Saya hendak tergelak membaca artikel John Mallot, bekas Duta USA ke Malaysia 1995-1998. Selama ini saya sangkakan hanya orang-orang politik Jerantut sahaja yang memungkar* jika menulis artikel, rupanya bekas Duta Amerika ini mempunyai habit yang sama.
Mari kita lihat pemungkaran beliau:
"Despite the government's new catchphrase, racial and religious tensions are higher today than when Mr. Najib took office in 2009. Indeed, they are worse than at any time since 1969, when at least 200 people died in racial clashes between the majority Malay and minority Chinese communities."
Menurut beliau, sekurang-kurangnya 200 orang Cina, India dan Melayu mati bertempur dalam rusuhan kaum yang menurut beliau lagi, lebih teruk dari 13 May 1969. Baru semalam saya chit chat dengan jiran saya seorang Cina tentang kereta Hyudai Sonata yang baru dibelinya. Kereta antik bapanya diserahkan kepada seorang Melayu yang menghuni condo yang sama untuk dihidupkan enjinya dan dibawa 'round' sekitar Bukit Indah.Bapanya terlalu tua untuk melakukannya sendiri.
Mana ketegangan kaumnya?
Saya rasa Mallot mempunyai imaginasi yang tinggi. Seperti John Doe dan Micheal Chick(en), beliau berkhayal mayat-mayat bergelimpangan di atas pentas seperti dalam pementasan tragedi Shakespeare. Johm Doe dan Chick(en) juga menulis artikel sejarah khayalan, dan Lim Kit Siang tukang canang dalam blognya.
Dan imaginasi liar yang tidak berakar umbi ini menjalari juga pemimpin pembangkang yang sangat berharap Malaysia akan menjadi seperti Mesir. Kebangkitan rakyat Mesir, Tunisia dan Yaman bukan didalangi mana-mana parti politik tetapi tercetus secara random. Apabila huru hara tercetus, maka berteriaklah parti-parti yang tidak lebih baik dari yang hendak mereka jatuhkan itu kononnya selama ini mereka yang berjuang untuk rakyat.
Barat memang cuba mengkucar-kacirkan semua negara Islam. Terpulang kepada kita untuk kekal merdeka, atau dijajah. Jika Anwar mengambil IMF pada tahun 1998, hingga kini Malaysia akan jadi hamba Amerika.
Mereka tukar Hosni Mubarak kepada satu lagi Hosni Mubarak. Rakyat juga yang rugi.
*Nota kaki: secara literal dalam bahasa Jerantut, pungkar merupakan kayu hanyut. Secara bahasa pungkar bererti mengada-adakan cerita, mereka-reka cerita yang tidak wujud untuk meyakinkan orang yang hendak dibohongi. Seringkali pemungkar itu turut meyakini pembohongannya sendiri.
*Nota kaki: secara literal dalam bahasa Jerantut, pungkar merupakan kayu hanyut. Secara bahasa pungkar bererti mengada-adakan cerita, mereka-reka cerita yang tidak wujud untuk meyakinkan orang yang hendak dibohongi. Seringkali pemungkar itu turut meyakini pembohongannya sendiri.
No comments:
Post a Comment