Followers

Wednesday, February 16, 2011

P.Ramlee : Genius Yang Tragik.

Ketika hidupnya, beliau di hina. Di akhir-akhir hayatnya, beliau di kerasumbangkan. Tidak ada kawan, tidak ada sekutu. Wartawan hampir bersatu menjatuhkannya. Kerajaan gagal menghargai beliau semasa hayatnya. Di tamatkan kontrak oleh EMI, ditamatkan kontrak oleh Shaw Brother, P. Ramlee meniti saat akhir hayatnya dengan penuh kegetiran.

Beliau tidak meminati politik dan plotting. Beliau tidak suka apa-apa taktik kotor dan anything underhand. Beliau juga tidak pernah mengata keburukan sesama seniman. Bagi P.Ramlee - hidupnya - keseluruhan hidupnya hanya diabadikan kepada kerja-kerja seni sahaja.

Mati dalam kemiskinan, namun khazanah negara melalui filem dan muzik kekal abadi. Negara ini terhutang budi kepada P.Ramlee. Walaupun gelaran Tan Sri yang dianugerah kepadanya selepas kematian beliau bagaikan 'sia-sia', saya masih menyokong P.Ramlee di anugerahkan gelaran Tun.

Namun khazanah negara filem-filem karya beliau bukan milik beliau, bukan juga milik Malaysia. Setiap kali kita menonton filem agungnya, Shaw Brother adalah orang yang meraih keuntungan. Filem-filem seperti Pendekar Bujang Lapok, Ibu Mertuaku dan Nujum Pak Belalang merupakan hak cipta Shaw Brother. Shaw Brother yang mengaut keuntungan dengan hasil kreatif P.Ramlee dan Shaw Brother yang sama memusnahkan kerjaya Seniman Agung itu.

Shaw Brother telah berkomplot dan memulakan perang media memburukkan P.Ramlee, menurut sekutu P.Ramlee Datuk H.M. Shah. Hasilnya, beliau dipulaukan, diejek dan diboo oleh bangsanya sendiri. Menurut dokumentari arahan Shuhaimi Baba, P.Ramlee merupakan seorang pengarah pertama Melayu yang menyimpang dari tradisi meniru filem ala India.

Melalui filem seperti Semerah Padi, P.Ramlee meninggalkan langsung budaya 'bikin filem' ala India. P.Ramlee memasukkan unsur-unsur akar umbi budaya dan adat resam Melayu. Malah dalam sebuah temuramah, P.Ramlee menyatakan dengan jitu jika muzik irama Malaysia seperti joget dan sebagainya tidak diterap ke dada generasi Melayu, lama kelamaan seni warisan nenek moyang ini akan hilang. P.Ramlee memang seorang patriotik dan menyayangi bangsanya Melayu.

Dan Melayu sebahagian besar menolak dan mencemuh karyanya disaat menjelang kematiannya. Cukong seperti Shaw Brothers dengan duit dan pengaruh lebih berkuasa memperkotak-katiknya genius Melayu yang sukar dicari ganti ini.

Menjelang kematian Napoleon Bonaparte, beliau sempat menulis sesuatu yang menggetarkan jiwa saya apabila membacanya. Selepas beliau disahkan mati, seseorang menemui kertas ditangan Maharaja Perancis yang mati dalam buangan di Pulau St. Helena. Ini kata-katanya:

 "A New Prometheus, I am nailed to a rock to be gnawed by a vulture. Yes, I have stolen the Fire of Heaven, and made a gift of it to mankind. The Fire has returned to its sources, and I am here! The love of glory is like the bridge that Satan built to pass from Chaos across Hell to Paradise; glory link the past and the future across a bottomless abyss. Nothing to my  son except my name!"

Kata-kata itu lebih tepat untuk ditujukan kepada P.Ramlee. Sebagai pemula sebenar 'filem Melayu', beliau telah mencuri 'Api Syurga' yang membawa sinar baru kepada bangsa Melayu, tetapi dengan harga yang perlu dibayar. Seperti nasibnya Prometheus dalam mitologi Greek yang mencuri 'Fire of Heaven' dan memberi ilmu kepada mere mortal(manusia biasa), beliau telah dihukum oleh Zeus. 

Hukuman bagi Prometheus adalah beliau dipaku kepada batu batan dan akan datang burung hering memakan hatinya. Hatinya akan tumbuh semula untuk kembali dimakan  oleh hering. Seperti Prometheus, menjelang kematiannya, P.Ramlee telah 'makan hati.' Ini tidak disedari oleh bangsanya yang terus-terusan mengejeknya hingga beliau meninggalkan kita untuk selamanya pada 29 Mei 1973.

Ironinya, beliau menjadi abadi selepas itu. Seperti kata Renoir tentang lukisan yang dihasilkan dengan kesakitan kerana beliau cacat:

"The pain passes; but the beauty remains."

6 comments:

YB Raz said...

inilah nasib manusia yang baik..Tun Mahathir juga menerima banyak caci dari bangsanya sendiri..

Anonymous said...

Saya juga dapat merasakan Tun Mahathir sedang mengalami nasib yg sama. wpun kepada seorg yg rasional, sesekali tidak akan menafikan kegeniusan beliau, namun demi agenda peribadi, semua itu ditolak tepi............

awanbadai said...

Luahan yang baik tuan.
Bangsa melayu juga sedang menerima keadaan yang sama. Dikeji dihina oleh diri bangsa sendiri. Pemodalnya sama seperti shaw brothers.

sri tribuana said...

Salam saudara semua;

yang akan menghancurkan kita adalah org kita juga, dibantu oleh cukong2

anti bohmau said...

ANALOGY YG MENARIK.

SEPERTI JUA KISAH SINGAPURA YG DILANGGAR TODAK. BUDAK MELAYU YG BIJAK DIHAPUSKAN TAKUT NANTI DIA MENJADI KADUK NAIK JUNJUNG!! SEKARANG MELAYU HANYA JADI PAK ANGGUK!!!

SEJARAH TERUS BERULANG. BAGAIMANA MESTI KITA MENGHALANG? APAKAH CUKUP HANYA MEMANDANG & BIARKAN IA BERLALU? MAMPUKAH KITA MENGUBAH NASIB JIKA SEGALA YG ADA HARI INI MAHU DIHAPUSKAN DEMI CITA2 SI MUNAFIK?

NA'UZUBILLAHIMINZAALIK!

Anonymous said...

Jangan samakan mahathir dgn P Ramlee. Matinya penuh kedaifan. Penuh miskin.

Mahathir pula hidup dengan kemewahan. Anaknya billionaire. Harta mahathir yg tak diketahui dianggarkan berbillion dollar.