Pilihanraya Tenang telah dimenangi oleh BN. Majoriti undi meningkat kepada 3707 undi. Undi Melayu solid kepada BN. Manakala undi Cina masih mengekalkan trend memihak kepada pembangkang - walaupun pembangkang adalah PAS, bukan DAP.
Di Labis sendiri, kubu Presiden MCA, BN hanya mendapat 365 undi, sementara calon PAS mendapat 801 undi. Ini bermakna BN hanya memperolehi 31% sahaja undi kaum Cina. Ini masih lanjutan trend pilihanraya 2008 yang mana 70% kaum Cina mengundi pembangkang.
Dengan usaha yang telah dibuat oleh PM, seperti 1Malaysia, liberalisasi ekonomi dan sebagainya, malah usaha beliau mendapat tentangan hebat dari core UMNO dan Melayu sendiri, trend undi kaum Cina masih ditakuk lama. Hanya satu yang boleh menterjemahkan trend ini: kaum Cina tidak mahu menjadi rakan kongsi, mereka ingin menguasai Malaysia dengan agenda 'ketuanan Cina' mereka. Dan mereka nampak perkara ini boleh dicapai melalui Pakatan Rakyat.
Soalnya, masih relevankah MCA jika mereka gagal mengembalikan undi kaum Cina kepada BN? Masih relevankah apabila mereka menggunakan tuntutan kaum Cina sebagai alat untuk bargain lebih kerusi, jawatan TPM dan berbagai-bagai.
UMNO sudah jelas perlu meninggalkan perkongsian yang sia-sia jika tidak menguntungkan. Mungkin ini termasuk MIC yang ghairah memikirkan dan mendesak perkara remeh seperti mengubah karya seorang sasterawan negara.
UMNO tidak perlukan keremehtemehan ini.
3 comments:
Setuju dgn pendapat saudara.
umno dah buat segalanya utk orang cina namun soi lek gagal meyakinkan pengundi cina.
MCA perlu bekerja keras utk meyakinkan orang cina. Turun padang bersama komponen BN bukannya jadi bacul bila bercakap dengan bangsa cina.
bukannya menjadi jurucakap DAP di dalam kain.
mCA perlu memainkan peranan untuk menerangkan aspirasi kerajaan.
MCA perlu berani untuk menegaskan pendirian mereka.
cakap dengan melayu lain cakap dengan cina janji lain.
beranilah membuat transformasi demi 1malaysia.
kalau mereka betul-betul ikhlas dengan umno yang selama ini telah memberi muka kepada mereka, maka jgan salahkan umno tetapi bekerjasama dengan umno dan komponen lain utk menunjukkan kesetiaan mca kepada BN.
MCA perlu keluar BN?
Salam saudara anon 3:24
MCA dulu adalah rakan kongsi UMNO dalam melaksanakan perlembagaan, seperti kata Tunku Abd Rahman. MCA dulu faham bahawa mereka perlu menjadi penyokong UMNO utk perpaduan kaum. Sekarang mereka bercakap mcm DAP, bersuara keras seperti Wee Ka Siong menyinggung perasaan Melayu, kemudian UMNO kena pujuk org Melayu undi calon MCA sbb tempat majoriti Cina kawasan DAP. Tapi MCA boleh singgung perasaan org Melayu nak rebut hati org Cina, masih gagal membuat orang Cina sayangkan calon BN seperti DAP buat utk calon PKR dan PAS, jadi relevankah mereka?
gombri kata
tu la kita bagi betis lepa nak paha,bg paha nak apa tak tau lg.
betui la sepatutnya di kawasan majoriti melayu letak calon melayu,kawasan cina bg lepa pilih sendiri.
Mai pakat berdoa agar UMNO dan Pas dapat bersatu dan kita tengok hasilnya.
Post a Comment