Followers

Sunday, December 26, 2010

Hati Malaya.

Isnin lepas saya menghantar isteri saya berkursus di Jalan Kelang Lama. Kursus Induksi Kementerian Kesihatan kerana isteri saya akan membuat intern atau menjadi doktor pelatih. Kursus berlangsung selama lima hari. Semasa saya melawat beliau pada hari ke empat, beliau menyatakan pada malam Khamis itu akan diadakan tayangan filem Hati Malaya.

Isteri saya berusia 25 tahun. Beliau tergolong dalam golongan generasi Y yang kebanyakkan kurang memahami sejarah. Dalam perbualan dengan saya, kadang-kadang perdebatan, beliau sering juga menyoal perkara-perkara seperti 'Ketuanan Melayu', affirmative action dan sebagainya. Apabila beliau memberitahu saya pada malam berkenaan akan ada tayangan filem Hati Malaya arahan Shuhaimi Baba, saya lantas menyatakan: 'Awak akan menangis nanti'.

Pada malam berkenaan, selepas habis menonton filem itu, saya menerima sms dari beliau: "Ok. nangis, tapi tak paham sgt".

Faham atau tidak sejarahnya adalah persoalan informatif, tetapi filem berkenaan berjaya menyentuh nalurinya melihat bagaimana jerih payah bapa-bapa kemerdekaan membentuk sebuah negara bernama Malaysia. Menurut beliau, bahkan rakan-rakannya berbangsa Cina dan India turut mengakui mereka menangis, terutama dalam babak ramai orang mendermakan gelang bagi membiayai pemergian Tunku ke England untuk menuntut kemerdekaan.

Dan mereka semua ini, doktor, lawyer, arkitek dan sebagainya; rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan sedar dan insaf Malaysia bukan terjadi sendiri. Pemimpin kita, ibubapa kita telah bergolok gadai untuk menjadikannya aman, stabil dan makmur. Sebuah filem berjaya melakukan apabila  pendidikan sejarah dari Kementerian Pelajaran gagal.

Hati Malaya. Hati Melayu. Hati Malaysia.

2 comments:

Ular Menyusur Akar said...

Saya amat tersentuh dengan peristiwa ini.

agbr47: Saya akan turut membawa anak saya menuntun sama.

Wake UP! said...

Tak paham lagi kena disajikan dengan buku sejarah.

Tak paham lagi sajikan dengan filem Bukit Kepong.

Tak paham lagi pegi bunuh diri la.