Followers

Tuesday, January 11, 2011

The Angry Old Man.

Pada tahun 1950an, dunia seni mengenali satu gerakan penulis generasi muda Inggeris yang memanggil mereka sebagai 'The Angry Young Men'. Golongan ini menolak sebarang nilai sosial tradisional, anti-establishment dan memberontak mencari kelainan.

Sudah tentu pengaruh sebegini akan menular ke timur. Seperti kata Victor Hugo: "A stand can be made for invasion of an army, but no stand can be made for invasion of an idea." Seperti mana juga zaman hippies yang mengambil cara hidup santai India, telah menular ke barat dan diikuti anak muda lain di timur. Anak muda yang selalunya ingin berbeza sering mencari pendekatan yang berlainan.

Pada tahun 1970an, dunia gerakan pelajar di Malaysia juga tidak kurang radikal. Para pelajar sering merasakan mereka lebih bijak, lebih pandai dari generasi terdahulu lantas membuat gerakan memprotes tindak tanduk kerajaan. Melalui pergaulan baru di universiti, terdedah kepada berbagai teori dan ideologi, darah muda ini diransang oleh 'spirit of adventure' sering merasa menjadi tugas mereka untuk mengubah dunia.

Mereka berarak dijalanan, bertempur dengan polis, melawan pihak berkuasa, dan menjadi agitator hingga kadang-kadang ada antaranya tidak menghabiskan pelajaran atau tercicir. Kebanyakkan mereka ini berbangsa Melayu. Sementara anak kaum Cina dan India tidak terlibat, mungkin lebih berjaya dan mendapat kedudukan yang berguna untuk memajukan bangsanya.

Lantas AUKU diperkenalkan, antara tujuan AUKU menurut pencetus akta ini iaitu Tun Dr Mahathir adalah tidak mahu pelajar membuang masa membuat sesuatu yang tidak berkaitan dengan sebab mereka ke universiti. Mereka ke universiti untuk belajar, dan bukan mengajar kerajaan bagaimana hendak memerintah.

Sementara rakan-rakan kaum lain berjaya dengan cemerlang dalam akademik, pemimpin gerakan pelajar ada juga yang berjaya; ada yang menyertai politik samada dalam pembangkang atau kerajaan. Anwar Ibrahim dari ABIM mengejutkan semua orang apabila mengambil keputusan untuk menyertai UMNO. 

Ini kerana tingkah laku beliau semasa menjadi pemimpin gerakan pelajar sangat bertentangan dengan langkah politiknya. Menurut Anwar, beliau ingin mencuci UMNO dari dalam. Hakikatnya, beliau sudah mabuk kuasa berada dalam UMNO dan ingin dengan pantas menjadi PM dengan menunggang UMNO dan ABIM. Kuasa adalah matlamat beliau.

Nasib seorang lagi pemimpin gerakan pelajar,rakan Anwar, Hishamudin Rais tidak seindah Anwar. Beliau yang pernah semasa di UM memimpin 'revolusi' dan melantik dirinya sendiri sebagai 'Naib Chancellor' UM telah melarikan diri ke England. Beliau menjadi buangan di England selama bertahun-tahun.

Sekarang blogger Tukar Tiub ini sudah tua. Beliau sudah berumur 60an. Beliau bukan lagi 'the angry young man'. Namun dalam penulisan, kritikan beliau terhadap semua sistem masyarakat seperti sistem beraja, ulama dan kerajaan masih menampakkan beliau tidak puas hati kepada semua sistem. Seperti filem  'No Country for Old Men' Hishamudin Rais masih kekal sebagai 'the angry old man'. Dan ini hasilnya:


KAH KAH KAH KAH, KAH KAH KAH KAH, KAH KAH KAH KAH. WOIT!

3 comments:

Anonymous said...

Ada 3 orang pemimpin pelajar yang seangkatan. Seorang lagi dari ITM.

ISAC said...

Tulisan yang menarik bro...

sri tribuana said...

Thanks ISAC