Followers

Saturday, January 8, 2011

Blogger, Ahli Politik dan Perang Saudara.

"Semalam blog tersebut membuat seruan nekad untuk menggempur habis-habisan pihak tertentu yang dibabitkan dengan kes rogol itu. Apakah akan muncul satu perang baru di dunia siber?"

Itu kata-kata Kickdefella dalam posting terbarunya bertajuk: Wan Azizah, Hilary Rodham Clinton dan Maznah Rais.

Dan ini, dalam hal yang tidak berkaitan, Rocky's Bru yang menjadi primadona dalam 'perang siber' ini pernah berkata: "The Malaysian blogosphere is so fragmented, Mahaguru. Divided and ruled by politicians."

Saya sendiri pernah menulis dalam posting Siapa Control Blogger? tentang secara licik dan jika tidak hati-hati blogger akan jadi alat kepada orang politik - tanpa mengira dari parti mana.

Blogger mempunyai sejarah mereka yang tersendiri. Mereka muncul dan membentuk 'Band of Bloggers' semasa era penentangan terhadap Tun Abdullah yang menafikan kebebasan bersuara. Tanpa mengira ideologi dan parti politik, mereka membentuk satu pakatan untuk menumbangkan Tun Abdullah. 

Mereka yang awal adalah nama-nama besar seperti Rocky's Bru; Big Dot Com,Another Brick in the Wall, Kickdefella, Outsyed the Box, Jeffrey Ooi, Penarik Beca dan akhir sekali yang turut membantu memberi 'credible' kepada Band of Blogger adalah Tun Mahathir sendiri.

Kemudian muncul beberapa blogger, atas kesedaran peribadi, tanpa pamrih, dari kalangan pro-BN yang semangat membela Melayu dan Islam membentuk apa yang mereka namakan 'Blogger Pembela Negara'. Mereka ini seperti Braveheart, Papa Gomo, Parpu Kari, Panglima Perang Cyber dan sebagainya.

Perak Today telah mengeluarkan Ranking Alexa, dan sekarang menjadi bagaikan satu ketaksuban baru para blogger untuk ada dalam ranking berkenaan. Secara peribadi saya tidak kisah tentang ranking dan bagi saya tidak membawa makna apa-apa kerana ranking bekenaan menilai melalui kesibukan trafik yang melayari blog berkenaan.

Cara mudah adalah dengan menghantar banyak posting, tanpa mengira kualiti posting berkenaan. Dengan adanya ranking berkenaan, maka bermacam istilah telah tercipta seperti 'blogger elit', blogger otai', 'blogger picisan' dan lain-lain.

Kemasyhuran sesuatu blog ini boleh menarik hati 'penaung' untuk menjadi 'caretaker' kepada blogger professional, atau orang yang berniat untuk menjadikan blog sebagai mata pencarian. Maka terbentuklah ghanimah.

Saya tidak mencampuri urusan antara Menteri dengan seorang blogger tersohor. Saya tidak menulis sebarang posting berkenaan dengannya. Blogger tersohor berkenaan merupakan seorang wartawan terlatih, tidak seperti kebanyakkan blogger, beliau bijak mengeluarkan fakta, hatta spin sekalipun tanpa memberi kesan. Saya yakin, beliau terlatih untuk melindungi dirinya dengan 'defence mechanism' kewartawannya.
 
Dan saya juga tidak percaya bahawa Menteri berkenaan melakukan perkara seperti yang diperkatakan. Soalnya disini, bahkan blogger berkenaan tidak menyatakan dengan tepat siapa menteri berkenaan. Sejak bermula masalah antara Menteri dengannya; tercetus kerana isu agihan telco, beliau tidak dengan nyata membuat sebarang tuduhan. Beliau hanya sekadar melapor apa yang beliau dengar. Di sini naluri kewartawannya membantu.
 
Begitu juga dengan isu 'rogol amah'. Blog yang menuduh Menteri berkenaan adalah dari blog pembangkang. Kemudian blog pro kerajaan melompat dan mula membuat tuduhan di sana sini, membujur lalu melintang patah. Hampir semua yang tidak sependapat dengan mereka akan dikerjakan. 

Another Brick in the Wall dengan bijak memberi tunjuk ajar kepada 'blogger baru' bagaimana hendak berblog, dan dalam masa yang sama boleh melindungi diri dalam posting Rais denial, Rocky's response, and shallow reactions.

Benar kata-kata Rocky, apabila para blogger terhimpit seperti nasib menimpa Hassan Skodeng dan Datuk A Kadir Jasin, bahkan Rocky sendiri, mereka tidak boleh berharap kepada 'paymaster' mereka lagi. Blogger hanya ada fellow blogger dalam blogger fraternity.

Era blogger bersatu seperti zaman pra pilihanraya 2008 sudah berakhir. Kini, kebanyakkan blogger samada pro pembangkang atau pro kerajaan telah benar-benar dipecah dan diperintah oleh poli-tikus.

Benarkah perang saudara akan tercetus? Kata Kickdefella: "Saya rasa tidak akan berlaku perang saudara dalam dunia siber tempatan. Kalau ada pun hanya satu pihak bertepuk sebelah tangan."

Jika benar ramalan Kickdefella, alhamdulillah. Kita sangat berharap untuk bersatu menjelang pilihanraya ini. Lagipun kita mempertahankan parti, bukan individu. Pemimpin datang dan pergi. Wadah perjuangan mempertahankan Melayu/Islam itu adalah perjuangan yang lestari.

Oh sebelum terlupa, sebagai ingatan, "Never put your trust on Prince", kata Machieavelli.









1 comment:

bRAVEhEART said...

Salam,
saya jarang memberikan komen dikebanyakan blog, tetapi hari ini saya terpanggil untuk memberikan komen saya....inilah sesuatu yg terbaik, bro. blog ini akan tetap hasilkan yg terbaik dan saya memperayainya...hanya kita perlu lebih menumpu dan memberikan perhatian yg lebih