Followers

Monday, August 30, 2010

Di Mana Wira Melayu?

Dalam posting sebelum ini, saya membuat kesimpulan orang Melayu perlukan wira dan icon yang sinonim dengan Melayu. Sedih apabila melihat pemimpin Melayu - terutama dalam UMNO - semakin lembik dan lembik. 

Kita merindui sentuhan menteri seperti King Ghaz, Tun Dr. Ismail, Harun Idris, Jaafar Albar dan Tun Mahathir yang berani, lantang, vocal dan meletakkan kepentingan Melayu mengatasi gaji, kereta rasmi, driver, bodyguard dan kelebihan-kelebihan lain sebagai menteri.

Seperti salah satu komen yang dibuat oleh pembaca saya, hari ini orang dah tak bercakap tentang kepentingan Melayu. Seorang pembaca lain pula mengingatkan saya, hanya saya dan Ibrahim Ali yang sudah out of date - masih bercakap tentang kepentingan Melayu. Saya rasa mereka bercakap sinis, tidak bermaksud demikian tetapi lebih kepada fed up dengan trend yang ada sekarang. 

Saya teringat dalam tahun 1990an, perbualan saya dengan seorang pegawai kanan kerajaan yang bersimpati dengan parti Melayu Semangat 46. Beliau meramalkan UMNO akan berkubur selepas era Mahathir. Beliau menyifatkan Mahathir sebagai 'UMNO's last lion'. Sebagai orang condong kepada Semangat 46, beliau tentu menggemari Tengku Razaleigh Hamzah.

Anehnya pada ketika itu, semua orang menganggap Anwar Ibrahim pengganti Tun Mahathir. Namun hakikatnya tidak berubah walaupun Anwar sendiri tidak menjadi PM atau pengganti Tun Mahathir. Hakikat pandangan beliau 'pemimpin selepas Mahathir adalah lembik' kekal hingga kini. Kita ambil dari Tun Slumberjack.

Dalam pool kepimpinan negara selepas berlaku pertembungan Anwar-Ghapar 1993 adalah Dato Najib, Tan Sri Muhyidin Yasin, Tan Sri Muhamad bin Haji Mat Taib sebagai Naib Presiden dan Rahim Tamby Cik sebagai Ketua Pemuda. Anwar sendiri menjadi TPM, kemudian dipecat pada tahun 1999.

Tun Abdullah yang tercicir dari team wawasan kembali memenangi kerusi Naib Presiden apabila Tan Sri Mat Taib meletak jawatan kerana isu membawa wang ke Australia yang tidak diisytihar. Rahim Tamby Cik juga meletakkan jawatan kerana terlibat dengan skandal seks remaja bawah umur.

Tun Abdullah menjadi PM selama lima tahun telah menyemaikan bibit-bibit kelemahan UMNO. Beliau yang kononnya transparent, demokratik dan lenient membenarkan wujud NGO-NGO yang suka membuat tuntutan berbagai - termasuk yang melibatkan hal-hal sensitif orang Melayu seperti kedudukan agama Islam dan hak istimewa orang Melayu. Atas nama kebebasan bersuara dan liberal berbagai tuntutan demi tuntutan yang dibuat. Pemimpin haram seperti HINDRAF dibiarkan berleluasa atau dikenakan hukuman minima.

Polisi beliau yang tidak in control itu membawa bencana kepada BN dalam pilihanraya 2008. Malaysia perlukan pemimpin yang tegas dan berani. Malaysia perlukan Lee Kuan Yew versi Melayu. Tun Mahathir dalam kelasnya yang tersendiri. Lee Kuan Yew bukan seorang yang liberal dan demokratik dalam menangani kaumnya sendiri. Kuku besi yang bersalut baldu, tetapi itu rahsia kejayaan Lee Kuan Yew. Baca posting Outsyed the Box tentang statement 'kuku besi' Lee Kuan Yew di sini.  

Sudah lebih dari setahun kepimpinan dari seorang PM humanist (dan sedikit hipokrit)  bernama Abdullah Badawi kepada Dato Seri Najib. Keadaan masih tidak berubah. DAP berjaya meniup semangat perkauman, hari demi hari. Kerajaan masih nampak tidak 'in control'.

Melayu dihina, dinista dan diperlakukan berbagai seperti membaling kepala babi ke dalam masjid, melempar cat, menulis artikel seperti artikel Micheal Chicken bahawa  Melayu bukan bangsa dan Tanah Melayu ini asalnya Tanah Cina. Jika api-api kecil ini tidak dipadamkan saya bimbang orang Melayu yang sudah tidak mempercayai pemimpin mereka akan mengambil tindakkan sendiri.

Lebih melukakan apabila adik PM, anak kepada Tun Abdul Razak iaitu Nazir dalam usaha untuk memujuk kaum Cina, secara gurau yang bagi saya sangat melampau dan tidak lucu mengakui beliau sendiri keturunan pendatang seperti Tun Tan Cheng Lock! Tun Razak, nasionalis dan hero orang Melayu diakui oleh anaknya sendiri sebagai pendatang tanpa mengambil kira hakikat dari mana saja di Kepulauan Melayu ini adalah dari induk Melayunya(Tun Razak kaum Bugis dari keturunan Makasar). Baca sini.

Seperti ramalan pegawai kerajaan berkenaan, Anwar yang dijangka menjadi PM juga lembik. Beliau yang menawar package demi package kepada kaum Cina yang terpaksa di saingi oleh Presiden UMNO. Jika wira orang Melayu tidak akan muncul, saya rasa bangsa Melayu tidak layak survive sebagai bangsa. 

Kata Hitler, bangsa yang lemah hanya layak berkubur. Saya ulangi:

                                                   "WE NEED A HERO!"





4 comments:

tungkaran hati said...

bagaimana mahu mencari wira sedangkan kita bersengketa sesama-sendiri atas nama ugama, bangsa dan negara..?

sesejuk mata memandang said...

Hero akan muncul jika PERKASA berdaftar sebagai sebuah parti politik

Unknown said...

salam Tuan ..

Kupasan yg bagus , tahniah !

sekiranya UMNO semakin lembik , melayu semakin penakut , layu dan kebinggungan ..kenapa kita tak daftarkan saja PERKASA sebagai alternatif ?

Saya yakin , sekiranya PERKASA didaftarkan sebagai parti politik , berduyun melayu atas pagar akan menjadi ahli ,

ataukah ada muslihat lain dalam perancangan pihak berkenaan ?

kingnek said...

Susah nak tandingi TDM yang tahap kecerdikan dan kewibawaannya sama seperti Tun Perak di zaman Sultan Melaka

Tapi anaknya Mukhriz teringin sangat contohi bapanya, mungkin masih ada UMNO lion, harapan terakhir adalah Mukhriz Mahathir

KJ memang tak bole harap, Hishamudin auww, lagi buat aku naik geli aje, Najib pun 50-50 aje

Entahlah, mungkin ada dari pihak Perkasa yang akan menonjol dan mengambil alih negara ini