Followers

Thursday, January 20, 2011

Arak dan Judi: Haram Jika UMNO, Halal Jika PAS.

Islam dikanan, sekular dikiri tapi kita tetap parti isle.


PAS, bagaikan Janus dewa Rome yang mempunyai dua wajah mempunyai duality dalam sikap mereka. Mereka bercakap tentang Islam dan melabelkan orang lain kafir dengan sesuatu kriteria, tetapi dengan kriteria yang sama jika dilakukan oleh PAS adalah halal.

Dalam filem 'Full Metal Jacket', seorang askar telah menulis dihelmetnya 'Born to kill', kemudian memakai lambang Greenpeace dalam masa yang sama. Apabila ditanya oleh generalnya, dia berkata itulah sifatnya, duality seperti karakter yang dinyatakan oleh Jung. Seperti askar berkenaan, PAS mempunyai dua muka, duality dan Jungian. Ringkasnya: hipokrit.

Dalam blog Cucu Tok Selampit dibawah tajuk Lesen Arak Bakal Ditambah Di negeri Serambi Mekah! MasyaAllah! beliau memetik kenyataan Datuk Takiyudin Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perlancongan dan Kebudayaan Negeri. "..langkah itu membuktikan kerajaan negeri tidak pernah menghalang masyarakat bukan Islam daripada menikmati minuman keras walaupun mengamalkan dasar pentadbiran Islam", katanya menurut sumber BERNAMA.

Saya masih ingat PAS memprotes lesen judi bola walaupun lesen itu untuk bukan Islam sahaja. PAS pernah berjanji akan menutup kedai-kedai nombor. Apa yang terjadi sekarang adalah PAS akan menambahkan lesen arak. Jika PAS berjaya memerintah Malaysia, siapa berani jamin PAS tidak akan mengeluarkan lesen judi bola versi PAS? Jika kerajaan BN, haram tetapi jika PAS halal? Haram tetap haram, bahkan kerajaan BN tidak hipokrit.

PAS buat apa sahaja untuk diterima oleh bukan Islam, jadi apa yang membezakan mereka dengan parti lain? Nil.

Saya hairan mengapa Tok Guru mendiamkan diri dalam hal ini. Mereka minta kuasa untuk melaksanakan undang-undang Islam, apabila rakyat memberinya, inikah balasannya? Pembangunan hampir tiada, walaupun menurut Kickdefella peruntukkan pusat tetap ada, tetapi tidak dibuat pembangunan. Apabila rakyat susah, minta bersabar kerana ini hanya dunia, akhirat tempat abadi. 

Inilah hipokrasi politik. Ia berada dimana-mana. Orang jual agama tetapi hakikat ingin berkuasa dan mengumpul kekayaan. Kasihan pengikut mereka. Mohd Sayuti Omar pernah berkata, semasa mengulas lawatan Khalid Samad ke kilang beer di Selangor bahawa minum beer tidak sampai merosakkan akidah. Dan sekarang baru saya faham.

Liberal, liberal.

4 comments:

Jeepers Creepers said...

dah namanya politik..jadi semuanya dipolitikkan..nik aziz bukanlah ulama sebaliknya cuma ahli politik berpendidikan agama..itu saja.

Unknown said...

salam,
Blog ini dah link dengan SEKALI KETUK. terima kasih

Anonymous said...

setuju dengan YB Raz...sekadar mengulang, bukan ulama, tetapi ahli politik yang berpendidikan agama saja..semoga Allah bantu tunjukkan jalan yang benar kepada kita dalam memperjuangkan agama, bangsa dan negara..

sri tribuana said...

salam semua,

YB Raz, tahniah!

Saudara Musli, terima kasih

dan anon 4:45 terima kasih juga kerana sudi mengunjungi blog saya ini.