Followers

Friday, February 11, 2011

interlok

Pada tahun 1989 cerpen saya yang berjodol "khalik dan. Abdul' telah diterbitkan oleh Dewan Sastera. Cerpen itu diterbit pada bulan Ogos, dan saya telah menerima panggilan telepon dari editor Dewan Sastera pada pertengahan bulan Julai.

Saya masih ditingkatan lima masa itu. Saya masih ingat sekembali saya dari sekolah,  maid memberitahu saya ada panggilan talipon untuk saya. Seseorang memperkenalkan namanya. "Saya Sutung", katanya. Saya terpinga-pinga, hingga dia meenambah lagi maklumat: "Saya editor Dewan Sastera".

Baru saya ingat. Sebagai pelanggan Dewan Sastera saya mengenali nama Sutung Umar RS. Beliau merupakan editor Dewan Sastera.

"Kami nak terbitkan cerpen saudara, pernah siar dimana-mana?"

"Belum"  jawab saya.

Apabila cerpen itu diterbitkan, saya berdebar-debar. Saya tidak suka karya saya diedit. Dalam percakapan talipon saya dengan Sutung, tidak dinyatakan 'term and condition' untuk menerbitkan karya saya.

Sebagai penulis, saya tidak suka tulisan saya diubahsuai - walaupun sedikit. Saya lebih rela ianya tidak diterbitkan langsung.

Membuka dan membaca baris-baris tulisan saya yang kini dicetak oleh Dewan Sastera, saya mencari dimana jika ada sepotong ayat yang mungkin dipinda.

Editor Dewan Sastera menghormati penulisan saya, menghormati saya sebagai penulis.

Jika kerajaan ingin menghormati karya Sasterawan Negara, jangan pinda walau seinci pun karya Interlok. Bebaskan karya seni dari cengkaman politik dan desakan minoriti. Andainya kerajaan ingin tunduk juga, jangan jadikan Interlok teks sekolah.

Jika Sutung Umar Rs boleh menghormati karya saya, penulis picisan, takkan kerajaan tidak boleh menghormati karya seorang Sasterawan Negara?

Dan sampai bila kita ingin tunduk pada desakan pelampau? Dalam Sejarah Melayu begitu banyak perkataan "keling', perlu dibakar dan diubah juga karya Agung Tun Seri Lanang itu?

Karya sastera merupakan khazanah negara, bukan bahan untuk diperdagangkan oleh ahli-ahli politik.

1 comment:

Anonymous said...

sokong jutaan peratus.