Followers

Sunday, February 27, 2011

Mencari 'Salvation' Melalui Parti.

Kebanyakkan orang Melayu menghadapi dilema ini. 

Kita kadang-kadang dididik untuk mempelajari ilmu 'dunia'. Hanya rakan-rakan sekolah Arab kita yang bagaikan belajar ilmu 'akhirat'. Mereka boleh bertutur bahasa Arab, ada yang bernasib baik dapat melanjutkan pelajaran ke Mesir atau Timur Tengah. Bila balik mereka akan digelar 'ustaz'. Mereka lebih bijak dalam selok belok 'agama' jika dibanding dengan rakan-rakan mereka yang 'jahil' kerana mengambil jurusan 'keduniaan'.

Melayu yang berkembang maju dalam jurusan sains, seperti kedoktoran, engineering, perniagaan atau undang-undang sering merasakan mereka 'jahil' dalam urusan agama. Mereka mungkin tahu 'hal dunia' tetapi hal akhirat terpaksa consult rakan-rakan 'ustaz' mereka. 

Siapa sebenarnya yang mewujdkan sekularisme? Kita juga walhal sesiapa boleh belajar sendiri mendalami Islam sebagai deen(bukan agama) untuk hidup sebagai muslim sejati.

Seringkali juga apabila kita sudah mencapai kejayaan 'dunia' dan kita rasa kita jauh dengan Allah maka kita bagaikan terperangkap untuk mendekati Allah. Kita akan pilih jalan dengan mencari 'orang-orang alim' dan lebai untuk berguru. Bermulalah period kita akan menilik Islam sebagai deen dari kacamata mentor kita.

Allah menurunkan Al-Quran sebagai panduan, tetapi seringkali Quran diabaikan. Quran hanya relic suci yang dibaca(tanpa faham maknanya), diletak tempat tinggi dan dijadikan azimat dirumah-rumah walhal Allah menurunkan panduan bagaimana menjalani hidup cara Islam sebagai deen yang Dia redhai.

Kita percaya hanya golongan tertentu saja yang boleh menunjukkan kira 'jalan yang lurus' sedangkan dalam Quran Allah menegur Rasulullah bukan urusan Rasul siapa yang mendapat hidayat tetapi itu urusan Allah. Wahyu ini turun selepas Rasulullah bersedih kerana gagal mengIslamkan bapa saudaranya, Abi Talib.

Salah satu cara kita yang terpesong, tersesat atau 'jauh dengan Allah' ini adalah merapati 'orang-orang yang rapat dengan Allah'. Siapa sebenarnya menentukan mereka rapat dengan Allah? Dalam kes Abu Ya Al Shaari Muhamad, beliau sendiri yang mengaku. Dan bukan sedikit pengikutnya.

Ada yang rasa berdosa dan rasa cara terbaik menebus dosa mereka adalah dengan menyertai sebuah parti 'Islam'. Ini berlaku kepada Bob Lokman. Alhamdulillah beliau ingin bertaubat dan membersih diri tetapi cara terbaik mencari keredhaan Allah adalah dengan kembali kepada Al-Quran dan sunnah.

Mencari kuasa melalui parti adalah cara orang-orang politik. Namun mencari 'salvation' melalui parti kelihatan agak aneh. Dan tiba-tiba individu berkenaan dari seorang pelawak menjadi 'succes story' hidayah a'la parti yang bagaikan sebuah agama itu.

Pelik bila kita mencari keredhaan Allah melalui sebuah parti, bukan Quran dan sunnah.

No comments: