Saya terbaca dalam Harakah Daily ulasan Nik Aziz terhadap serangan Tun Dr. Mahathir. Baca sini. Saya CnP dari portal berkenaan. Komen saya dalam warna biru.
Jika UMNO bela Melayu Mengapa Perangi Kelantan.(Nik Aziz tak dapat beza antara PAS dan Kelantan) SHAH ALAM, 19 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan serangan mantan Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tindakan terdesak parti itu yang bimbang dengan pengaruh PAS terhadap rakyat. Beliau mempersoal tindakan pemimpin Umno menyelar PAS yang berpakat dengan DAP demi kepentingan politik, sedangkan Umno sendiri memusuhi PAS sejak dahulu lagi.(Bukan PAS sejak keluar dari UMNO memusuhi UMNO? UMNO nak musuh PAS buat apa sebab UMNO yang memerintah. Selalunya yang mahu merampaslah jaki dengan yang hendak dirampasnya) 'Riak-riak kemenangan (PAS) sudah hampir tiba, justeru mereka (Umno BN) perhebatkan serangan melalui pelbagai cara. "Kita dituduh berpakat dengan DAP hanya untuk menang pilihan raya. Soalnya PAS sudah dimusuhi sejak sekian lama oleh Umno, sebelum PAS berpakat dengan DAP dan PKR lagi.( Bila UMNO ajak berbincang kerajaan perpaduan macam-macam kata nista, lepas itu kata UMNO pula bermusuh dengan dia.) "Umno berusaha menjatuhkan PAS di Kelantan sejak hari pertama saya mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar lagi," kata beliau ketika berucap merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa-Jaminan PAS, di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini.( Nik Aziz tidak pernah cuba menjatuhkan UMNO ke sebelum angkat sumpah jadi MB?) Menurut Nik Aziz juga, tiada salahnya jika PAS bermatlamat untuk memenangi pilihan raya kerana Umno BN sendiri dilihat menggunakan pelbagai cara untuk matlamat yang sama. "Saya juga dituduh hanya ingin menang pilihan raya. Jika demikian apa salahnya menang pilihan raya? “Bahkan Umno sendiri guna pelbagai cara tidak kira halal atau haram untuk menang pilihan raya," katanya di hadapan hampir 500 hadirin. Tambah beliau lagi, Umno ternyata gagal membela nasib majoriti Melayu di negara ini apabila mereka sendiri yang menggagalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB). "Umno jaga Islam pun tidak, jaga Melayu jauh sekali. Ini dapat dibuktikan dengan fakta yang didedahkan bahawa tanah rezab Melayu di seluruh negara susut daripada 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar pada tahun 1990. Apakah ini satu pembelaan Umno terhadap orang Melayu?(Nik Aziz jaga Islam? Seperti kata Kickdefella, apa sumbangan Nik Aziz kepada orang Islam Palestin dan Bosnia? Kita tahu TDM banyak membantu apa yang mampu rakyat Palestine dan Bosnia) "Dasar DEB digagalkan pemimpin Umno sendiri dan hanya mengkayakan kroni mereka sahaja," katanya. Menteri Besar Kelantan itu juga mempersoal tindakan Umno BN yang mendakwa mereka pembela Melayu yang sejak dari dahulu lagi memusuhi Kelantan sedangkan majoriti rakyat Kelantan ialah orang Melayu. "Jika benar Umno membela Melayu, untuk apa kami di Kelantan diperangi sedangkan majoriti pemimpin dan rakyat berbangsa Melayu dan beragama Islam? soalnya.(Apa masalah mantik orang tua ini, UMNO memerangi PAS bukan orang Kelantan. Lain itu. PAS dan Kelantan bukan benda yang sama. Macam Islam dan PAS juga, satu deen, satu parti) Ujarnya lagi, PAS sebagai sebuah parti yang mencontohi pemerintahan Rasulullah SAW wujud bukan untuk memperjuangkan nasib Melayu sahaja, tetapi tidak sama sekali mengenepikan Melayu. (Ok, pergilah bela juga Islam Indonesia, Islam Palestine, Islam Mesir, Islam kat Afrika. Setakat cakap semua orang boleh) "Jika Rasulullah S.A.W. diutuskan ke dunia tidak dengan misi ketuanan Arab, begitu jugalah dengan PAS yang mencontohi Rasulullah, datang bukan dengan agenda memperjuangkan Melayu, tetapi tidak sesekali mengenepikan Melayu kerana Melayu bangsa domninan di negara ini.(Ayat ini tidak ada beza dengan perjuangan UMNO. Dengan ringkas dia nak kata PAS jaga Melayu, jaga juga semua orang. Semua parti naik pun kena macam itu.) "Namun PAS sering dtuduh mengenepikan Melayu dan seolah-olah orang Melayu akan mati tanpa Umno. Inilah yang sering ditanam dalam pemikiran rakyat," katanya.(Bukan orang tuduh, dia sendiri kata tak bangga jadi Melayu, nasionalist tak Islamik etc etc) Sementara itu, konvensyen hari ini diteruskan dengan pembentangan kertas kerja sehingga jam 5 petang ini. |
6 comments:
aku dapati komen yang diberikan (bertulisan biru) seumpama komen budak-budak sekolah rendah.sekadar menunjukkan anti terhadap parti PAS.kalau anda berpihak kepada mana-mana parti, serasanya baik tak usah komen, sebab orang yang membacanya akan dapat kesan sikap kecondongan pengomen.kalau nak komen jugak, komenlah secara logikal, rasional dan berfakta.
Untuk menyangah sekadar 'spiritual' leader tak perlu logik, berfakta dan intelek. Gitu2 jer. Terima kasih.
anda pun masih x dapat bezakan kerajaan persekutuan dan UMNO...
Buat masa ni kerajAan persekutuan tu UMNO la.
kerajaan persekutuan DITERAJUI oleh UMNO. kerajaan pakatan rakyat adakah diterajui pas????
ketidakupayaan utk menerajui satu pakatan jelas menunjukkan ketidakmampuan ampunya diri utk memerintah sebenarnya tetapi lebih rela diperkudakan demi sedikit kuasa....
booodoohhh melayu sesama melayu pun nak gaduh, Umno-Bn patut rampas semula Penang drpd DAP, kelantan dgn Kedah biarlah Pas pegang
Post a Comment