Followers

Monday, December 6, 2010

Anak Cucu Akan Kenang Melayu Sebagai Bangsa Bodoh.

Lagi isu 'Ketuanan Melayu' ini dimanipulasikan. Sebagai orang Melayu dalam negara demokrasi, kita bebas memilih apa jua idealogi atau parti untung disokong, tetapi menyetujui ketuanan Melayu perlu ditukar dengan ketuanan rakyat adalah membawa kemusnahan kepada orang Melayu.

Pertama sekali sebelum berhujah, fahami dulu konsep 'Ketuanan Melayu.' Saya sudah terangkan dalam posting sebelum ini. Sebelum mengulas sesuatu kita kena fahami sejarahnya dulu jika tidak ia boleh mengelirukan ummah. Sila baca asal usul istilah 'Ketuanan Melayu' yang memang tidak ada dalam perlembagaan dalam blog Panglima Perang Cyber. Klik sini.

Saya ulangi, Malay Dominance, Malay Supremacy atau Ketuanan Melayu adalah konsep yang sering di salah erti. Maksud asalnya adalah Melayu penduduk asal. Period. Ianya tidak bercanggah dengan Islam. Period. 

Asalnya sebelum merdeka, Inggeris yang telah mengimport sekian banyak buruh dan perdagang bukan Melayu ingin menyerapkan mereka ke dalam Tanah Melayu dan menghapuskan Melayu sebagai penduduk asal ditentang oleh orang Melayu. Ini namanya Malayan Union.

Mereka - kaum bukan Melayu - masih belum warganegara Tanah Melayu, tetapi kaum yang terpelanting dari induknya. Mereka ingin tinggal di sini dan ingin menjadi warganegara. Melayu berbaik hati menerima mereka walaupun mereka masih belum warganegara mana-mana negeri Melayu ketika itu.

Mereka bersetuju mengakui Melayu sebagai penduduk asal atau tuan kepada bumi Tanah Melayu. Kata Dr. Asri 'Ketuanan Melayu' bercanggah dengan Islam kerana mana-mana konsep 'tuan' memang bercanggah. Bagaimana bangsa Melayu yang lebih ramai susah dari kaya ini boleh menjadi tuan kepada bangsa yang lebih kaya dan berjaya? Sejak awal lagi ini bukan erti sebenar 'Ketuanan Melayu.'

Saya mencadangkan kepada semua pembaca yang membaca posting ini, sila rujuk kepada posting Kuda Kepang yang bertajuk Ketuanan. Permuafakatan. Kewarganegaraan. Perlembagaan.

Baca penuh keseluruhan posting itu kerana ianya sangat penting memahami agenda bukan Melayu. Bangsa Melayu yang telah ditindas dan dijajah selama 446 tahun kehilangan digniti, maruah dan harga diri. Selepas merdeka bukan mudah untuk mengembalikan keyakinan orang Melayu bahawa mereka bangsa yang mampu.

Ketuanan Melayu sering dikaitkan dengan UMNO. Tidak mengapa jika kita tidak menyokong UMNO tetapi jika majoriti orang Melayu menolak diri mereka sebagai 'tuan rumah' kepada Malaysia, satu masa nanti Melayu akan jadi hamba. Muncul sebuah parti yang kononnya adil dari insal kamil lagi mutakamil yang menolak 'daulah Melayu/Islam' dan kita sokong, walhal partinya sendiri gagal menjadi adil kepada kaum minoriti.

Satu hari nanti ummah Melayu yang berpecah kerana diperkotak katik oleh orang-orang politik akan mengalami penjajahan kedua. Jika bukan Melayu menang dalam pencaturan ini dan mereka menjadi dominance dan supreme, maka banyak keistimewaan Melayu dan Islam akan hapus. 

Ingat Palestine dan Yahudi. Ketika itu, anak cucu kita akan kata: 'mengapa nenek moyang aku bodoh?"


9 comments:

Pendekar Melayu said...

ini semua terjadi kerana orang melayu sudah menjadi terlalu mewah dan senang.sehinggakan mereka rasa semua ini tidak mengapa..mereka sudah hilang rasa prihatin dan sayangkan bangsa.

Anonymous said...

SOKONG 100%. Mmg bakal future student yg keluar dari UNISEL especially kuat demo serta otak belacan akan sungkur dibumi sendiri. Anak-anak bakal melarat dan mengemis dibumi sendiri dek kerana kesilapan lalu bakal dianugerahkan pingat bangsa melayu tak tahu untung dan bodoh kerana salah memilih jalan demi politik yg terang terang tolak ketuanan melayu...oleh Pemimpin melayu yg duit dlm bank berkoyang-koyang dan punya pentingan diri sendiri..Anugerah Tuhan katakan...

Anonymous said...

sebab Malaysia ni asalnya Tanah Melayu lah banyak pemimpin politik asal tok nenek pendatang tak suka sejarah diajar disekolah.

sri tribuana said...

salam semua,

saya setuju dgn komen anon 2:57, masalahnya org Melayu sendiri yg ghairah juga nak memadamkan sejarah bangsanya.

KerisPusaka said...

Syg sekali agenda meritokrasi untuk universiti yg diilhamkan oleh Che Det ditendang keluar oleh ahli akademik yang tak berpandangan jauh. Sekiranya agenda meritokrasi tersebut dijalankan, maka sudah tentu golongan siswa yg wujud tidaklah sebingai sekarang. Paling takpun mereka takde masa nak berarak berdemo membazir masa. Apa aktiviti berdemo tu dikira masuk sekali ke untuk tentukan pointers CGPA ? Bodo punya siswa Melayu! Siswa bangsa lain yang blaja dikolej swasta takde sibuk pun nak turun berdemo. Patutla siswa Melayu takde harga, kalau macam ni la tahap bodohnya!!!

Anonymous said...

Kalau melayu berfahaman dengan kuat dgn Islam mereka tidak akn bertindak bodoh memburukkan keturunan sendiri krn apabila Melayu diburukkan bermaksud juga mereka memburukkan Islam, sbb bukankah majoriti Islam di Malaysia ialah Melayu?. Apakah yg hendak diharapkan drp muaallaf yg beberapa kerat shj di Malaysia pd hari ini? Yg terbodoh dlm hal ini ialah puak2 pas pis pu wali selipar jepun putus sebelah talinya..................

Wake UP! said...

Inilah bila Melayu lupa asal-usulnya dan sejarah negaranya.

Tanah Melayu pernah terjajah kerana pengkhianatan orang Melayu sendiri akibat pecah-belah.

Anonymous said...

Salam Sdr Sri Tri Buana,

Orang Melayu yg tidak menerima atau menentang konsep"Ketuanan Melayu" ini tergulung dari dua kumpulan manusia.Kumpulan itu ialah, satunya dari puak-puak parti pembangkang dan satu lagi ialah kumpulan apa yg dipanggil sekarang sebagai Melayu Liberal.

Mereka semua itu bukan buta sejarah dan juga bukan tidak tahu erti dan maksud sebenar "Ketuanan Melayu"itu.Mereka memilih untuk menolok konsep "Ketuanan Melayu"semata-mata kerana, satunya didorong oleh agenda politik desparado yg tertekan untuk mendapat sokongan kaum pendatang,sementara yg satu lagi itu pula,berpendirian demikian atas sebab mereka sudah hilang jati diri dan senyaja lupa asal usul mereka.Mereka telah,dengan bangganya, menerima dan menggunapakai nilai dan gaya hidup serta budaya Barat dalam hidup seharian mereka.Mereka ini merasa malu untuk bercakap Melayu dan tidak ingin,barang kali,dikaitkan dengan apa jua yg berbunyi Melayu.

Kita misti terima hakikat ini sebagai satu realiti yg kita perlu hadapi sebagai satu ancaman besar terhadap kedudukan dan survival bangsa Melayu di negara tercinta ini.Mereka ini boleh dianggap sebagai pengkhianat bangsa.

Askar Tua

Anonymous said...

i menikmati persis bagaimana Anda menerima tingkat Anda sepanjang