Anwar mengajak Najib berdebat. Debat ini berkaitan ekonomi. Sebagai penasihat ekonomi kerajaan Selangor yang dibayar RM1, kita boleh bayangkan nilai debatnya nanti. Anwar bukan seorang ahli ekonomi yang ampuh. Beliau hanya mampu memukau orang ramai dengan retorik sahaja. Hakikatnya beliau sangat dangkal.
Semasa beliau menjadi Menteri Kewangan di zaman Mahathir, Anwar banyak membuat angkara dan menikam Mahathir dari belakang. Sebenarnya, krisis kewangan yang melanda Asia pada tahun 1997 tidak ada kena mengena dengan soal kroni, bail out dan nepotisme. Ianya serangan matawang oleh rogue trader dengan bantuan electronic herd yang dapat memindahkan duit pelabur dengan pantas.
Buktinya, seperti posting saya yang terdahulu, IMF memuji Malaysia sebagai negara yang bijak menguruskan ekonomi dua minggu sebelum krisi melanda pada bulan Julai 1997. Dalam sekelip mata, Malaysia telah dilabel sebagai pengamal rasuah, tidak transparent, kronisme, nepotisme, tidak mengamalkan pasaran bebas kerana bail out sana, bail out sini dan sebagainya.
IMF cuba menguasai ekonomi Malaysia, seperti Dajal menawarkan bantuan kewangan. Jika ini berlaku, maka IMF akan mencorakkan ekonomi Malaysia mengikut kehendak mereka. Maka tergadailah sovereignty ekonomi Malaysia. Terhapuslah dasar affirmative dan hak istimewa orang Melayu. Ini yang membuatkan Tun dr. Mahathir enggan tunduk dan mencari formula sendiri bagi menangkis serangan dan memulihkan ekonomi Malaysia.
Alhamdulillah, Tun yang tidak putus asa berjaya mengelakkan Malaysia dari menjadi mangsa IMF. Apa yang Anwar buat selaku Menteri Kewangan? Beliau menaikkan BLR(Based Lending Rate) kepada sekali ganda, ini bererti jika hutang rumah berharga RM 700, peminjam kena bayar RM1400. Beliau pendekkan tempoh Non Performance Loan(NPL) dari 6 bulan kepada 3 bulan. Ramai orang akan bankrap jika diteruskan.
Tun terpaksa mengambil alih sendiri perjalanan ekonomi ketika itu. Beliau mengikat ringgit kepada 3.80 sedollar, menyelamatkan beberapa syarikat GLC, memberi kelonggaran pinjaman, dan menyuntik projek kepada Kelas F supaya mereka berbelanja dan ekonomi berkembang, bukan mengucup. Anwar pula menyarankan rakyat agar kurang berbelanja dan menyimpan.
Memang ketika ekonomi sedang rancak, Anwar mendakwa beliau sebagai Menteri Kewangan yang berjaya. Beliau berjaya kerana visi Tun Mahathir, dan kebetulan ekonomi rantau Pacific Rim sedang memuncak. Saya juga boleh jadi Menteri Kewangan yang berjaya ketika itu. Kebijaksanaan seorang genius adalah ketika susah, ketika senang semua orang boleh jadi genius.
Jadi tokoh ini - Anwar bin Ibrahim - yang mendapat sokongan yahudi, disambut seperti presiden oleh Amerika dengan tembakkan 21 das meriam semasa menjadi TPM adalah ahli ekonomi yang gagal. Beliau di arak dan disanjung oleh Amerika kerana ingin menyakiti hati Tun Mahathir sahaja ketika itu. Beliau merupakan duri dalam daging kepada Tun Mahathir.
Bagaimana seorang tokoh yang gagal dari segi menangani ekonomi ketika Malaysia dilanda krisis boleh mengajak PM berdebat? Dalam blognya, penyelesaian beliau untuk menyelesaikan masalah ekonomi sungguh mudah, iaitu menghapuskan rasuah dan mengawal ketirisan. Adakah benar ini adalah penyelesaian kepada masalah ekonomi?
Anwar bukan tandingan Tun Mahathir dari segi berfikir. Beliau juga tidak layak berdebat dengan Datuk Seri Najib dalam soal ekonomi. Anwar hanya layak berdebat dengan seorang yang akan-akan klonnya iaitu Khairy Jamaludin. Mungkin persamaan antara mereka yang mendorong Khairy ingin menjadi jaguh di sini.
Persamaannya adalah keduanya sukar untuk menjadi PM dan menawan Putrajaya.
5 comments:
ummi hafilda cabar anwar berdebat dengannya dulu sebelum gatal nak berdebat dengan orang lain
Aku suka sama itu Ummi,sungguh berani mencabar Anuwar supaya meliwatnya tapi dah tentu Anuwar tak berani...baru bertemu buku dgn ruas...kih kih kih kih
Ah bang anu hanya layak berdebat dengan ummi ataupun azwan ali takpun mangsa2 rakus dia si azizan atau sepul takpun norlela atau hairani atau meor atau bla bla bla..
Cakap berdegar2,habuk pun tarak.Aku cukup menyampah dengan manusia hipokrit tahap dewata raya ni.Budak2 hingusan bolehlah dia kelentong.
Salaam,
Saya juga mempunyai pandangan yang sama berkaitan peranan AI dalam krisis ringgit 1997.
Saya amat tertarik dengan catatan tuan mengenai pujian IMF dua minggu sebelum krisis melanda pada bulan Julai 1997 yang tak pernah saya jumpa di mana mana. Menarik.
Saya juga amat bersetuju dengan tuan tentang kemungkinan jika IMF berjaya bertapak di tanah air ini. Alhamdulillah, kita punya seorang PM yang genius pada masa itu. Cuma saya sangat sedih kerana ramai rakyat termasuk kakitangan kerajaan sendiri yang mengutuk TM dari dulu hingga kini walaupun terbukti tindakan beliau berjaya malahan menjadi ikutan banyak negara besar bila dunia sekali lagi dilanda krisis ekonomi.
Paling menghairankan saya bila seluruh dunia membiarkan sahaja AI dan konconya mempermain-mainkan proses mahkamah dan pada masa yang sama menuduh institusi kehakiman tanah air ini tidak bebas.
*Ditelan mati mak, diluah mati bapa*
Wassalam
Salam koolmokcikZ,
ini kata2 presiden IMF, Micheal Camdessus pada tahun 1997:
"Malaysia is a good example of a country where the authorities are well aware of the challenge of managing the pressures that result from high growth and of maintaining a sound financial system amidst substantial capital flows and booming property market."
utk baca penuh posting saya terdahulu pergi ke:
http://sribuana.blogspot.com/2010/08/neo-imperialisme.html
Post a Comment