Followers

Thursday, February 17, 2011

Divine Comedy.

Dante pernah menulis sebuah puisi yang terkenal iaitu Divine Comedy. Kali ini saya ingin menulis perkara yang sama tetapi bukan mengulas Divine Comedynya Dante.

Politik adalah soal sokongan. Cara moden meraih sokongan adalah melalui undi dan demokrasi. Demokrasi adalah pemerintahan rakyat untuk rakyat. Menjadi pemimpin di sebuah negara demokrasi memerlu skill politik seperti diplomasi, perundingan, persuasive dan sebagainya untuk  memenangi hati rakyat.

Sebelum datangnya demokrasi ke Tanah Melayu, orang Melayu menggunakan kuasa 'divine' untuk memerintah. Hal ini kita boleh lihat dalam sejarah apabila raja-raja Melayu menggunakan konsep 'dewa-raja' sebelum kedatangan Islam.

Konsep ini diterapkan kononnya raja dari keturunan dewa, sangat mulia dan membantah raja akan disumpah, kena tulah dan terkena daulat. Apabila Islam datang ke Tanah Melayu, konsep 'dewa-raja' ini telah ditukarkan kepada 'daulat-derhaka'.

Daulat asalnya dari perkataan 'daulah' yang mana digunakan oleh propaganda Turki Uthmaniyah untuk menjadi ketua dikalangan umat Islam ketika itu. Maka muncullah perkataan 'daulah uthmaniyah' atau 'the right to rule'.

Di Tanah Melayu, daulah yang telah menjadi daulat ini disesuaikan dengan konsep 'divinity' raja-raja. Kerana dewa tidak ada dalam Islam, maka sesiapa yang mengderhaka kepada sultan akan terkena daulat. Daulat adalah konsep 'divinity' yang disesuaikan dengan zaman Islam tetapi tidak memasukkan elemen-elemen logik dan pemikiran rasioanal.

Ada satu lagi bentuk divine comedy zaman moden ini adalah kepimpinan ulama. Islam agama bersandarkan Quran, dan logik alkaliah. Dr. Asri pernah menulis, beberapa cerita karut yang 'divine' seperti kemunculan semula Nabi Isa dan sebagainya tidak ada dalam Quran. Ini cerita Israeliyah. 

Saya mengesyaki, semasa zaman fitnah berleluasa selepas terbunuhnya Uthman bin Affan, pihak Yahudi banyak memasukkan cerita-cerita karut dalam ajaran Islam. Sebagai contoh, dalam Quran tidak ada surah yang menyentuh rejam orang berzina dengan batu. Surah An Nur ayat 2 dan 3 hanya menyebut sesiapa berzina, sebat mereka dengan 100 sebatan.

Dalam bible dan dalam kitab Jew ada peruntukkan rejam manusia dengan batu. Dalam bible malah seorang dara yang gagal mempertahankan daranya walaupun diperkosa hukumannya direjam dengan batu. Di Sudan, seorang gadis umur 14 tahun telah diperkosa dan mengadu kepada authority. Pihak berkuasa yang mengikut undang-undang syariah merejam gadis berkenaan kerana 'berzina'. Ini dicerita dalam blog Outsyed The Box.

Apabila umat Islam lari dari Quran, muncul pula golongan mengaku ulama dan hanya mereka boleh menafsir Quran. Ini juga seperti agama Kristian, hanya priest yang boleh menafsir Bible. Dengan itu, ulama akan terus disokong dan keputusannya tidak akan dipertikai kerana mereka 'suci dan dekat dengan Allah'.

Lihat keliling dan semua negara Islam mundur. Saya sudah muak dengan 'divine comedy' para ulama yang menggunakan agama untuk tujuan pengaruh dan kuasa.

No comments: