Followers

Saturday, December 4, 2010

Ketuanan Melayu Tak Islamik?

Saya ingin mengulas artikel Dr. MAZA dalam Minda Tajadid. Baca sini.

Artikel itu bertajuk 'Iktikad Ketuanan Melayu Menyanggahi Islam'. Pertama saya bersetuju dengan beliau jika 'Ketuanan Melayu' ditilik dari segi semantik atau bahasa yang mana 'ketuanan' berasal dari perkataan 'tuan'. Tuan maknanya pemilik dan tiada siapa memiliki sesiapa kecuali Allah memiliki hambaNya.

Beliau juga memberi pandangan Ketuanan Melayu berbeza dengan 'hak-hak istimewa orang Melayu'. Dalam Islam tidak ada 'the chosen race' seperti konsep bangsa kepada orang Yahudi. Saya setuju sepenuhnya dengan beliau.

Bagi saya, konsep 'Ketuanan Melayu' ini timbul bukan dengan tujuan untuk mengangkat martabat bangsa Melayu sebagai tuan kepada bangsa yang bukan Melayu. Istilah ini ada kaitan dengan perisitiwa dan kejadian politik. 

Ini kerana realitinya bangsa Melayu bukan bangsa yang boleh dibanggakan dari segi ekonomi, jatidiri dan kebudayaan. Masih ramai Melayu yang miskin dan masih belum ramai yang benar-benar menguasai ekonomi. Maksud 'Ketuanan Melayu' ini timbul kerana cabaran dari bukan Melayu yang mengatakan Melayu bukan penduduk asal.

'Tuan' di sini bukan bererti 'master' yang memiliki, tetapi 'host' atau 'tuan rumah'. Oleh kerana Melayu 'tuan' yang menduduki Tanah Melayu ini sebelum kaum lain, maka kaum lain setuju mengiktiraf 'hak-hak istimewa orang Melayu'. Jadi ke 'Tuan' an ini ertinya Melayu penduduk asal, menghapuskannya bererti menghapus sekali hak-hak istimewa mereka seperti konsep Malayan Union.

Lagipun, selain dari kegemilangan Melaka, dan kerajaan-kerajaan Melayu sebelumnya, atau pasca penjajahan, tidak ada apa yang nak dibanggakan menjadi Melayu, apa lagi hendak menjadi tuan kepada kaum lain.

Melayu hanya berjuang untuk survival mereka sahaja.

5 comments:

Anonymous said...

Tahniah Sri Tri Buana dengan ulasan yang akademik tidak terdorong politik sempit puak-puak PR yang nak spin semua isu

oRang kAmpong said...

Mula baca diatas mcm keliru juga xp bla baca smpi abis baulah kwn paham.Ulasan tepat , ilmiah dan berhemah. Tehhhh Tarikkkkk Satu.

Anonymous said...

Dr asri berhujah dari sudut gedung ilmu,tetapi telah disalah anggap oleh pihak pembangkang,kearmna melayu itu islam,hanya islam sahaja dimata melayu,

Anonymous said...

Salam Sdr Sri Tri Buana,

Segala hujah dan hurian yg diutarakan oleh Dr.Asri itu semuanya betul dan benar belaka jika dilihat dari prospektif agama Islam.Tapi apa yg diperbincangkan hari ini ialah isu politik yg berkaitan dengan hak dan milik orang Melayu yg patut dinikmati oleh orang Melayu sebagai peribumi dan warga asal yg menguasai/menduduki negara yg berdaulat yg bernama Tanah Melayu ini sejak sekian lama.Oleh itu isu ketuanan Melayu bukan bererti bahawa Orang Melayu menuntut diperakui sebagai bangsa yg "terpilih" atau bangsa yg istemewa yg menjadi tuan kepada sesiapa.Perkara ini jelas tetapi ianya senyaja diputarbelikan oleh mereka yg mempunyai agenda tersendiri.

Malang sekali hujah Dr. Asri itu telah diputar belit(spin) oleh pihak yg berkenaan sehingga ada yg mengatakan bahawa isu "Ketuanan Melayu" adalah "unIslamik".Dalam keadaan sekarang ,sepatutnya Dr Asri perlu lebih berwaspada dalam memberi respon kepada persoalan yg berkaitan dengan isu politik semasa yg kontroversal agar ianya tidak diexploitkan oleh mereka yg berkenaan dan juga untuk mengelakkan Dr Asri dituduh sebagai memihak kepada mana-mana pihak dan turut terjebak dalam kontroveri berkenaan.

Askar Tua.

Panglima Perang Cyber said...

salam tuan Sri Buana.

saya sudah linkkan blog tuan di blog saya.

terma kasih kesudian bersama sama dalam misi membantu negara di alam siber.


salam perjuangan