Followers

Tuesday, February 15, 2011

Winnable Candidates Part 2

Salam Maulidur Rasul.

Sejak akhir-akhir ini kita sering terdengar kenyataan PM tentang winnable candidates atau calon yang boleh menang untuk dipertaruhkan sebagai calon sesuatu kawasan parlimen dan DUN. Tidak ada kriteria yang pasti dan saya pernah minta pembaca memberi ulasan bagaimana ciri-ciri 'winnable candidates' ini.

Hanya empat komen yang diberi. Mungkin pembaca merasakan, apa saja pendapat yang kita berikan, akhirnya pucuk pimpinan akan memilih mengikut citarasa mereka juga. Satu pertanda yang boleh saya huraikan di sini, apabila BN memperkatakan tentang 'winnable candidates' secara tidak langsung era 'letak songkok pun menang' sudah berakhir bagi BN.

Sekarang Malaysia benar-benar negara demokrasi apabila pengundi tidak mengundi berdasarkan 'kenang jasa BN' yang telah memerdekakan Malaya. Pengundi muda begitu kritikal dan agak sukar memahami aspirasi mereka. Lebih menarik lagi di Malaysia sekarang ini, ramai yang meminati politik dan merasa terlibat dengan hampir keseluruhan isu.

Sudah tentu secara ideal bila bercakap tentang 'winnable candidates' kita inginkan calon yang turun padang, mudah didekati, tidak korup, tidak gunakan kedudukan untuk menjadi kaya, tidak ada kroni, tidak ada ketirisan, berkhidmat dengan ikhlas dan bla bla bla bla. Terlalu utopia bunyinya.

Masalah paling besar di Malaysia ialah tidak ada pemisahan secara jelas antara orang politik dengan orang berniaga. Selalunya, orang politik itu adalah orang yang sama mempunyai kepentingan niaga. Tujuan asal wujudnya 'wakil rakyat' bagi mewakili rakyat tersasar kerana calon yang naik selepas itu hanya akan mencari di mana saja ruang yang boleh diekploitasi untuk membesarkan empayar niaganya.

Ini konsep yang salah sejak mula. Wakil rakyat bukan ahli perniagaan dan UMNO atau PAS atau PKR adalah parti yang sepatutnya bukan bertujuan menjana duit. Selagi konsep ini tidak diperbetulkan, selagi itu penyelesaian 'winnable candidates' ini tidak akan tuntas. Penyelesaian hanya bersifat sementara hingga calon yang naik kembali dibenci pengundi kerana akhirnya mereka tidak mewakili pengundi tetapi mewakili 'cukong' (meminjam istilah Hishamudin Rais) yang membiayai mereka.

Seperti juga yang pernah saya tulis, menukar pemimpin bukan penyelesaian. Korupsi berlaku juga apabila pengundi pula yang menganggap wakil rakyat sebagai 'orang kaya' yang 'sepatutnya menabur wang' kepada mereka. Saya pernah menulis dibawah tajuk Mengapa Ahli Politik Corrupted?Kita Semua Ingin Hapuskan Rasuah Tapi... dan Tukar Kerajaan Bukan Penyelesaian. 

Tugasan wakil rakyat, samada parlimen atau ADUN adalah memahami aspirasi pengundi di constituencynya. Contoh jika beberapa pengundi kawasan parlimen tidak suka saman ekor diteruskan, maka wakil rakyat perlu bawa ke parlimen atau ADUN untuk dibahaskan. Dari situ diharap Parlimen sebagai pembuat undang-undang akan lebih bijak dan lebih bijak membuat undang-undang yang praktikal dan sesuai dengan zaman.

Hakikatnya, wakil rakyat dianggap sebagai cash cow oleh pengundi dan penyokong. Wakil rakyat pula menganggap 'projek-projek kerajaan' sebagai cash cow mereka. Dan kerajaan akan mengenakan cukai demi cukai sebagai cash cow mereka. Pihak yang menderita akhirnya adalah rakyat juga yang tidak nampak habit memerah wakil rakyat itu menyebabkan banyak undang-undang pelik diluluskan oleh parlimen.

Lazimnya yang meraih keuntungan dari pihak rakyat adalah yang memegang jawatan dalam parti. 

Sebenarnya, winnable candidates adalah penyelesaian yang singkat. Ada perpatah moden kata 'sesiapa sahaja boleh jadi calon asalkan menang, walaupun mat rempit jika pengundi mahu mat rempit'.

Syabas kepada kawasan yang ramai penagih dadah atau peminat syabu kerana mungkin akan ada calon dari kalangan pusher syabu atau penagih tegar dikawasan anda kerana majoriti kawasan anda ramai pengguna dan pembekal syabu. Mereka winnable candidates.

2 comments:

Unknown said...

winnable candidates untuk memastikan kelangsungan parti ug memerintah kekal berkuasa....

tidak semua penghibur akan seperti Elvis atau Micheal Jackson. tidak semua penyanyi seperti P Ramlee dan Sudirman walau beribu penyanyi di Malaysia!

tidak semua pemimpin politik spt Tun Mahathir atau Anwar walau berlambak orang politik!

Mudah cari winnable candidates tapi tak semudah mencari seorang pemimpin!

sri tribuana said...

salam saudara musli,

saya setuju, walau bagaimanapun BN perlu wujudkan semula sistem pengkaderan, bukan pilih pemimpin tangkap muat. Apabila BN cenderung mengambil leader dari luar kepimpinan bahagian secara tidak langsung kita akui parti kita bobrok dan gagal melahirkan pemimpin melalui sayap-sayap seperti pemuda, puteri dan wanita