Followers

Sunday, January 23, 2011

"Tulis Blog Tak Dapat Duit".

Baru-baru ini saya bertemu seorang penulis yang aktif menulis di Dewan Sastera, Utusan Malaysia dan beberapa makalah lain dalam tahun 90an. Sebenarnya saya agak rapat dengan penulis ini. Beliau pernah bertugas dengan Dewan Bahasa dan Pustaka. Sekarang beliau sudah pencen.

Ketika bertemunya di KLCC setelah hampir sepuluh tahun tidak bertemunya(mungkin lebih) saya terkejut melihat perubahan dirinya. Badannya menjadi susut, mungkin kerana diabetis, nampak beliau sudah sangat berumur. Usianya baru menjangkau 60 tahun. Seperti biasa, beliau membawa buku bersama-samanya.

Penulis ini telah menjadi senyap sunyi sekarang, walaupun pada tahun 90an beliau mendominasikan hampir semua media cetak. Beliau menyatakan kepada saya bahawa beliau sudah pencen dan tidak bekerja degan DBP lagi. Sekarang beliau penulis sepenuh masa dan sudah ada lima buah bukunya dipasaran. Dan beliau bakal melancarkan buku baru, dan menurut beliau, Tun Dr. Mahathir akan dijemput dalam acara berkenaan. Beliau turut menjemput saya ke majlis berkenaan.

Dalam pertemuan singkat itu, kami sempat bertukar nombor telefon dan berjanji akan menghubungi satu sama lain nanti; untuk melanjutkan silaturrahim kami yang terputus. Sebelum kami berpisah, saya sempat bertanya mengapa beliau tidak menulis blog. Jawapnya ikhlas:

"Tulis blog tak dapat duit."

1 comment:

ISAC said...

Tak juga bro...

Kalau pandai.. dapat juta2 wooo...

Tak caya tanya Kickdifella!!!

Blogger tak cerdik macam kita aje yang meskin... :)