Followers

Saturday, January 15, 2011

Pertemuan Dengan Ezam Mat Nor.

Beliau sangat boyish. Saya tertanya-tanya, benarkah beliau ini Setpol kepada Timbalan Perdana Menteri? Benarkah beliau ini mencaturkan banyak strategi Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Ini merupakan kesan pertama pertemuan secara bersemuka dengan Ezam yang merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan. Desas desus kuat bertiup, Dato' Sri Dr. Mahathir semakin hilang pengaruh dan cengkamannya. Anwar Ibrahim sedang mengukuhkan kedudukannya.

Beliau sudah menewaskan banyak tokoh dalam UMNO. Suhaimi Kamarudin tewas kepada Anwar, Encik Ghappar Baba, belum diambil kira lagi tokoh-tokoh seperti Dato' Sri Abdullah Badawi dan Sanusi Junid yang pernah keciciran apabila Anwar bertanding di Naib Presiden.

Sekarang hanya ada Mahathir saja penghalang kepada cita-cita Anwar. Saya tidak pernah meminati Anwar sejak beliau mula menyertai UMNO lagi. Saya dapat mengesani kepuraan-puraan yang diperlihatkan olehnya sepanjang careernya dalam UMNO.

Satu kumpulan orang politik dari Jerantut mengajak saya menemui Ezam, dan saya setuju. Saya setuju kerana sebagai persona non grata, saya ingin menilai orang-orang dikeliling Anwar. Sudah tentu kehadiran saya sebagai tukang sibuk ini tidak akan diperasani oleh Ezam. 

Orang yang membawa saya ini mempunyai hubungan baik dengan Ezam. Di bahagian Jerantut beliau mengaku beliau satu-satunya orang kuat Anwar. Beliau mempunyai kepentingan projek dengan Anwar dan Ezam. Dengarnya ratusan juta. Sudah tentu beliau hanya broker.

Ekonomi sudah gawat ketika itu. Ezam memberitahu kami, Anwar sungguh marah apabila Mahathir bailed out syarikat perkapalan  Mokhzani melalui Petronas. Ezam juga memberitahu kami, camp Anwar sudah bersedia untuk melakukan coup de tat kerana Mahathir makin lama makin tidak disenangi oleh  Amerika. IMF katanya. It's Mahathir's Fault. IBM - International Big Mouth. Itu antara gelaran yang dirujuk kepada Mahathir.

Selepas saja pertemuan itu saya termenung. Saya berharap Anwar tidak akan jadi PM dan berharap Encik Ghapar Baba boleh menewaskannya. Harapan saya hancur. Sekarang, menyelinap ke dalam 'camp' Anwar, nampak sangat PM Mahathir sangat goyah ketika itu. Arus Anwar dengan gerakkan pelajarnya sungguh kuat. UIA menjadi lubuk beliau. Begitu juga kebanyakkan pertubuhan belia. Kebanyakkan pembesar UMNO sudah mengambil insuran dengan Anwar.

Dato' Sri Dr. Mahathir kelihatan keseorangan. Orang tua yang keseorangan seperti Hidetora dalam filem 'Ran' karya Akira Kurosawa. "It's hard to be old", kata Saburo yang meramal bapanya akan dikhianati oleh abangnya, Taro. Mahathir, seperti Hidetora, sedang dipermainkan oleh bekas 'anak-anak' didiknya.

Mungkin beberapa tokoh seperti Megat Junid, Sanusi, Abdullah Badawi dan Tun Daim masih menyokong Mahathir tetapi mereka sudah terkeluar dari arus perdana. Sekarang era 'Team Wawasan' yang memerintah.

Pada pertemuan dengan Ezam yang seterusnya, saya tidak mengikuti kumpulan itu. Tokoh yang sering bertemu Ezam itu hanya memberitahu saya, Anwar bersumpah dia tidak akan meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO. Bahkan jika ditembak sekalipun, beliau tidak akan letak jawatan. Ini bermakna, Anwar sudah bersiap sedia sepenuhnya untuk menggulingkan Dato' Sri Dr. Mahathir. Dan ini memberi keyakinan kepada ramai orang, Anwar merupakan kuda pertaruhan yang akan memenangi pertandingan ini.

Kejadian yang saya nukilkan di atas ini berlaku sekitar bulan Ogos 1998. Kira-kira dua minggu kemudian, pada 2 September 1998, saya terkejut membaca laporan Utusan Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dipecat oleh Perdana Menteri Dato' Sri Dr. Mahathir Mohamed. 

Kuda tua itu masih memenangi semua pertandingan. Itu memang anugerah Allah kepadanya. By the way, untuk sekadar catatan, tokoh yang membawa saya menemui Ezam itu telah tukar pendirian politiknya sebanyak 360 darjah menyokong Mahathir, sekarang menjadi wakil rakyat dan bukan sedikit mengecam Anwar.

Saya tidak hairan sebab mereka orang politik.


5 comments:

dzimba said...

aku tahu siapa dia si mamat itu.. hee hee.kawan kita jugak la bro..ok lah tu kalau sudah insaf.. dan beliau masih dengan KJ ke?

sri tribuana said...

salam dzimba MMIM,

He's a survival, u know he can always shift his allegiance, of course he will abandon a fallen leader.

Anonymous said...

Salam.Macam kenal aje orang yang bertukar 360 darjah tu.Orang politik cari makan.Macam ni lah gayanya

Penditakainsingkat said...

Salam tuan,
Mohon link ke blog tuan.
Terima kasih.

Anonymous said...

Ezam juga dah berpusing 360...Apa yang berlaku ada hikmahnya. Itu semua sudah ketentuan Allah. Tapi saya yakin kalau Anwar jadi PM menerusi UMNO, beliau mungkin akan lebih baik dari Pak Lah dan UMNO serta Melayu akan lebih kuat & bersatu dari sekarang. Dan pasti PAS akan kehilangan taring & sokongan Melayu...tapi ini semua tidak berlaku...dan menjadikan politik Malaysia dan Melayu makin komplek.