yang terkenal dengan novel Huckleberry Finn menulis perkataan seperti 'nigger', malah 'pariah' dalam novelnya. Karya beliau tidak diedit dan diajar disekolah-sekolah Amerika. Dan Amerika merupakan sebuah negara liberal dan demokratik pujaan seluruh dunia.

Selama 40 tahun Interlok telah dibaca dan menjadi khazanah karya Malaysia, maka sekarang ini baru dipersoalkan perkara-perkara sensitif yang menganggu 'ketenteraman kaum'. Selama 40 tahun sudah berlalu rakyat Malaysia tidak menyedari kewujudan karya seni ini kecuali kepada golongan yang berminat. 

Dan kita meladeni tuntutan mereka. Cawat ditukar kepada dhoti, ejaan 'tali' juga perlu mengikut acuan India iaitu taali. Dan menurut Outsyed the Box, dhoti merupakan pakaian kasta Brahmin. Sememangnya kaum India yang datang sebagai buruh estate memakai 'cawat' ketika menoreh pada zaman British. Hanya kerana ingin menaikan taraf mereka di Malaysia ini maka sebuah karya perlu diubah.

Perkara ini memang relatifnya remeh, tetapi ia menunjukkan ketidaktegasan ahli politik kita. Satu tuntutan diikuti maka akan lebih banyak dan lebih banyak bakal dituntuti. Dalam posting sebelum ini, wakil DAP berambut putih itu minta Interlok membuang ayat kaum pendatang. 

Apa sudah jadi dengan Malaysia. Kita tidak boleh menulis mengikut fakta. Kita terpaksa menulis samada fiction atau sejarah mengikut apa yang mereka suka. Semuanya customade. Dan ada yang sering  berkata, 'Sejarah ditulis oleh pemenang'.  

Dalam epic The Great Concubine the Conqueror, seorang yang telah mengkhianati tuannya menangis melihat nasib bekas tuannya yang bakal tewas. Dan seorang rakannya mengingatkan: "Jangan bimbang, sejarah hanya akan mengenangi orang yang menang, dan tidak ada tempat untuk orang yang kalah".

Sejarah hanya mengingati orang Rom yang telah menghapuskan sama sekali bangsa Gaul di Eropah. Orang-orang Gaul, Visigoth, Hun, Carthage dan berbagai lagi akhirnya sirna, terjajah dan terlarut dalam budaya, adat resam dan bahasa Rom. Mereka masih wujud sebagai tribe, tetapi sebagai bangsa mereka terhapus apabila tidak ada negara merdeka, bahasa sendiri dan budaya sendiri.

Di Malaysia, kita tidak memaksa mereka melarutkan diri dalam kebudayaan bangsa tunggak iaitu Melayu. Tidak seperti di Indonesia kita membenarkan mereka mengamalkan adat resam dan bahasa mereka. Namun akhirnya mereka yang memaksa kita mengikut acuan mereka. Jika ditakdirkan bangsa Melayu menjadi bangsa yang kalah, maka sejarah tidak akan mengenangi lagi orang-orang Melayu.

"History was wrote by the victor, indeed, so be a victor and write your own history".


Monday, March 28, 2011

Berani Anak Melayu.

Sebenarnya Melayu bangsa berani. Mereka berani berjuang hingga ke titisan darah terakhir apabila terdesak. Namun persekitaran Semenanjung Tanah Meayu yang aman, dan secara umum orang Melayu bukan bangsa yang 'warlike', bakat keberanian Melayu itu terpendam.

Zaman dulu-dulu orang Melayu berani membuat kapal dan belayar hingga ke Madagaskar. Ketika Jepun menyerang Tanah Melayu, Laftenan Adnan dengan hanya beberapa orang sahaja Rejimen Askar Melayu berjaya menyekat kemaraan tentera Jepun. Laftenan Adnan enggan menyerah dan mempertahankan Bukit Candu hingga mengorbankan nyawanya. Jepun sendiri kagum dengan keberanian beliau. Malah tentera British sudah lama cabut lari.

Hanya dengan 42 orang anggota, Laftenan Adnan yang kekurangan peluru berjaya membunuh 800 tentera Jepun dan menyekat kemaraan Jepun. Mereka lebih rela mati dari menyerah - satu sikap yang mana mencerminkan sifat Jepun sendiri.

Begitu juga dengan Peristiwa Bukit Kepong. Hanya 22 orang anggota polis mempertahankan Bukit Kepong dari serangan seramai 180 angggota komunis. Walapun diberi peluang beberapa kali oleh komunis agar menyerah, mereka enggan menyerah. Malah mereka mempertahankan Bukit Kepong hingga mengorbankan anggota keluarga mereka sendiri.

Isteri seorang anggota polis ditawan oleh komunis dan  dengan menggunakan wanita malang itu, komunis minta polis menyerah. Namun itu juga tidak dihiraukan mereka. Akhirnya 15 anggota polis, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, seorang isteri anggota polis beserta 3 orang anaknya terkorban. 

Mereka lebih rela mati dari menyerah diri. Ini keberanian Melayu yang jarang di uar-uarkan. Orang sering menguar-uarkan Melayu pemalas, tak cekap dan sebagainya. Malah ada Melayu melecehkan keberanian Laftenan Adnan kerana kononnya beliau mati mempertahankan British! 

Mereka lupa semangat patriotik Laftenan Adnan yang enggan menyerah dan sanggup mati mempertahankan tanahair walaupun British dah lama cabut lari. Dan ada golongan muda menganggap komunis perjuang kemerdekaan sedangkan mereka lupa 'reign of terror' komunis yang membunuh wanita, kanak-kanak dan orang awam yang tak berdosa tanpa mengira bangsa. Melayu memang suka melecehkan kaum mereka sendiri. 

Manusia Melayu banyak bersabar dan mendiamkan diri dalam banyak hal bukan kerana mereka penakut. Mereka ibarat keris yang tersarung, hanya akan menunjukkan kualitinya apabila benar-benar terdesak. Kesanggupan orang Melayu bersabar jangan disangka kepala mereka boleh disepak. 

Jika tidak percaya cuba bangkitkan kemarahan mereka. Mari kita lihat video ini.




Jangan main-main dengan keberanian anak Melayu. Kami sudah lama bersabar. Dan ANDA telah diberi AMARAN!

Catatan kaki: saya terhutang dengan blogger WAKE UP dimana video ini telah dimuatturunkan dalam blognya.

Saturday, March 26, 2011

Mereka di satukan oleh video seks.

Ramalan saya PR menghadapi masalah dalaman - atau retak sedang menanti belah - nampaknya tertangguh. Kini mereka kembali bersatu dalam memperjuangkan kezaliman BN. Anehnya, PAS, PKR dan DAP disatukan oleh sebuah rakaman video seks.

Tindakan Dato T dikritik oleh pembangkang dan orang kuat BN sendiri. Ada teori mengatakan ini merupakan helah Anwar untuk mengalih perhatian umum dari isu DNAnya. Dan Anwar juga kembali mendapat simpati kebanyakkan Melayu yang sensitif dalam hal-hal membuka aib orang. Nolstalgia sentimen 'mata lebam' kembali memberi kelebihan kepada PR. Sejak 1998 hingga kini, kepentingan politik Melayu oleh pembangkang hanya berkisar disekitar hal-hal peribadi Anwar bin Ibrahim.

Maka turun pangkatlah ahli politik kita dari bertaraf dunia membahas hala tuju pembangunan kepada soal air mani, bulu, DNA, rakaman seks dan sebagainya. Satu pihak menyerang dan satu pihak menafi. Semua berlegar soal seks, luar tabii atau dalam tabii. Dan Anwar sendiri 'merelakan' hal ini asalkan menguntungkan politiknya. 

Sejak awal lagi, Datuk Seri Najib menafikan penglibatan UMNO dalam soal video seks. Tindakan trio tiga Dato' dan yang paling menonjol rekod dalam UMNO iaitu Rahim Tamby Chik bukan strategi UMNO. Anwar sudah hampir checkmate dengan DNAnya. Video seks ini sebenarnya menjadi liabiliti kepada BN.

Retak antara DAP dengan PAS, dan 'elegence silent' Presiden PAS Haji Hadi yang selama ini jarang menyatakan pendirian terhadap akhlak Anwar tiba-tiba berubah. Selama ini kita hanya melihat Nik Aziz yang membela Anwar kerana puak Erdogan dalam kem Nik Aziz, kini dengan garang dan lantang Haji Hadi juga sudah menunjuk simpati beliau kepada Anwar. Baca sini.

Jika Troy mendengar nasihat Hector supaya jangan menyerang tentera Greek dipantai, Achilles sudah tentu meninggalkan pakatan Liga Greek. Namun atas nasihat yang salah, Prem menyerang tentera Greek, dan terbunuh sepupu Achilles dalam serangan itu, menyebabkan Achilles kembali bersatu dengan tentera Greek yang lain. 

Rakaman video seks itu bukan kerja UMNO. Ianya satu blunder. Blunder kerana Rahim Thamby Chik mempunyai 'old score' dengan Anwar. Dan itu urusan personal mereka berdua. UMNO hanya terheret dek presepsi.

Namun PR kembali disatukan oleh rakaman itu. Anwar memang licik.




Thursday, March 24, 2011

Cyber Civil War.

 Prolog

Awan agak berat di ufuk timur. Mungkin membawa hujan yang bakal lebat sebentar nanti. Darah-darah mengalir membasahi bumi. Selepas pertempuran usai, kata orang selalunya hujan akan turun selebat-lebatnya. Mungkin bagi mensucikan bumi dari darah yang terkorban. Mungkin dunia yang sudah tua ini menangisi kebodohan umat manusia yang suka berperang sesama sendiri. Entahlah.

Babak bermula

Pertempuran hampir tercetus beberapa bulan yang lalu. Baca sini. Isunya blogger terbahagi dua: ada membongkar atau memberi pertanda salah laku seorang menteri. Ada puak yang mengaku nyamuk pula membela menteri berkenaan. Dunia blogger pro kerajaan juga sudah terbelah. Motifnya cukup mudah ditafsiri: kebendaan sering memainkan peranan. Dan bapak menteri selalunya mempunyai 'war chest' yang mencukupi.

Maka bangkitlah blogger-blogger ini mempertahankan tuannya hingga ke titisan darah terakhir. Mereka memancung, mencantas dan membunuh sesiapa saja yang akan menyentuh batang tubuh tuan mereka. Dan katanya pihak yang satu lagi mempunyai kepentingan bukan sekadar wang ringgit tapi jutaan projek.

Oh sejak terbunuhnya Habil, anak Adam sering dimotivasikan oleh kebendaan. Alat 'pembunuhan' mungkin berubah, dari hanya lastik atau batu hingga ke blog bacaan beribu. Kita sanggup membunuh saudara kita hanya kerana sesuap nasi yang lumayan. Kepentingan diri memang motivasi yang paling tinggi.

Ada blogger berkata, ini era 'nyamuk'. Era blogger elit sudah berakhir. Betul juga kerana para elitis jarang terperangkap dengan rating Top Ranking Official ciptaan pembangkang. Mereka ada credential yang ingin disampaikan dan menjangkaui khalayak pembaca yang juga 'civilised'. 

Iye ada golongan suka sensasi namun sensasi tanpa credibility adalah liabilti.

Dunia blogger makin terbelah. Elitis tidak mengubris serangan-serangan nyamuk. Mereka tidak mengendahkan, juga tidak membuat serangan balas. Gerakan mereka juga berjurus kepada 'membuka minda' pembaca kepada cerita hush hush yang ekslusif - bukan sekadar cerita seks. Another Brick in the Wall antaranya.

Penulis tidak memihak. Penulis suka mereka berdamai dan tidak menembak sesama sendiri. Jangan jadikan diri alat kepada ahli-ahli poli-tikus. Lambat laun, mereka akan memanipulasikan diri.Pertahankan institusi dan bukan peribadi.

InsyaAllah perang saudara dapat dielakkan. 'There would never be a good war and a bad peace". Kata Benjamin Franklin.

Epilog 

Hujan memang turun selebat-lebatnya. Golongan yang selamat dari pertempuran terpaksa menguburkan saudara mereka sendiri. Perang memang kejam. Tidak ada siapa sebenarnya pemenang. Dalam babak akhir 'Seven Samurai'; akhirnya tiga dari tujuh samurai yang hidup menyedari bukan mereka pemenangnya. Pemenang yang sebenar adalah para petani yang mengupah mereka. Mengupah mereka dengan hanya tiga kali hidangan nasi bagi memerangi bandit. Empat saudara mereka terkorban demi tiga kali hidangan nasi.

Dalam perang saudara cyber, bukan blogger pemenangnya. Pemenang sebenar adalah poli-tikus.










Wednesday, March 23, 2011

SPM, A dan Rahsia di Sebaliknya

Hari ini Kementerian Pelajaran telah mengumumkan keputusan SPM. Seramai 9,239 pelajar mendapat A dalam semua mata pelajaran berbanding 7,987 orang pada tahun 2009. Dikatakan ini keputusan yang terbaik dalam tempoh empat tahun.

Tahniah kepada mana-mana pelajar yang berjaya cemerlang. Namun membanggakan pencapai pelajar kita yang seramai 9,239 itu tdak bermakna sangat jika kita tahu rahsia bagaimana pelajar kita boleh mencapai keputusan secemerlang itu. Kita masih boleh ramaikan lagi bilangan pelajar mendapat banyak A. Semuanya terpulang kepada kita.

Seperti esei saya sebelum ini berkaitan pendidikan dalam 'Mencari Sang Genius', SPM bukan sebenarnya penanda aras kecemerlangan pelajar kita. Sistem pendidikan kita masih belum benar-benar bebas dari politik. Untuk menjadi negara maju, pendidikan sepatutnya sesuatu yang perlu dibebaskan dari belenggu sentimen, budaya, politik malah agama.

Kementerian Pelajaran perlu menyediakan program bina insan jangka panjang dan tidak boleh sewenang-wenang mengubah polisi untuk menjadi popular seperti halnya PPSMI. Sewajarnya kepentingan pelajar untuk jangkamasa panjang, bukan political mileage yang ditekankan. Kerajaan perlu berani membuat keputusan yang benar, walaupun mungkin tidak popular.

Sesuatu yang menggusarkan saya, keputusan sesuatu peperiksaan seperti SPM ini sebenarnya hanya alat manipulasi golongan tertentu untuk melonjakkan nama mereka. Kita tidak menyediakan piawaian bagaimana untuk mendapatkan A itu. 

Segala terpulang kepada budibicara 'orang-orang' tertentu. Jika mereka rasa ingin ramaikan pelajar mendapat A, untuk kepentingan mileage golongan tertentu, maka standard akan turun pada tahun itu. Saya mendapat maklumat ini dari orang-orang Kementerian Pelajaran juga. Ada yang sebahagian dari mereka  telah bersara.

Dan melonjak gembiralah anak-anak kita kerana boleh score banyak A tanpa mengetahui dengan pemboleh-ubah yang hanya dengan kuasa budibicara 'orang-orang tertentu' mereka yang mungkin tidak layak menjadi layak mendapat A. Maka lahirlah budaya syok sendiri.

Saya sentiasa menentang pendidikan sebagai alat propaganda dan manipulasi politik.


Video dan DNA.

Isu video pemimpin kanan Pakata Rakyat masih heboh diperkatakan. Ramai yang cuba meneka siapa sebenarnya Dato' T. Beberapa nama disebut tetapi tidak ada yang pasti. Semuanya hanya spekulasi.

Seperti halnya spekulasi siapa Dato' T, begitu juga spekulasi apa motif Dato' T, dan siapa dibelakangnya. Macam-macam teori timbul. Seperti biasa bagi Anwar, ini merupakan 'konspirasi peringkat tertinggi'. Dulu zaman Tun Mahahir beliau menuduh semua berkonspirasi untuk menjatuhkannya: dari PM ke AG, hakim, polis dan semua saksi yang seramai seratus lebih.

Sekarang mungkin konspirasi melibatkan Presiden Amerika atau PM British. Anwar memang suka teori konspirasi.

Paling menarik teori terbaru, video ini sebenarnya mainan puak-puak Anwar sendiri. Ianya bagi melencongkan perhatian orang ramai terhadap tuntutan minta Anwar menyerahkan secara sukarela DNAnya. Ada sesuatu yang tak kena tentang DNA Anwar.

Seperti yang pernah saya tulis,sample DNA beliau matching dengan DNA lelaki Y dari tuala Good Morning, berus gigi dan botol air mineral tetapi mahkamah menolaknya atas kesilapan technicality. Bukti berkenaan tidak boleh dijadikan bahan bukti kerana cara ianya diperolehi tidak sah.

Hari ini, semua orang tertunggu-tunggu keputusan mahkamah samada mahkamah akan mengarahkan Anwar menyerahkan DNAnya atau sebalik. Apapun keputusan mahkamah hari ini, imej 'kebenaran' Anwar sudah calar kerana beliau sendiri enggan menyerahkan secara sukarela. Jika beliau benar, beliau perlu berani.

Mari kita telusuri kes liwat Anwar - beliau enggan bersumpah sedangkan Saiful bersumpah. Alasannya ada ulama yang melarang. Beliau menangguhkan kes ini selama mungkin. Jika beliau benar, beliau sepatutnya lebih ghairah ingin mengakhiri kes ini secepat mungkin dan membersihkan namanya. Akhir sekali, beliau enggan menyerahkan DNAnya secara sukarela tanpa perintah mahkamah.

Tidak anehkah? 

Mustahil dalam dunia blog dan ketelusan sebegini mahkamah boleh berkonspirasi tentang kebenaran DNA. Jika beliau ragu-ragu, lantik pakar kimia berkecuali sebagai pemantau. Win-win. Jika terbukti DNA Anwar tidak sepadan dengan DNA lelaki Y, Anwar mendapat keadilannya. Berkokoklah dia Saiful dan kerajaan berkonspiras terhadapnya.

Mengapa takut?

Anwar dengan pantas membuat report polis bahawa 'jantan X' menurut Zulkifli Nordin bukan dirinya. Kita mahu lihat keberanian yang sebegini tentang DNA. Jantan X- isunya DNA!

Begitulah tajuk posting Zulkifli Nordin yang terbaru,

Tuesday, March 22, 2011

Storage.

Agak lucu melihat cara manusia menyimpan maklumat, rakaman audio dan rakaman video. Dalam tahun 1978, saya dalam darjah satu seringkali saya mendengar lagu-lagu Hail Amir berduet dengan Uji Rasyid. Mungkin ada antara kita yang tidak sempat dengan zaman itu. Kaset masih belum ada agaknya kerana album mereka dikeluarkan dalam bentuk catridge.

Saya masih ingat, ketika saya naik kereta Peugeot 505 bapa saudara saya, hanya dua atau tiga catridge yang boleh dibawa. Sizenya mengambil banyak ruang kereta. Seingat saya, catridge ini sezaman dengan piring hitam, cuma piring hitam tidak portable.





Catridge
 Piring Hitam

 Zaman remaja saya pula didominasikan oleh kaset. Kaset bertali, dan lebih advance dari catridge dari segi sizenya saja. Kaset dan video tape adalah media sebelum zaman digital. Saya pernah mengutuk catridge kerana terlalu besar semasa kaset popular. Saya merasakan kaset sudah sangat advance.





Kaset

Kemudian muncul zaman digital. Cakera padat mungkin sama besar dengan kaset tapi kemampuannya menympan lebih banyak lagu dan tidak bertali pita menjadikan ianya popular samada untuk lagu atau video. Maka berakhirlah zaman tali pita yang berpilin-pilin. 

Cakera padat menjadikan kaset kelihatan primitif.

Kita masih belum dizaman nano. Tapi gajet lebih mengecil dan mengecil seperti kata E. F. Schumacher dalam bukunya, Small is Beautiful. Akhirnya pengusaha telah membangunkan mp3 player yang boleh menyimpan beribu lagu. Kecil, tetapi keupayaannya menyimpan maklumat menakjubkan.



Mp3 -seperti Walkman, tapi tidak perlu ada CD atau kaset.

Teringat zaman Hail Amir dan Uji Rasyid, betapa 'bagak'nya catridge untuk dibawa ke dalam kereta, saya tersenyum apabila melihat isteri saya hanya membawa pendrive untuk mendengar lagu mp3. Sebelum Tun Dr. Mahathir bersara, beliau cuba memperkenalkan teknologi nano, yang mana chip-chip komputer yang lebih kecil dan lebih kecil sekecil titik dot tulisan sahaja namun boleh memproses dan menyimpan maklumat yang lebih banyak.

Dalam cerita Superman 3 lakunan Christoper Reeves yang ditayangkan pada tahun 1983, salah seorang watak yang terlalu obsess dengan komputer sangat seronok apabila Lex Luther menyediakan komputer berkuasa tinggi. Namun untuk mempunyai computer seperti itu, Luther terpaksa membinanya dalam sebuah gua!

Nano teknologi sudah tiba dan gajet semakin kecil dan semakin powerful. Malangnya Tun Abdullah tidak meneruskan visi Tun Mahathir untuk menjadi jaguh dalam dunia nano. Sebaik beliau menjadi PM, beliau kembali ke pertanian. Alvin Toffler pernah menulis dalam 'Future Shock' dan 'Third Wave', diera ini sesiapa yang hanya menjadi negara industri adalah seperti negara pertanian zaman revolusi industri.

Selepas dunia mengalami dua revolusi - pertanian dan industri - dan sedang menuju ke revolusi maklumat, digital dan nano, Pak Lah membawa Malaysia kembali ke negara pertanian. Bahkan menantu Oxfordnya pun gagal melihat pentingnya nano dan legasi Tun Mahathir.

Apa sudah jadi dengan Malaysian Super Corridor(MSC)? Tanpa pemulanya, ia adalah hanya gajah putih.






Monday, March 21, 2011

Video Skandal Seks Ketua Pembangkang.

Sedang heboh di twitter, facebook dan blog tentang video perilaku seks seorang tokoh pembangkang yang berprofail tinggi dengan seorang wanita Cina - dipercayai warga asing. Video ini dimiliki oleh seorang Dato' yang ingin dikenali dengan nama Dato' T. 

Dua blog berwajah telah menyiarkan berita ini. Malah STAR online, Malaysiakini dan Malaysia Insider juga telah  mengesahkan kewujudan video berkenaan. Beberapa wartawan telah dijemput untuk menonton video berkenaan, termasuk Harakah.

Baca juga blog Kickdefella dan Outsyed the Box. Kickdefella blog terawal mememecahkan berita ini.

Jika video seks mengakhiri career politik Vijanderan dan  Chua Soi Lek, mungkin PR boleh memaafkan Elizabeth Wong dan mungkin Datuk Seri ...........? Jika BN meletak nilai moral tinggi untuk Menteri dan APnya, maka tidak PR?

Melayu

Tun Mahathir mengakui beliau mempunyai darah India dari sebelah bapanya. Beliau tetap bangga beliau Melayu kerana ibu kepada bapanya seorang Melayu, dan ibunya sendiri, Wan Tempawan juga seorang Melayu. Beliau pernah secara verbal menegaskan ini dalam program bersama Gempita tahun 2009, dan juga dalam memoir terbarunya: A Doctor in the House.

Seperti biasa, apa yang dikatakan Tun Dr. Mahathir akan dibahas, didebat dan dipolemikkan. Setakat ini, Anwar dan Tengku Razaleigh telah membuat tuduhan Tun Dr. Mahathir sebagai 'penipu'. Blogger Sakmongkol juga telah memberikan pandangannya terhadap memoir Tun dan pengakuan 'darah Indianya'. Tanpa mereka sedari, mereka memberi promosi percuma kepada Tun. Walaupun dipersaraannya, Tun masih lagi newsmaker.

Tidak hairan beliau masih menjadi tarikan media jika dibanding dengan ahli-ahli politik yang masih aktif.

Tun adalah kes klasik apabila Melayu suka mempertikaikan perkara yang remeh. Siapa sebenarnya Melayu? Adakah definisi Melayu itu mesti lahir di Semenanjung Tanah Melayu, dari kedua ibubapa totok Melayu?

Sudah berkali-kali saya menulis, Melayu merupakan identiti bangsa besar dari kelompok sub etnik seperti Jawa, Minang, Batak, Bugis dan sebagainya. Dinamakan kepulauan ini sebagai kepulauan Melayu, dan bahasa pertuturannya bahasa Melayu. Samada mereka dari negara Indonesia atau Semenanjung, mereka adalah dari rumpun bangsa Melayu.

Bagaimana dengan darah campur Melayu dan India-muslim, Cina-muslim atau Melayu dengan orang-orang Eropah? Melayu atau lain-lainkah mereka?

Dari segi perlembagaan, Malaysia sudah memudahkan definasi ini, tetapi masih ada suara-suara sumbang 'orang ini mamak', atau orang ini 'anak mualaf' dan lain-lain. Saya angkat isu ini kerana ianya bukan isu remeh. Penting bagi Melayu menyedari jatidiri mereka agar tidak mudah diasak oleh orang luar berkaitan 'kemelayuaan' mereka.

Bangsa Melayu bukan bangsa pertama yang identiti keturunan mereka bercampur dengan bangsa luar. Dalam sebuah buku sejarah Jepun yang saya baca, saya tidak ingat dengan pasti nama penulisnya, jika tidak silap Richard Story beliau menerangkan, asal usul bangsa Jepun adalah dari campuran berbagai kaum dari lautan pacific, malah penulis membuat hipotesis adanya darah Melayu dalam darah Jepun! Namun beliau berkata hipotesis ini tidak mempunyai bukti kukuh.

Moral dari cerita di atas adalah tidak penting campur baur kaum-kaum lain dalam darah orang Melayu asalkan mereka ingin dikenali sebagai Melayu, beragama Islam(kerana Melayu identik dengan Islam), bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam Melayu.

Di sini kelihatan betapa geniusnya penggubal perlembagaan Malaysia. Di Rom sendiri pernah apabila lelaki mereka lebih ramai dari wanita, untuk mengelak dari kepupusan, tentera Rom menakluk satu puak dan mengambil kaum wanita puak itu untuk dikahwini mereka dan melangsungkan keturunan Rom.

Dan penghijrahan orang-orang Yahudi beramai-ramai ke Eropah dan Amerika, malah China dan Afrika telah mencampur adukkan darah Yahudi dengan Eropah, China dan Afrika. Jangan terkejut adanya Yahudi kulit hitam didunia ini. Namun sesetengah mereka tidak mahu dikenali dengan Yahudi lagi, ada yang sudah menggelar mereka Jerman, Anglo-Saxon atau Irish.

Ada hikmahnya Melayu juga mempunyai darah India, Cina, Arab dan sebagainya kerana darah campuran sebegini melahirkan bangsa yang kuat. Kita mungkin akan mewarisi sedikit sebanyak kehebatan ciri-ciri bangsa yang bercampur Melayu itu.

Dari segi Islam dan sains sendiri mengakui; semua DNA bangsa dalam dunia ini tanpa mengira bangsa dan agama datangnya hanya dari satu DNA lelaki dan satu DNA wanita - semua manusia mempunyai hubungan darah sebenarnya.

Islam menggelarkan lelaki sebagai Adam, dan wanita sebagai Hawa. Sains menggelarkan Saintifik Adam dan 'the real Eve'. 

Hanya adat resam dan semangat 'kekitaan' menjadikan kita Melayu, atau sebaliknya. Tun Mahathir memilih untuk menjiwai Melayu. Maka Melayulah beliau.

Period.


Thursday, March 17, 2011

Facebook dan Thomas Jeffreson.

Satu kata-kata Thomas Jefferson yang saya minat adalah: 'I cannot live without books.'

Mengapa saya minat kata-kata itu dari salah seorang penggubal 'Declaration of Independence' ini sedangkan begitu banyak mutiara katanya yang lebih penting? 

Kerana ianya hampir sama dengan keadaan saya satu ketika dulu. 

Saya suka membaca, malah saya pernah rasa hidup bagai tidak lengkap jika ada hari yang saya tidak dapat membaca apa-apa. Sebelum muncul dunia blog, ironinya, saya tidak suka membaca suratkhabar. Kadang-kadang saya tidak mengetahui peristiwa penting pada hari itu dan dikutuk oleh sahabat baik saya, Ahmad Taufiq bin Ismail. Katanya sebagai pembaca seperti saya, mustahil saya tidak sensitif kepada isu-isu semasa.

Dan diatas tadi saya nyatakan 'satu ketika dulu' yang bermaksud tidak lagi kini. Satu kualiti baik yang jarang ada pada saya iaitu membaca juga kian terhakis. Terhakis dek kesibukan. Terhakis dek masa. Terhakis dek hobi lain. Terhakis dek kemodenan. Terhakis dek teknokogi maklumat, dunia blog, wikipedia,  facebook dan video game.

Ada hari yang berlalu sekarang ini tanpa pembacaan buku berat, anehnya tidak seperti dulu saya tidak merasakan kejanggalan. Dunia kembali normal buat saya. Saya pernah terjumpa seorang doktor pembedahan plastik yang merungut anak muda sekarang tidak lagi meminati James Joyce, Faulkner, Thomas Mann dan Milan Kundera.

Johan Jaafar juga pernah menulis bahawa peminat buku sepertinya merupakan species yang makin berkubur. Dan saya jadi kurang membaca sekarang bukan kerana mengikut trend anak muda tetapi alasannya hampir sama dengan mereka.

Saya sudah terlalu bergantung kepada teknologi maklumat. Jika ada hari yang berlalu tanpa saya dapat membuka facebook dan blog, saya akan jadi resah. Ini alasan mula-mula saya usung laptop yang besar ke mana saja saya pergi. Kemudian ianya makin mengecil dengan netbook. Sekarang bahkan netbook yang bersaiz 10 inci juga sudah kelihatan primitif bila muncul smartphone seperti Blackberry dan I-phone.

Keterbergantungan saya kepada netbook dan blackberry mengakhiri ketaksuban saya kepada buku. Walaupun masih membaca tetapi masa untuk buku sudah disaingi oleh kemodenan teknologi maklumat. 

Dan maklumat bukan 'knowlegde' hanya sekadar percikan berita yang tidak perlu dicerna dengan gigih oleh mental saya. Dari seorang pembenci maklumat bersumberkan akhbar, dan lebih minat mencerna buku berat ketika remaja, saya bertukar menjadi pencerna berita dan meninggalkan dunia ilmu dari buku-buku.

Sesekali apabila line saya kena barred kerana lambat membayar bil, saya jadi resah dan sanggup berbuat apa saja untuk kembali 'connected'. Malah pernah saya ke KLCC untuk membayar bil di kiosk Maxis pada pukul 3 pagi hanya kerana ingin kembali 'connected'.

Dan meminjam kata-kata Thomas Jefferson yang saya modifiedkan untuk mencerminkan keadaan saya sekarang ialah: "I cannot live without facebook."

Wednesday, March 16, 2011

Apa yang kita boleh dapat dengan harga RM1?

Terkejut saya apabila membaca buku Tun Dr. Mahathir yang terbaru: A Doctor in the house bila sampai bab Daim Becomes Finance Minister. Apa yang mengejutkan saya adalah pada mukasurat 531, Tun menceritakan KTM dijual kepada pihak swasta dengan harga RM1.

Semasa Pak Lah menjadi PM, beliau menjual syarikat motosikal milik Proton - MV Augusta - dengan harga 1Euro. Kalimullah cuba spin dan menjustifikasikan penjualan ini dengan merujuk kepada penjualan KTM. Tapi Tun menjawab dalam meoirnya, Augusta berjaya dijual semula dengan harga USD 109 juta.

Tun memberi justifikasi, KTM merupakan beban kepada kerajaan, pembelinya tidak boleh menjual KTM dan hutangnya kepada sesiapa, apa lagi membuat untung dari pembelian itu. Lagipun, KTM ditawar kepada awam tetapi tidak ada siapa yang mahu. Sebaliknya Augusta tidak ditawar kepada awam, dan cara penjualannya berahsia. Sudah tentu ada pihak yang mendapat untung.

Semalam saya minum disebuah kedai mamak, air milo ais saya pun lebih dari RM1. Tapi ada benda yang boleh dibeli dengan RM1, selain KTM pada awal 80an. Selangor membayar RM1 kepada Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi. Kita boleh dapat bekas Menteri Kewangan dengan harga RM1. Milo ais saya lagi mahal darinya.

Boleh ke saya beli Warren Buffet dengan harga RM1 sebagai penasihat pelaburan? Ada sesiapa lagi dimarket yang berharga RM1?

Monday, March 14, 2011

Neo Dilema Melayu.

Tun Dr. Mahathir menulis Dilema Melayu semasa beliau berada diluar kabinet. Lebih tepat lagi, Tun menulisnya semasa beliau  dalam 'political wilderness'. Tulisan itu merupakan keterus-terangan dari seorang patriot dan nasionalist yang merasai denyut nadi keresahan kaumnya - Melayu - yang masih miskin dan tidak ada pelajaran selepas merdeka.

Apabila beliau menjadi PM beliau tidak mempunyai alasan untuk tidak melaksanakan apa saja dengan kuasa yang ada padanya untuk menghapuskan 'dilema Melayu'. Tun Razak sudah memulakan, meletakkan Malaysia dilandasan yang betul dalam mengimbangi jurang kemiskinan antara kaum asal - Melayu - dan kaum keturunan immigrant yang kebanyakkan lebih kaya dan mampu.

Di sini terletak 'dilemma Mahathir'. Mungkin juga 'dilema Najib'. Dan mungkin juga dilema mana-mana PM selepas mereka. Sebagai orang asal, Melayu lebih santai dan lambat menangkap peluang. Jika ada yang memperolehi peluang, mereka lebih suka menyembelih angsa bertelor emas dari mengumpul kekuatan ekonomi dari segi jangka panjang.

DEB berjaya dari segi pendidikan dan melahirkan professional Melayu. Dari segi perniagaan dan merapatkan jurang ekonomi, DEB masih gagal. Target 30% agihan kek ekonomi untuk bumiputera hanya berjaya dicapai 20% sahaja. Dan DEB sudah berjalan selama 40 tahun.

Sebagai seorang yang bercita-cita tinggi, Tun Dr. Mahathir mahu segalanya berlaku dalam pemerintahannya - yang mana agak mustahil. Beliau ingin Malaysia menjadi negara industri dan kuasa besar ekonomi - bahkan beliau berani bercita-cita kuasa besar tentera. Dalam masa yang sama, Tun ingin Melayu menjadi penjana utamanya walhal Melayu berasal sangat miskin selepas merdeka.

Dilema Mahathir adalah, bagaimana beliau boleh meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara besar jika ingin bergantung kepada skill niaga Melayu yang mana ketika beliau mula menjadi PM, sangat bergantung kepada kerajaan? Dan beliau tidak boleh menyekat ekonomi kaum Cina yang sememangnya berdaya maju sendiri sama ada ditolong atau tidak oleh kerajaan.

Untuk mengimbangi ini, beliau terpaksa menggunakan siapa saja yang mampu untuk mencapai cita-citanya meletak Malaysia sebagai negara industri dan kuasa ekonomi. Ini jawapan kepada kritikan musuh TDM mengapa beliau menolong Vincent Tan, Eric Chia, YTL dan Ananda Krishnan. Dalam masa yang sama, beliau cuba menghapuskan 'dilema Melayu' yang dikiritiknya sebelum beliau memegang kuasa.

Dan bukan tanpa masalah.

Melayu yang cuba dibantu melalui DEB mendapati program affirmative action ini adalah angsa bertelor emas yang mesti disembelih secepat mungkin untuk mendapat emasnya dengan segera. Di beri pegangan ekuiti 54 billion, hanya 2billion yang kekal. Ditubuhkan Bank Bumiputera, terlalu banyak write off hingga Bank Bumiputera terjual kepada Bank of Commerce.

Tajudin Ramli, Halim Saat dan empayar Proton adalah succes story yang menjadi 'succes 'sorry'. Mereka lenyap hanya dalam satu generasi sahaja. Masih kita gagal mencipta Robert Kuok, empayar Lim Go Tong dan sebagainya.

Sekarang ada satu masalah kepada pewaris empayar Tun Mahathir. DEB yang ternyata gagal dalam ertikata sebenar, perlu disusun semula dengan cara yang lebih halus. Melayu perlu dididik bersaing jika tidak perkara ini tidak akan ada kesudahannya. Saya masih setuju affirmative action diteruskan dalam bentuk pendidikan, namun dalam perniagaan Melayu perlu bersaing dalam pasaran terbuka.

Ini masalah kepada Datuk Seri Najib kerana yang akan menentang beliau adalah dari dalam UMNO yang selalnya mendapat faedah yang sangat besar dalam affirmative action ekonomi. Bagaimana PM ingin memberitahu orang-orang Melayu bahawa mereka tidak boleh berharap kepada kerajaan buat selamanya?

Sekarang orang bercakap tentang kebajikan generasi kedua felda. Saya tidak nampak mengapa kerajaan perlu membela generasi kedua felda sedangkan bapa-bapa mereka sudah diberi pancing. Selayaknya dari seorang yang tidak mempunyai harta, mendapat 10 ekar tanah yang ditanam sawit, sudah mampu membiayai anak-anak mereka. Anak-anak mereka sepatutnya sudah maju dari segi pelajaran dan boleh berdikari.

Jika saya ahli politik,  kenyataan saya ini akan menguburkan career politik saya tetapi saya  perlu berkata benar jika kerajaan takut. Program-program seperti beri tanah untuk generasi kedua felda tidak ada faedah dari segi membangunkan negara selain hanya mendapat 'political mileage'. 

Memang benar felda adalah kubu kuat kerajaan tetapi 'mencandu'kan umat Melayu dengan kesenangan tanpa berusaha lama kelamaan akan memusnahkan orang Melayu juga. Jika satu hari BN kalah dan kerajaan baru tidak mahu membela Melayu lagi, apa jadi kepada orangg-orang Melayu yang tidak boleh bersaing ini?

Saya hanya nampak kerajaan perlu banyak mewujudkan ramai Melayu berpelajaran tinggi - dalam bidang professional dan kemahiran. Mereka perlu dididik berniaga yang mampu bersaing - bukan hanya mendapat kontrak untuk orang Melayu kemudian di Alibabakan.


Saturday, March 12, 2011

Undi Kaum CIna.

Cara Cina mengundi dengan Melayu mengundi sangat berbeza. Pertama Melayu akan mengundi berdasarkan parti mereka, cuma mungkin ada yang berbuat sebaliknya kerana protes. Kedua, Melayu akan mengundi kerana sentimen, dan soal kasihan dan simpati bukan sedikit memainkan peranan dalam undi Melayu.

Undi kaum Cina berbeza. Pertama, Cina akan mengundi berdasarkan kepentingan kaum mereka. Mereka tidak kisah sangat ke parti, kerana kebanyakkan mereka merupakan non-partisan, professional businessman. Tidak seperti kebanyakkan Melayu yang pro atau semi-pro politician - walau mungkin politician picisan. Kedua, kaum Cina akan mengundi berdasarkan perkiraan kepentingan perniagaan. 

Sentimen(disini maksudnya sentimen seperti 'mata lebam', bukan sentimen keCinaan), semangat kepartian, apalagi 'fatwa ulama' samada Buddha atau Kristian boleh dikatakan langsung tidak memainkan peranan kepada undi Cina. Cina berjaya memisahkan keperluan ritual mereka melalui agama dengan pertimbangan politik yang menguntungkan mereka.

Sudah menjadi rahsia umum, kaum Cina tidak mengundi BN. Bahkan mereka sanggup mengundi parti seperti PAS walaupun satu ketika dulu ini merupakan taboo. Sementara PAS seronok menganggap kejayaan ini sebagai kejayaan 'dakwah' PAS, sebenarnya kaum Cina hanya mengantar message kepada BN: mereka merupakan force to be reckoned; dan tuntutan mereka perlu diladeni. 

Jika benar strategi ini menguntungkan, mereka akan terus mengundi PAS, PKR atau DAP. Jika tidak, mereka akan ubah strategi dan kembali menyokong BN. Walaupun undi mereka tidak sebesar undi Melayu yang sering berpecah, mereka vote collectively.

Buktinya pada PRU tahun 1999, BN diselamatkan oleh undi kaum Cina apabila majoriti undi Melayu menyokong pembangkang. Sentimen 'mata lebam' telah mempengaruhi undi Melayu untuk mengundi pembangkang. Undi Cina tidak akan terpengaruh kepada sentimen seperti 'mata lebam' atau tentang human right. Mereka mengundi BN kerana Malaysia baru pulih dari krisis ekonomi 1997, dan masih mempercayai BN yang ketika itu masih dibawah Tun Dr. Mahathir perlu bagi menyelesaikan masalah menangani krisis ekonomi. Dan bukan tanpa harga.

Selepas tahun 1999, kaum Cina melalui Suqui membuat berbagai tuntutan. Dan Tun  Dr. Mahathir juga terpaksa berkompromi  dalam beberapa isu yang tidak vital.

Perkembangan terbaru undi Melayu yang mungkin kembali menyokong BN juga faktor penentu undi Cina dalam PRU ke 13.Kaum Cina cepat membaca perubahan. Memang jika boleh mereka mahu semua tetapi mereka juga sedar keterbatasan mereka.

Bagi kaum Cina, baik MCA mahupun DAP merupakan alat mereka sahaja. Jika dalam PRU ke 13 nanti, undi Melayu solid menyokong BN, kaum Cina juga akan mengundi BN semula. MCA mungkin akan kembali mendapat credentialnya semula. Ini kerana jika kaum Cina masih berdegil, dan terus-terusan menyokong pembangkang apabila undi Melayu sudah ramai kembali ke BN, mereka bimbang mereka akan terus ketinggalan.

Mungkin Pulau Pinang masih kekal dengan DAP, tapi mereka perlukan suara dalam kerajaan Persekutuan. MCA adalah plihan terbaik buat mereka dan bukan DAP. Mereka mesti mahukan seramai mungkin Menteri dari MCA.

Tidak seperti undi Melayu yang mana parti memainkan perananan, sebaliknya undi kaum Cina pula menentukan parti mana yang akan memainkan peranan

Bagaimanapun, ini hanya ramalan saya yang tidak bersandarkan samada 'air pinang' atau bukti-bukti saintifik. Wallahualam.


Friday, March 11, 2011

Intelek Anwar dan Pemimpin PR.

Seringkali kita melihat dalam tweeter Anwar, atau ucapannya kita mendengar beliau dengan ghairah bercakap tentang Tunisia, Mesir, Libya dan beberapa negara Arab lainnya yang berjaya berdemo dan menukar kerajaan. Begitu juga dengan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain seperti Lim Kit Siang dan Nik Aziz.

Menyelami hasrat mereka, kita dapat merasakan bahawa mereka berasa betapa jerihnya untuk memegang kuasa dengan cara demokrasi. Susah untuk menjadi PM bagi Anwar dengan jalan minta rakyat membuat pilihan. Begitu ruwet dan complicated. Jadi diharapnya Malaysia akan sama dengan negara-negara yang dilabelkan dalam senarai  'Club of Doom' oleh Syed Akhbar Ali.

Bahkan seorang ketua fasis yang berjaya, Hitler sebagai diktator menjadi Chancellor German dengan cara memenangi pilihanraya. Hitler bukan leader yang naik melalui demonstrasi, walaupun Nazi mempunyai stormtroopernya; SA dibawah Captain Earnest Rohm.

Hitler melalui beberapa cubaan dalam pilihanraya, dan akhirnya diterima rakyat lalu menumbangkan kerajaan Weimar Republic. Jadi bagaimana seorang 'democrat' sejati yang terlalu mengidam-idamkan imej liberal seperti Anwar berharap kerajaan akan jatuh dengan demonstrasi jalanan lalu membenarkan beliau menjadi PM, mungkin Presiden? Harapan ini hampir sama dengan harapan Hishamudin Rais yang ingin menjatuhkan kerajaan melalui blog Tukar Tiubnya: berbekalkan gambar lubang anus dan 'KAH KAH KAH'nya.

Malaysia tidak sama dengan Mesir, Tunisia dan Libya. Pertama kerana Malaysia tidak terjebak dalam bahaya tergolong dalam 'Club of Doom'. Ini kerana negara-negara Islam yang mengalami masalah ini mempunyai ciri-ciri yang sama - mereka tidak memeluk 'demokrasi' secara sebenarnya, cuba menambah 'Islamik sana' dan 'Islamik sini' berdasarkan tafsiran beberapa ulama yang sempit dan jumud.

Malaysia mewarisi sistem demokrasi dari sebuah negara demokrasi berpelembagaan yang berjaya iaitu England. Tambahan pula, Malaysia juga mewarisi sistem perundangan dari Common Law yang berjaya dari British, yang mana ulama dalam PAS ingin mengubahnya 'so badly' dan jika berjaya bakal membawa Malaysia kepada 'Club of Doom' seperti negara-negara di atas.

Saya tahu peminat hudud akan menyanggah pendapat ini dan jika saya menghurai panjang lebar tentang hudud; ianya akan keluar dari topik perbincangan. Penulis Outsyed The Box sudah meramalkan dari tahun 2005 lagi negara-negara Islam yang miskin, gagal menggubal undang-undang yang progressif, tidak menguasai ilmu ekonomi, teknologi dan terperangkap dibawah sistem politik yang oppresive, merupakan negara yang akan menjadi 'Club of Doom'. Dan ini yang sedang berlaku sekarang.

Mengharapkan Malaysia menjadi seperti itu merupakan politik murahan yang tidak boleh dimaafkan. Sebagai patriot, saya menentang golongan yang mengharap Malaysia menjadi 'club of doom; hanya kerana ada golongan ingin merampas kuasa. Jika gentleman, kita lawan demokrasi dengan demokrasi kerana menukar pemimpin dengan cara Mesir, Tunis dan Libya bukan cara yang menguntungkan Malaysia.

Keinginan sebegini hanya datang dari ahli-ahli politik yang muflis idea. Dan negara-negara Islam yang termasuk dalam 'Club of Doom' tidak sebenarnya mengikut Quran. Mereka mengikut pendapat sebahagian ulama yang masih berada dalam abad ke 14. 

Sedih tapi benar, Malaysia sebenar diselamatkan oleh 'sekularisme'.

Thursday, March 10, 2011

Intelek Dr. Mahathir.

Kata orang, jika hendak kenal intelek seseorang, bacalah tulisannya. Saya mula membaca Dilema Melayu ketika saya ditingkatan tiga. Banyak yang saya tidak faham kerana keterbatasan intelek saya sendiri ketika itu. Dalam masa yang sama, saya membaca juga buku Revolusi Mental yang diusahakan oleh Datu Senu Abdul Rahman, Setiausaha Agung UMNO zaman Tun Razak.

Kedua-dua buku itu - Dilema Melayu dan Revolusi Mental - mendapat kritikan hebat dari Professor Syed Hussein Al Attas. Apabila saya makin dewasa, saya membaca semula Revolusi Mental. Benar, buku itu bercita-cita besar ingin mengubah mental manusia Melayu dengan revolusi kaku dari sebuah buku.

Apabila saya membaca Dilema Melayu, setelah lebih memahami manusia dan persekitaran, dan cakrawala intelek saya sendiri mengalami metamoporsis dengan pembacaan lain, saya makin memahami pemikiran penulisnya. Dr. Mahathir; walaupun dikritik oleh seorang sarjana, mempunyai naluri intelek yang unik.

Beliau mendahului zaman. Memang sukar difahami pemikirannya namun bahasa yang beliau pilih tidak terlalu akedemik, simple dan direct. Salah satu keistimewaan Dr Mahathir adalah beliau boleh memudahkan sesuatu yang kompleks dengan bahasa simple. Beliau mengelak dari bahaya retorik. Beliau mengelak dari bahasa yang bombastic. 

Kemudian saya membaca bukunya New Deal For Asia. Kekuatan buku-buku Dr Mahathir bukan hanya terletak pada inteleknya, tetapi sesuatu yang membezakan beliau dengan yang lain adalah 'overwhelming facts combine with overwhelming sincerity.'

Dr. Mahathir, dalam bahasa perubatan merupakan seorang yang clinical. Beliau sentiasa berjaya memisahkan emosinya dengan objektifnya. Ini menjadikan beliau terasing, aloof dan detach. Apalagi dalam dunia Melayu yang sangat sensitif. Walaupun beliau cuba untuk 'minimized damage' namun ketaksuban beliau kepada fakta dan objektif menyebabkan tetap ada golongan yang akan tersinggung.

Ada yang menyifatkan beliau blunt. Ada yang menyifatkan beliau kurang ajar(antaranya Tunku Abdul Rahman). Ada yang menyifatkan beliau berani dan provokatif. Ada yang menyifatkan beliau irritating. Ada yang menyifatkan beliau sarcastic. Ada yang menyifatkan beliau 'simply enigma'.

Tun Dr. Mahathir baru menerbitkan memoirnya: A Doctor in the house. Saya masih belum berkesempatan membacanya. Namun dikatakan sudah banyak collateral damage dalam usaha Dr Mahathir menyatakan kebenaran. Sesuatu yang Dr Mahathir tidak dapat mengelakkannya.

Selama lima belas tahun kehidupan Julius Caesar yang terakhir merupakan kisah hidup Rom sendiri. Selama dua puluh dua tahun Dr Mahathir menjadi PM adalah kisah hidup Malaysia sendiri. Saya berumur sembilan tahun ketika Tun menjadi PM. Hingga saya berumur 31 tahun perubahan berlaku.

Saya masih ingat krisis perlembagaan antara Tun dengan Raja-raja Melayu, krisis ekonomi tahun 1986, rungutan orang-orang tua yang bekerja dengan kerajaan tentang punch card, rungutan orang tentang nametag yang tidak boleh lebih dari lapan abjad saja, pertembungan Tengku Razaleigh dan Tun, pelancaran Proton, Jambatan Pulau Pinang dan penentangan projek mega yang lain seperti PLUS, KLIA, KLCC dan Putrajaya, fall out antara Tun dengan Musa Hitam, krisis ekonomi tahun 1997, dan akhir sekali pemecatan Anwar Ibrahim dari kabinet.

Sebahagian besar hidup remaja saya diwarnai dengan politik Tun Mahathir yang mencengkam seluruh warga Malaysia yang lain. Walaupun banyak geloranya, dari segi keamanan dan 'proud to be Malaysian', saya sangat merindui zaman itu.

Wednesday, March 9, 2011

Retak Menanti Belah: PAS v DAP.

Seperti yang saya ramal, tanpa PKR sebagai penimbang-tara, DAP dan PAS kembali seperti Tom and Jerry. Dua parti yang berlainan budaya dan naturenya tidak mungkin bersatu. Justeru itu PAS kembali bimbang apabila undi Melayu - maksud saya silent majority Melayu - kembali kepada BN baru-baru ini. 

PAS sudah mula hilang punca. Selama ini mereka mengecam kerajaan BN tidak Islamik, mendapati mereka sendiri susah untuk melakukannya walaupun di Kelantan - tempat yang majoriti pengundinya Melayu. Mereka juga terpaksa membenarkan lesen arak dan judi - untuk bukan muslim. Ini juga dilema UMNO apabila ingin berbuat benda yang sama. Malaysia masyrakat majmuk.

Menyedari begitu merosot pengaruh mereka kepada pengundi Melayu, PAS perlu berbuat sesuatu. Oleh kerana PAS tidak mempunyai agenda ekonomi yang 'moden', maka mereka perlu kembali ke basic - undang-undang Islam. Mereka mengharamkan lesen judi di Kelantan.
 
Tindakkan berani PAS ini saya puji. Soal judi bukan soal MCA atau DAP. Ini soal 'hak kaum bukan Islam'. Setidak-tidak itu yang didakwa oleh kedua-dua parti itu. Jadi Cina DAP atau MCA bersatu menentang PAS dalam soal ini. Satu lagi contoh Cina boleh bersatu dalam hal melibatkan kepentingan kaum mereka. Mungkin kerana kedua-dua parti itu tidak terbatas tindakkan bersamanya oleh fatwa ulama Kristian dan Budhha, atau Hindu.

Ini yang membeza politik Melayu. UMNO liberal dan boleh mendengar kerana tidak dibatasi oleh fatwa. Katanya bila lawan fatwa lawan Allah. Momok-momokan yang memecahbelahkan Melayu ini adalah perhitungan politik yang salah. Ia menjadikan sebuah parti Melayu kurang fleksible, dan terlalu jumud hingga sukar berunding dengan saudara sesama Islamnya.

PKR tenggelam dalam dirinya sendiri. Saya tahu, ramai yang menaruh harapan yang tinggi dari PKR ini kerana mereka agak liberal dan mementingkan keadilan; dan ketelusan. Mungkin itu untuk pengikutnya, tapi bagi pemimpin tertinggi mereka - dia mempunyai different set of rules. 

Selain dari kes liwat Dato' Seri Anwar yang sedang dibicarakan sekarang, PKR menerima damage yang teruk selepas pemilihan parti mereka baru-baru ini. Beberapa golongan minoriti terutama kaum India menerima tamparan hebat apabila mereka hampir pupus dek kerana 'group feeling' orang Melayu yang mengatasi mereka dari segi ramainya.

Ini mungkin jawapan mengapa undi kaum India kembali menyokong BN. Bagi kaum Cina, 'kesetiaan' mereka akan teruji dengan tingkah laku 'berani' PAS baru-baru ini.PAS yang cuba kembali meyakinkan Melayu bahawa mereka benar-benar berjuang demi Islam minus bangsa Melayu. 

PAS perlu memahami realiti politik sekarang, untuk mengembalikan keyakinan sebahagian undi Melayu, mereka perlu bercerai talak tiga dengan DAP. Dan ini merugikan juga mereka secara keseluruhannya.

Mengejutkan saya apabila Lim Kit Siang yang selalu membalun BN dalam blognya, mengalihkan muncung meriamnya ke PAS dalam posting bertajuk Selangor DAP tells PAS to stop anti-gaming talk.  Di sini akan terujilah mitos 'PAS tunggangan DAP'.

Andainya PAS mengalah, maka mitos itu benar. Andainya PAS berdegil, saya ramalkan berakhirnya Pakatan Rakyat. Seperti mainan catur, PR sedang menggerakkan buah-buah catur. PAS sedang mengancam Menteri dengan cuba sacrifice bishopnya; DAP.

Your move, UMNO.




Bahan Bukti di Tolak - Bukan Bererti Kejadian Tidak Berlaku.

Juak-juak Anwar, malah blog Anwar sendiri heboh memperkatakan tentang bahan bukti yang ditolak seolah-olah mereka telah menang kes. Kawan, far from it.

Ini isu teknikal. Banyak kes dalam mahkamah, seseorang itu terlepas bukan kerana kejadian tidak berlaku tetapi kerana teknikaliti. Seorang lawyer criminal yang baik adalah yang pandai exploit kelemahan teknikal lawannya. 

Benar tiga bahan bukti - tuala Good Morning, botol air mineral Cactus dan sikat - adalah sumber perbandingan DNA Anwar dengan DNA lelaki Y dari sperma dalam anus Saiful. Menurut keterangan pakar kimia, Nor Aidora Saedon, sampel DNA dari tiga bahan bukti itu adalah sepadan dengan DNA lelaki Y. Persoalannya di sini bukan bahan bukti itu ditolak kerana DNAnya tidak matching tetapi cara bahan bukti itu diperolehi.

Zulkifli Nordin, juga seorang peguam menyatakan kehairanannya mengapa Pendakwaraya masih memasukkan ketiga-tiga bahan berkenaan sebagai bahan bukti sedangkan pihak Anwar sudah membantah kerana cara ianya diambil sebagai tidak sah.

Ada dua isu di sini yang pembaca kena faham. Pertama adalah sampel DNA Anwar dari bahan bukti itu menunjukkan DNA Anwar adalah match dengan DNA lelaki Y. Walaupun ianya match, tapi bahan bukti itu tidak boleh diterima pakai dalam mahkamah kerana cara ianya diperolehi.

Saya sependapat dengan Zulkifli Nordin, cara terbaik untuk memperolehi sample DNA Anwar adalah dengan cara Anwar sendiri secara sukarela membenarkan ianya diambil. Jika Anwar dipihak benar, mengapa perlu takut.  Pakar forensik boleh ambil contoh DNA Anwar melalui peluh, rambut, sel-sel kulit dan darah. Baca pandangan Zulkifli disini.

Dengan penolakan tiga bahan bukti yang diperolehi dengan cara illegal membuktikan mahkamah mengamalkan undang-undang berdasarkan prinsip Common Law dan mustahil untuk berkonspirasi dalam soal teknikal seperti yang didakwa oleh Anwar.

Sebagai layman, sukar untuk Anwar memahami betapa kompleksnya sistem perundangan untuk dieksploitasi sewenang-wenangnya. Dan kegagalan Pendakwaraya memperolehi secara sah DNA Anwar bukan bererti kes ini sudah menemui keputusannya. Jauh dari itu.

Jika Pendakwaraya lemah dari segi teknikal juga, Anwar masih boleh dibebaskan. Dalam sistem kita percaya, seseorang itu tidak bersalah hingga dibuktikan bersalah dan lebih baik melepaskan seratus orang bersalah dari menghukum seorang yang tidak bersalah.

Kita tunggu move pendakwaraya yang seterusnya.

Stay tune.

Tuesday, March 8, 2011

Rasa Sayang.

Jangan terkejut. Bukan bahasa Melayu tapi Hindi. Audi (dalam latin: Listen):





Hanya 'Rasa Sayang' saja dari bahasa Melayu, yang lainnya Hindi. Hebat bahasa Melayu, Shammi Kapoor pun nyanyi lagu 'Rasa Sayang'. Memang bahasa Melayu bahasa lingua franca dunia Nusantara.

Dato' Y, mari kita berdamai atas semangat 'Rasa Sayang'. Hi hi hi.

Bagaimana Dato' Y Membalun Blogger Yang Tidak Berbentuk?

Riuh dalam dunia blogosphere seorang Timbalan Menteri ingin 'membalun budak-budak blogger'. Kita namakan beliau Dato' Y. Belumpun sempat Dato' Y membalun blogger, dunia blogosphere sedang hangat membalun beliau. Ingin saya nasihati Dato' Y tapi dah terlambat.

"Anything with form can be overcomed, so be formless."

Kata-kata di atas saya petik dari sebuah kitab Cina. Saya tak ingat kitab mana tapi bukan Art of War. Blogger adalah 'kuasa' tanpa bentuk. Dalam dunia politik, bukan 'kebenaran' penting, tapi persepsi. Menangani blogger adalah menangani persepsi. Bagaimana kita hendak 'balun' sesuatu yang tidak berbentuk?

Dengan politik baru? New politik. Haish.

Saya tidak setuju semua dengan pendapat rakan blogger saya. Saya tidak juga menolak semua. Namun tindakkan ataupun ucapan yang kurang berhemah dari seorang Timbalan Menteri boleh mengakibatkan malapetaka.

Saya tidak berada ditempat kejadian. Menurut blogger Papa Gomo, ini perbualan yang terjadi antara beliau dengan Dato' Y. Saya CnP dari blognya.

"Papa Gomo : Salam Dato, macam mana dengan perjumpaan kita bagi menjelaskan isu Pilihanraya kampus?

Tim Menteri: Takpelah awak semua Balun saya


Papa Gomo: Mana ada kami balun, kami menegur kerana isu tersebut pada anggapan kami para Blogger adalah besar


Tim Menteri: U All Balun bukan nya Tegur


Papa Gomo: Kalau kita balun kita balun betul betul, kita tak faham apa yang Dato nak bawak dalam menyokong AUKU dan Pro M


Tim Menteri: "U all Not Intelligent, This Is NEW POLITICS"

Papa Gomo: New Politics? Kalau New Politics Kenapa Pro M boleh menang?


Tim Menteri: I dah maklum dalam Mesyuarat MT pasal U all balun I. U all tak Gentleman"

Papa Gomo: Kalau saya tak Gentleman saya tak datang tegur Dato, Bukan kita Balun pun"

Tim Menteri: "Jangan Sampai I Balun U All Blogger, Tunggu masa je""

Sekarang siapa yang susah? Bagaimana nak balun blogger yang sudah mula menganyang Dato' Y. Bukan hanya Gomo, malah PANTAU, Parpu Kari, Gelombang Rakyat, GAP, Unspinner, Panglima Perang Cyber,, The Flying Kick.

Di Pahang sendiri  blogger Beranikan Hati dan Malaysian Heaven turut membalun Dato' Y tanpa belas kasihan. Mesej mereka mudah: UMNO jangan kembali angkuh apabila mula diterima rakyat. 

Dalam perbualan saya dengan Orang Kampung, seorang pembaca blog saya, beliau menyatakan pendapatnya, UMNO dibahagian-bahagian masih lemah. Kebanyakkan jawatankuasa bahagian tenggelam punca untuk menaikkan semula martabat UMNO. Jika tidak dibantu oleh para blogger, imej UMNO akan lebih tenggelam, dan tenggelam.

Tentang tuduhan Dato' Y, hanya  beliau faham new politik, para blogger tidak intelligent, bagaimana dengan Rocky's, Another Brick in The Wall, Jebat Must Die dan Che Det? Jika benar dialog yang diturunkan Gomo itu benar, bangga diri merupakan penyakit jiwa. Jika kita menganggap hanya kita yang 'intelligent'.

So Dato' Y, bagaimana you nak balun blogger? Dengan your so called 'new politic' yang you seorang saja  faham? Mari dengar nasihat terakhir dari kitab Cina kuno:

"Even a wise leader must act in appropriate time,
to act in appropriate time is by studying circumstances,
not by knowledge."





Kasihan Blogger Tukar Tiub.

Mengapa tidak ditukarkan terus tayarnya?


Terus terang, saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Sebelum wujudnya dunia blog saya kenali beliau kerana seorang yang aktif dalam gerakan pelajar. Saya kesal kerana belum menonton 'magnum opus'nya, Dari Jemapuh ke Manchester. Kata orang, karyanya itu gagal 'connected' dengan penonton tempatan. Maklumlah, beliau terlalu idealist, lama pula duduk di negara omputih.

Beliau dibenarkan pulang ke Malaysia, dan ketika era reformasi sekali sekala nampak kelibat beliau semasa berdemo. Kadang-kadang, saya terbaca tulisannya - dalam Inggeris - dibeberapa majalah. Ketika itu blog belum ada, mungkin  kerana itu beliau memilih media konvesional.

Hishamudin Rais mampu menulis dengan baik, apabila saya membaca tulisannya ketika dia 'waras'. Tulisan 'waras'nya sering diterbitkan dalam Malaysia Kini, kadang-kadang Sun. Di mana-mana dalam tulisannya, masih nampak api kemarahan yanng belum padam. Maklumlah, beliau bekas 'the angry young man' yang sudah tua.

Hishamudin Rais  dilahirkan memberontak. Memberontak kerana beliau dilahirkan. Memberontak kerana dunia beliau tinggal ini tidak sempurna. Memberontak terhadap ketidakadilan sosial. Memberontak terhadap kesenangan insan-insan lain. Memberontak terhadap kesusahan mungkin buatan beliau sendiri. Memberontak terhadap kejayaan orang. Memberontak terhadap kegagalan sendiri. Memberontak tanpa sebab.

 Rebel without a cause.

Dalam kedudukan Alexa blog di Malaysia, beliau sering duduk dibelakang Tranukite, dalam top 5. Ini menunjukkan beliau seorang yang 'berpengaruh'. Dalam negara demokrasi, beliau gunakan apa saja, malah ada gambar lubang anus untuk mengalahkan kerajaan yang beliau benci. Apalagi trademark 'KAH KAH KAH KAH KAH KAH' dan "WOIT'nya.

Berpengaruhkah beliau? Wallahualam.

Beliau sering menggalakkan anak muda - terutama mahasiswa - agar turun ke jalanan memprotes kekejaman kerajaan. Sebagai role model, beliau sendiri gagal. Gagal menjadi seniman ampuh. Gagal menjadi 'Che Guevara'. Gagal menjadi director sehebat Kubrick atau U-wei Shaari. Gagal jadi pemikir yang bernas. Gagal juga sebagai professional agitator seperti Stalin.

Ingin menjadi revolusionary seperti Che tapi hanya jadi armchair revolusionary - duduk belakang laptop saja.

Kasihan dia kerana dilahirkan dibumi yang salah dengan masyrakat yang salah. Beliau berbakat, tetapi gagal mengembangkannya kerana terlalu marah. Marah hingga ke tua. Ketawa puas-puas dengan lelucon politik. Habis ketawa nanti mati dan sirna dari masyarakat Melayu.

Kasihan Tukar Tiub. Tolong jangan berhenti ketawa kerana apabila ketawa terhenti, anda mungkin diketawakan.

Mengapa saya tulis pasal dia? Oh hari ini saya iseng. Mari dengar Bee Gees, 'I started a joke'.

I started a joke
which started the whole
world crying.

But I didn't see
that the joke 
was on me
Oh no.

I started to cry
which started the
whole world laughing

Oh if I'd only
seen that the
joke was on me

Tak best, tak best, mari dengar you tube


Rupa-rupanya satu dunia mentertawakan 'dia' kerana jokenya hendak menjatuhkan kerajaan dengan gambar anus dan 'KAH KAH KAH'.


KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

WOIT!

Monday, March 7, 2011

Bermulanya Perpecahan Dalam Pakatan Rakyat?

"Victory has many fathers, defeat is an orphan."

Itu merupakan sebuah perpatah Itali. Memang ketika jaya kita sering mendengar orang ini claim credit, golongan ini mengaku kerja kuat dan sebagainya. Apabila dalam kekalahan, tidak ada siapa yang mengaku bertanggungjawab. Tunding menunding jari pun bermula.

Jika kita imbau semula pengalaman pahit BN selepas PRU ke 12, ini hampir terjadi dalam kem BN. MCA dan MIC menyalahkan UMNO kerana aristokratik dan 'Ketuanan Melayu'nya, UMNO menyalahkan komponen yang tidak perform semasa PRU dan sebagainya. Ghairah dengan kejayaan PKR, malah ada yang membuat teori parti berasaskan kaum tidak mendapat tempat dikalangan pengundi muda.

Isunya kita gagal melihat punca masalah. Kemerosotan undi BN pada PRU ke 12 adalah protes rakyat terhadap kepimpinan Pak Lah dan SIL. Pak Lah dan SIL berjaya menjadikan Malaysia sebagai aset anak beranak. Kesalahan UMNO ketika itu adalah menjadi Pak Turut dan membiarkan ianya berlaku tanpa ada seorang pun yang berani berkata benar. Semuanya menjaga periuk nasi masing-masing. Dan UMNO layak terkedu dek message yang disampaikan oleh rakyat.

PKR, DAP dan PAS sendiri tidak menyangka mereka boleh menggugat BN hingga taraf itu. Oleh kerana mereka tidak menyangka mood 'silent voters' mereka meletak seorang posmen bertanding di Perak, dan apabila menguasai Perak terpaksa mengimport MB dari PAS kerana lebih credential.

Sekarang keadaan sudah berubah. Politik adalah current. Kelebihan yang ada hari ini belum tentu kelebihan pada masa akan datang. Ianya sentiasa progress. Ini sebab mengapa dictum terkenal Bismarck adalah "We cannot make wave, we merely ride on it".

Apa yang terjadi kepada PR sebenarnya hingga menerima pukulan demi pukulan? Dan semakin ada tanda-tanda keretakan sesama mereka. 

Pertama adalah kerana ghanimah. PKR sendiri berpecah belah kepada banyak kem kerana ghanimah. Azmin Ali yang cuba menjadi dominan, Zaid Ibrahim yang terpelanting dan beberapa orang kuat PKR yang bukan Melayu, terutama kaum India menjadi semakin picisan dan makin picisan. 

Kembali Melayu menguasai PKR kerana mereka majoriti. Dalam politik demokrasi, ramai adalah segalanya. PKR hanya masih disatukan kerana kes liwat Anwar sahaja. Dalam soal memperjuangkan 'keadilan Anwar', ianya adalah darah dan daging hardcore PKR. Itu saja.

Sekarang ada  percubaan atas mengatasi antara PAS dengan PKR. Kedua-duanya cuba menjadi jaguh dari segi lebih banyak kerusi. Azmin Ali sudah membuat kenyataan bahawa formula PAS bertanding semua kerusi Melayu, PKR kerusi bercampur-campur dan DAP kerusi Cina belum dapat diputuskan.

PAS sering menganggap kerusi majoriti Melayu adalah hak mereka. Ini bukan lagi fakta apabila mereka kalah berturut-turut dalam kerusi majoriti Melayu kepada UMNO, bermula dengan menang majoriti kecil hanya 65 undi di Manik Urai, tewas di Galas, Tenang, Kerdau dan Merlimau. 

PKR pula yang sedang mengintai kerusi PAS yang majoriti Melayu. Ini menimbulkan rasa kurang senang PAS kerana bagi PAS kemenangan PKR selama ini kerana dibantu oleh undi PAS. Tambahan pula kenyataan terbuka orang no dua PKR ini tidak dibincang secara tertutup oleh Jawatankuasa PR. Dan kita tahu kerakusan Anwar dan protegenya, Azmin.

Ada juga keluhan DAP yang makin kurang membantu PAS baru-baru ini. Di Melaka sendiri, tempat kelahiran Lim Kit Siang DAP buat kerja bagai melepas batuk di tangga. DAP sendiri sebenarnya tidak selesa bersama PAS jika tanpa PKR. Mereka masih mencurigai PAS terutama dari segi negara Islam. Malangnya PKR sendiri telah menjadi lemah dalam PR apabila lapan orang wakil rakyat mereka keluar dari PKR.

Masalah PR sekarang ini adalah lemahnya pemusatan kepimpinan. PKR tidak dapat menjadi leader yang baik lagi mengimbangi DAP dan PAS. Dalam pada itu, PAS sendiri cuba insert pengaruhnya untuk menjadi leader dalam Pakatan Rakyat. Sesuatu yang DAP tidak senangi. 

Retak menanti belah? Kita saksikan drama seterusnya.

Sunday, March 6, 2011

Keputusan Terkini Kerdau dari Pusat Mengira Undi

bn mendapat 3746
Pas mendapat 1612
Majority : 2134.

Masih ada 6 peti undi masih dalam pengiraan.

Mohd Sayuti Omar Boikot PRK Kerdau dan Merlimau.

MSO tanpa berselindung mengatakan beliau tidak akan update dalam blognya PRK Kerdau dan Merlimau. Dalam facebooknya juga beliau tidak update apa-apa tentang Merlimau dan Kerdau. Ringkasnya, beliau boikot kedua-dua PRK berkenaan.

Mengapa blogger pro PAS ini boikot kedua-dua pilihanraya berkenaan. Mari kita lihat logik beliau.

Beliau tidak setuju PAS mencabar BN dalam kedua-dua PRK berkenaan. Beliau sangat yakin PAS akan kalah dalam kedua-dua PRK berkenaan. Beliau tidak dapat menerima alasan PAS untuk menjadikan PRK ini sebagai tempat latihan. Beliau juga mengkritik Tuan Ibrahim Tuan Man yang 'membazirkan' tabung buluh yang mereka lancarkan bagi tujuan PRU ke 13.

Baginya, PAS patut hanya bertanding dalam PRK yang mana penyandangnya adalah dari PAS. Melawan musuh dilubuk mereka bagi MSO adalah tindakan yang tidak bijak. Baginya, ini memberi ruang untuk PAS dibantai, ditelanjangi dan dibuka pekung mereka.

Beliau juga turut minta siapa yang bertanggungjawab membuat keputusan untuk meletakkan calon mereka dikedua-dua PRK itu tampil mengaku. Adakah itu keputusan pusat? maka Haji Hadi perlu bertanggungjawab atas kekalahan PAS nanti(peliknya, artikel ini ditulis hari Sabtu, belum ada keputusan lagi).

Jika ini adalah keputusan kolektif, beliau minta seluruh pimpinan PAS pusat bertanggungjawab. Tidak dinyatakan pula Nik Aziz, mungkin sebagai Mursyidul Am, Nik Azizi above the law. Jika ini keputusan negeri, ini bermakna Tuan Ibrahim perlu bertanggungjawab. 

Pembaca boleh membaca sendiri posting beliau disini. Mungkin MSO bercakap bagi pihak kem Erdogan dalam PAS yang mana bertentangan dengan ideologi Haji Hadi dan Nasharudin Mat Isa. Ada riak-riak perpecahan di sini.

MSO mengotakan kata-katanya dengan langsung tidak mengupdate blognya tentang PRU Kerdau dan Merlimau. Sabdo pendita ratu*.


*perpatah Jawa yang bermaksud apa yang dikata takkan ditarik semula.

Kerdau: Buat setakat ini sudah 71% Keluar Mengundi.

Buat setakat ini sudah 71% atau 6467 orang telah keluar mengundi di Kerdau.

Di Merlimau 61.38% atau 6555 orang di Merlimau.

Stay tune.

Ulangtahun kedua Sri Tri Buana.

Hari ini, blog Sri Tri Buana telah mencecah usia dua tahun sejak posting pertama dahulu iaitu posting Carpe Diem! pada 6 Mac 2009.

Sepanjang dua tahun ini, saya sudah membuat 472 posting, dah mendapat seramai 181 follower, dan lebih kurang 73 ribu lebih hit. Alhamdulillah, setidak-tidaknya blog saya ada pembaca, dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca saya.

Semalam saya bertemu dengan seorang pembaca yang tidak pernah menemui saya secara in person. Beliau berusaha untuk menemui saya, dan alhamdulillah Allah menemukan kami untuk berbual-bual dan bertukar fikiran. Terima kasih saudara Orang Kampung.

Moga saya diizinkan Allah untuk meneruskan perjuangan.

Hidup Melayu!