Followers

Tuesday, February 1, 2011

Cuba Jaya versus Trial and Error.

Dalam membincangkan posting saya; 'Mencari Sang Genius', seorang kawan memberi komen, Kementerian Pendidikan tidak membenarkan perkataan 'trial and error'. Beliau merupakan seorang tokoh pendidik yang tidak mengajar, seorang yang agak penting di kementerian pelajaran. Menurut beliau, dalam bahasa Melayu istilah 'cuba-jaya' menggantikan 'trial and error'.

Saya tergelak mendengar penerangan beliau. Mungkin beliau sendiri kurang setuju tetapi itu pendapat para 'pakar'. Dr Jomo, seorang pakar ekonomi pernah meramalkan Proton akan gulung tikar dalam masa beberapa bulan sahaja ternyata salah.

Saya masih ingat kisah 'Si Tenang', seekor dugung yang terdampar dan dipelihara oleh sebuah keluarga tetapi terpaksa melepaskan anak dugung berkenaan kerana menurut pakar dugung tidak boleh hidup dipelihara. Dugung berkenaan dilepaskan dan menemui ajalnya.

Dan kita begitu banyak meletakkan harapan kepada para 'pakar' yang bagaikan ada kuasa magic menentukan banyak hal. Pakar yang membuat silap, hingga sebuah hospital seperti Hospital Serdang boleh runtuh kerana salah juruperunding yang sepatutnya 'pakar.' 

Dan kita menyerahkan urusan agama kepada para 'pakar' yang digelar ulama. Bagaimana jika 'pakar' berkenaan tersilap dan masih kita memperolehi tiket ke syurga dengan mengikut membuta tuli fatwa-fatwa 'pakar' berkenaan. Bagaimana jika pakar berkenaan memuliakan kafir harbi seperti Lee Kuan Yew yang minta 'umat Islam melonggarkan sedikit pegangan supaya senang bergaul dengan masyarakat bukan Islam'. Apa kata pakar lain seperti seorang 'ulama' perubatan ini?

'Pakar' bahasa yang menolak kebijaksanaan 'trial and error' sangat takut kepada 'error'. Dalam dunia 'pakar berkenaan hanya ada 'jaya' sahaja walaupun dalam peringkat 'cuba'. Saya menjadi tidak hairan jika umat Melayu gagal mencipta kerana mahu terus berjaya tanpa 'trial' yang mungkin 'error'.

Dan 'pakar' bahasa berkenaan lupa, Thomas Edison gagal sebanyak 999 kali dalam usaha mencari formula kestabilan mentol yang kekal ke hari ini. Sochiro Honda pernah berkata orang hanya nampak 1% kejayaannya tetapi gagal melihat 99% kegagalan sebelum beliau berjaya. Google Dunlop dan baca kisah kegagalan pencipta tayar ini hingga dihukum penjara kerana gagal membayar hutang sebelum berjaya menemui formula tayar.

Sementara dunia penuh dengan kisah 'mencuba dan gagal', pakar bahasa Melayu pula yang hanya pemikir 'armchair'  dan tidak pernah gagal - dan tidak pernah juga berjaya - seronok mencipta istilah yang tidak berjejak di bumi nyata. Cuba dan jaya.

Dan ciptaan 'pakar' berkenaan akan diterapkan di sekolah-sekolah. Sekolah-sekolah akan melahirkan ramai pelajar pintar yang menggondol banyak A. Tapi di mana sang geniusnya?

Mengapa manusia Melayu takut kegagalan? Patutlah mereka jarang berjaya mencipta kehebatan.



1 comment:

Ular Menyusur Akar said...

Sanggahan yang begitu biak. Saya bersetuju. Mungkin pakar bahasa telah di nasihat oleh pakar saikoliji supaya mengantikan perkataan negetif kepada perkatan positif. he..he...

agbr47: Selama 32 tahun bertugas, UMA bertungkus lumus mengubah perasaan rendah diri pekerja.