Followers

Monday, March 29, 2010

Sex, Lies and Videotapes.

Banyak karier politik tumbang kerana skandal. Julius Caesar menceraikan isterinya kerana skandal. Isteri Caesar tidak bersalah, tetapi terbabit dengan skandal. Caesar menceraikan isteri dia kerana menurutnya, isterinya perlu bebas dari tanggapan.

Satu ketika dahulu, dua orang Menteri Besar meletakkan jawatan kerana terlibat dengan skandal seks. Bill Clinton hampir sahaja dilucutkan jawatan oleh Grand Jury kerana skandal 'Monica Lewinsky'. Kita dapati, skandal memang mengaibkan. Dan kita pernah meletakkan standard yang tinggi kepada pemimpin untuk menjadi pemimpin.

Ironinya, dalam era digital pula, apa lagi perlakuan yang boleh dirakamkan, beberapa poli-tikus boleh immune dari standard tersebut. Mereka boleh terus menerajui dan menjadi pemimpin. Elizabeth Wong yang mempunyai skandal dengan seorang Melayu yang sudah berkahwin boleh terus menjadi exco dan ADUN.

Petang tadi kita dikejutkan apabila Dr. Chua Soi Lek terpilih menjadi Presiden MCA, parti kedua terbesar dalam BN.

Mungkin globalisasi mengneutralkan masalah 'sex, lies and videotape' ini dengan lambakkan video lucah dalam youtube. Mungkin lebih ramai star dalam youtube lebih sensasi dari sekadar poli-tikus.

'A familiar sight provokes no attention'.

Saturday, March 27, 2010

PERKASA

Pada tahun 1946, apabila British bercadang menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu, kedaulatan Raja-raja Melayu dan menggugat kedudukan Islam, Melayu bangkit, menghapuskan perbezaan pendapat lalu membentuk gagasan perkasa. Lahirlah UMNO pada 11Mei 1946 di Istana Johor.UMNO yang bermakna United Malays National Organisation menjadi wadah perjuangan Melayu.

British mengurungkan niat mereka dan UMNO sejak itu merupakan satu-satunya parti Melayu sebelum Haji Fuad mnderhaka apabila beliau tewas kepada Tunku Abd Rahman sebagai Presiden UMNO. Maka lahirlah Parti Agama(Islam) SeMalaysia atau PAS. Melayu sudah terpecah dua dengan satu parti bertunjangkan nasionalisme sementara satu parti menjual brand Islam.

60 tahun kemudian, setelah dua parti Melayu ini bercakaran, dan setelah kedua-duanya pula mengidamkan imej liberal, tidak berani menjadi 'ethniccentric' atau even 'religious freak', majoriti senyap Melayu mula gundah gelana. Mereka merasakan perjuangan mempertahankan Article 153 menjadi yatim piatu dengan para poli-tikus Melayu haluan kiri kanan depan belakang malu-malu mengakui ketuanan Melayu ataupun Islam.

Seperti mengulangi gagasan perkasa pada tahun 1946, NGO Melayu yang sudah kurang yakin(bukan tidak percaya) lalu membentuk PERKASA. Seperti kata Rocky's Bru:

"Perkasa wasn't born yesterday. It was created by a group of Malay NGOs in response to what they saw as a threat to the special privileges of the Malays and the Bumiputeras as enshrined in the Constitution."

Hari ini, seramai 10,000 orang menghadiri perhimpunan Perkasa di PWTC. Mereka hadir tanpa adanya pertandingan Presiden, Timbalan, Naib atau MKT. Mereka hadir bukan kerana ada 'habuan' seperti ketika Perhimpunan Agung UMNO(PAU). Mereka hadir kerana kesedaran pentingnya mempertahankan hak-hak istimewa orang Melayu.

Satu ketika nanti, politik era baru sudah bermulanya terbentuk.

"Victory has many fathers, defeat is an orphan".

Friday, March 26, 2010

Manglish



Satu ketika dulu, lagu sebegini akan diban oleh Kementerian Penerangan. Digam adalah istilah yang sangat digeruni oleh penyanyi, kumpulan muzik dan composer(saya tidak mahu menggunakan istilah artis di sini).

Ini kerana lagu ini menggunakan bahasa rojak(Malay + English = Manglish). Kumpulan rock seperti Wings dan Seacrh digam dan rugi beratus ribu kerana itu. Hanya kerana berambur panjang. Akhirnya, mereka tunduk dengan tekanan dan dengan air mata memotong rambut mereka.

Satu ketika dahulu ketika kerajaan boleh 'Bersultan di mata dan beraja di hati'. Satu ketika dulu bila dunia masih bersempadan. Ketka ASTRO monopoli orang kaya. Ketika internet dan youtube tidak tidak pernah didengari.

Demi seni, biarkan seniman bebas dengan ekspresi seni mereka. Biar bahasa bercampur aduk, rojak dan berjungkir-balik asalkan khalayak meminatinya. Sekarang sudah banyak lagu-lagu Manglish. Pencinta bahasa sudah tidak berdaya menyongsong arus kecuali mendesak kerajaan menghapuskan PPSMI. Dan mereka berjaya.

Sebelum kerajaan kita menjadi terlalu concern tentang citarasa rakyatnya, P.Ramlee telah memulakan Manglish dengan lagu 'Dengar Ini Cerita'. Mungkin masa itu Bapak Menteri masih liberal dan membiarkan 'Art for art's sake'. Jadi P.Ramlee terlepas dari gam mengegam.

Asalkan sedap didengar, biarkan mereka.

Thursday, March 25, 2010

Bermulanya Penipuan.

Baru-baru ini saya menonton DVD berjudul 'The Invention of Lying'. Bayangkan jika dalam dunia ini, tanpa mengira apa sebab, orang tidak akan menipu dan bercakap benar, berterus-terang tanpa mengira perasaan orang lain.

Dalam filem berkenaan kita akan berasa janggal bila melihat betapa direct, straightforwad dan bluntnya seseorang. Namun, secara universalnya, semua orang menganggap bercakap benar dan terus terang merupakan sifat yang baik dan mulia. Di mula cerita, seorang lelaki yang sudah berusia dating dengan seorang perempuan muda dan menarik. Lelaki berkenaan seorang yang gagal, tidak kacak dan gemuk.

Di mula perbualan lagi kita akan berasa geli hati melihat dialog-dialog yang yang tidak akan berlaku dalam dunia sebenar. Terlalu jujur dan terus terang. Hingga muncul ketika, watak berkenaan terpaksa menipu demi meraih keuntungan peribadi. Apabila beliau tidak cukup duit untuk membayar sewanya, dalam akaun beliau cuma ada USD 300 dan sewanya 800, beliau menipu teller bank yang kebetulan sistem on-line rosak.


Beliau mendapati penipuan ini boleh memberi faedah kepadanya dan beliau memulakan penipuan demi penipuan. Pada mulanya tentang duit, kemudian beliau mencipta penipuan seperti 'cult' dan agama dengan mereka 'Man from the sky' yang mengarahkan itu dan ini. Apa sahaja yang beliau inginkan, beliau akan gunakan kononnya kata-kata 'Man from the sky'. Anehnya, semua orang akan tunduk dan ini menyebabkan beliau menjadi berkuasa.

Namun demikian, dalam soal cinta beliau gagal kerana beliau tidak boleh menipu orang yang disayanginya.

Kita tinggalkan sementara cerita ini. Manusia memang dilahirkan jujur dan suka berterus terang. Kanak-kanak akan bercakap benar dan jujur kerana mereka tidak tahu kepentingan penipuan ini Lama kelamaan, oleh kerana masyarakat yang suka menghukum, menilai dan meletak value seperti 'apa orang lain kata', kanak-kanak akan belajar bercakap benar akan merugikan - malah kadang-kadang merbahayakan.

Ini menjadikan mereka dewasa nanti akan mencipta penipuan, atau setidak-tidaknya ketidakjujuran untuk menyenangkan hati orang yang berkenaan atau menyelamatkan diri mereka. Mereka belajar dengan bercakap benar dan jujur akan merugikan.

Jadi benar kata Rousseau, a man was born good, but corrupted by sosciety. Di sesetengah masyarakat yang menjaga hati, orang yang blunt di anggap kurang ajar, tidak berhemah dan sebagainya. Adalah mustahak bagi kanak-kanak untuk mereka belajar 'mince words' supaya mereka diterima oleh masyarakat. Masyarakat yang suka dininabobotkan.

Kita lihat youtube dibawah ini. Budak umur 3 tahun ini berterus-terang sahaja dengan ibunya. Bila besar nanti, dia kena belajar to mince words just to fit in. Kesian dia.

The Big Short: Inside the Doomsday Machine

Tuesday, March 23, 2010

A.B.U

Dalam pilihanraya 2008, abbreviation A.B.U cukup popular. ABU merupakan ringkasan kepada Asal Bukan UMNO. Pada pilihanraya 2008, formula ini nampak ampuh kerana pembangkang menang besar, berjaya menafikan 2/3 majoriti dan menguasai 5 buah negeri.

Sekarang, pembangkang yang berjaya mengurangkan majoriti BN juga sedang huru hara. Persoalannya, adakah era kegemilangan BN seperti dahulu akan kembali dengan porak porandanya pakatan pembangkang?

Adakah sebenarnya, disebalik huru haranya pembangkang tidak memberi kesan kerana sentimen A.B.U ini tetap berakar umbi kepada beberapa golongan pengundi yang fed up kerana tiada perubahan dan rasa insaf segelintir elit UMNO/BN yang masih bercakaran dan mengumpul harta?

Umum mengetahui, terutama kebanyakkan pengundi muda yang majoriti dalam pilihanraya akan datang kurang meminati parti elit yang mungkin kelihatan terpisah dari kelompok 'marhein'.

Jika melihat isu-isu yang ditimbulkan, kelihatan BN sentiasa dalam defensif. BN terpaksa mengalah dalam banyak hal walaupun kadang-kadang mereka dipihak yang betul. Ini kerana sentimen kebanyakkan pengundi masih menyukai pembangkang, dan bukan kerana mereka lebih baik tetapi kerana sudah jemu.

Kesimpulannya, era BN menguasai 2/3 merupakan era yang sudah berakhir. Ini kerana pengundi sudah bijak dan tidak akan memberi absolute power kepada mana-mana pihak. Dengan ini, pemerintah(dengan tanggapan BN masih pemerintah dalam pilihanraya akan datang) perlu lebih bekerja kuat dalam memenangi hati pengundi.

Selama 53 jasa BN sebagai parti yang memerdekakan Malaysia sudah dibalas dengan mandat 2/3 sering diberi oleh pengundi. Dan bagi sesetengah pengundi, terutama pengundi muda, jasa ini sendiri merupakan 'things in the past.' BN memang memerlukan senjata baru, kaedah baru dan 'trademark' baru untuk terus 'survive'.

Masalah ekonomi, pengangguran, rules of law, kesucian kehakiman, keberkesanan pegawai kerajaan, ketelusan, pengurusan berkesan taxpayer money, pengurangan rasuah, sistem pendidikan yang moden dan pragmatik dan berbagai lagi menjadi kayu ukur kejayaan BN selepas ini.

Jika mereka gagal meletakkan Malaysia dilandasan yang betul, atau gagal memacu ekonomi Malaysia atau melakarkan sistem pendidikan yang moden maka tidak mustahil pengundi tetap mengundi pembangkang walaupun pembangkang lebih teruk dari BN.

Banyak parti-parti seangkatan dengan UMNO sudah berkubur. Liberal Demokratik Parti di Jepun, Golkar di Indonesia dan Congress di India sudah bukan dominan lagi dinegara masing-masing, tetapi UMNO masih memerintah. Soalnya, berapa lama lagi?

Jadi, saya harap BN tidak terlalu 'carried away' dengan kehuru-haraan pakatan pembangkang kerana stigma ABU juga masih kuat. Masih banyak kerja yang perlu dilakukan dalam memenangi hati pengundi.

Thursday, March 18, 2010

Waiting For Godot


Baru-baru habis sahaja Pilihanraya Umum 2008, buat julung-julung kalinya pembangkang menafikan majoriti 2/3 kerajaan Barisan Nasional. Pembangkang menjadi ghairah dan mula 'carried away'. Mereka juga berjaya menawan 5 buah negeri.

Maka tanpa segan silu mereka tidak menamakan mereka sebagai 'pembangkan' lagi, tetapi 'government in waiting'. Hingga kini mereka masih menunggu.

Saya teringat, drama atau play terkenal Samuel Becket yang berjudul 'Waiting For Godot'. Drama ini merupakan aliran absurdity seperti karya-karya Jean Paul Sartre, Albert Camus dan Franz Kafka. Kisahnya tentang dua watak bernama Vladimir dan Estragon menunggu seseorang yang bernama Godot. Malangnya, Godot tidak muncul sama sekali.

Kasihan Anwar, PKR dan Sallehudin Ayub, hingga kini Godot mereka tidak muncul-muncul. Tiba-tiba kita dikejutkan dengan exodus ahli Parlimen pembangkang yang juga bekas 'government in waiting ' ini. Maka Sang Godot(Waiting for Godot diterjemahkan kedalam bahasa Indonesia - 'Menanti Sang Godot') tidak kunjung tiba.

Hari ini, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim sebagai antara yang keluar dari PKR membuka pekung PKR. Benar, musuh paling berbahaya merupakan bekas kawan paling rapat.

Beliau membongkar bagaimana Datuk Seri Anwar memainkan fantasi rakan-rakan pembangkangnya dengan menyatakan ada 31 MP BN akan menyertai mereka dan membolehkan mereka membentuk kerajaan. Yang Dipertuan Agong juga sudah bersedia menunggu 'move' itu.

Malangnya, Sang Godot tetap tidak kunjung tiba.

Letih menanti, seperti biasa Anwar terus keluar Dewan Rakyat ketika beliau dimalukan oleh bekas sekutunya. Melarikan diri memang penyelesaian Anwar apabila gagal memutarbelitkan fakta. Tiada kejayaan jika hanya berdasarkan spin, propaganda, pembohongan dan bluffing.

Sooner or later, a man who wear two faces, forget which one is real.

Dan Sang Godot masih tidak kunjung tiba. Kasihan mereka.

Tuesday, March 16, 2010

Little Napoleon

Baru-baru ini saya terbaca semula memoir Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj; 'Viewpoints'. Ada sesuatu yang menarik perhatian saya dalam article berjudul: 'Power-seekers in Goverment'.

Kisahnya, Tun Hussien Onn selaku Perdana Menteri ketika itu mengakui melakukan kesilapan kerana mengkritik pegawai kerajaan. Sebenarnya, beliau tidak mempersalahkan pihak media yang menyiarkan berita itu kerana punca masalah dari jabatan beliau sendiri.

Apa yang telah disiarkan oleh pihak media bukan sebenarnya apa yang PM hendak katakan, tetapi staf PM telah mengedarkan draf yang tidak atau belum diluluskan oleh PM kepada media. Tun Hussein meminta maaf kepada media.

Tunku menyatakan dalam article berkenaan 'kesilapan' seperti ini bukan pertama kali berlaku. Beberapa contoh zaman beliau termasuk zaman Tun Razak telah diutarakan dalam article berkenaan. Ada satu pattern, atau corak menurut Tunku yang sebenarnya sedang berkembang dalam 'inner circle' PM atau mana-mana orang yang berkuasa.

Rupa-rupanya, 'little napoleon' sudah wujud sejak zaman dahulu lagi. Kita masih ingat 'little napoleons' yang menghuni Tingkat Empat dan akhirnya fed informations pada PM dengan apa yang mereka ingin PM tahu dan apa yang PM ingin dengar. Sepanjang masa, PM berkhayal beliau popular hingga dikejutkan oleh realiti Pilihanraya 2008.

Saya teringat, terbunuhnya Syadina Uthman bin Affan juga kerana adanya 'little napoleon' dalam pentadbiran beliau. Setelah Khalifah yang tua renta menyelesaikan pertikaian dengan pemberontak dari Mesir, dan pemberontak yang sudah yakin khalifah mendengar masalah mereka, dalam perjalanan pulang mereka berjaya merampas surat bercop mohor khalifah yang minta gabenor Mesir membunuh pemberontak.

Sebenarnya, setiausaha sulit Khalifah, Marwan bin Al Hakam yang membuat surat berkenaan dan menggunakan cop khalifah tanpa pengetahuan khalifah. Peristiwa ini mencetuskan fitnah terbesar dalam sejarah Islam. Angkara 'little napoleon' zaman silam.

Kepada mana-mana pemegang kuasa, hati-hati dengan 'little Napoleon' disekeliling anda. Mereka adalah penyokong yang membawa rebah. Mereka juga berada dimana-mana, dan sesiapa sahaja berpotensi menjadi 'little Napoleon'. Terutama yang paling rapat dengan kita.

"Lord, protect me from my friends, I know how to take care of my enemies."
Voltaire.

Sunday, March 14, 2010

Hilang Dalam Terjemahan.

Lebih kurang 1400 tahun yang lalu Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Hingga kini Quran tetap dibaca dalam bahasa Arab. Method bacaannya pula merupakan bacaan Arab Quraish walaupun pada mulanya banyak dialek Arab mempengaruhi bacaan Quran yang boleh membawa lain maksudnya.

Demi memelihara kesucian Quran dan mengekalkan makna yang hendak disampaikan oleh Allah sendiri kepada umat manusia, Syaidina Uthman bin Affan meletakkan tanda bagi memastikan peraturan ketat pronouce mengikut dialek Arab Quraish. Ini memberi keseragaman dan mengekalkan maknanya.

Walaupun Quran diterjemah dan ditafsir ke berbagai-bagai bahasa, namun ia tetap tidak dianggap Kalamullah selain dalam bentuk Quran Uthman bin Affan. Ada masa terjemahan tidak dapat menyamai maksud sebenar sesuatu ayat itu.

Bible(bukan Injil) pula secara rasminya bahasa latin, iaitu bahasa Roman. Bahasa Nabi Isa Al Masih S.A adalah bahasa Aramik. 12 pengikut Isa yang sebenar memahami - dan mengamalkan - Injil secara senyap-senyap sebelum St. Paul menjadikan Kristian kepada Trinity - 90 tahun selepas Isa.

Apabila Kristian menjadi agama rasmi Empayar Rom, Injil yang ditulis dalam berbagai versi seperti Luke, Matthew dan Mark diterjemahkan kepada bahasa latin. Sekarang ini bible pula diterjemahkan kepada bahasa Ingeris dan bahasa-bahasa besar Eropah yang lain. Di Malaysia diterjemahkan kepada bahasa Melayu.

Allah menjanjikan dalam Quran bahawa Quran sebagai mukjizat dan keutuhannya akan dijaga, Maknanya Quran tidak akan menjadi corrupted.

Seperti sesetengah hadis kemudiannya yang dicompiledkan selepas wafatnya baginda S.A.W, sesetengah makna dalam Injil telah hilang dalam terjemahan.

Friday, March 12, 2010

Model Ekonomi Baru

Kita sedang ternanti-nantikan pengumuman PM Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd. Razak tentang Model Ekonomi Baru yang akan diumumkan pada 30hb Mac 2010. Pengumuman ini sangat penting kerana kejayaan atau kegagalan seseorang pemimpin selalunya diukur dari sudut ekonomi.

Buat setakat ini, kebanyakkan langkah-langkah ekonomi yang diambil oleh beliau sangat kelihatan liberalnya. Mula-mula kita dikejutkan dengan pembubaran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang selama ini kementerian khas menjaga kepentingan usahawan Melayu seperti MARA, PKK dan sebagainya.

Kemudian kita dikejutkan lagi dengan liberalisasi ekonomi kepada 27 sektor perkhdmatan tanpa 30% pegangan bumiputera. Kebanyakkan dasar ini kelihatan memberi kelebihan kepada kaum bukan Melayu. Majoriti senyap Melayu ada juga yang merasakan tindakan 'memancing' sokongan bukan Melayu ini mengurangkan peranan UMNO memperjuangkan hak istimewa orang Melayu.

Dasar ini juga lebih untuk menjadikan Malaysia liberal dan diterima dunia yang makin tanpa sempadan dan sekatan. Dunia laisse-faire tanpa campurtangan ketat dari kerajaan yang membenarkan pihak yang lebih kuat, mempunyai daya saing yang tinggi dan cekap menang. In the struggle for existence, only the strong survive. Soal bangsa mana yang menjadi juara bukan persoalan.

Sebenarnya, ini asas perbezaan antara Ku Li dan Tun Mahathir. Sementara Ku Li terlalu extreme 'menjaga kepentingan Melayu' dan tidak meminati projek mega yang memberi keuntungan kepada pihak bandar(yang majoriti kaum bukan Melayu); Tun pula mengamalkan pendekatan 'tidak boleh tunggu semua orang boleh pakai kereta baru buat jalanraya.'

Cuma jika Ku Li masih extreme memilih pendekatan Tun Razak(pada ketika itu); Tun sudah mula berkomporomi dalam banyak hal berkaitan dengan kepentingan Melayu. Tun menganut fahaman 'untuk kuat sesuatu bangsa tidak memerlukan tongkat' dan sepanjang kareer beliau, Tun berjaya mengimbangi 'kepentingan Melayu' dengan berharap Melayu kerja kuat dan menambah kecekapan dengan membenarkan kaum lain terus berkembang sendiri.

Tanpa ragu-ragu, Tun berjaya mengimbangi keduanya. Walaupun ramai usahawan Melayu yang dinaikkan, akhirnya kita dapati ia tidak dapat bertahan dalam krisis kewangan 1997. Tokoh seperti Tajudin Ramli, Halim Saad, Amin Shah, Allahyarham Tan Sri Yahya dan ramai lagi tidak berjaya menyaingi Ananda Krishanan, Robert Quok dan Vincent Tan.

Umum juga mengakui bukan salah Tun kerana seperti kita tahu, serangan terhadap matawang oleh 'rogue trader' merupakan diluar kawalan Tun; dan sesiapapun dalam dunia ini. Ini fenomena 'electronic herd'.

Mungkin PM cuba meniru rentak Tun Mahathir, cuma pendekatan beliau lebih extreme. Mungkin juga sudah sampai masa seorang PM perlu berani bertindak radikal dan dengan perlahan-lahan cuba 'membuang tongkat' agar Melayu tidak terlalu bergantung kepada kerajaan.

Apapun, kejayaan politik beliau selepas ini sangat bergantung sejauh mana majoriti senyap Melayu faham.Keresahan sebahagian cerdik pandai Melayu kelihatan apabila 76 NGO Melayu bergabung dan menubuhkan MPM bagi memperjuangkan kepentingan Melayu dibawah artikel 153.

Jika NGO Cina seperti Suqiu dan Dong Zong lantang mempertahankan kepentingan adat resam kaum Cina hingga terhapusnya PPSMI oleh dek desakan mereka, sampai masa Melayu juga perlu NGO yang boleh memberi tekanan kepada parti politik.

Jika Tun Mahathir merupakan Bismark yang berjaya menimang lapan biji bola dalam usahanya menyatukan Jerman, kita bimbang penggantinya tidak mampu hingga tercetus Perang Dunia Pertama kerana tiada tokoh seperti Bismark.

Mari kita tunggu Model Ekonomi Baru. Saya rasa 1Malaysia merupakan 'hint' kepada model ini.

Wednesday, March 10, 2010

Pendidikan seks

Seks adalah subjek yang tabu untuk dibincangkan. Kebanyakkan ibubapa mengelak dari membincangkan perkara ini. Sekolah juga mengelak dari mengajarnya.

Banyak juga masalah yang wujud dari kurangnya pendidikan seks. Tidak boleh dibincang dengan ibubapa, tidak diiktiraf oleh pendidikan formal. Jadi dimana remaja akan dieducatekan tentang apa itu seks?

Kesannya kebanyakkan mereka akan belajar secara tidak formal; dari kawan-kawan, internet, pornografi dan sebagainya. Dan jika ianya diajar - atau dipelajari - dari sumber yang tidak formal, tidak ada kawalan yang dapat diletakkan. Mempelajarinya secara tidak formal memberi kesan yang negatif dan banyak permasalahan sosial kemudiannya.

Selalunya seks dianggap sesuatu yang personal, dan memalukan untuk dibincangkan terang-terangan. Ramai juga remaja yang terjebak mengamalkan seks salah, diluar perkahwinan, mengandungkan anak luar nikah dll.

Merahsiakan seks kepada remaja yang sepatutnya sudah makin bertambah matang boleh juga menyebabkan sifat 'membalas dendam' mereka apabila mempelajarinya secara tidak formal. Ia wujud, tetapi tidak boleh dibincangkan.

Sampai masa saya rasa pendidikan seks perlu diformalkan. Diformalkan bukan bertujuan menggalakkan, tetapi tidak terlalu dirahsiakan hingga ia dianggap semacam 'misteri' yang mengundang rasa nikmat melakukan secara tidak sah dan rahsia-rahsia.

Pendidikan seks juga perlu dilumrahkan dengan guideline yang betul supaya ia tidak dianggap melakukannya adalah melanggar undang-undang. Pendidikan seks bukan juga bererti kebebasan seks.

Bagi saya sudah sampai masa ia dianggap lumrah cuma perlu pendidikan yang betul bagi orang yang bertamadun.

Sunday, March 7, 2010

Ku Li v Najib

Ku Li merupakan seorang tokoh yang unik dan "very colorful character.' Beliau pernah menjadi Naib Presiden yang termuda dalam UMNO. Seorang anak didik kepada Tun Razak, Chairman Petronas dan tokoh yang mendermakan tapak bangunan UMNO di PWTC sekarang ini.

Tidak lupa juga beliau merupakan bekas Menteri Kewangan sebelum mengambil keputusan menentang kerusi Presiden tahun 1987 menentang Tun Mahathir. Beliau kalah sebanyak 46 undi. Ini merupakan tentangan paling hampir berjaya merongrong kekuasaan Tun Mahathir.

Beliau merupakan 'the last of UMNO old guards'. Ketika rakan seangkatan dengan beliau samada sudah bersara(seperti Tun Dr. Mahathir dan Musa Hitam) atau telah meninggal dunia(seperti King Ghaz dan Tun Ghapar) tokoh veteran ini masih aktif menjadi MP Gua Musang dan masih aktif berpolitik.

Terbaru, beliau paling lantang mengkritik kerajaan pimpinan PM Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bermula dengan kritikan beliau terhadap ketelusan sistem undang-undang yang berkaitan dengan kes Altantuya, dalam posting blognya: 'We should all come clean' beliau menyaran Datuk Najib menyaman semua akhbar asing yang mengaitkan Datuk Najib dengan kes berkenaan. Menurut Tengku Razaleigh, itu apa yang beliau lakukan bagi membersihkan nama beliau ketika skandal BMF dikaitkan dengannya oleh akhbar asing.

Beliau juga mengkritik cara Perak kembali ke pangkuan UMNO yang melalui proses lompat parti dan bukan pilihanraya negeri. Akhir sekali berkaitan isu royalti minyak untuk kerajaan negeri Kelantan.

Menarik gambit terakhir dari veteran perang UMNO ini yang pernah menubuhkan Parti Melayu 46 dan menyertai UMNO semula. Ku Li bukan calang-calang politician. Memang nasib tidak - atau belum - pernah menyebelahinya lagi, tetapi beliau sudah masak dengan politik ala UMNO dan Malaysia. Beliau tidak rugi apa-apa jika dipecat oleh UMNO sekalipun.

Ku Li bagaikan ingin 'settle old score' dengan Datuk Najib, kerana salah satu faktor kekalahan beliau tahun 1987 dulu adalah Najib swing menyokong Tun disaat akhir. Dan Datuk Najib juga merupakan bekas protege Ku Li sendiri apabila Tun Razak mengamanahkan Ku Li menjadi mentor Najib di Petronas.

Datuk Najib mengambil langkah berhati-hati dalam menangani isu Ku Li. Beliau minta ahli UMNO(tipikal Datuk Najib) membuat keputusan apa tindakan patut dibuat berkenaan Ku Li yang memberi pandangan dipentas pembangkang.

Dalam keadaan pasaran UMNO sedang naik kerana pakatan pembangkang sedang huru hara, Datuk Najib tidak mahu musuh seperti Ku Li. Dalam masa yang sama, dilemanya adalah ketegasan dan disiplin parti perlu dijaga dan tiada siapa yang boleh 'above the law'.

Dan sebagai tokoh yang kuat memperjuangkan hak-hak Melayu, Ku Li tokoh yang digeruni, apalagi UMNO sendiri sudah sangat liberal. Pertubuhan Majlis Perunding Melayu(MPM) iaitu sebanyak 76 NGO Melayu bergabung bagi memperjuangkan hak istimewa orang Melayu sudah menyaingi 'kebolehan' UMNO dalam soal ini.

Dalam isu lain, seorang rakan kontraktor Cina saya memuji langkah Datuk Seri Najib meliberalisasikan ekonomi dan memberi kelebihan kepada kaum Cina. Apabila saya tanya adakah majoriti undi kaum Cina akan swing ke BN, dia menjawab: "Tidak."

Kita ingin lihat apa akan seterusnya berlaku kepada Ku Li. Jika kekal didalam UMNO, beliau merupakan duri dalam daging. Jika dipecat, beliau menjadi hero kepada golongan tertentu.

Beliau merupakan Cato kepada Julius Caesar.

Saturday, March 6, 2010

Batu Pancang.

Hari ini genap setahun blog ini. Saya memberi tajuk Batu Pancang dalam bahasa Inggeris 'milestones'.

Selama setahun sayatelah menulis berbagai-bagai tajuk. Ada komen yang setuju dengan pendapat saya. Ada yang tidak setuju. Ada menulis pendapat mereka melalui ruangan komen, ada yang memberi komen mereka secara bersemuka.

Apa-apa pun, saya menulis bukan untuk menunjuk pandai. Masih banyak yang saya tidak tahu. Saya menulis untuk belajar; dan saya suka orang memberi pandangan mereka dan jika saya setuju, saya boleh belajar. Apapun, semua itu hanya pendapat, dan tidak ada pendapat yang tuntas.

Saya teringat sebuah filem hindustan lakunan Amitach Batchan yang melakukan dua watak, sebagai ayah yang hendak membalas dendam kematian isterinya dan sebagai anak yang menjadi polis. Apabila bertemu dua watak yang dipegang oleh Bactchan ini, anak tidak setuju ayahnya menjadi penjahat dan ayah tidak setuju anaknya mempertahankan sistem undang-undang yang baginya gagal.

Untuk menjustifikasikan fahamannya, si bapa menulis nombor 9 ditangannya, meminta anaknya membaca nombor berapa yang dia nampak. Kerana kedudukan mereka bertentangan, anaknya mengatakan dia nampak no 6, dan bapanya nampak no 9. Kedua-dua mereka betul, mengikut perspektif masing-masing.

Saya masih mempertahankan pendapat, kita tidak memerlukan orang tengah antara kita dan Allah. Saya masih berpendapat Islam progessif dan tidak tertakluk kepada tafsiran mana-mana ulama. Saya masih berpendapat, setiap hujah ulama hanya pendapat dan tidak konklusif dan seperti kata Imam Malik: "Dalam Islam tidak ada pendapat yang tidak boleh disanggah kecuali orang suci dalam makam itu." Beliau merujuk kepada baginda S.A.W.

Seperti status dalam Facebook saya sekarang ini, saya suka mengungkap kata-kata Marcus Aerelius, Maharaja Rom yang juga ahli falsafah:

"Opinion is everything."

Friday, March 5, 2010

Berapa Kecil Itu Kecil?

YB Zulkifli Nordin yang sedang di'bicara'kan oleh Lembaga Disiplin parti melabelkan beberapa orang dalam PKR sebagai 'Firaun Kecil'. Firaun-firaun kecil inilah yang dituduhnya menganggu-gugat kestabilan PKR.

Memang banyak tokoh-tokoh kecil-kecilan ini. Tun Dr. Mahathir pernah diberi julukan oleh media Indonesia sebagai 'a little Sukarno'. Apa motif mereka kita tidak tahu kerana Tun jauh lebih berjaya dari 'Sukarno Besar.'

Lenin pernah diberi julukan 'a little Robispierre'. Robispierre merupakan tokoh yang sangat terkenal semasa Revolusi Perancis zaman 'Reign of Terror'. Beliau yang dikenali dengan nama 'Incorruptable' banyak menghantar kepala-kepala ke gulletin - samada mereka bersalah atau tidak. Akhirnya, beliau sendiri menemui ajalnya di gulletin.

Lenin jauh lebih berjaya dari Robispierre Besar.

Dalam istilah kerajaan sekarang ini, terkenal dengan perkataan 'little Napoleon'. Napoleon Besar pun memang kecil(tinggi 5kaki 3 inci sahaja) wujud pula 'little Napoleon.' Mereka ini para birokrat yang suka membuat keputusan sendiri dan banyak menganggu kerja-kerja orang politik.

Sekarang muncul pula 'firaun-firaun kecil' dalam PKR. Mungkin maksudnya firaun-firaun ini musuh Allah, menghalang manusia yang menuju ke jalan Allah.

Mungkin. YB Zulkifli sahaja yang benar-benar faham. Menurut STAR hari ini, YB Zulkifli enggan di 'bicara'kan oleh beberapa panel yang tidak beragama Islam. Beliau sudah menyediakan tiga lampiran hujah beliau, antaranya tentang isu kalimah 'Allah' yang mencetuskan ketegangan antara beliau dengan YB Khalid Samad.

Beliau minta dibicarakan oleh sesama Muslim untuk memberi hujah beliau. Saya hairan bagaimana orang semacam beliau tidak berada dalam PAS tetapi PKR - sebuah parti yang liberal dan memperjuangkan hak asasi tanpa mengira kaum dan agama.

Apa kata kita panggil YB Zulkifli 'a little Gajah Mada?'

Wednesday, March 3, 2010

Ides of March


Pada 15 March 46BC Julius Caesar telah dibunuh oleh sekelompok pakatan senator yang berazam untuk menyelamatkan Republic Rom. Paling mengejutkan Caesar, antara mereka yang berkonspirasi merupakan Brutus, anak kepada kekasih Caesar sendiri, malah ada yang mengatakan anaknya sendiri.

Peristiwa ini mencetuskan babak menarik dalam play Shakespeare 'Julius Caesar' dengan kata-kata terakhir Caesar "En tu, Brutus." Peristiwa ini dikenali dengan nama 'Ides or March'.

Peristiwa itu juga mengabadikan kata-kata Brutus dalam play Shakespeare(mungkin ini hanya imaginasi Shakepeare. Brutus dan Caesar mungkin tidak sedramatik itu): "Not I love Caesar less, but I love Rome more", untuk memberi justifikasi mengapa dia membunuh negarawan agung itu.

15 March 2010 katanya kerajaan akan bertukar lagi kerana ada MP BN dan Pembangkang akan memaksa PM meletakkan jawatan.

15 March. Ides of March. Siapa akan menjadi Caesar yang akhirnya mati dikaki tugu musuhnya, Pompey?