Followers

Wednesday, July 15, 2009

Manik Urai: Majoriti Hanya 65.

Sebelum ini, Manik Urai memang kerusi PAS yang dimenangi oleh Allahyarham Ismail Yaacob sebanyak 5746, manakala calon BN Zulkepli Omar meraih 4394 undi. Ini bererti PAS menang dengan majoriti 1352.

Ada banyak cerita menarik di Manik Urai sepanjang kempen berkenaan. Beberapa orang pekerja pilihanraya dari parti BN, ahli Puteri UMNO dikejarkan ke hospital kerana dibaling batu oleh seorang penyokong PAS. Katanya, lelaki berkenaan telah ditahan polis.

Dalam Facebook Dato Razali Ibrahim, beliau meletak gambar kereta penyokong BN telah dipecahkan cerminnya dan beliau mengutuk perbuatan berkenaan. Masih banyak perilaku barbaric dalam politik Malaysia ini. Ini menyedihkan saya kerana dalam negara demokrasi, soal siapa hendak menyokong siapa adalah soal hati individu berkenaan.

Saya mungkin tidak setuju dengan saudara, kata Voltaire, tetapi saya akan mempertahankan hak saudara untuk berkata-kata dengan bermati-matian.

Menarik sekali di Manik Urai ini, merosotnya sokongan orang Melayu terhadap parti PAS, parti yang menurut Husam Musa satu-satunya parti yang boleh menyaingi UMNO sebagai parti Melayu terbesar.

Pada pilihanraya umum 2008, PAS mendapat majoriti sebanyak 1352, dalam pilihanraya kecil yang diumumkan semalam, mereka hanya mendapat majoriti sebanyak 65 undi. Laporan dari online The Star mengatakan, pada peringkat awal kedua-dua pihak mengaku menang hingga pengiraan semla undi dibuat.

Keputusan muktamad, calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah mendapat 5348 undi manakala Tuan Aziz Tuan Mat calon BN mendapat 5283 undi.

Di sini kita dapat lihat trend undi Melayu yang sudah banyak memihak kepada BN. Mulanya di Bukit Gantang, walaupun BN kalah tetapi undi Melayu meningkat. Di Bukit Gantang, BN kalah kerana undi 90% undi Cina tidak swing ke BN.

Keputusan ini tidak disambut dengan gembiranya oleh PAS sendiri hingga tidak kedengaran takbir dari mereka apabila keputusan diumumkan. Perbalahan antara Nik Aziz dengan Timbalan Presiden PAS(mungkin melibatkan Presiden sendiri, Haji Hadi) Nasharudin Mat Isa membuat orang Melayu jelak melihat politik Nik Aziz yang lebih ghairah bekerjasama dengan DAP.

Sama-sama kita lihat apa lagi permasalahan akan timbul dalam 'Ketidakpakatan Rakyat'.

4 comments:

Ekeng A/L Etong said...

PAS nak buat 'post mortem'.

Biasanya orang kalah yang akan buat 'post mortem'. Pasukan sepak takraw negara kalah teruk di Bangkok buat post mortem. Kalau Pak Cu Mael kalah lawan burung ketitir pun dia buat post mortem pasai selalu dok jadi juara.

Post mortem dibuat pasai nak cari punca kalah. Dalam PRK Manek Urai, UMNO yang kalah. Maka UMNO yang kena buat 'post mortem'.

Tapi PAS yang menang pun nak buat 'post mortem'. Ertinya PAS sebenarnya mengaku mereka kalah di PRK Manek Urai.

Macam mana pun PAS boleh senyum pasai menang tapi hati di dalam menangis pilu sebab undi merosot. UMNO juga boleh senyum pasai dapat kurangkan majoriti undi tapi hati di dalam menangis juga kerana patutnya BN boleh menang.

PAS dan UMNO boleh menyanyu lagu "senyum dalam tangisan"!

Anonymous said...

tu petanda tu .. rakyat dah mula muak dan loya giler dengan pak atan .. takde guna punya pakatan.. idea memasing pun nak disanggah.. dah tiba masa mereka berundur.. tak lama lagi .. tak lama lagi.. tunggu jer...

sri tribuana said...

PAS kena belajar, mcm mana dia nk jadi saingan kepada UMNO sebagai parti Melayu terbesar kalau syer dia dlm PR paling kecik? Mcm mana dia nk jadi teras? UMNO merupakan teras kerana walaupun byk komponen BN spt MCA dan MIC x perform tapi UMNO sendiri ada 78 kerusi, yg mana terbsear sekali dalam BN.

PAS ada berapa kerusi? Abis kalau dh sikit dan lemah kena buli dek pakatan lain la

Musang Tembaga said...

Wahai penduduk Manik Urai.....Umno pun perjuang agama Islam, bangsa Melayu dan tanahiar Malysia....PAS guna Islam untuk politik, Umno guna Islam untuk dimartabatkan hingga di kedudukan yang paling tinggi...Pengundi Manik Urai rugi yang amat sangat sebab BN pusat nak jadikan Dun Angkat, banyak peruntukkan untuk pembangunan agama dan fizikal akan dinikmati, tetapi wakil yang dipilih daripada PAS maka biar PAS jelah yang cari peruntukkan untuk beri kesenangan pada Manik Urai....BN tumpukan sahaja di kawasan yang wakilnya daripada BN sahaja...Nik Aziz jangan maroh dan mencarut pulok nanti, kato kerajaan BN tok banto Kelate...