Followers

Tuesday, February 8, 2011

Anda Telah Diberi Amaran!

Saya sudah banyak kali menulis perihal persaingan dalam dunia blogopshere dan bahaya kepada blogger yang tidak terlatih dalam dunia kewartawanan dan undang-undang. Blog memang indah, kita boleh tulis apa sahaja tanpa sekatan tetapi ini tidak bererti para blogger boleh menulis apa sahaja tanpa sekatan.

Beberapa pra-syarat perlu difahami. Seperti ADUN Seri Muda, dan blogger Aduka Taruna yang didakwa dibawah Akta Hasutan kerana menghina institusi sultan. Beberapa perkara perlu difahami, sempadan perlu dibatasi. Jika tidak, tuan yang empunya badan akan menanggug akibatnya. 

Seorang lagi blogger, Amizudin Ahmat, penulis blog Sharpshooter bakal menghadapi tindakkan undang-undang sivil. Ini kerana artikel beliau yang menyentuh tentang isu berkaitan dengan Datuk Rais Yatim. Blogger berkenaan mengakui, blognya mendapat hit yang tinggi apabila menulis isu berkenaan.

Dengan ini, Amizudin Ahmat telah menyertai Datuk A. Kadir Jasin, Rocky's Bru dan Hassan Skodeng dalam menghadapi tindakkan undang-undang akibat artikel yang ditulis mereka. Saya menasihati sahabat blogger sekelian agar lebih berhati-hati dalam penulisan selepas ini.

1 comment:

blogenstarz said...

100% betul.
Jangan jadikan blog sebagai medan murahan kepada fitnah dan laporan palsu.