Semoga Allah menempatkanmu dikalangan orang-orang yang diredhaiNya.
Beliau pendek dan periang, walaupun kadang-kadang 'moody'. Secara amnya beliau sering melawak dalam hampir semua keadaan. Ketika bermesyuarat, beliau sering bangun bercakap, dengan suaranya yang lantang beliau mengemukakan kebenaran tanpa prejudis.
Itulah insan yang bernama Aziz Shaharum, seorang yang pernah satu jabatan dengan saya. Kini beliau telah tiada. Sudah saya dengari kesihatannya yang merosot dalam seminggu dua ini. Saya masih berharap dapat bertemu dengannya. Dua hari lepas, seseorang memberitahu beliau sedang tenat kerana jangkitan kuman di paru-parunya.
Kebetulan Sabtu ini saya akan ke Kuantan, saya masih berharap dapat menemui bekas rakan sekerja saya ini. Namun Allah lebih mengetahui. Aziz meninggalkan kita pada 11.10, 12hb Januari 2011. Beliau merupakan seorang blogger juga, agak terkenal dari Pahang. Semasa hayatnya, beliau berusaha keras untuk menyembunyikan identitinya. Untuk menghormati beliau, saya tidak akan dedahkan nama blognya.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Alfatihah.
2 comments:
INALILLAHI WAINAILAHI RAJIUN !
Salam Ziarah dan salam perjuangan Tuan,
Mohon link ke blog tuan.
TQ
Post a Comment