Pilihanraya kampus di universiti-universiti telah berakhir. Pro Mahasiswa telah menguasai UM,UKM,UPSI, UMK dan UMS. Pro Mahasiswa merupakan 'parti' kampus yang pro pembangkang, manakala Aspirasi pula sering dikaitkan dengan UMNO.
Dengan ini boleh disimpulkan, kecuali UPM, UTM dan USM yang dikuasai Aspirasi, universiti kerajaan yang lain dikuasai kader-kader pembangkang. Bukan satu rahsia, Anwar memang bijak mengekploit pelajar dan sedang kelemasan mencari nafas politik baru, gembira dengan berita ini.
Persoalannya, sejauh mana impaknya kemenangan Pro Mahasiswa ini kepada PRU ke 13 nanti? Adakah ini juga merupakan indicator trend pengundi muda? Dan apa usaha UMNO dalam menangani kebangkitan mahasiswa pro pembangkang ini?
Saya amat bersetuju AUKU dihapuskan dan biarkan mahasiswa menyertai politik. Saya tahu rasionalnya AUKU apabila Tun Dr. Mahathir menyediakannya. Ini beza UMNO dengan PAS.
AUKU dicipta bertujuan melarang mahasiswa berkecimpung dalam politik diluar kampus. Bukan kerajaan takut dengan mahasiswa, seperti demo yang sering dilakukan oleh Anwar dan bekas 'the angry young man' yang masih angry walaupun sudah tua, Hishamudin Rais. Tidak.
Tun sebagai ahli politik boleh memilih jalan senang untuk menjadi popular. Benarkan saja apa yang mahasiswa inginkan. Beri mereka menyertai politik walaupun masih dalam kampus. Namun Tun M sebagai negarawan tidak boleh membenarkan perkara sebegini berlaku.
Umum mengetahui kebanyakkan pelajar universiti yang tidak cemerlang datangnya dari bangsa Melayu. Orang Melayu sering mencari jalan keluar, escapism terhadap ketidakcemerlangan mereka dengan mencipta dalih. Dalih ini amat mudah didapati dengan terlibat dengan perjuangan. Perjuangan menentang dan mengajar kerajaan bagaimana hendak mentadbir dan memerintah dengan baik.
Mereka bukan langsung ancaman kepada kerajaan. Namun jika membenarkan mereka carried away dengan politik dan terlalu ghairah untuk menjadi kader kepada mana-mana parti politik ini akan merosakkan orang Melayu juga. Bukan ertinya kerajaan mencipta AUKU untuk mengongkong pemikiran pelajar.
Melayu perlukan manusia berilmu untuk memimpin bangsanya yang kian lama kian kelam. Mereka bukan sahaja perlu menjadi berilmu, malah menguasai berbagai ilmu. Mereka bukan sahaja perlu menguasai berbagai ilmu, mesti cemerlang dalam semua ilmu yang mereka kuasai, dan boleh bersaing dipasaran terbuka apabila keluar nanti.
Mungkin ada yang akan menyifatkan saya menghina Melayu apabila membuat analisis sedemikian tetapi itu hakikatnya. Kaum lain meletakkan pelajaran mengatasi segala. Mereka cuba menjadi cemerlang dalam bidang apa pun yang mereka ceburi.
Sebenarnya ini sikap Islamik yang sebenar yang mana penuntut Melayu mengabaikan. Apabila mereka cemerlang, mudah bagi mereka mendapat kerja atau berniaga. Dan pelajar bukan Melayu ini akan menyertai politik dan dunia korporat dengan cemerlang. Mereka yang brilliance ini boleh banyak membantu kaumnya. Ini hanya masalah habit. Mereka tahu 'how to put the first thing first".
Menyedari ini, Tun menggubal AUKU. Sepatutnya AUKU ini tidak perlu jika pelajar pandai membahagi masa. Dalam era Hishamudin Rais, bukan sikit pelajar tercicir kerana terlalu obsess dengan pergerakan pelajar. Sebaliknya, PAS pula sibuk rekruit dan memasukan dakyah ke dalam minda pelajar tanpa mengambil kira masa depan anak bangsa ini. Bagi mereka sokongan pelajar sebagai kader mereka perlu dilakukan diperingkat universiti lagi. Dan mereka berjaya.
Apabila graduate, pelajar ini akan menjadi bebanan kerajaan jika ramai yang menganggur. Saya berani jamin, kebanyakkan yang berpolitik kampus ini dari jurusan santai. Saya tidak rasa jurusan seperti doktor ada masa sebanyak itu.
Dan pelajar jurusan santai ini yang langsung tidak polish skill lain di univerisiti akan menjadi lebih 'the angry young men' apabila graduate dan tidak ada kerja. Kerajaan juga yang kejam. Kerajaan yang menanggung kos pembelajaran mereka sejak mereka dari darjah satu.
Dan pembangkang akan lebih mudah menanam kebencian demi kebencian terhadap kerajaan. Maka akan bencilah graduate ini kepada kerajaan kerana kerajaan tidak Islamik, kerajaan tidak boleh menyediakan kerja dan sebagainya.
Sebaliknya pelajar kaum lain tidak menghadapi masalah ini. Mereka mudah mendapat kerja, mudah berniaga dan berjaya. Tidak mereka menyalahkan kerajaan sebab buang masa bagi mereka. Mereka terus maju dan dapat membantu kaum mereka dengan menyedia peluang pekerjaan dan membantu kewangan kepada parti mana yang mereka ingin sokong.
Samada benar atau tidak pemilihan pilihanraya kampus ini mencerminkan undi golongan muda adalah perbincangan akedemik. Tidak ada kajian menyeluruh dan empirical. Namun sedikit sebanyak, para mahasiswa ini merupakan oipinion leader dan mempunyai pengaruh terhadap rakan-rakan, ibubapa dan masyarakat kampung mereka.
UMNO agak lemah dalam bertindak dan mengrekruit kader-kader diperingkat universiti. Saya tidak merasakan UMNO tidak berbuat demikian kerana tidak mahu polluted minda mahasiswa dengan ideologi politik mereka. Pemimpin muda UMNO sebenarnya hanya leka.
Mungkin UMNO terlalu memikirkan bajet jika ingin mendekati mahasiswa ini. No money, no talk. Sebenarnya maha siswa ini hanya ingin didengari. Jika mereka membangkang HEP bukan bererti mereka membangkang kerajaan. Jika masalah mereka tidak didengari, lama kelamaan mereka akan menjadi pembangkang tegar kerajaan.
Saya dengar juga desas desus mahasiswa yang tidak puas hati cara universiti melayani mereka. Bukan semuanya berakar umbikan parti atau ideologi. Sayangnya, pemimpin UMNO tidak prihatin.
UMNO perlu melakukan sesuatu bagi menangani dan mendekati mahasiswa ini jika mahu kekal relevan.
5 comments:
ramai yg x keluar vote.boring tgk muka sekor2
Mungkin betul kata mahatua..
3 UNIV JE YG PRO-MILITIAN MENANG, UM,UKM,UIA. KALAU U PERCAYA CLAIM FUZIAH SALLEH TU, THERE'S NO DIFFERENT U DENGAN PKR BROTHER..
saya kurang phm maksud saudara ptd-kotak dan saya tak tau pun apa yg fauziah claim dan saya tak kisah. Kita percaya la apa yg kita nak percaya dan itu bukan masalah sesiapa. Kita cari makan sendiri dan tidak bergantung pada kepercayaan siapa-siapa untuk hidup.
Saya sokong pendapat STB. Hapuskan AUKU dan jgn lupa hapuskan skali sistem kuota. Meritokrasi 100%. So that kalau kata anak Melayu ni btul pandai, dia dpt tempat. Kalau dia sibuk nak berpolitik, biaq pi la political godfather dia tanggung dia sambung blajaq di mana-mana IPTS. Tengok bangsa lain tadak sibuk pun nak berpolitik di kampus. Semua sibuk majukan diri dulu, n then bila dah grad baru buat apa yang depa nak. Pemuda UMNO patut tukar stance. Jangan terlampau elitis. Kalau UMNO terlungkup, elit macam manapun hangpa, orang pandang tetap orang ludah dekat muka!
Post a Comment