Followers

Sunday, February 27, 2011

Mencari 'Salvation' Melalui Parti.

Kebanyakkan orang Melayu menghadapi dilema ini. 

Kita kadang-kadang dididik untuk mempelajari ilmu 'dunia'. Hanya rakan-rakan sekolah Arab kita yang bagaikan belajar ilmu 'akhirat'. Mereka boleh bertutur bahasa Arab, ada yang bernasib baik dapat melanjutkan pelajaran ke Mesir atau Timur Tengah. Bila balik mereka akan digelar 'ustaz'. Mereka lebih bijak dalam selok belok 'agama' jika dibanding dengan rakan-rakan mereka yang 'jahil' kerana mengambil jurusan 'keduniaan'.

Melayu yang berkembang maju dalam jurusan sains, seperti kedoktoran, engineering, perniagaan atau undang-undang sering merasakan mereka 'jahil' dalam urusan agama. Mereka mungkin tahu 'hal dunia' tetapi hal akhirat terpaksa consult rakan-rakan 'ustaz' mereka. 

Siapa sebenarnya yang mewujdkan sekularisme? Kita juga walhal sesiapa boleh belajar sendiri mendalami Islam sebagai deen(bukan agama) untuk hidup sebagai muslim sejati.

Seringkali juga apabila kita sudah mencapai kejayaan 'dunia' dan kita rasa kita jauh dengan Allah maka kita bagaikan terperangkap untuk mendekati Allah. Kita akan pilih jalan dengan mencari 'orang-orang alim' dan lebai untuk berguru. Bermulalah period kita akan menilik Islam sebagai deen dari kacamata mentor kita.

Allah menurunkan Al-Quran sebagai panduan, tetapi seringkali Quran diabaikan. Quran hanya relic suci yang dibaca(tanpa faham maknanya), diletak tempat tinggi dan dijadikan azimat dirumah-rumah walhal Allah menurunkan panduan bagaimana menjalani hidup cara Islam sebagai deen yang Dia redhai.

Kita percaya hanya golongan tertentu saja yang boleh menunjukkan kira 'jalan yang lurus' sedangkan dalam Quran Allah menegur Rasulullah bukan urusan Rasul siapa yang mendapat hidayat tetapi itu urusan Allah. Wahyu ini turun selepas Rasulullah bersedih kerana gagal mengIslamkan bapa saudaranya, Abi Talib.

Salah satu cara kita yang terpesong, tersesat atau 'jauh dengan Allah' ini adalah merapati 'orang-orang yang rapat dengan Allah'. Siapa sebenarnya menentukan mereka rapat dengan Allah? Dalam kes Abu Ya Al Shaari Muhamad, beliau sendiri yang mengaku. Dan bukan sedikit pengikutnya.

Ada yang rasa berdosa dan rasa cara terbaik menebus dosa mereka adalah dengan menyertai sebuah parti 'Islam'. Ini berlaku kepada Bob Lokman. Alhamdulillah beliau ingin bertaubat dan membersih diri tetapi cara terbaik mencari keredhaan Allah adalah dengan kembali kepada Al-Quran dan sunnah.

Mencari kuasa melalui parti adalah cara orang-orang politik. Namun mencari 'salvation' melalui parti kelihatan agak aneh. Dan tiba-tiba individu berkenaan dari seorang pelawak menjadi 'succes story' hidayah a'la parti yang bagaikan sebuah agama itu.

Pelik bila kita mencari keredhaan Allah melalui sebuah parti, bukan Quran dan sunnah.

Saturday, February 26, 2011

Doa PAS Masih Tidak DI Makbul Allah.

DAP juga 'tentera' Islam? DAP memeluk  PAS, bukan Islam.

Alhamdulillah doa di atas masih belum dikabul Allah. Jika tidak akan lebih huru hara Malaysia dibawah sebuah parti yang sering berdolak dalik dan mengelirukan ummah. Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya.

PAS merupakan sebuah parti yang suka menanam kebencian kepada sesama Islam. Perbezaan pendapat tidak mengapa, tetapi mereka menanam kebencian demi kebencian supaya ahli mereka tidak boleh sepakat lagi dengan saudara UMNO mereka. Ini kejayaan terbesar PAS.

Terbaru, PAS berjaya tarbiah kader mereka di universiti agar bertindak ganas dan menanam kebencian kepada authority universiti. Di UPM, harta kerajaan telah dirosakkan kerana pilihanraya kampus yang tidak memberi sebarang kuasa politik mahupun eksekutif kepada mahasiswa. Namun politik kebencian tetap sudah tertanam.

Dalam posting akan datang, saya akan tulis tentang politik kebencian. Kebencian kepada orang yang tidak sependapat dengan mereka merupakan penyakit ummat Islam zaman moden ini.

Semoga Allah segera menyembuhkan penyakit ini dan umat Islam kembali maju dari segi ekonomi, politik, ketenteraan, sains dan teknologi. Amin

Friday, February 25, 2011

Kitar Semula Di Kerdau - PAS Kurang Yakin?




Teka-teki siapa calon PAS sudah terjawab hari ini. Saya menyangka PAS akan meletakkan Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai heavyweight PAS atau sekurang-kurangnya Nasarudin Tantawi. Sangkaan saya meleset apabila PAS mempertaruhkan calon yang telah tewas dalam PRU ke 12 sebelum ini.

Hasanudin Salim, bekas calon, dan sekarang bakal calon dan mungkin bakal bekas calon telah terpilih mewakili parti PAS yang sedang berusaha keras untuk menyaingi UMNO atau menjadi pengganti UMNO kepada orang Melayu. PAS tidak menurunkan heavyweight mereka. Mungkin PAS terlalu yakin? Atau terlalu tidak yakin?

Hasanudin telah tewas kepada Allahyarham Datuk Zaharudin pada PRU ke 12 dan hanya mendapat 2520 undi sahaja. Allahyarham mendapat 4135 undi dan majoriti sebanyak 1615 undi. Ketika itu tsunami politik telah melanda kebanyakkan  ADUN dan Parlimen BN dan beliau gagal memanfaatkan situasi yang sangat memihak kepada PR.

Berdasarkan situasi ini, boleh kita simpulkan, PAS tidak berani menurunkan Tuan Ibrahim Tuan Man kerana bimbang 'terconteng arang' dimuka Naib Presiden PAS Pusat itu. Jika Tuan Ibrahim kalah kepada calon BN yang mereka pertikaikan kelulusannya, ini merupakan tamparan hebat kepada PAS yang semakin lama semakin merosot populariti mereka dikalangan pengundi Melayu.

89% dari 8451 pengundi DUN Kerdau merupakan Melayu. Adakah dengan hanya 5.6% pengundi Cina yang selama ini memihak kepada PAS, mereka gentar untuk menurunkan jaguh mereka?

Jadi diturunkannya calon 'kitar semula'. Sesetengah blogger memanggilnya 'calon reject'.


Klik sini  dan klik sini.

Thursday, February 24, 2011

Sekarang Sudah Berubah..

Pada era 90an, ketika Malaysia dikenali dengan julukan 'Harimau Asia', tokoh korporat ramai yang menceburi politik. Pengundi juga suka melihat pemimpin mereka kaya. Dalam UMNO semacam menjadi trend, golongan mempunyai wang layak memimpin bahagian dan MKT. 

Menjadi trend juga pemimpin menunjukan kejayaan mereka sebagai pribumi yang berjaya dengan memperagakan kereta-kereta mewah. Makin besar dan mewah kereta mereka, makin mereka diterima di bahagian-bahagian dan cawangan. Akan ternganga mulut pengundi melihat 'succes story' kelinci percubaan kerajaan membuktikan 'Melayu Boleh'.

Malangnya, 'success story' ini tidak lama. Selepas serangan ekonomi 1997, beberapa gergasi korporat Melayu seperti Halim Saad dan Tajudin Ramli menjadi dwarft. Begitu nasib yang menimpa mereka, juga menimpa 'orang-orang kaya' UMNO yang mendapat faedah dari dasar 'rent-seeker' dan 'patronage'. 

Malaysia masih belum benar-benar pulih dari peristiwa 1997. Di tambah dengan kenaikan makanan dunia dan kenaikan petrol dunia, rakyat marhein, pemakan gaji, dan pegawai kerajaan merasa betapa pendapatan mereka tidak setimpal dengan sara hidup. Ringkasnya sekarang, majority rakyat menghadapi ketidakseimbangan antara pendapatan dan kos sara hidup yang kian meningkat.

Tiba-tiba, warlord-warlord UMNO yang mengaut keuntungan melalui polisi rent-seeker dan patronage ini makin menjadi tidak popular dikalangan rakyat. Mereka tidak lagi dikagumi, jauh sekali digeruni. Malah sudah menghampiri di benci.

Perubahan nilai ini tidak dirasai oleh sesetengah mereka. Sebelum pilihanraya 2008, masih ramai yang suka memperagai kereta mewah dan 'success story' mereka kepada rakyat marhein. Mereka masih menyangka ini menjadikan UMNO lebih popular.

Rupa-rupanya zaman sudah berubah. Sikap mereka kelihatan angkuh dan tidak menjiwai rakyat. Sekarang rakyat lebih suka pemimpin yang membawa kereta buruk, dan susah seperti mereka juga tetapi memperjuangkan rakyat.

Kalau masih ada saki baki yang suka menunjuk-nunjuk menjelang PRU ini, eloklah dihentikan perangai yang tidak elok itu. Zaman sudah berubah.

Wednesday, February 23, 2011

Pro Mahasiswa Menang Besar: Adakah Petanda Undi Muda Menyokong PR?

Pilihanraya kampus di universiti-universiti telah berakhir. Pro Mahasiswa telah menguasai UM,UKM,UPSI, UMK dan UMS. Pro Mahasiswa merupakan 'parti' kampus yang pro pembangkang, manakala Aspirasi pula sering dikaitkan dengan UMNO.

Dengan ini boleh disimpulkan, kecuali UPM, UTM dan USM yang dikuasai Aspirasi, universiti kerajaan yang lain dikuasai kader-kader pembangkang. Bukan satu rahsia, Anwar memang bijak mengekploit pelajar dan sedang kelemasan mencari nafas politik baru, gembira dengan berita ini.

Persoalannya, sejauh mana impaknya kemenangan Pro Mahasiswa ini kepada PRU ke 13 nanti? Adakah ini juga merupakan indicator trend pengundi muda? Dan apa usaha UMNO dalam menangani kebangkitan mahasiswa pro pembangkang ini?

Saya amat bersetuju AUKU dihapuskan dan biarkan mahasiswa menyertai politik. Saya tahu rasionalnya AUKU apabila Tun Dr. Mahathir menyediakannya. Ini beza UMNO dengan PAS. 

AUKU dicipta bertujuan melarang mahasiswa berkecimpung dalam politik diluar kampus. Bukan kerajaan takut dengan mahasiswa, seperti demo yang sering dilakukan oleh Anwar dan bekas 'the angry young man' yang masih angry walaupun sudah tua, Hishamudin Rais. Tidak.

Tun sebagai ahli politik boleh memilih jalan senang untuk menjadi popular. Benarkan saja apa yang mahasiswa inginkan. Beri mereka menyertai politik walaupun masih dalam kampus. Namun Tun M sebagai negarawan tidak boleh membenarkan perkara sebegini berlaku.

Umum mengetahui kebanyakkan pelajar universiti yang tidak cemerlang datangnya dari bangsa Melayu. Orang Melayu sering mencari jalan keluar, escapism terhadap ketidakcemerlangan mereka dengan mencipta dalih. Dalih ini amat mudah didapati dengan terlibat dengan perjuangan. Perjuangan menentang dan mengajar kerajaan bagaimana hendak mentadbir dan memerintah dengan baik.

Mereka bukan langsung ancaman kepada kerajaan. Namun jika membenarkan mereka carried away dengan politik dan terlalu ghairah untuk menjadi kader kepada mana-mana parti politik ini akan merosakkan orang Melayu juga. Bukan ertinya kerajaan mencipta AUKU untuk mengongkong pemikiran pelajar.

Melayu perlukan manusia berilmu untuk memimpin bangsanya yang kian lama kian kelam. Mereka bukan sahaja perlu menjadi berilmu, malah menguasai berbagai ilmu. Mereka bukan sahaja perlu menguasai berbagai ilmu, mesti cemerlang dalam semua ilmu yang mereka kuasai, dan boleh bersaing dipasaran terbuka apabila keluar nanti.

Mungkin ada yang akan menyifatkan saya menghina Melayu apabila membuat analisis sedemikian tetapi itu hakikatnya. Kaum lain meletakkan pelajaran mengatasi segala. Mereka cuba menjadi cemerlang dalam bidang apa pun yang mereka ceburi. 

Sebenarnya ini sikap Islamik yang sebenar yang mana penuntut Melayu mengabaikan. Apabila mereka cemerlang, mudah bagi mereka mendapat kerja atau berniaga. Dan pelajar bukan Melayu ini akan menyertai politik dan dunia korporat dengan cemerlang. Mereka yang brilliance ini boleh banyak membantu kaumnya. Ini hanya masalah habit. Mereka tahu 'how to put the first thing first".

Menyedari ini, Tun menggubal AUKU. Sepatutnya AUKU ini tidak perlu jika pelajar pandai membahagi masa. Dalam era Hishamudin Rais, bukan sikit pelajar tercicir kerana terlalu obsess dengan pergerakan pelajar. Sebaliknya, PAS pula sibuk rekruit dan memasukan dakyah ke dalam minda pelajar tanpa mengambil kira masa depan anak bangsa ini. Bagi mereka sokongan pelajar sebagai kader mereka perlu dilakukan diperingkat universiti lagi. Dan mereka berjaya.

Apabila graduate, pelajar ini akan menjadi bebanan kerajaan jika ramai yang menganggur. Saya berani jamin, kebanyakkan yang berpolitik kampus ini dari jurusan santai. Saya tidak rasa jurusan seperti doktor ada masa sebanyak itu. 

Dan pelajar jurusan santai ini yang langsung tidak polish skill lain di univerisiti akan menjadi lebih 'the angry young men' apabila graduate dan tidak ada kerja. Kerajaan juga yang kejam. Kerajaan yang menanggung kos pembelajaran mereka sejak mereka dari darjah satu.

Dan pembangkang akan lebih mudah menanam kebencian demi kebencian terhadap kerajaan. Maka akan bencilah graduate ini kepada kerajaan kerana kerajaan tidak Islamik, kerajaan tidak boleh menyediakan kerja dan sebagainya. 

Sebaliknya pelajar kaum lain tidak menghadapi masalah ini. Mereka mudah mendapat kerja, mudah berniaga dan berjaya. Tidak mereka menyalahkan kerajaan sebab buang masa bagi mereka. Mereka terus maju dan dapat membantu kaum mereka dengan menyedia peluang pekerjaan dan membantu kewangan  kepada parti mana yang mereka ingin sokong.

Samada benar atau tidak pemilihan pilihanraya kampus ini mencerminkan undi golongan muda adalah perbincangan akedemik. Tidak ada kajian menyeluruh dan empirical. Namun sedikit sebanyak, para mahasiswa ini merupakan oipinion leader dan mempunyai pengaruh terhadap rakan-rakan, ibubapa dan masyarakat kampung mereka.

UMNO agak lemah dalam bertindak dan mengrekruit kader-kader diperingkat universiti. Saya tidak merasakan UMNO tidak berbuat demikian kerana tidak mahu polluted minda mahasiswa dengan ideologi politik mereka. Pemimpin muda UMNO sebenarnya hanya leka. 

Mungkin UMNO terlalu memikirkan bajet jika ingin mendekati mahasiswa ini. No money, no talk. Sebenarnya maha siswa ini hanya ingin didengari. Jika mereka membangkang HEP bukan bererti mereka membangkang kerajaan. Jika masalah mereka tidak didengari, lama kelamaan mereka akan menjadi pembangkang tegar kerajaan.

Saya dengar juga desas desus mahasiswa yang tidak puas hati cara universiti melayani mereka. Bukan semuanya berakar umbikan parti atau ideologi. Sayangnya, pemimpin UMNO tidak prihatin.

UMNO perlu melakukan sesuatu bagi menangani dan mendekati mahasiswa ini jika mahu kekal relevan.

Perhatian: Blog Khas PRK Kerdau.

Salam semua.

Penamaan calon untuk PRK Kerdau N28 akan diadakan Sabtu ini, 26hb Februari 2011. Untuk mengikuti  perkembangan semasa, aktiviti, info dan perkembangan PRK Kerdau sila ke blog DUN Kerdau.

Mari kita mulakan dengan mengenal calon BN yang telah diumumkan oleh TPM, Tan Sri Muhyidin Yasin.

Tuesday, February 22, 2011

Apabila 'Bangsa' Islam Menjaga Kepentingan Melayu.

Di Malaysia, Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Mereka menjadi Melayu dan Islam bukan kerana DNA dan akidah tetapi kerana perlembagaan.

Di Malaysia, bukan hanya Dr. Mahathir boleh menjadi Melayu/Islam, Lim Guang Eng dan Samy Vellu juga boleh jika mereka mahu. Ini mengikut perlembagaan - mengamalkan budaya Melayu, bertutur bahasa Melayu dan  beragama Islam adalah dikira Melayu. Kata Tun Suffian, perlembagaan Malaysia memang aneh, seperti digubal oleh professor gila dari planet marikh.

Kata Tun Suffian bukan kata saya.

Di Malaysia yang tidak mahu menjadi Melayu bukan hanya Lim Guang Eng dan Lim Kit Siang, tetapi sesetengah Melayu - liberal atau terlalu 'Islamik'. Seorang menteri besar pernah berkata beliau tidak bangga menjadi Melayu. Tapi masa itu dia tengah mabuk asmara bagai laila dengan majnun dengan DAP.

Selepas beberapa siri kekalahan PAS seperti di Galas dan Tenang, dan merosot undi di Manik Urai, menteri besar yang sama tiba-tiba bercakap macam UMNO. Beliau jamin akan jaga kepentingan Melayu. Beliau jamin memperkasakan Melayu, dan banyak lagi. Ada 12 resolusi yang hampir sama dengan UMNO. Cari sendirilah malas nak link. Tak berbaloi pun.

Ini sebenarnya manifestasi keresahan PAS. Mereka sedar mereka lebih banyak dibantu oleh undi Cina. Di Tenang, Cina lebih ramai mengundi Normala dari calon BN. Sementara undi Cina makin ramai mengundi PAS, undi Melayu sudah makin ramai balik ke BN. Dulu PAS suka trend ini, tetapi sekarang PAS makin resah, makin sedar lama kelamaan mereka rugi kerana Melayu lebih ramai.

Bila mereka mula bercakap pasal bangsa, mereka juga akhirnya menjadi nasionalist. Betul, mereka akan mengaku mereka lebih Islamik dari UMNO, tetapi itu perakuan sendiri. Kata bahasa undang-undang: 'Nemo judex in causa sua' - tidak ada siapa boleh mengadili dirinya sendiri. Biar pengundi yang mengadili.

Dan konvensyen itu juga gagal memberi alternatif kepada bagaimana mempertingkat ekonomi Melayu selain seperti tiong bercakap tentang kepentingan Melayu. PAS lebih kepada Perkasa wannabe dari UMNO. Semuanya kerana undi Melayu.

Akhirnya baik UMNO mahupun PAS kena akur, ke'bangsa'an juga penting dalam pencaturan. Dan ke'bangsa'an tidak menyalahi akidah. Mohd Sayuti Omar pernah cakap minum arak walaupun haram tidak sampai menyalahi akidah. Inikan pula sekadar semangat nasionalis - sayangkan bangsa.

Saturday, February 19, 2011

Jawapan Nik Aziz kepada Mahathir.

Saya terbaca dalam Harakah Daily ulasan Nik Aziz terhadap serangan Tun Dr. Mahathir. Baca sini. Saya CnP dari portal berkenaan. Komen saya dalam warna biru.

Jika UMNO bela Melayu Mengapa Perangi Kelantan.(Nik Aziz tak dapat beza antara PAS dan Kelantan)

SHAH ALAM, 19 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan serangan 
mantan Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tindakan terdesak parti itu yang bimbang dengan 
pengaruh PAS terhadap rakyat.
Beliau mempersoal tindakan pemimpin Umno menyelar PAS yang berpakat dengan DAP demi kepentingan 
politik, sedangkan Umno sendiri memusuhi PAS sejak dahulu lagi.(Bukan PAS sejak keluar dari UMNO 
memusuhi UMNO? UMNO nak musuh PAS buat apa sebab UMNO yang memerintah. Selalunya yang mahu 
merampaslah jaki dengan yang hendak dirampasnya)
'Riak-riak kemenangan (PAS) sudah hampir tiba, justeru mereka (Umno BN) perhebatkan serangan melalui 
pelbagai cara.
"Kita dituduh berpakat dengan DAP hanya untuk menang pilihan raya. Soalnya PAS sudah dimusuhi sejak sekian 
lama oleh Umno, sebelum PAS berpakat dengan DAP dan PKR lagi.( Bila UMNO ajak berbincang kerajaan 
perpaduan macam-macam kata nista, lepas itu kata UMNO pula bermusuh dengan dia.)
"Umno berusaha menjatuhkan PAS di Kelantan sejak hari pertama saya mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar
lagi," kata beliau ketika berucap merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa-Jaminan PAS, 
di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini.( Nik Aziz tidak pernah cuba menjatuhkan UMNO 
ke sebelum angkat sumpah jadi MB?)
Menurut Nik Aziz juga, tiada salahnya jika PAS bermatlamat untuk memenangi pilihan raya kerana Umno BN sendiri 
dilihat menggunakan pelbagai cara untuk matlamat yang sama.
"Saya juga dituduh hanya ingin menang pilihan raya. Jika demikian apa salahnya menang pilihan raya?
“Bahkan Umno sendiri guna pelbagai cara tidak kira halal atau haram untuk menang pilihan raya," katanya 
di hadapan hampir 500 hadirin.
Tambah beliau lagi, Umno ternyata gagal membela nasib majoriti Melayu di negara ini apabila mereka sendiri
yang menggagalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
"Umno jaga Islam pun tidak, jaga Melayu jauh sekali. Ini dapat dibuktikan dengan fakta yang didedahkan 
bahawa tanah rezab Melayu di seluruh negara susut daripada 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 
1.7 juta hektar pada tahun 1990. Apakah ini satu pembelaan Umno terhadap orang Melayu?(Nik Aziz 
jaga Islam? Seperti kata Kickdefella, apa sumbangan Nik Aziz kepada orang Islam Palestin dan Bosnia? 
Kita tahu TDM banyak membantu apa yang mampu rakyat Palestine dan Bosnia)
"Dasar DEB digagalkan pemimpin Umno sendiri dan hanya mengkayakan kroni mereka sahaja," katanya.
Menteri Besar Kelantan itu juga mempersoal tindakan Umno BN yang mendakwa mereka pembela Melayu 
yang sejak dari dahulu lagi memusuhi Kelantan sedangkan majoriti rakyat Kelantan ialah orang Melayu.
"Jika benar Umno membela Melayu, untuk apa kami di Kelantan diperangi sedangkan majoriti pemimpin 
dan rakyat berbangsa Melayu dan beragama Islam? soalnya.(Apa masalah mantik orang tua ini, UMNO 
memerangi PAS bukan orang Kelantan. Lain itu. PAS dan Kelantan bukan benda yang sama. Macam Islam 
dan PAS juga, satu deen, satu parti)
Ujarnya lagi, PAS sebagai sebuah parti yang mencontohi pemerintahan Rasulullah SAW wujud 
bukan untuk memperjuangkan nasib Melayu sahaja, tetapi tidak sama sekali mengenepikan Melayu.
(Ok, pergilah bela juga Islam Indonesia, Islam Palestine, Islam Mesir, Islam kat Afrika. Setakat cakap 
semua orang boleh)
"Jika Rasulullah S.A.W. diutuskan ke dunia tidak dengan misi ketuanan Arab, begitu jugalah 
dengan PAS yang mencontohi Rasulullah, datang bukan dengan agenda memperjuangkan Melayu,
tetapi tidak sesekali mengenepikan Melayu kerana Melayu bangsa domninan di negara ini.(Ayat ini 
tidak ada beza dengan perjuangan UMNO. Dengan ringkas dia nak kata PAS jaga Melayu, jaga juga 
semua orang. Semua parti naik pun kena macam itu.)
"Namun PAS sering dtuduh mengenepikan Melayu dan seolah-olah orang Melayu akan mati tanpa 
Umno. Inilah yang sering ditanam dalam pemikiran rakyat," katanya.(Bukan orang tuduh, dia sendiri kata 
tak bangga jadi Melayu, nasionalist tak Islamik etc etc)
Sementara itu, konvensyen hari ini diteruskan dengan pembentangan kertas kerja sehingga jam 5 petang ini.

Rakyat Akan Bangkit: dari Tunisia ke Mesir, seterusnya ke Sarawak dan Kelantan.

Rocky's Bru memanggilnya Revolusi Bolsover. 26 Mac 2011 ini genap 30 tahun Tan Sri Taib Mahmud menjadi Ketua Menteri Sarawak. Mengambil inspirasi dari kejadian di Tunisia dan Mesir, PR berharap pengundi Sarawak akan menjatuhkan beliau pada pilihanraya negeri yang mungkin dijadualkan Julai ini. PR akan menyeru rakyat Sarawak supaya jangan jadi pengecut dah jatuhkan Taib Mahmud kerana terlalu lama berkuasa.

Selepas itu, PR perlu berarak ke Kelantan pula. Seru rakyat Kelantan agar bangkit kerana Nik Aziz merupakan Menteri Besar yang kedua lama berkuasa. Balak sama ditebang. Lama berkuasa sama lama berkuasa. Ayuh rakyat Kelantan jangan pengecut, jatuhkan Nik Aziz.

Oh tidak, Nik Aziz merupakan ulama, 'gatekeeper to heaven'. Rapat dengan Allah.

Ah Divine Comedy lagi!

'Mahafiraun' pun reti nak bersara.

Thursday, February 17, 2011

Divine Comedy.

Dante pernah menulis sebuah puisi yang terkenal iaitu Divine Comedy. Kali ini saya ingin menulis perkara yang sama tetapi bukan mengulas Divine Comedynya Dante.

Politik adalah soal sokongan. Cara moden meraih sokongan adalah melalui undi dan demokrasi. Demokrasi adalah pemerintahan rakyat untuk rakyat. Menjadi pemimpin di sebuah negara demokrasi memerlu skill politik seperti diplomasi, perundingan, persuasive dan sebagainya untuk  memenangi hati rakyat.

Sebelum datangnya demokrasi ke Tanah Melayu, orang Melayu menggunakan kuasa 'divine' untuk memerintah. Hal ini kita boleh lihat dalam sejarah apabila raja-raja Melayu menggunakan konsep 'dewa-raja' sebelum kedatangan Islam.

Konsep ini diterapkan kononnya raja dari keturunan dewa, sangat mulia dan membantah raja akan disumpah, kena tulah dan terkena daulat. Apabila Islam datang ke Tanah Melayu, konsep 'dewa-raja' ini telah ditukarkan kepada 'daulat-derhaka'.

Daulat asalnya dari perkataan 'daulah' yang mana digunakan oleh propaganda Turki Uthmaniyah untuk menjadi ketua dikalangan umat Islam ketika itu. Maka muncullah perkataan 'daulah uthmaniyah' atau 'the right to rule'.

Di Tanah Melayu, daulah yang telah menjadi daulat ini disesuaikan dengan konsep 'divinity' raja-raja. Kerana dewa tidak ada dalam Islam, maka sesiapa yang mengderhaka kepada sultan akan terkena daulat. Daulat adalah konsep 'divinity' yang disesuaikan dengan zaman Islam tetapi tidak memasukkan elemen-elemen logik dan pemikiran rasioanal.

Ada satu lagi bentuk divine comedy zaman moden ini adalah kepimpinan ulama. Islam agama bersandarkan Quran, dan logik alkaliah. Dr. Asri pernah menulis, beberapa cerita karut yang 'divine' seperti kemunculan semula Nabi Isa dan sebagainya tidak ada dalam Quran. Ini cerita Israeliyah. 

Saya mengesyaki, semasa zaman fitnah berleluasa selepas terbunuhnya Uthman bin Affan, pihak Yahudi banyak memasukkan cerita-cerita karut dalam ajaran Islam. Sebagai contoh, dalam Quran tidak ada surah yang menyentuh rejam orang berzina dengan batu. Surah An Nur ayat 2 dan 3 hanya menyebut sesiapa berzina, sebat mereka dengan 100 sebatan.

Dalam bible dan dalam kitab Jew ada peruntukkan rejam manusia dengan batu. Dalam bible malah seorang dara yang gagal mempertahankan daranya walaupun diperkosa hukumannya direjam dengan batu. Di Sudan, seorang gadis umur 14 tahun telah diperkosa dan mengadu kepada authority. Pihak berkuasa yang mengikut undang-undang syariah merejam gadis berkenaan kerana 'berzina'. Ini dicerita dalam blog Outsyed The Box.

Apabila umat Islam lari dari Quran, muncul pula golongan mengaku ulama dan hanya mereka boleh menafsir Quran. Ini juga seperti agama Kristian, hanya priest yang boleh menafsir Bible. Dengan itu, ulama akan terus disokong dan keputusannya tidak akan dipertikai kerana mereka 'suci dan dekat dengan Allah'.

Lihat keliling dan semua negara Islam mundur. Saya sudah muak dengan 'divine comedy' para ulama yang menggunakan agama untuk tujuan pengaruh dan kuasa.

Wednesday, February 16, 2011

P.Ramlee : Genius Yang Tragik.

Ketika hidupnya, beliau di hina. Di akhir-akhir hayatnya, beliau di kerasumbangkan. Tidak ada kawan, tidak ada sekutu. Wartawan hampir bersatu menjatuhkannya. Kerajaan gagal menghargai beliau semasa hayatnya. Di tamatkan kontrak oleh EMI, ditamatkan kontrak oleh Shaw Brother, P. Ramlee meniti saat akhir hayatnya dengan penuh kegetiran.

Beliau tidak meminati politik dan plotting. Beliau tidak suka apa-apa taktik kotor dan anything underhand. Beliau juga tidak pernah mengata keburukan sesama seniman. Bagi P.Ramlee - hidupnya - keseluruhan hidupnya hanya diabadikan kepada kerja-kerja seni sahaja.

Mati dalam kemiskinan, namun khazanah negara melalui filem dan muzik kekal abadi. Negara ini terhutang budi kepada P.Ramlee. Walaupun gelaran Tan Sri yang dianugerah kepadanya selepas kematian beliau bagaikan 'sia-sia', saya masih menyokong P.Ramlee di anugerahkan gelaran Tun.

Namun khazanah negara filem-filem karya beliau bukan milik beliau, bukan juga milik Malaysia. Setiap kali kita menonton filem agungnya, Shaw Brother adalah orang yang meraih keuntungan. Filem-filem seperti Pendekar Bujang Lapok, Ibu Mertuaku dan Nujum Pak Belalang merupakan hak cipta Shaw Brother. Shaw Brother yang mengaut keuntungan dengan hasil kreatif P.Ramlee dan Shaw Brother yang sama memusnahkan kerjaya Seniman Agung itu.

Shaw Brother telah berkomplot dan memulakan perang media memburukkan P.Ramlee, menurut sekutu P.Ramlee Datuk H.M. Shah. Hasilnya, beliau dipulaukan, diejek dan diboo oleh bangsanya sendiri. Menurut dokumentari arahan Shuhaimi Baba, P.Ramlee merupakan seorang pengarah pertama Melayu yang menyimpang dari tradisi meniru filem ala India.

Melalui filem seperti Semerah Padi, P.Ramlee meninggalkan langsung budaya 'bikin filem' ala India. P.Ramlee memasukkan unsur-unsur akar umbi budaya dan adat resam Melayu. Malah dalam sebuah temuramah, P.Ramlee menyatakan dengan jitu jika muzik irama Malaysia seperti joget dan sebagainya tidak diterap ke dada generasi Melayu, lama kelamaan seni warisan nenek moyang ini akan hilang. P.Ramlee memang seorang patriotik dan menyayangi bangsanya Melayu.

Dan Melayu sebahagian besar menolak dan mencemuh karyanya disaat menjelang kematiannya. Cukong seperti Shaw Brothers dengan duit dan pengaruh lebih berkuasa memperkotak-katiknya genius Melayu yang sukar dicari ganti ini.

Menjelang kematian Napoleon Bonaparte, beliau sempat menulis sesuatu yang menggetarkan jiwa saya apabila membacanya. Selepas beliau disahkan mati, seseorang menemui kertas ditangan Maharaja Perancis yang mati dalam buangan di Pulau St. Helena. Ini kata-katanya:

 "A New Prometheus, I am nailed to a rock to be gnawed by a vulture. Yes, I have stolen the Fire of Heaven, and made a gift of it to mankind. The Fire has returned to its sources, and I am here! The love of glory is like the bridge that Satan built to pass from Chaos across Hell to Paradise; glory link the past and the future across a bottomless abyss. Nothing to my  son except my name!"

Kata-kata itu lebih tepat untuk ditujukan kepada P.Ramlee. Sebagai pemula sebenar 'filem Melayu', beliau telah mencuri 'Api Syurga' yang membawa sinar baru kepada bangsa Melayu, tetapi dengan harga yang perlu dibayar. Seperti nasibnya Prometheus dalam mitologi Greek yang mencuri 'Fire of Heaven' dan memberi ilmu kepada mere mortal(manusia biasa), beliau telah dihukum oleh Zeus. 

Hukuman bagi Prometheus adalah beliau dipaku kepada batu batan dan akan datang burung hering memakan hatinya. Hatinya akan tumbuh semula untuk kembali dimakan  oleh hering. Seperti Prometheus, menjelang kematiannya, P.Ramlee telah 'makan hati.' Ini tidak disedari oleh bangsanya yang terus-terusan mengejeknya hingga beliau meninggalkan kita untuk selamanya pada 29 Mei 1973.

Ironinya, beliau menjadi abadi selepas itu. Seperti kata Renoir tentang lukisan yang dihasilkan dengan kesakitan kerana beliau cacat:

"The pain passes; but the beauty remains."

Tuesday, February 15, 2011

Winnable Candidates Part 2

Salam Maulidur Rasul.

Sejak akhir-akhir ini kita sering terdengar kenyataan PM tentang winnable candidates atau calon yang boleh menang untuk dipertaruhkan sebagai calon sesuatu kawasan parlimen dan DUN. Tidak ada kriteria yang pasti dan saya pernah minta pembaca memberi ulasan bagaimana ciri-ciri 'winnable candidates' ini.

Hanya empat komen yang diberi. Mungkin pembaca merasakan, apa saja pendapat yang kita berikan, akhirnya pucuk pimpinan akan memilih mengikut citarasa mereka juga. Satu pertanda yang boleh saya huraikan di sini, apabila BN memperkatakan tentang 'winnable candidates' secara tidak langsung era 'letak songkok pun menang' sudah berakhir bagi BN.

Sekarang Malaysia benar-benar negara demokrasi apabila pengundi tidak mengundi berdasarkan 'kenang jasa BN' yang telah memerdekakan Malaya. Pengundi muda begitu kritikal dan agak sukar memahami aspirasi mereka. Lebih menarik lagi di Malaysia sekarang ini, ramai yang meminati politik dan merasa terlibat dengan hampir keseluruhan isu.

Sudah tentu secara ideal bila bercakap tentang 'winnable candidates' kita inginkan calon yang turun padang, mudah didekati, tidak korup, tidak gunakan kedudukan untuk menjadi kaya, tidak ada kroni, tidak ada ketirisan, berkhidmat dengan ikhlas dan bla bla bla bla. Terlalu utopia bunyinya.

Masalah paling besar di Malaysia ialah tidak ada pemisahan secara jelas antara orang politik dengan orang berniaga. Selalunya, orang politik itu adalah orang yang sama mempunyai kepentingan niaga. Tujuan asal wujudnya 'wakil rakyat' bagi mewakili rakyat tersasar kerana calon yang naik selepas itu hanya akan mencari di mana saja ruang yang boleh diekploitasi untuk membesarkan empayar niaganya.

Ini konsep yang salah sejak mula. Wakil rakyat bukan ahli perniagaan dan UMNO atau PAS atau PKR adalah parti yang sepatutnya bukan bertujuan menjana duit. Selagi konsep ini tidak diperbetulkan, selagi itu penyelesaian 'winnable candidates' ini tidak akan tuntas. Penyelesaian hanya bersifat sementara hingga calon yang naik kembali dibenci pengundi kerana akhirnya mereka tidak mewakili pengundi tetapi mewakili 'cukong' (meminjam istilah Hishamudin Rais) yang membiayai mereka.

Seperti juga yang pernah saya tulis, menukar pemimpin bukan penyelesaian. Korupsi berlaku juga apabila pengundi pula yang menganggap wakil rakyat sebagai 'orang kaya' yang 'sepatutnya menabur wang' kepada mereka. Saya pernah menulis dibawah tajuk Mengapa Ahli Politik Corrupted?Kita Semua Ingin Hapuskan Rasuah Tapi... dan Tukar Kerajaan Bukan Penyelesaian. 

Tugasan wakil rakyat, samada parlimen atau ADUN adalah memahami aspirasi pengundi di constituencynya. Contoh jika beberapa pengundi kawasan parlimen tidak suka saman ekor diteruskan, maka wakil rakyat perlu bawa ke parlimen atau ADUN untuk dibahaskan. Dari situ diharap Parlimen sebagai pembuat undang-undang akan lebih bijak dan lebih bijak membuat undang-undang yang praktikal dan sesuai dengan zaman.

Hakikatnya, wakil rakyat dianggap sebagai cash cow oleh pengundi dan penyokong. Wakil rakyat pula menganggap 'projek-projek kerajaan' sebagai cash cow mereka. Dan kerajaan akan mengenakan cukai demi cukai sebagai cash cow mereka. Pihak yang menderita akhirnya adalah rakyat juga yang tidak nampak habit memerah wakil rakyat itu menyebabkan banyak undang-undang pelik diluluskan oleh parlimen.

Lazimnya yang meraih keuntungan dari pihak rakyat adalah yang memegang jawatan dalam parti. 

Sebenarnya, winnable candidates adalah penyelesaian yang singkat. Ada perpatah moden kata 'sesiapa sahaja boleh jadi calon asalkan menang, walaupun mat rempit jika pengundi mahu mat rempit'.

Syabas kepada kawasan yang ramai penagih dadah atau peminat syabu kerana mungkin akan ada calon dari kalangan pusher syabu atau penagih tegar dikawasan anda kerana majoriti kawasan anda ramai pengguna dan pembekal syabu. Mereka winnable candidates.

Monday, February 14, 2011

Merantau Ke Deli


masjid al mashun
Dalam kunjungan saya ke Medan, banyak pemandangan yang tidak pernah saya lihat di Malaysia ada di sini. Medan sebelum ini dibawah kekuasan Sultan Deli.

Saya pernah membaca novel Hamka: 'Merantau ke Deli', tapi saya tak tahu selama ini Deli adalah Medan moden. Ada istana Maimun di sini, dulunya tempat bersemayam Sultan-sultan Deli. Malah masjid Mashun, tempat saya solat Jumaat itupun dibina oleh Sultan Deli.

Sekarang, kesultanan Deli hanya tinggal kenangan dan dalam lipatan sejarah sahaja. Orang Indonesia sangat menghargai kemerdekaan jiwa dan 'kuasa rakyat'. Mereka memang 'orang-orang republik.

Hari pertama saya melawat sekolah Hikmatul Fadillah. Sekolah ini sekolah swasta. Saya didatangi oleh sekumpulan remaja yang bertutur dalam bahasa Inggeris. Memahami Inggeris sebagai bahasa global, mereka cuba mengikuti peredaran zaman dan mengenepikan sentimen bahasa mereka. Dan anak-anak muda dalam lingkungan 11 hingga 15 tahun ini mampu bertutur  bahasa Inggeris dengan baik.


Bahkan di Medan juga saya temui Parti Keadilan. lambangnya hampir sama cuma Parti Keadilan di Malaysia warna biru, dan bulan sabitnya vertical, bulannya pula menghadapi antara satu sama lain. Di Medan, sabitnya mempunggungi antara satu sama lain.

parti keadilan






Di sini banyak saya temui 'beautiful little people'. Mereka golongan berpendapatan rendah seperti abang beca. Beca mereka, ada yang dikayuh, ada yang menggunakan kapcai disewa beli dan sepertinya teksi malaysia, perlu dibayar sewa hariannya.

Pada 12hb Februari 2011, saya menghadiri  program anjuran Yayasan Hikmatul Fadillah bersama isteri abang-abang beca. Program ini semacam program membasmi kemiskinan, bezanya ia tidak dijana oleh kerajaan tetapi hanya NGO seperti Yayasan berkenaan.

Bersama suami-suami yang menghantar isteri mereka berseminar.


Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah Bapak Gus Irawan,  Direktor Utama Bank Sumut iaitu sebuah bank syariah. Beliau juga calon Gabenur Medan dari parti Golkar.

Bank Sumut banyak membantu golongan marhein. Menurut Bapak Gus Irawan, sudah seramai tiga puluh tiga ribu kaum ibu di Sumatera telah dibantu oleh Bank Sumut. Bank Sumut akan memberi mereka modal untuk memulakan perusahaan mereka dengan interest yang sangat rendah. Konsep ini hampir sama dengan konsep Syameen Bank di Bangladesh yang memberi pinjaman walaupun kepada pengemis serendah 10USD.

Beautiful little peoples


Mereka menggalakkan rakyat mereka berusaha dengan memberi modal. Alhamdulillah menurut Bapak Gus Irawan, kaum ibu yang meminjam selama ini dapat membayar pinjaman mereka dengan baik. Yayasan Hikmatul Fadillah akan mengatur perkara yang sama iaitu menyediakan dana samada pinjaman dari Bank Sumut dan juga melalui koperasi dan derma orang ramai.

Saya kagum melihat kesungguhan NGO mereka membantu golongan berpendapatan rendah. Di Indonesia, tidak seperti Malaysia, orang susah atau pribumi tidak dibantu oleh agensi seperti MARA dan TEKUN. Namun semangat mereka untuk bekerja, menambah pendapatan dan berusaha mengatasi kebanyakkan orang Melayu kita di Malaysia.

Mungkin kerana untuk survive dan tidak disuap, mereka berusaha sekeras-kerasnya mencari kehidupan yang lebih baik. Salam dari Deli.



Sunday, February 13, 2011

Takziah Kepada Keluarga Datuk Zaharudin.

Semalam seorang kawan memaklumkan di facebook kematian ADUN Kerdau, Datuk Zaharudin. Blog Sri Tri Buana mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang diredhaiNya.

Saturday, February 12, 2011

Kaum Cina Indonesia Mengaku Mereka Pendatang.

Saya sedang menonton tv dalam bilik hotel Madani, Medan. Kebetulan channel Metro sedang menyiarkan rencana kedatangan kaum Cina ke Betawi.

Slot ini namanya 'Metro File'. Seorang penulis buku, Mona Lohanda seorang keturunan Cina bertutur fasih dalam bahasa Indonesia. Beliau menceritakan bagamana nenek moyang mula datang dengan jong ke Batawi.

Beliau juga bercerita ada kaum Cina yang datang dari China lebih awal lagi, seawal zaman Srivijaya memerintah lagi. Namun demikian ini tidak menjadikan mereka penduduk asal Indonesia. Beliau tidak pula cuba menafikan penduduk pribumi Batawi atau Jakarta moden sebagai penduduk asal.

Walaupun menurut beliau penduduk Batawi ketika itu bukan hanya Jawa, tetapi juga suku-suku dari Ternate, Acheh, Bugis, Minang dan Ambon. Tidak pula beliau mengatakan suku-suku itu 'pendatang'. Beliau faham konsep Melayu Raya, Nusantara dan Kepulauan Melayu.

Sistem pendidikan Indonesia berjaya educate kaum Tionghua mereka lebih baik dari Malaysia.

Jika Anda Malu Mengaku Melayu: Baca Sini.

Seorang Menteri Besar pernah berkata beliau tidak bangga menjad Melayu. Kita bukan kena bangga tapi itu takdir Allah yang menjadikan kita bangsa Melayu. Tugas kita juga untuk memertabatkan bangsa kita.

Saya pernah terbaca link kenalan saya dalam facebook blog seorang pelajar yang kononnya gagal mencari Melayu sebenar. Pelajar itu hanya menemui orang Jawa. orang Minang, orang Banjarmasin, orang Bugis dan sebagaiya. Menurutnya, di mana orang Melayunya?

Jelas ada orang yang malu mengaku mereka Melayu. Mereka berbangsa Islam. Kononnya.

Tapi sebenarnya bukan sedikit faedah yang mereka dapat kerana diiktiraf oleh kerajaan bahawa mereka Melayu atau bumiputera.

Di Indonesia tidak ada istilah Melayu dan peribumi. Tidak ada affirmative action dan quota. Dan bukan urusan kerajaan memelihara mana-mana etnik pun. Secara literal mereka bersendirian untuk memajukan diri mereka.

Di Malaysia, dengan adanya kaum lain mewajarkan pula kerajaan memberi keistimewaan kepada bumiputera. Ini istimewa Melayu Malaysia jika dibanding dengan Melayu Singapura dan Melayu Indonesia.


Di atas merupakan pengemis yang mengemis orang-orang selepas solat jumaat di masjid Mahshun, Medan. Mereka semua Melayu dan dalam negara majoriti rakyatnya serumpun bangsa Melayu, tidak ada hak istimewa buat mereka.



Walaupun ramai susah dan tidak mendapat apa-apa keistimewaan menjadi Melayu, mereka tetap bangga dan mempunyai jatidiri lebih tinggi dari sesetengah  Melayu di Malaysia. Lihat tajuk buku di atas.

Melayu Malaysia pula meraih banyak faedah kerana menjadi Melayu. Namun sesetengah mereka malu mengaku Melayu dan bersekongkol dengan 'sarjana' asing yang menidakkan Melayu sebagai penduduk asal.

Mungkin kita perlu hilang segalanya dulu baru kita mempunyai jatidiri semula. Aneh bukan?

Friday, February 11, 2011

interlok

Pada tahun 1989 cerpen saya yang berjodol "khalik dan. Abdul' telah diterbitkan oleh Dewan Sastera. Cerpen itu diterbit pada bulan Ogos, dan saya telah menerima panggilan telepon dari editor Dewan Sastera pada pertengahan bulan Julai.

Saya masih ditingkatan lima masa itu. Saya masih ingat sekembali saya dari sekolah,  maid memberitahu saya ada panggilan talipon untuk saya. Seseorang memperkenalkan namanya. "Saya Sutung", katanya. Saya terpinga-pinga, hingga dia meenambah lagi maklumat: "Saya editor Dewan Sastera".

Baru saya ingat. Sebagai pelanggan Dewan Sastera saya mengenali nama Sutung Umar RS. Beliau merupakan editor Dewan Sastera.

"Kami nak terbitkan cerpen saudara, pernah siar dimana-mana?"

"Belum"  jawab saya.

Apabila cerpen itu diterbitkan, saya berdebar-debar. Saya tidak suka karya saya diedit. Dalam percakapan talipon saya dengan Sutung, tidak dinyatakan 'term and condition' untuk menerbitkan karya saya.

Sebagai penulis, saya tidak suka tulisan saya diubahsuai - walaupun sedikit. Saya lebih rela ianya tidak diterbitkan langsung.

Membuka dan membaca baris-baris tulisan saya yang kini dicetak oleh Dewan Sastera, saya mencari dimana jika ada sepotong ayat yang mungkin dipinda.

Editor Dewan Sastera menghormati penulisan saya, menghormati saya sebagai penulis.

Jika kerajaan ingin menghormati karya Sasterawan Negara, jangan pinda walau seinci pun karya Interlok. Bebaskan karya seni dari cengkaman politik dan desakan minoriti. Andainya kerajaan ingin tunduk juga, jangan jadikan Interlok teks sekolah.

Jika Sutung Umar Rs boleh menghormati karya saya, penulis picisan, takkan kerajaan tidak boleh menghormati karya seorang Sasterawan Negara?

Dan sampai bila kita ingin tunduk pada desakan pelampau? Dalam Sejarah Melayu begitu banyak perkataan "keling', perlu dibakar dan diubah juga karya Agung Tun Seri Lanang itu?

Karya sastera merupakan khazanah negara, bukan bahan untuk diperdagangkan oleh ahli-ahli politik.

Thursday, February 10, 2011

Warkah Dari Medan.

Pada jam 7.30 pagi waktu tempatan, penerbangan Air Asia AK 450 dari KUL ke MEDAN touchdown di airport Medan. Saya agak teruja kerana sebagai peminat sejarah, saya telah menjejak kaki ke pulau Parameswara. walaupun bukan Palembang namun Sumatera merupakan pusat empayar kerajaan Melayu Sriwijaya

Saya dijemput oleh Yayasan Hikmatul Fadillah, mewakili NGO Perkib untuk memberi talk dalam seminar 'Meningkat ekonomi Isteri-isteri Abang Beca'. Seminar itu anjuran Forum Majlis Taklim Medan.  InsyaAllah saya akan update lagi seminar yang dijangka dihadiri seribu peserta pada 12hb Februari ini. salam dari Medan.

Wednesday, February 9, 2011

Pembohongan John Mallot: Mayat Mangsa Rusuhan Kaum Merata-rata di Kuala Lumpur.

Saya hendak tergelak membaca artikel John Mallot, bekas Duta USA ke Malaysia 1995-1998. Selama ini saya sangkakan hanya orang-orang politik Jerantut sahaja yang memungkar*  jika menulis artikel, rupanya bekas Duta Amerika ini mempunyai habit yang sama.

Mari kita lihat pemungkaran beliau:

"Despite the government's new catchphrase, racial and religious tensions are higher today than when Mr. Najib took office in 2009. Indeed, they are worse than at any time since 1969, when at least 200 people died in racial clashes between the majority Malay and minority Chinese communities."


Menurut beliau, sekurang-kurangnya 200 orang Cina, India dan Melayu  mati bertempur dalam rusuhan kaum yang menurut beliau lagi, lebih teruk dari 13 May 1969. Baru semalam saya chit chat dengan jiran saya seorang Cina tentang kereta Hyudai Sonata yang baru dibelinya. Kereta antik bapanya diserahkan kepada seorang Melayu yang menghuni condo yang sama untuk dihidupkan enjinya dan dibawa 'round' sekitar Bukit Indah.Bapanya terlalu tua untuk melakukannya sendiri.

Mana ketegangan kaumnya? 

Saya rasa Mallot mempunyai imaginasi yang tinggi. Seperti John Doe dan Micheal Chick(en), beliau berkhayal mayat-mayat bergelimpangan di atas pentas seperti dalam pementasan tragedi Shakespeare. Johm Doe dan Chick(en) juga menulis artikel sejarah khayalan, dan Lim Kit Siang tukang canang dalam blognya.

Dan imaginasi liar yang tidak berakar umbi ini menjalari juga pemimpin pembangkang yang sangat berharap Malaysia akan menjadi seperti Mesir. Kebangkitan rakyat Mesir, Tunisia dan Yaman bukan didalangi mana-mana parti politik tetapi tercetus secara random. Apabila huru hara tercetus, maka berteriaklah parti-parti yang tidak lebih baik dari yang hendak mereka jatuhkan itu kononnya selama ini mereka yang berjuang untuk rakyat.

Barat memang cuba mengkucar-kacirkan semua negara Islam. Terpulang kepada kita untuk kekal merdeka, atau dijajah. Jika Anwar mengambil IMF pada tahun 1998, hingga kini Malaysia akan jadi hamba Amerika.

Mereka tukar Hosni Mubarak kepada satu lagi Hosni Mubarak. Rakyat juga yang rugi.


*Nota kaki: secara literal dalam bahasa Jerantut, pungkar merupakan kayu hanyut. Secara bahasa pungkar bererti mengada-adakan cerita, mereka-reka cerita yang tidak wujud untuk meyakinkan orang yang hendak dibohongi. Seringkali pemungkar itu turut meyakini pembohongannya sendiri.


Budaya Demo: Beza Antara Ku Li dengan Anwar Ibrahim

Jumaat lepas, ada puak yang menganjurkan demonstrasi minta Hosni Mubarak meletak jawatan sebagai Presiden. Demonstrasi aman ini menjadi kecoh apabila pihak berkuasa campurtangan dalam usaha meleraikan pihak yang menganjurkan demonstrasi ini.

Ada yang berpendapat, pihak polis dan FRU yang salah kerana mereka mencampuri demonstrasi yang sepatutnya aman. Ada yang mengatakan budaya 'tunjuk perasaan' ini bukan hanya berlaku di Malaysia tetapi di negara-negara lain juga.

Menarik untuk di ulas isu ini. Pertama demonstrasi ini berkaitan 'sokongan moral' kepada rakyat Mesir yang ditindas oleh Hosni Mubarak. Bagi saya, penganjur mengambil kesempatan apabila rakyat Mesir bangkit menentang Presiden mereka walhal sebelum ini mereka tidak pula mengutuk apa-apa tindakan 'kekejaman' Hosni terhadap rakyat Mesir. Ini namanya publisiti murahan.

Demonstrasi, seperti budaya karaoke telah diimport oleh orang Malaysia dengan jayanya tetapi seperti biasa, kita banyak menerima yang buruk dari yang baik. Karaoke bermula di Jepun. Orang Jepun yang rajin bekerja dari pagi hingga malam sangat kurang masa untuk berhibur. Maka diciptakan karaoke, kepada mereka untuk menghibur diri sendiri, menyanyi dan melalak melepaskan perasaan kerana kurang berhibur.

Budaya itu akhirnya sampai juga ke Malaysia. Tapi orang Malaysia, terutama Melayu yang suka berhibur tidak menjadikan karaoke sebagai 'tempat melepaskan kelelahan'. Karaoke menjadi budaya hiburan yang popular dan kita boleh berhibur 24/7 dirumah, dikelab dan dimana-mana sahaja. 

Budaya demonstrasi ini diperkenalkan dengan jayanya oleh Anwar setelah beliau terkeluar dari kabinet. Semasa beliau menjadi ketua pergerakan pelajar, amalan ini memang subur. Saya tidak ingat adanya demonstrasi ala BERSIH, HINDRAF dan sebagainya semasa selama 17 tahun Anwar berada dalam kerajaan.

Adakah Malaysia terlalu bagus hingga tidak ada politik jalanan 'ala gerakan pelajar 70an' semasa Anwar dalam kabinet? Perlu ingat ketika itu Perdana Menteri masih Tun Dr. Mahathir.

Sebaik beliau dipecat, gerakkan reformasi membanjiri jalanan, dan kadang-kadang menganggu perniagaan penjaja-penjaja kecil di kawasan pertempuran mereka dengan polis. Keadilan perlu diberi juga kepada penjaja kecil yang mencari makan sekitar Masjid India, Daya Bumi dan sebagainya. Berapa ramai pemandu teksi, penjaja dan lain-lain kerugian semasa demonstrasi era reformasi Anwar dulu. Mereka juga rakyat.

Hingga kini, cubaan mengimport politik demonstrasi menjadi kebiasaan. Tidak menyertainya, atau menafikannya akan dituduh tidak liberal, tidak demokratik dan sebagainya. Jika ia berjaya diadakan sentiasa secara besar-besaran, ia boleh melumpuhkan ekonomi negara. Kerajaan akan kelihatan jahat dan ini rahsia hasrat sesetengah pemimpin.

Demokrasi boleh disuburkan dengan pembangunan ekonomi. PR yang sudah menawan beberapa negeri hanya perlu buktikan mereka boleh memerintah dengan lebih baik di negeri-negeri pemerintahan mereka. Akhirnya jika benar BN zalim, rakyat akan bangkit juga bukan kerana didalangi oleh mana--mana parti, tetapi oleh kerana perut mereka lapar.

Dan perut rakyat Malaysia belum cukup lapar untuk bangkit seperti Mesir, Tunisia, Yaman dan Revolusi Perancis.

Saya teringat seseorang pernah memberi tahu saya tentang sikap Tengku Razaleigh. Saya kurang ingat apa isu tetapi ketika itu UMNO dibawah Tun Dr. Mahathir pernah membuat seseuatu yang kurang popular kepada kepentingan Melayu. Sekurang-kurangnya itu intepretasi pengikut Tengku Razaleigh.

Beberapa golongan radikal dalam Semangat 46 minta Tengku Razaleigh mengadakan demonstrasi besar-besaran. Saya yakin jika di adakalan ketika itu boleh memberi 'political mileage' yang besar kepada Semangat 46. Namun Tengku Razaleigh menolak cadangan itu.

Perkara berkenaan terlalu emosional hingga ada pengikut Tengku Razaleigh menuduh beliau sebagai 'Melayu Pengecut'. Beliau hanya senyum dan masih menolak cadangan itu. Saya bertanya mengapa beliau menolak mengadakan tunjuk perasaan itu.

Jawapan yang saya terima, walaupun tidak dari mulut Tengku Razaleigh sendiri adalah bagi Ku Li, keselamatan pengikutnya adalah lebih berharga dari hanya sekadar 'political mileage'. Beliau tidak sanggup memperjudikan keselamatan pengikutnya - walaupun mereka sendiri sanggup.

Mungkin Anwar dan Ku Li tidak akan jadi Perdana Menteri Malaysia, tetapi kelas politik mereka berbeza. Saya percaya dengan sumbangan Ku Li dalam Petronas, Bank Bumiputera dan sebagainya, Ku Li akan diingati dalam sejarah sebagai Negarawan kerana beliau selalu bertindak dan berfikir secara negarawan.

Walaupun Allah mentakdirkan jawatan Perdana Menteri bukan untuknya.

Tuesday, February 8, 2011

Anda Telah Diberi Amaran!

Saya sudah banyak kali menulis perihal persaingan dalam dunia blogopshere dan bahaya kepada blogger yang tidak terlatih dalam dunia kewartawanan dan undang-undang. Blog memang indah, kita boleh tulis apa sahaja tanpa sekatan tetapi ini tidak bererti para blogger boleh menulis apa sahaja tanpa sekatan.

Beberapa pra-syarat perlu difahami. Seperti ADUN Seri Muda, dan blogger Aduka Taruna yang didakwa dibawah Akta Hasutan kerana menghina institusi sultan. Beberapa perkara perlu difahami, sempadan perlu dibatasi. Jika tidak, tuan yang empunya badan akan menanggug akibatnya. 

Seorang lagi blogger, Amizudin Ahmat, penulis blog Sharpshooter bakal menghadapi tindakkan undang-undang sivil. Ini kerana artikel beliau yang menyentuh tentang isu berkaitan dengan Datuk Rais Yatim. Blogger berkenaan mengakui, blognya mendapat hit yang tinggi apabila menulis isu berkenaan.

Dengan ini, Amizudin Ahmat telah menyertai Datuk A. Kadir Jasin, Rocky's Bru dan Hassan Skodeng dalam menghadapi tindakkan undang-undang akibat artikel yang ditulis mereka. Saya menasihati sahabat blogger sekelian agar lebih berhati-hati dalam penulisan selepas ini.

Gary Moore - Pencipta 'Spanish Guitar' Mati di Sepanyol.

Semalam saya terdengar berita Gary Moore telah meninggal dunia semasa bercuti ke Sepanyol. Beliau berumur 58 tahun. Menurut pakar forensic, tidak ada 'foul play' berkenaan kematiannya. Pemuzik yang terkenal dengan 'Still Got the Blues' ini meninggalkan legasi  klasik yang paling saya minati berjodol 'Spanish Guitar'. Kebetulan beliau mati di Sepanyol, dan sesuai video clip ini saya tribute kepadanya.




We going to miss your music, Gary.

Monday, February 7, 2011

Winnable Candidates

PM selalu cakap tentang 'winnable candidate'.

Terlalu umum. Boleh tidak pembaca gariskan bagaimana sebenarnya calon ideal kehendak tuan-tuan, untuk saya ulas dalam posting yang lain nanti?

Sila bagi pandangan tuan-tuan.

Sunday, February 6, 2011

Sajak Untuk Anwar oleh Pak Hak.

God Sent Anwar Ibrahim To Malaysia
(Anwar Ibrahim – Anugerah Tuhan Kepada Malaysia)

By Pak Hak

At this juncture of our beloved country’s history,
God tested our people with His creature called Anwar bin Ibrahim,
He causes havoc and animosity in this once peace-loving country,
Just because all he dream about day and night is power and fame .

He’s a chameleon whose ends justify the means.
So he changes colour so often at his whims and fancy,
He would not blink an eye to cheat or to lie,
To him power and glory is his life’s aim and philosophy.

Using people to meet his aspiration is another of his trait,
So friends and supporters of Anwar Ibrahim beware,
‘Cause when he finds your “sell-by date” is long expired,
He won’t hesitate to toss you away like some old underwear!

He spent seventeen long years in the government,
From Minister of Youth, Education to Finance and PM’s Deputy,
Ask any Malaysian if they can remember what he did or achieve,
The answer is blank as he spent most office time plotting against his adversary.

His academic qualification is only a degree in Malay Studies,
But then he was made in charge of the economy,
So he swallowed IMF prescription lock stock and barrel,
Raised interest rate, shorten NPL and almost bankrupt the country.

You will be mesmerized when you hear his speech,
He’s gifted with great skill in public speaking and oratory,
In the class of Sukarno, Chairman Mao, Hitler and Mussolini,
The masses will listen to them and even forgot they are hungry!

Friends, countrymen this man can only talk but cannot work,
Al l he does is fire your emotion with hatred, finger-pointing and accusation,
Our beloved land of Malaysia is too precious to be made a pawn,
Can we trust this man to lead the nation and the future of our children?



sumber dari Barking Magpies.

Tukar Kerajaan Bukan Penyelesaian.

Kita faham masalah mereka. Kita faham masalah rakyat Tunisia, Mesir, Jordan dan Yaman. Kita faham apabila demokrasi tidak disuburkan, suara rakyat tidak didengari dan pemimpin mabuk kuasa serta menjadi corrupted, rakyat yang menanggung sengsara.

"A man was born good", kata Rousseau, "but corrupted by society".

Pemimpin yang ingin mereka tukar itu bukan datang dari langit. Mereka makan, minum, belajar, berkawan dan berkahwin dikalangan orang-orang Arab juga. Hosni Mubarak dan pemimpin lain di Timur Tengah itu merupakan product kepada sistem nilai budaya Arab. Jika budaya Arab mengamalkan kuku besi, maka tidak suburlah demokrasi. Dan begitulah seterusnya.

Semasa Henry VIII mula menaiki takhta, baginda merupakan seorang pemuda yang baik dan lurus. Selepas sekian lama memerintah, beliau telah menjadi monster yang banyak melakukan kezaliman kepada rakyatnya. Baginda memancung dua dari enam isterinya. Beliau membunuh tanpa kasihan penganut Kristian mazhab Protestant. Baginda benar-benar apa yang disifatkan: "All powers are corrupted, absolute power corrupt absolutely".

Marcos telah digulingkan pada tahun 1987, selepas itu Filipina bertukar lima presiden. Ya, kuasa rakyat sudah bangkit dan menggulingkan diktator dan 'First Lady'nya yang terkenal, Imelda tetapi adakah setelah 24 tahun Marcos digulingkan Filipina menjadi maju seperti Amerika, Jepun dan Korea? Jawapannya tidak. Filipina tidak banyak mengalami modenisasi pun.

Tukar pemimpin adalah hanya satu ledakan singkat people's will yang melempiaskan kemarahan dan mencari objek untuk di persalahkan. Segala masalah yang berakar umbi itu sebenarnya perlu dibetulkan diperingkat pendidikan. Bagaimana kita mendidik rakyat kita menjadi intelligent, competitive dan creative. Hawaii akan tetap seperti negara-negara polynesia yang lain, tetapi ianya sangat berlainan sekarang apabila diduduki dan diterap sistem keAmerikaan.

Pemimpin genius seperti Tun Mahathir boleh membina KLCC, KLIA, PLUS Highway, KL Tower dan berbagai lagi. Namun beliau sendiri mengaku gagal mengubah sikap orang Melayu. 

Jadi baik pemimpin UMNO yang corrupted, atau pemimpin PKR yang corrupted dan gila kuasa, atau pemimpin PAS yang corrupted dan keliru dalam ke Islamannya, kita tidak dapat menyalahkan mereka. 

Mereka muncul dikalangan kita. Mereka cambah dari persekitaran kita. Mereka berkembang dalam iklim politik kita. Mereka lahir dari kita. Kita yang menjadikan mereka.

Mereka adalah kita.

"Your character is your destiny."


Friday, February 4, 2011

Tiga Soalan, Satu Jawapan.

Mungkin ramai yang sudah tahu tentang teka-teki ini:

1. Mengapa pencuri kena tangkap?

2. Mengapa gigi sakit?

3. Mengapa perempuan mengandung?

Ketiga-tiga soalan berkenaan, mempunyai satu jawapan walau soalan itu tidak berkaitan. Jawapannya adalah: lambat cabut.

Ini soalan kepada tiga kejadian:

1. Mengapa rakyat Tunisia bangkit?

2. Mengapa rakyat Mesir protes?

3. Mengapa rakyat Yaman gulingkan presidennya?

Jawapannya hanya satu: First Lady!

Thursday, February 3, 2011

selamat Menyambut Tahun Baru Cina.

Blog Sri Tri Buana mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua kaum Cina tanpa mengira agama. Di harap, Tahun Arnab ini akan membawa kemakmuran kepada rakyat Malaysia.

Gong Xi Fa Cai!

Wednesday, February 2, 2011

Orang-orang Politik Yang Gagal.

Tun Mahathir pernah membuat kenyataan tentang Lee Kuan Yew yang menarik: "I think he will go down in history as a very remarkable intellectual and politician at the same time, which is not very often thing."

Jika menurut pendapat Tun, intelektual dan politik merupakan kombinasi yang sangat jarang. Mungkin Tun Mahathir dan Lee Kuan Yew merupakan pengecualian dari hukum umum itu. Dan saya setuju.

Dalam sejarah, kita akan terkejut menemui tokoh-tokoh politik yang gagal. Mereka gagal berkembang sebagai seorang orang politik - bukan mereka tidak bijak tetapi mungkin mereka tidak mahu mengorbankan prinsip mereka.

Niccolo Machiavelli, penulis treaty politik yang terkenal itu merupakan ahli politik yang gagal. Walaupun beliau pernah memegang jawatan semasa  era Republic Florence, beliau diketepikan oleh keluarga de Medici apabila keluarga itu memegang kuasa. Dalam usaha beliau untuk menarik minat penguasa baru Florence itu, beliau menulis surat kepada de Medici, kemudian menjadi abadi dalam 'The Prince'.

'The Prince' dikatakan kitab suci Napoleon, Benito Mussolini dan Adolf Hitler. Realpolitik atau matlamat menghalalkan cara menjadikan politik bebas dari kongkongan moral dan agama. Machiavelli membawa satu revolusi politik dalam era renaissance. Namun beliau sendiri merupakan seorang ahli politik yang gagal. Beliau tidak memegang apa-apa jawatan semasa era pemerintahan keluarga de Medici, dan mati sebagai orang biasa.

Seorang lagi tokoh intelek yang gagal menjadi orang politik yang berjaya merupakan Confucius. Sebagai seorang bijak pandai istana, beliau dikagumi. Namun sikap 'berprinsip' dan mengutamakan moralnya membuat penguasa ketika itu tidak berminat dengannya. Confucius telah dihalau dari negerinya, mengembara bersama pengikutnya dan  membawa ajarannya yang semakin mashyur.

Menjelang usia tua Confucius, rajanya memanggil beliau pulang. Confucius memberi syarat, beliau boleh kembali ke negeri asalnya, tetapi tidak akan mencampuri urusan politik. Beliau akan pulang untuk mengajar fahamannya. Dan fahaman Confucius mendominasikan peribadi China tanpa beliau menjadi sebarang tokoh politik.

Seorang lagi tokoh yang gagal mengembangkan bakatnya sebagai orang politik adalah Ibnu Khaldun. Sebagai intelektual yang sezaman dengan Timur Leng, beliau pernah ditemuramah oleh penakluk terkenal itu. Ibnu Khaldun yang masak dengan pencaturan politik gagal menjadi seorang tokoh politik. Namun beliau merupakan penulis Mukaddimah, sebuah karya teragung yang pernah dihasilkan oleh pemikiran manusia.

Boleh juga kita simpulkan, kecuali beberapa individu seperti Lee Kuan Yee dan Tun Dr. Mahathir, orang politik dan intelek merupakan gabungan yang jarang. Di tangan mereka, orang-orang politik, terletaknya arah tuju negara kita.

Semperna pengubahsuaian Interlok untuk memuaskan hati golongan minoriti, mari kita kaji kebijaksanaan sistem kasta hindu. Dalam tingkat susila Hindu, kasta paling tinggi merupakan Brahman. Brahman ini adalah kasta Machiavelli, Ibnu Khaldun dan Confucius. Manakala orang-orang politik datangnya dari kasta Kesastria, setangga bawah dari Brahman, tapi anehnya golongan intelek sering diperkotak-katikkan oleh orang politik.

Dan saya teringat filem Invictus: "Football is a gentleman game, played by hooligans, but rugby is a hooligan game, played by a gentleman."