Amat mudah kita memanipulasikan ketakutan. Lebih mudah lagi jika ketakutan - dan rasa tidak selamat - itu dari golongan yang tidak berpelajaran. Saya percaya, golongan berpelajaran, tidak kira dari kasta mana dan bangsa mana, tidak akan membakar sesebuah karya.
Saya tidak bersetuju dengan Micheal Chicken kerana mengata bangsa Melayu tidak wujud, tapi tidak pula saya membakar laptop saya., atau laptop orang lain, atau mencari dan mengugut beliau. Sampah yang ditulis oleh Chick(en) tetap sampah; sampai masa manusia berilmu akan tahu menilainya.
Saya juga kurang faham, mengapa satu-satu kaum boleh tersentuh dengan sususan yang dibuat oleh agama mereka sendiri. Dalam agama hindu yang berkasta, paria adalah ciptaan mereka. Jika seorang penulis menulis untuk mengambarkan sistem kasta dalam hindu menggunakan perkataan berkenaan, ianya tidak rasis.
Selalunya golongan yang menganggap satu-satu perkataan itu rasis adalah golongan yang datang dari tingkat sosial yang rendah, atau kurang self-esteem, atau inferiority complex yang berlebihan. Kita ambil contoh jika kita memanggil orang Eropah sebagai 'orang putih', atau 'kuaylow' atau 'white man', mereka tidak merasakan panggilan itu rasis. Portugis dipanggil 'benggali putih' dalam Sejarah Melayu, tapi tidak pula mereka minta buku Sejarah Melayu oleh Tun Seri Lanang dibakar.
Sebaliknya orang kulit hitam sangat marah jika dipanggil 'nigger' atau 'negro'. Mereka lebih senang dipanggil 'black' walhal 'negro' berasal dari bahasa Sepanyol yang bermakna hitam juga. Sama warna, tetapi satu dianggap rasis kerana keturunan kulit hitam yang bertaburan diluar Afrika pada mulanya diculik oleh pedagang hamba Sepanyol untuk dijadikan hamba di Amerika.
Pembakaran novel 'Interlok' karya Abdullah Hussain oleh lebih kurang 100 orang India di Klang baru-baru ini menunjukkan bahawa karya seni juga tidak terlepas dari manipulasi politik. Sudah 40 tahun karya itu ditulis, tetapi sebelum ini - ketika kaum India bersatu dibawah MIC - tidak pula mereka membakarnya.
Kita tidak dapat menafikan bahawa peristiwa tidak bertamadun ini diledakkan oleh orang politik yang dangkal . Mereka sudah bankrap idea untuk mencari isu. Kehadiran Dr. Mariah Mahmud, ahli Parlimen Kota Raja mengesahkannya.
Sementara dunia di sekeliling makin maju, dan ini pula cara ahli parlimen Kota Raja itu ingin meraih sokongan kaum India - dengan menggalakkan mereka membakar sebuah karya seni. Ini cara beliau 'educate' pengundinya. Sentimen rasis memang mudah dipermainkan oleh parti politik murahan seperti PKR opps... DAP.....tapi samalah mereka itu.
Dan saya percaya, mereka itu tidak pernah membaca buku berkenaan.
4 comments:
Dailouge Hantu Mak Limah Balik Rumah:
Kita jangan bakoo buku interlock tu...kalu nak bakooo sangat bakoo buku Salina karya Pak Janggut Serabai tuh...bakooo kite bakooo pak janggut skali pun tak pe...indah karya dari rupa topeng plastik bakoooo jom bakoo
salam anon 1:11,
tanpa mengira ideologi, saya sgt meminati A. Samad Said dan Salinanya.
Salam Tuan,
Mohon link ke blog tuan untuk berkongsi maklumat dan perjuangan.
TQ
Salaam,
Setuju dengan tuan bahawa yang membakar buku bersama ahli Parlimen tu tak baca pun buku yang dibakar tu. Kalau baca dan faham ceritanya, tak ada sebab nak bakar.
*Sedang rebus ubi keling yang dibeli di pasar Jerantut.*
Wassalam
Post a Comment