Followers

Wednesday, October 27, 2010

Dari Gua Musang ke Dublin Saya Temui 1Malaysia.

Pada 19hb October 2010, saya menghadiri program bersama YADIM(Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia) di Sekolah Men.Tengku Indra Petra, Gua Musang. Majlis itu sebenarnya penyampaian water filter sumbangan YADIM kepada beberapa buah sekolah dan masjid.

Selepas acara majlis penyampaian, kami dijemput menikmati jamuan tengahari bersama guru-guru dari beberapa buah sekolah di Gua Musang. Semasa makan, saya terdengar perbualan antara beberapa guru, Melayu dan Cina dalam bahasa Melayu loghat Kelantan. Memang menjadi pengetahuan umum, Cina Kelantan lebih fasih berbahasa Melayu loghat Kelantan dari bahasa Cina sendiri.

Saya merasakan dan menghayati kemesraan mereka - guru-guru Kelantan - tanpa mengira bangsa bila berbual dalam bahasa Melayu loghat Kelantan. Nama guru berkenaan tetap nama Cina, dan beliau tidak beragama Islam, tetapi saya yakin rakan-rakan Melayunya tidak merasakan itu penting. Saya sendiri merasa mesra dengan mereka. Semuanya terlebur dalam hanya perbualan menggunakan bahasa Melayu loghat Kelantan. Di Gua Musang, berbahasakan Melayu loghat Kelantan saya temui 1Malaysia.

Kemudian saya teringat satu peristiwa di kedutaan Malaysia di Ireland. Ketika itu saya ingin mendaftarkan kelahiran anak saya di kedutaan Malaysia. Seorang rakyat Malaysia keturunan India yang mempunyai urusan dengan pegawai kedutaan Malaysia menggunakan bahasa Melayu dengan fasihnya. Kemudian hadir pula seorang lagi rakyat Malaysia keturunan Cina yang ingin bertanyakan sesuatu. Beliau juga menggunakan bahasa Melayu dengan fasih. Di Ireland, dalam bangunan kedutaan Malaysia, semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa bertutur menggunakan bahasa kebangsaan.

Saya lupa saya di Ireland. Saya merasa suasana keMalaysiaan di rantau, beribu batu dari Malaysia. Semua bangsa tanpa segan silu bertutur dalam bahasa Melayu dan saya bangga. Kami, rakyat Malaysia tidak menjadi lebih orang putih dari orang putih. 

Mungkin jauh dari Malaysia, jauh dari Dong Zhong atau HINDRAF, jauh dari politik sebenarnya kita boleh menjadi 1Malaysia dan tanpa segan silu menggunakan bahasa kebangsaan iaitu Melayu. Kami tahu dengan berada dirantau orang, kami hanya rakyat Malaysia dan kami tidak perlu menjadi chauvanist atau ultra atau rasis. Kami hanya rakyat Malaysia.

Pengajaran dari dua cerita ini cukup mudah. Bahasa merupakan medium penyatuan mana-mana bangsa dalam mana-mana negara. Jika Datuk Seri Najib serius ingin melaksanakan 1Malaysia, tidak ada cara lain melainkan sekolah jenis kebangsaan mesti dihapuskan dan hanya bahasa Melayu dinobatkan. Pastikan semua rakyat Malaysia fasih berbahasa Melayu. Itu sebenarnya rahsia penyatuan sesebuah negara dan formula yang sama digunakan oleh Shih Huang Ti dalam menyatukan China yang terdiri dari berbagai dialek hanya wajib bertutur secara rasmi dalam mandarin.

Jika Datuk Seri Najib tidak mempunyai will power untuk melaksanakannya, lupakan slogan 1Malaysia, memang minyak dan air tidak akan bercampur.

8 comments:

Anonymous said...

Nice artikel saudara... bahasa kebangsaan.. tp lebih elok jika bukan BAHASA MALAYSIA.. tetapi harus dikekalkan BAHASA MELAYU. tiada guna kita bersemangat melaungkan ungkapan MELAYU, sedangkan identiti bahasa Melayu lenyap..!

tebing tinggi said...

Molek sangat cerita ni,malangnya saya belum bertemu lagi dengan satu Malaysia, yang saya ketemui hari-hari China dan India diMalaysia.



1sekolah>1bahasa>1Malaysia

Pokok said...

Jauh dari Malaysia.. kita akan menjadi Orang Malaysia.. sebabnya.. dalam Malaysia.. semua nak jadi hero..

oRang kAmpong said...

Salam bro.betoi sgt ckp aok tu konsep 1 malaysia ni lebih berkesan jika penekanan tentang penggunaan bahasa tu di gunakan sepenohnya.kwn nak kongsi pengalaman di luar negara.10 th yg lalu kwn pernah ditugaskan olih syarikat tempat kwn kerja tu ke Dubai,Karaci dan Chenai.Di Dubai kwn diarahkan ke Petronas cwg disana.Sepatutnya urusan yg kwn buat tu kena speaking london xp pegawai tu minta betoi kita ckp melayulah bab kome rindu sgt dah nak ckp melayu.pas tu selama beberapa ari kwn disana terserempaklah dgn beberapa org busnismen malaysia.ada sorang china ipoh.kome ckp melayu je sepatah pun xada ckp org putih.yg sebenornya bro rakyat xada hel lansong 1malaysia ni bolih terima org poleteiklah hak buat pening.teruskan perjuangan bro kome ikut belakang.

sri tribuana said...

Salam semua,

saudara anon 8:46,

Saya setuju dgn saudara, dh lama saya cakap, even dlm blog ini bahasa kebangsaan dalam perlembagaan adalah bahasa Melayu. Bahasa Malaysia tidak wujud...

tebing tinggi,

itu agaknya sbb diaorg sibuk nk cakap inggeris atau bahasa ibunda diaorg.

hang nadim,

politik sebenarnya punca masalah org x boleh bersatu, lepas tu ngo mcm dong zhong etc etc

anon 9:40

Di luar negara kita rindukan suasana Malaysia, pantang jumpa org Malaysia nak cakap Melayu.

Anonymous said...

saya ni org kg. Kalau satu malaysia dan malaysia itu satu, kenapa tidak semua berpaksikan perlembagaan bahawa bhs rasmi bhs melayu, agama rasmi agama islam dll. apa yg berlaku sy tngok semua kaum nak tonjol2 budaya mereka, pd sy, cacamarbalah kebudayaan malaysia terutama bahasa kebangsaannya, BUKTINYA, RAMAI BUKAN MELAYU TAK RETI BERBAHASA KEBANGSAAN, SEKERAT DUA YG RETI ITU KITA TABIKLAH, TETAPI PERATUS TAK RETI JAUH LEBIH RAMAI.

Anonymous said...

kalau gi petaling street cari sorg cina yg boleh ckp bahasa melayu pun tak bleh nak jumpa. walau di tanah air sendiri.

sri tribuana said...

salam anon 8;16 dan anon 8:34,

yang paling menggelikan hati saya, kerajaan nak rasmikan little india, siap panggil PM India pulak. Dah mana peginya 1Malaysia? Nanti rasmi little China, panggil presiden China. Lantaklah dah letih bercakap.