Followers

Thursday, July 30, 2009

Betul dan Salah: Kesimpulan

Dalam Perang Jamal, atau Perang Unta, dua sahabat Rasulullah yang menentang Ali iaitu Zubair Ibnu Awwam dan Talhah bin Ubaidillah telah terkorban. Begitu juga dipihak Ali, sahabat Rasulullah, Ammar bin Yassir juga telah terkorban.

Aishah telah dikembalikan ke Mekah dan tidak mencampuri urusan politik lagi selepas itu.

Ali dalam kedudukan yang agak rumit kerana jawatan yang diterima itu agak ad hoc. Sebelum Ali, Uthman bin Affan mendapat sokongan yang merosot dari kaum Ansar di Madinah kerana dasar beliau yang banyak memberi kelebihan kepada orang Quraish dan saudara maranya. Namun demikian, kebanyakkan saudara mara Uthman yang menjabat jawatan penting itu merupakan Quraish yang berkebolehan.

Tidak seperti Uthman, Ali mendapat sokongan padu penduduk Madinah baik Muhajirin mahupun Ansar. Beliau juga mendapat sokongan dari golongan pemberontak dan kaum riddah, yang mana golongan pernah murtad dan kembali ke Islam. Golongan ini tidak diberi layanan istimewa oleh Uthman. Ali tidak membezakan mereka dan mereka menyokong Ali.

Selepas Perang Jamal, Ali menghadapi masalah mengawal Syria atau Damsyik dibawah kekuasaan gabenor yang dilantik oleh Uthman iaitu Muawiyah. Muawiyah merupakan ahli politik yang cekap dan tidak mengiktiraf kekhalifahan Ali.

Penduduk Syria tidak menerima Ali bukan kerana taat setia mereka kepada Muawiyah sangat, lebih kepada polisi Ali yang enggan memberi autonomi kepada Syria. Umar dan Uthman lebih cenderung membenarkan Syria ditadbir sacara autonomi kerana ianya penampan kepada serangan Byzantine atau Rom Timur.

Ali berpandangan berbeza dan beliau lebih ingin menguasai Syria dan mana-mana wilayah Islam pun. Muawiyah sebagai ahli politik yang cekap segera memanfaatkan situasi ini dan dengan tentera Syria yang ada padanya bagi menentang kekuasaan Ali.

Tidak seperti Perang Jamal yang berlangsung selama beberapa jam sahaja, Perang Siffin mengambil masa selama 3 bulan sebelum ianya terjadi. Kedua-dua pihak - baik Ali mahupun Muawiyah - tidak benar-benar ingin bertempur dan banyak usaha diplomatik yang dilakukan tetapi menemui jalan buntu.

Salah satu kejayaan Muawiyah adalah berjaya mengrekruit Amru bin Al As menyertainya. Sementara Ali mempunyai seorang jeneral bekas golongan riddah iaitu al-Asy'ath bin Qays yang setanding bakat ketenteraannya dengan Amru bin Al As tetapi tidak dimeja perundingan.

Apabila tercetusnya Perang Siffin, ketika tentera Muawiyah hampir tewas, mereka menjunjung Quran atas tombak sebagai tanda minta pendamaian. Ali yang keberatan kerana tahu helah mereka, dipaksa oleh golongan qurra untuk menerima pendamaian itu.

Golongan qurra merupakan golongan yang menyokong Ali, tetapi selama beberapa bulan sebelum tercetusnya Perang Siffin menyedarkan mereka bahwa perang tidak menguntungkan sesiapa.

Golongan qurra ini asalnya penduduk sub-urban yang menetap disekitar Madinah, Mekah dan Taif yang digunakan oleh Abu Bakar ketika menentang golongan riddah iaitu golongan yang anti-Madinah. Asalnya mereka merupakan orang kampung dan dijadikan seperti militia tentera oleh Abu Bakar setelah menghantar tentera regular ke utara bagi memerangi Byzantine. Tentera itu telah dibentuk sebelum wafatnya Rasulullah dan Abu Bakar meneruskan polisi itu.

Ini menyebabkan Madinah terancam oleh serangan golongan riddah dan nomad yang anti-Madinah hingga wujudnya qurra ini. Ketika empayar Islam berkembang dizaman Umar, bekas-bekas tanah bangsawan Parsi akan diserahkan dan diamanahkan kepada golongan yang juga dinamakan qurra dan mereka bukan berasal dari Mekah dan Madinah.

Mereka menjadi entiti politik yang berpengaruh dizaman Khalifah Ali. Mereka juga yang minta Perang Siffin dihentikan ketika Muawiyah menjunjung Quran ketika hampir kalah. Mereka juga yang minta Abu Musa Al-Asy'ari menjadi wakil Ali bagi berdebat dengan Amru bin Al As yang terkenal petah berkata-kata dan berhujah.

Golongan qurra ini berharap Abu Musa Al-Asy'ari akan menjalankan agenda bagi kepentingan mereka dan apabila mereka mendapati agenda yang dibincangkan merupakan jalan damai antara Iraq(Ali) dan Syria(Muawiayah) mereka menjadi kecewa dan keluar dari gabungan Ali.

Di sini bermulalah golongan Khawarij yang bermakna 'yang menarik diri.' Munculnya Khawarij ini bermula merosotnya pengaruh dan kekuatan Ali yang bermula gilang gemilang. Ali cuba memujuk mereka di Nahrawan dan ada yang kembali ke barisan Ali, ada yang pulang ke kampung mereka(Kufah) dan ada yang meneruskan perang kecil-kecilan seperti bandit kerana mereka tidak memihak kepada semua parti.

Golongan ini berpendapat, untuk menyelesaikan masalah umat Islam, Ali bin Abi Talib, Muawiyah bin Abu Suffian dan Amru bin Al As perlu dibunuh. Malangnya, rancangan mereka hanya berjaya membunuh Ali bin Abi Talib dan gagal membunuh Muawiyah dan Amru. Khawarij, walaupun hilang ditelan zaman kekal sebagai lambang 'anti-establishment'.

Terbunuhnya Ali menyebabkan anaknya Hasan menjadi Khalifah dan beliau tidak setanding dengan kemahiran politik Muawiyah. Demi mengelakkan pertumpahan darah, beliau mengosongkan jawatan khalifah dan walaupun bersyarat, dan dipersetujui oleh Muawiyah, tidak dapat mengelak merosotnya pengaruh ahlul bait dalam politik Islam selepas itu hingga munculnya gerakan Syiah.

Saya tidak setuju dengan pendapat sahabat saya, Tok Ngah yang amat mudah membahagikan pecahan umat Islam kepada Ahli Sunnah dan Syiah. Syiah mempunyai 12 mazhab dan tidak dinafikan ada antaranya terlalu exreme hingga menganggap Ali sebagai Allah. Ada mazhab mereka yang tidak ada beza dengan ahli sunnah cuma menganggap Ali lebih mulia dari khalifah yang lain(Zaidiyah) dan saya tidak fikir akidah mereka lari kerana itu.

Saya tidak berniat meneruskan lagi posting ini. Pembaca boleh mengkaji sendiri apa yang telah berlaku selepas terbunuhnya Uthman bin Affan. Malah, sahabat akrab Rasulullah sendiri seperti Ali, Zubair dan Talhah berbunuh-bunuhan dan sudah tentu mereka berfikir mereka benar.

Untuk umat akhir zaman seperti kita ini, yang amat terlalu jauh dari punca masalah dan zaman, untuk mengatakan saudara seIslam lain tidak Islamik hanya kerana berbeza pendapat dan berbeza cara melaksankan konsep 'Islam' fahaman masing-masing agak keterlaluan. Walau apapun tingkah laku kita, kejayaan kita adalah diredhai Allah dan bukan menghakimi sesama manusia, sesama Islam kerana akhirnya kita sendiri akan dihakimi oleh Allah.

Walau diparti manapun kita, berdoalah agar Allah meredhai perjuangan kita.

Wallahualam Bissawab.

Sunday, July 26, 2009

Siapa Salah?

Posting ini merupakan sequel kepada posting 'Siapa Betul?'. Seorang pembaca, juga sahabat saya iaitu Tok Ngah memberi penerangan tentang sensitifnya isu yang saya tulis kerana banyak fitnah yang berlaku dan berbagai versi yang ditulis tentang peristiwa itu.

Beliau juga memberi pandangan, tidak seperti peristiwa sejarah lain, peristiwa ini sensitif kerana melibatkan para-para sahabat Rasulullah.

Sejarah tidak menilai. Sejarah hanya menceritakan kebenaran apa yang berlaku dan itu merupakan intipati pensejarahan. Sejarah mencari 'truth' dan bukan 'fact' yang boleh diputarbelitkan berdasarkan evidence yang ada. Itu merupakan disiplin ilmu para sejarahwan.

Professor Arnord Toynbee, penulis 'A Study of Histroy' pernah cuba disogok oleh sekumpulan manusia bagi mengubah fakta dalam sejarahnya yang tidak memihak kepada mereka dan beliau menolaknya.

Jika sejarah berkaitan dengan para sahabat sekalipun, ianya perlu ditulis dengan sejujur-jujurnya. Sahabat juga manusia biasa seperti kita cuma iman mereka lebih tinggi kerana mereka mengikuti jejak Rasulullah semasa hayat baginda.

Saya beri contoh, ketika wafat Rasulullah, Umar Al-Khattab yang tidak boleh menerima hakikat kewafatan rasulullah bagai orang hilang akal membawa pedang ke sana ke mari hendak memancung sesiapa yang mengatakan Rasulullah telah wafat. Kejadian ini benar berlaku dan bahkan manusia seperti Umar juga ada kelemahannya dan adakah ia perlu tidak dirawikan hanya kerana beliau sahabat Rasulullah?

Walau bagaimana pun kita, kita tetap manusia yang tidak lari dari kekhilafan. Rasulullah yang mahfum juga berbuat khilaf tetapi baginda ditegur oleh Allah melalui wahyu-wahyunya. Sebab itu saya menentang orang yang terlalu taksub atau jumud dengan ulama-ulama kerana kononnya mereka ulama.

Selepas Rasulullah sudah tiada nabi lagi dan tidak mungkin ulama-ulama yang berbuat silap ini akan diturunkan wahyu ke atas mereka untuk membetulkan kekhilafan mereka. Umat Islam digalakkan berfikir secara bebas cuma perlu mengikut akidah yang ditetapkan oleh Allah dan sunnah Rasulullah.

Menurut sahabat saya lagi, banyak ulama tidak berani menyentuh soal ini dengan alasan yang sama. Seperti pernah saya hujahkan tentang siapa ulama ini dalam posting 'Ulama' saya, jika mereka menguasai ilmu yang bukan ilmu berkenaan memang layak mereka tidak berani. Ulama bukan boleh menguasai semua ilmu. Zaman ini orang yang dianggap ulama adalah orang yang mahir feqah dan usuludin.

Selayaknya ulama sebegini tidak memberi komen kerana bukan bidang mereka. Ini bidang sejarahwan dan saya dapati ramai sejarahwan Islam yang menulis tentang peristiwa hitam yang memecahbelahkan umat Islam ini. Jika kita rajin mengkaji dan membaca, banyak buku-buku berkenaan dipasaran.

Kita tidak boleh menganggap ulama tahu semua. Sebagai contoh, Al-Ghazali yang cukup terkenal dalam dunia ilmuwan Islam sangat lemah dalam menyaring hadis. Jika beliau ingin mengungkapkan hadis, beliau selalu reserve dengan mengatakan jika hadis ini tidak palsu.

Maksudnya, semua orang termasuk ulama mempunyai alchilles's heelnya. Dan semua orang boleh menguasai ilmu yang kononnya eksklusif milik ulama jika mereka rajin mengkaji. Jumud memang masalah umat Islam sekarang.

Kembali kepada tajuk asal peristiwa hitam ini, setelah terbunuhnya Uthman bin Affan, pemberontak telah menemui Ali bin Abi Talib dan minta beliau menerima jawatan Khalifah. Ali agak keberatan tetapi akhirnya setuju dengan syarat, beliau bebas membuat keputusan dan tidak tertakluk kepada kehendak pemberontak.

Setelah dibait, tugas pertama Ali setelah didesak oleh penduduk Madinah dan sebahagian besar umat Islam adalah mencari siapa sebenarnya pembunuh Uthman. Perkara ini agak sulit kerana pemberontak bersepakat mereka akan menerima hukuman kolektif walaupun pembunuhnya hanya seorang atau berdua.

Kes ini menjadi buntu dan gagal diselesaikan oleh Ali. Sebaik mendengar berita Ali diangkat menjadi Khalifah, ada dua orang yang rapat dengan Rasulullah tidak senang dan tidak mengiktirafkan kekhalifan Ali. Mereka adalah Zubair Ibnu Awwam dan Aishah iaitu isteri Rasulullah yang berada di Mekah ketika itu.

Zubair memang antara orang yang mengidamkan jawatan khalifah ini, bersama Aisyah minta Ali menyelesaikan pembunuh Uthman bin Affan. Ramai akan tertanya-tanya mengapa Aisyah terlibat dan apa yang mendorongnya.

Seperti kata sahabat saya, banyak versi tentang peristiwa ini. Dari apa yang saya baca, versi yang paling mungkin adalah kerana satu peristiwa apabila kafilah Rasulullah berhenti rehat, Aisyah yang hendak membuang air tertinggal tanpa disedari oleh kafilah. Menjadi tradisi kafilah akan ada orang yang terakhir dibelakang yang memastikan tiada siapa yang tersesat. Ketika itu, orangnya adalah seorang pemuda bernama Safwan.

Safwan menyedari Umirul Mukminin ini ditinggalkan oleh kafilah dan membawa beliau pulang ke Madinah. Bila sampai ke Madinah, peristiwa ini menjadi buah mulut orang hingga menimbulkan kemasygulan di hati Rasulullah. Di rawikan ketika itu, untuk menenangkan hati Rasulullah, Ali pernah mengatakan sesuatu yang tidak disenangi Aisyah kemudiannya. Akhirnya peristiwa ini selesai apabila turun wahyu yang mengesahkan kesucian Aisyah.

Aisyah dan Zubair bergabung dan menentang Ali di peperangan yang dinamakan Perang Jamal. Ini merupakan perang pertama dalam Islam yang telah menumpahkan darah sesama Islam yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Dikedua-dua pihak, Ali sendiri sebagai menantu Rasulullah, sahabat rapat dan Zubair juga sahabat rapat Rasulullah. Aisyah pula isteri Rasulullah. Ammar bin Yasir menyebelahi Ali, sementara seorang lagi sahabat Rasulullah, Talhah bin Ubaidullah disebelah Aisyah dan Zubair.

Semua mereka ini sahabat rapat baginda S.A.W dan sama-sama bahu membahu memerangi musyrikin dan bukan sedikit sumbangan kepada Islam sendiri. Semua mereka memahami Al-Quran dan sangat mahir hadis dan sunnah Rasulullah. Lihatlah mereka sekarang di Perang Jamal, terpaksa menumpahkan darah sesama muslimin sekarang ini. Saudara mereka sendiri!

Siapa betul dan siapa salah?

Saya tidak berani memberi pandangan tetapi Perang Jamal yang menumpahkan darah saudara seagama memang benar-benar terjadi dan bukan 'rekaan Yahudi' yang mengubah sejarah. Dalam Perang Jamal, Ali telah menjadi pemenang dan memaafkan Aisyah dan mengembalikan beliau ke Mekah.

Bermulanya hadis-hadis palsu adalah ketika era selepas terbunuhnya Uthman bin Affan. Selama ini, sahabat tidak pernah menanyakan sanad hadis tetapi apabila banyak unsur-unsur luar yang sudah masuk, fitnah bermaharajalela dan ramai munafik seperti Abdullah bin Saba' yang tanpa segan silu menggunakan nama Rasulullah dengan hadis palsu bagi memecahbelahkan umat Islam, maka bermulalah ilmu mustalah hadis.

Dalam posting seterusnya, saya akan merawikan bagaimana Muawiyah bin Abu Suffian tidak mengiktirafkan kekhalifahan Ali dan menjadikan Damsyik sebagai powerbasenya bagi menentang Ali dan munculnya golongan yang terlalu taksub Ali seperti Syiah dan golongan yang membenci semua pihak baik Ali, Muawiyah dan Amru bin Al As seperti Khawarij.

Saya juga mempunyai kekhilafan. Jika ada dikalangan pembaca mendapati fakta saya tidak benar atau tersilap, sila berikan teguran tuan-tuan.

Wednesday, July 22, 2009

Siapa Betul?

Dalam posting 'Bodoh Kerana Agama', seorang pembaca yang berideologikan PAS telah condemn orang-orang UMNO sebagai agent Yahudi, perlembagaan tidak Islamik etc etc yang sudah biasa kita dengar. Saya tidak hendak mengulas kenyataan beliau, cuma saya suka menyorot keyakinan beliau bahwa hanya perjuangan beliau sahaja yang suci, murni, betul dan diredhai Allah.

Yakin benar beliau dengan keyakinannya itu. Ini mewujudkan bibit-bibit keyakinan bahawa perjuangan orang yang tidak dalam kelompoknya sebagai anti-thesis kepada keyakinan beliau. Tidak Islamik, agent Yahudi, pendosa, kafir, dimurkai Allah dan berbagai.

Keyakinan sebegini bukan perkara baru. Kita sudah lihat ratusan tahun perkara sedemikian. Soal kita sedar atau tidak, dapat pengajaran atau tidak soal lain kerana manusia sering jumud dengan fahaman mereka.

Lagi sekali saya suka mengungkap kata-kata George Santayana: "Those who forget the past, condemned to repeat it."

Ingin saya ceritakan sedikit sejarah Islam sebagai panduan kepada orang-orang Islam yang sering suka berbalah sesama Islam kerana mazhab, berlainan pendapat, lain parti bahkan ada kerana lain bangsa walaupun sesama Islam.

Sebelum Khalifah Umar wafat, beliau enggan melantik pengganti beliau, sebaliknya di tubuhkan satu syura seramai enam orang untuk memilih khalifah. Antara ahli syura itu adalah Abdul Rahman bin Auf dan lima orang lagi sahabat rapat Rasulullah.

Calon-calon khalifah adalah Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Zubair bin Awwam dan mungkin beberapa orang lagi yang saya tidak ingat. Khalifah Umar juga minta anaknya dikeluarkan dari calon khalifah kerana menurutnya 'cukuplah seorang Bani Khatab yang menanggung sengsara menjadi khalifah'.

Diringkaskan cerita, calon yang telah disenaraipendekkan tinggal Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib. Ramai juga umat Islam yang takut Ali menjadi khalifah kerana Ali seorang yang tegas dan berprinsip dengan'rules of law'nya seperti Umar Al-Khattab. Malah, Khalifah Umar sendiri pernah berkata: "Andainya si Botak(Ali) itu menjadi khalifah, sifatnya adalah seperti aku."

Syura pada peringkat awalnya memilih Ali. Bila Ali hendak di bait sebagai khalifah, Abdul Rahman bin Auf selaku wakil Syura minta Ali bersetuju dengan syarat: "Mengikut Quran, sunnah Rasulullah dan ijmak Abu Bakar dan Umar."

Ali bersetuju dengan dua syarat iaitu mengikut Al-Quran dan sunnah tetapi beliau minta untuk bebas dari ijmak Abu Bakar dan Umar. Beliau minta boleh mentadbir mengikut 'ijtihad' beliau.

Ada sebab mengapa Ali berbuat demikian. Ketika zaman Umar, beliau sangat melarang orang Arab-Islam berhijrah ke Mesir. Ini kerana Mesir yang baru menerima Islam dan Umar tidak mahu lihat orang Arab-Islam mengambil tanah dan menguasai ekonomi Mesir seperti penjajah.

Umar melarang keras hingga ada kalanya secara peribadi beliau membawa cemeti disempadan dan bersedia menggunakannya jika ada orang Arab-Islam yang mahu berhijrah ke Mesir. Ali yang memahami perubahan zaman tidak sanggup mengekalkan tradisi itu. Itu antara beliau minta menggunakan ijtihad beliau.

Apabila Ali tidak bersetuju, Uthman dipanggil dan ditanya syarat yang sama. Uthman bersetuju dengan semua syarat berkenaan.

Khalifah Uthman memerintah selama 12 tahun. Sejarahwan membahagikan enam tahun pertama sangat aman dan makmur. Enam tahun keduannya bermula unsur-unsur nepotisme, apabila keluarga beliau memegang jawatan tinggi dalam kerajaan. Beliau juga tidak dapat meneruskan tradisi Umar yang melarang orang Arab berhijrah ke Mesir. Malah ramai kaum keluarga Ummayah yang ke Mesir dan menguasai tanah dan ekonomi Mesir, persis seperti yang ditakuti Umar.

Banyak perkara yang berlaku ketika itu direncana oleh kaum keluarga beliau seperti setiausaha peribadi beliau Marwan bin Al Hakam. Ini menimbulkan rasa tidak puashati orang Islam. Di Mesir juga telah berlaku pemberontakkan terhadap pemerintahan Uthman yang mana sangat nampak dikuasai oleh kaum kerabat Uthman.

Uthman juga menghalau Abu Zar Al Ghifari kerana satu-satunya orang yang berani mengkritik beliau. Abu Zar telah meninggal dunia dipadang pasir hanya ditemani oleh isterinya. Beliau dikebumikan oleh segerombolan kafilah yang lalu dan apabila mengetahui yang meninggal dunia itu adalah sahabat rapat rasulullah, mereka menyifatkan kejadian itu sebagai 'batu akan menangis melihat nasib Abu Zar.'

Kaum pemberontak Mesir mengepung rumah Uthman dan antara mereka adalah Muhamad bin Abu Bakar iaitu anak Syaidina Abu Bakar. Uthman bin Affan keluar dari rumahnya untuk menghadapi pemberontak. Melihat Khalifah mereka yang sudah berumur 72 tahun dan nampak ikhlas hendak menyelesaikan masalah, para pemberontak menjadi hiba dan meletakkan senjata. Mereka bermaaf-maafan dengan Khalifah dan Khalifah bersetuju menyelesaikan masalah mereka.

Dalam perjalan balik dari Madinah ke Mesir, Marwan selaku setiausaha peribadi Uthman dan tanpa pengetahuan Uthman telah menggunakan cap mohor Khalifah, menghantar perutusan ke gabenor Mesir untuk menangkap dan membunuh pemberontak. Surat itu jatuh ke tangan pemberontak. Tanpa berlengah mereka berpatah ke Madinah dan mengepung rumah Khalifah sekali lagi. Kali ini mereka hilang kawalan.

Berlakulah fitnah terbesar dalam sejarah Islam. Khalifah Uthman terbunuh. Peristiwa ini mencetuskan huru hara dalam dunia Islam. Selama beberapa hari umat Islam tidak mempunyai khalifah atau Amirul Mukminin.

Peristiwa ini juga menandakan berlakulah perpecahan dalam Islam yang menyembah Allah, mengakui Muhammad Rasulullah dan menjadikan Quran sebagai panduan. Peristiwa ini mewujudkan banyak mazhab, aliran politik dan berbagai ajaran yang sudah tidak ada kena mengena dengan Islam ajaran Rasulullah. Semuanya menggunakan nama Islam.

Dalam instalment seterusnya, saya akan menulis bagaimana Ali menjadi Khalifah dan terpaksa memerangi Zubair dan Muawiyah. Kedua-duanya merupakan sahabat Rasulullah juga.

Tuesday, July 21, 2009

Love Letter



coffee?

If I be me, I will be happy. Needless of the anger that have been bottled up; well who on the wide but flattened world has not any dark secret and anger. Nonetheless, not many has the brilliant way to appreciate today and living the future.

Breathe.

I have most of it. Well everything a girl could ever wished for. patience is all I need in order to see all that I've grown blooming its way out. Surely it will be beautiful.

I am writing this for my son. for my daughter.
I hope one sweet day, they will know how much I have already loved them even in their non-existence. I pray they will have a sweet beautiful life as mine in despite of being ignorant to the cruelty that can co-exist.

Dear, I wish u are here. With me, having coffee while enjoying the evening summer sunshine. I love you. Thanks for making me not afraid of the word I've hated so much in my life- so far.

Thanks for making me feel like I'm in love for the first time ever! Cant wait till august sets in!

No matter how broken my heart used to be, as for now, I cant remember a thing!. I truly can't.

truly,
ur forever princess xx

*************************************************************************************

Someone so special, so dear to me wrote those words above. It was an awakening; for so long I thought I will never find so called love. Marriage is one thing, but to love someone for the rest of my life is another thing. She brought to me both.

In both our despair, we found each other. In both our sadness, our love grow powerful day by day. It was me who invented: "We are in love with each other everyday till I die". It was her who admired and appreciated that.

We are different. We are the same.

For you, I have no words to desribe how much I love you. But till death do us part, I will love you every seconds, every minute.....


Saturday, July 18, 2009

Membirokrasikan Agama

Banyak keluhan yang saya dengar tentang betapa kadang-kadang pihak berwajib agama Islam menyusahkan penganut agama Islam sendiri dalam berbagai hal. Memang setiap undang-undang atau peraturan yang wujud bertujuan baik, tetapi jika terlalu rigid hingga menyusahkan akan menimbulkan rasa tidak senang hati umat Islam sendiri.

Beberapa bulan lepas, saya ada terbaca email yang dihantar kepada Dr Maza dalam blog Minda Tajadid berkaitan betapa rigidnya pihak berkuasa agama dalam menangani hal-hal urusan penganut agama Islam. Sudah lama saya hendak mengulas isu ini tetapi banyak perkara lain yang mendesak. Di sini, saya terbitkan semula email berkenaan untuk tatapan pembaca:

From: xxxx xxxxxx (xxxxxxxxxxxxxxxxx@yahoo.com)
Subject: Ingin bertanya
To: moasriza@yahoo.com
Date: Friday, May 22, 2009, 8:44 AM

Assalamualaikum Dr,

dulu Dr Asri adalah mufti negeri perlis. di sini saya ingin bertanya tentang perkahwinan.

saya mempunyai seorang sepupu yang telah berkahwin. sebelum ini dia adalah seorang janda. Di hari perkahwinan dia semasa akad nikah dia tidak mempunyai sijil kursus perkahwinan dan terus di nikahi oleh imam. kebetulan imam itu adalah bapanya sendiri.

Masalahnya sekarang selepas berkahwin dia mendapat cahaya mata. Sekarang ni anaknya dah dua orang. tapi dia tidak boleh mendaftar anak sebabnya mereka tidak di beri sijil nikah. alasannya ialah kerana mereka berdua tidak mempunyai sijil kursus sebelum berkahwin.
anak sulungnya hanya di beri surat sementara dan anak kedua belum dapat lagi di daftarkan.
Persoalannya sekarang ni apa yang wajib di dalam perkahwinan? Kursus ataupun akad nikah dan adanya wali. bukannya kawin lari.
Apa yang pentingnya kursus perkahwinan? adakah ia boleh membawa kebahagian sehingga akhir hayat. apa yang telah saya ketahui kursus ini hanyalah menguntungkan setengah pihak sahaja. ada setengah yang pergi kursus hanya sempat berkahwin hanya seminggu sahaja. apa yang di pelajari di dalam kursus.
Saya harap dato’ dr asri dapat memberi pendapat dan pandangan.xxxxxx

Saya kesal dengan apa yang terjadi diatas. Sepatutnya dalam Islam kita kena memudahkan perkara-perkara yang digalakkan dalam Islam dengan memudahkan urusannya. Berkahwin merupakan sunnah Rasulullah dan umat Islam digalakkan berkahwin bagi mengelakkan zina. Tindakkan pihak berkuasa yang mengenakan 'extra rukun' selain yang wajip dalam Islam amat dikesali.

Begitu banyak undang-undang extra yang dikenakan oleh pihak berkuasa agama membebankan para penganut agama. Sesetengahnya tidak ada kena mengena pun dengan hukum asal agama Islam. Contoh hak berkahwin lebih dari satu yang mana mutlak kuasa ditangan kaum lelaki, pihak berwajib mengambil hak dengan mengenakan berbagai-bagai syarat.

Begitu juga soal fasakh. Berapa ramai wanita yang boleh fasakh dalam Islam kerana diabaikan oleh suami tidak dapat hak mereka kerana karenah birokrasi agama. Talak sepatutnya berada ditangan suami juga terampas bila majlis agama Islam boleh mendenda jika talak tidak dijatuhkan tanpa pengetahuan mereka.

Kita tidak perlu semua ini. Kita kena kembali ke jalan yang asal. Jangan banyakkan sangat karenah birokrasi dalam soal-soal agama. Kita hanya perlu ikut apa yang ditetapkan oleh Allah mengikut Al-Quran dan sunnah. Kita tidak perlu lagi tambahan terhadap hukum Allah.



Update: Dalam blog 'Thinking Outsyed the Box, beliau mengecam JAKIM yang akan menban dan menapis filem-filem berunsur seram dan tahyul. Kita tak perlu censorship dah, ini zaman upload and download, tak perlu undang-undang purba lagi.

Friday, July 17, 2009

Keputusan Poll Blog Che Det

Kita akui, blog Che Det, blog bekas Perdana Menteri ke 4, Tun Mahathir merupakan blog yang berpengaruh. Tun memberi pandangan terhadap keputusan menghapuskan PPMSI merupakan keputusan yang silap dan menggadai masa depan anak-anak Malaysia.

Beliau telah mengadakan poll samada setuju atau tidak dimansuhkan PPMSI itu. Ini keputusannya:

14% Bersetuju ianya di hapuskan iaitu seramai 13830.
86% Tidak Bersetuju ianya dihapuskan iaitu seramai 86324

Seramai 100,154 orang mengundi dalam blog beliau.

Perlu ulasan? Statistik sudah berkata-kata.

Thursday, July 16, 2009

Mati Teraniaya?

Terkejut saya apabila sedang saya surfing internet terbaca di Facebook dan juga laporan Star online(2600-khidmat yang disediakan oleh Maxis) seorang pembantu Exco Kerajaan Negeri Selangor mati terjatuh dari tingkat 20, Plaza Massalam, Shah Alam.

Beliau bernama Teoh Beng Hock, pembantu kepada Ean Yong Hian Wah, ADUN Seri Kembangan didapati mati terjatuh ketika SPRM menjalankan siasatan terhadap ADUN Seri Kembangan itu. Walau bagaimana pun, tiada laporan rasmi samada kematian beliau ini kemalangan atau adanya foul play.

Saya terbaca status Tony Pua dan Teressa Kok dalam facebook, sebelum ada laporan rasmi dari Polis sudah bagaikan menuduh perbuatan itu perbuatan SPRM. Tony Pua mengajak orang ramai berarak di hadapan pejabat SPRM dan memasang lilin bagi memperingati 'kesyahidan' wali DAP ini.

Sebenarnya, saya tidak berniat membela mana-mana pihak pun. Menghasut orang ramai berbuat sesuatu yang boleh mencetuskan ketegangan bukan langkah bijak bagi mana-mana parti sebelum mengetahui kedudukan sebenar sesuatu perkara. Andai kata adanya foul play di sini, SPRM sememangnya kena bertanggungjawab dan pegawai berkenaan perlu diambil tindakan sewajar dengan peruntukkan undang-undang.

DAP dan PR sudah jadi kerajaan di Selangor, kena adalah juga mentaliti 'kerajaan' dan bukan pembangkang lagi. Saya percaya, jika memang berlaku kezaliman, pihak kerajaan pusat juga tahu 'rules of law' dan mengambil tindakkan sewajarnya. Sudah berapa orang yang berbuat salah dikenakan tindakan oleh polis jika jelas dan terang kesalahan mereka di sisi undang-undang.

Tidak perlu terlalu paranoid sangat hingga hendak membawa undang-undang rimba.

Walaubagaimana pun, saya mengucapkan takziah kepada keluarga Teoh Beck Hock.

Bodoh Kerana Agama.

Beberapa minggu sebelum Perang Salib Pertama, seorang penyair dari Jurusalem menulis:

"There are two types of people in this world:
The first is religous but no brain,
The second is brainy but no religion."

Beberapa minggu kemudian, tentera Salib dari Eropah telah menyerang Jurusalem dan membunuh orang Islam denga kejam. Atas nama agama, mereka membunuh hingga orang-orang tua, kanak-kanak dan wanita. Semuanya atas nama agama.

Kebodohan ini berlanjutan hingga sekarang. Tidak kira agama apa, akan muncul juga golongan fanatik yang sanggup melakukan kekejaman ke atas sesama manusia kerana berlainan pegangan. Saya percaya, ini lari dari matlamat agama - tidak kira agama apa - yang menganjurkan keamanan bagi semua.

Agama merupakan pegangan peribadi. Tidak ada paksaan dalam beragama. Dalam Islam sendiri ditegaskan perkara ini.

Islam agama yang sejahtera. Dalam sejarah Islam, Rasulullah tidak pernah menyerang dahulu kecuali mempertahankan diri. Malah penaklukan kota Mekah berlaku kerana golongan Quraish mengingkari Perjanjian Hudaibiyah.

Kristian juga demikian. Dalam Bible, "jika di tampar pipi kanan, berikan pipi kirimu(untuk ditampar lagi)". Saya percaya agama-agama terbesar di India seperti Buddha dan Hindu juga demikian. Bahkan Judaisme, jika benar-benar mengikut ajarannya.

Sekarang berapa banyak ajaran yang salah tentang agama. Atas nama agama, kita melakukan banyak kerosakkan. Banyak juga atas nama Islam orang membunuh insan-insan yang tidak berdosa.

Semua ini terjadi kerana kita membenarkan para ulama - atau cleric - tidak kira dari agama apa membuat penafsiran terhadap agama. Dalam Islam contohnya, kita gagal memahami intipati Islam itu sendiri dari sumber asalnya, Quran dan sunnah serta ijmak khalifah al rasyidin.

Ketika Perang Salib yang ke 3, ada satu puak dalam Islam yang diterajui oleh Rasyid Al-Sinnan, atau dikenali dengan nama 'The Old Man of The Mountain' menubuhkan satu gerakan rahsia yang dipanggil 'Hashashin'.

Tugas mereka mengambil upah untuk membunuh musuh politik sesiapa sahaja. Pelanggan mereka yang paling ramai adalah dari agama Kristian. Kepada pengikutnya, beliau menjanjikan syurga jika membunuh atas nama agama. Bodoh bukan?

Dan Hashashin inilah asas kepada perkataan 'assassin' dalam bahasa Inggeris.

Kepada pengikut Rasyid Al-Sinnan ini, beliau juga mungkin seperti 'Tok Guru' yang separuh wali kerana kedua-dua 'Tok Guru' ini boleh menjanjikan syurga.

Rasulullah sendiri yang bersedih kerana gagal mengIslamkan bapa saudaranya, Abu Talib telah ditegur oleh Allah bahawa soal hidayat adalah soal Allah. Beliau cuma rasul dan tugasnya menyampai. Mana lagi mulia, Tok Guru atau Rasulullah?

Teringat saya dalam satu babak dari novel Robinson Crusoe. Robinson Crusoe yang terdampar disebuah pulau menemui orang asli yang dinamakannya Friday kerana beliau menyelamatkan Friday pada hari Jumaat.

Robinson cuba mengKristiankan Friday ini. Beliau menerangkan bahawa agama Friday adalah salah kerana tuhan Friday merupakan buaya. Fiday tidak mahu menerima dakwah Robinson ini kerana beliau yakin 'Paqua'(buaya) adalah Tuhan yang sebenar. Friday minta Robinson tunjukkan Tuhannya, dan dia boleh tunjukkan 'Paqua'nya.

Puas Robinson menerangkan konsep Trinity, konsep Tuhan tidak boleh dilihat dan sebagainya, akhirnya Friday menyampuk: "I don't like your God, and I don't like you." Terus mereka tidak bertegur sapa selama berminggu-minggu.

Robinson sebagai orang yang lebih civilised menyedari perkara ini tidak akan selesai. Sepanjang hidupnya, kata Robinson, beliau menyaksikan sekian banyak peperangan, pembunuhan dan penderaan kerana pegangan.

Di pulau yang hanya dihuni oleh dua manusia sahaja, mereka tidak terlepas dari penyakit 'bodoh kerana agama' ini. Lantas beliau menyapa Friday dan menghormati kepercayaannya.

Memang benar, agama merupakan pegangan individu dan tidak ada paksaan dalam Islam. Jika kita berdakwah dan menyampai, kita tidak perlu menjadi fanatik. Mengambil pengajaran dari rasulullah, hidayah terletak di tangan Allah S.W.T.

Wednesday, July 15, 2009

Manik Urai: Majoriti Hanya 65.

Sebelum ini, Manik Urai memang kerusi PAS yang dimenangi oleh Allahyarham Ismail Yaacob sebanyak 5746, manakala calon BN Zulkepli Omar meraih 4394 undi. Ini bererti PAS menang dengan majoriti 1352.

Ada banyak cerita menarik di Manik Urai sepanjang kempen berkenaan. Beberapa orang pekerja pilihanraya dari parti BN, ahli Puteri UMNO dikejarkan ke hospital kerana dibaling batu oleh seorang penyokong PAS. Katanya, lelaki berkenaan telah ditahan polis.

Dalam Facebook Dato Razali Ibrahim, beliau meletak gambar kereta penyokong BN telah dipecahkan cerminnya dan beliau mengutuk perbuatan berkenaan. Masih banyak perilaku barbaric dalam politik Malaysia ini. Ini menyedihkan saya kerana dalam negara demokrasi, soal siapa hendak menyokong siapa adalah soal hati individu berkenaan.

Saya mungkin tidak setuju dengan saudara, kata Voltaire, tetapi saya akan mempertahankan hak saudara untuk berkata-kata dengan bermati-matian.

Menarik sekali di Manik Urai ini, merosotnya sokongan orang Melayu terhadap parti PAS, parti yang menurut Husam Musa satu-satunya parti yang boleh menyaingi UMNO sebagai parti Melayu terbesar.

Pada pilihanraya umum 2008, PAS mendapat majoriti sebanyak 1352, dalam pilihanraya kecil yang diumumkan semalam, mereka hanya mendapat majoriti sebanyak 65 undi. Laporan dari online The Star mengatakan, pada peringkat awal kedua-dua pihak mengaku menang hingga pengiraan semla undi dibuat.

Keputusan muktamad, calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah mendapat 5348 undi manakala Tuan Aziz Tuan Mat calon BN mendapat 5283 undi.

Di sini kita dapat lihat trend undi Melayu yang sudah banyak memihak kepada BN. Mulanya di Bukit Gantang, walaupun BN kalah tetapi undi Melayu meningkat. Di Bukit Gantang, BN kalah kerana undi 90% undi Cina tidak swing ke BN.

Keputusan ini tidak disambut dengan gembiranya oleh PAS sendiri hingga tidak kedengaran takbir dari mereka apabila keputusan diumumkan. Perbalahan antara Nik Aziz dengan Timbalan Presiden PAS(mungkin melibatkan Presiden sendiri, Haji Hadi) Nasharudin Mat Isa membuat orang Melayu jelak melihat politik Nik Aziz yang lebih ghairah bekerjasama dengan DAP.

Sama-sama kita lihat apa lagi permasalahan akan timbul dalam 'Ketidakpakatan Rakyat'.

Tuesday, July 14, 2009

De Javu

Di Selangor berlaku kekecohan apabila Azmin Ali minta Khalid Ibrahim membuat rombakan exco kerajaan Negeri Selangor. Sementara YB Wee dari PKR dalam blognya membuat kenyataan ada aktiviti gelap yang menggunakan pejabat exco kerajaan Negeri Selangor.

YB Teresa Kok dan Ronnie Liu kedua-duanya dari DAP agak berang dengan kenyataan YB Wee tersebut. Di balas pula oleh YB Wee, yang lebih kurang siapa makan cili dia rasa pedas(walaupun secara harfiahnya beliau tidak menyatakan demikian).

Jadi Pakatan Rakyat sekarang berada diambang tidak boleh berpakat lagi. Kasihan rakyat.

Pemimpin mereka tidur atas bantal yang sama, tapi mimpi lain-lain. Kerajaan BN corrupted? Seperti yang sering dilemparkan Pakatan Rakyat. Erm, sekarang sudah jadi kerajaan, baharu tahu menjadi membangkang lagi senang.

De javu kan, kita dah pernah lihat perkara sebegini.

Pakatan Rakyat menghadapi dua masalah. Satu kader-kader kepimpinan mereka yang tidak pandai mentadbir dan berpolitik dengan baik seperti YB-YB yang datang dari PKR kerana kebanyakkan mereka aktivis dan idealis.

Seringkali mereka yang idealis ini akan terkejut melihat realiti politik yang naturalnya 'kotor, tak bermaruah dan keji.' Kejutan pertama mereka apabila melihat pemimpin tertinggi mereka iaitu Datuk Seri Anwar sendiri yang seolah membenarkan mainan sedemikian.

Tidak seperti mereka yang menyertai PKR yang mana mereka dijanjikan 'utopia' politik dan 'syurga' dimana politik ala PKR tidak akan ada cacat celanya, Anwar Ibrahim merupakan ahli politik yang 'machivellian' dan melakukan apa sahaja untuk mendapat kuasa.

Ini tidak difahami oleh kebanyakkan pengikut PKR yang naif dan selama ini merasakan politik BN sahaja yang acak-acakkan dan bobrok. Sekarang mereka tahu, realiti politik yang sebenar dan bukan melalui buku teori organisasi. Bahkan, Anwar sendiri tidak suci seperti yang mereka fikirkan. Anwar bukan seperti Robispierre, 'The Incorruptable'.

De javu lagi? That's politic, after all.

Saya memberi kredit kepada saudara Parpu Kari, yang meletakkan video dalam blog beliau dimana Anwar cuba didekati oleh sekumpulan Angkatan Muda Keadilan(AMK) Ampang Jaya yang hendak menghantar Memorandum Bantahan terhadap YB Zuraidah Lebar. Mereka dihalang oleh pengiring Anwar, tetapi akhirnya berjaya juga menyerahkan kepada Anwar setelah berusaha bersusah payah.

AMK Ampang Jaya tidak puashati dengan cara YB 'manggak'(berlagak), gelaran yang diberikan kepada YB Zuraidah oleh blogger RBF, mentadbir contituencynya.

Seperti biasa dimana-mana pertubuhan pun, dalam video itu saya terdengar keluhan anak-anak muda yang naif: "Saya sayangkan PKR, tolongan jangan buat kami macam ini, bagilah kami bertemu Datuk Seri(Anwar)" Kesian mereka iyer, masuk PKR kerana sangat yakin pemimpin UMNO sombong dan sukar didekati, kini pemimpin mereka pula begitu.

De javu lagi?

Akhirnya masalah universal politik di mana-mana. Tidak kira apa parti kita sokong, apabila mendapat kuasa sama sahaja.

Masalah PR yang kedua adalah, tidak seperti BN yang berjuang untuk semua kaum, PR pula dibentuk oleh parti-parti yang memang tidak boleh berpakat secara semulajadinya. Mereka benar-benar minyak dan air yang tidak boleh bercampur.

Satu parti chauvanist Cina yang memperjuangkan babi lebih dari kaum India Kampung High Chapparal(DAP). Satu parti yang hendak menubuhkan republik Islam tetapi kena bekerjasama dengan parti yang jelas menolak Islam(PAS).

Satu parti lagi(PKR) yang kononnya kuat sangat keadilan dan rules of lawnya, naif dan tersentak melihat permainan politik atasan mereka yang 'cakap tak serupa bikin'. Mereka juga tersentak melihat permainan rakan-rakan gabungan mereka (seperti DAP yang sanggup menjadi alat kongsi gelap) sedangkan ini bertentangan dengan aspirasi mereka.

De javu lagi.





Sunday, July 12, 2009

100 Hari

Semalam merupakan genap 100 hari PM Najib menjadi Perdana Menteri. Selalunya, tempoh 100 hari ini dianggap tempoh suaikenal atau orientasi. Ada juga yang menganggap 100 hari merupakan tempoh berbulan madu.

DSN telah menjalankan kerja beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia seawal beliau mengangkat sumpah. Beliau tidak menunggu hingga hari yang ke 101. Beliau telah melakukan sekian banyak walkover untuk memahami keluh-kesah rakyat jelata. Beliau juga banyak melakukan perubahan-perubahan samada disenangi atau tidak, kesan baik atau buruknya akan dinilai.

Dengan ringkas, kepimpinan DSN merupakan kepimpinan berani, bertenaga dan juga kadang-kadang unconventional. Beliau tidak dapat menunggu lama dalam membuah perubahan dan memulakan kerjanya kerana kerajaan yang diwarisi beliau begitu banyak masalah. Politik. Juga ekonomi.

Banyak yang boleh diperkatakan tentang DSN dalam tempoh 100 hari ini kerana beliau berlari dan bukan berjalan. Kontrovesi yang pertama adalah hilangnya Kementerian Usahawan yang selama ini terkenal menjaga kepentingan Melayu dengan agensi seperti MARA, TEKUN, SMIDEC dan berbagai lagi.

Liberalisasi 27 sektor servis yang tidak mewajipkan pegangan bumiputera juga boleh menimbulkan rasa tidak senang orang-orang Melayu. Begitu juga dengan biasiswa berdasarkan meritokrasi.

Terbaru sekali adalah, pemansuhan PPSMI dan kembali mengajar sains dan matematik ke dalam bahasa Melayu(dan Cina dan Tamil).

Semalam saya bersama majlis anjuran GEMPITA dimana DSN merupakan pembentang terakhir wacana yang berlangsung selama 2 hari. Majlis tertutup dan demi menghormati beliau saya tidak dapat dedahkan semua ucapan beliau. Selama saya berblog ini, pembaca boleh merasa betapa tebal semangat kemelayuan saya.

Hanya satu sahaja yang dapat saya jamin dari pengamatan saya selama 100 hari DSN menjadi Perdana Menteri dan melalui soal jawab dengan hadirin semalam. Saya bangga diterajui oleh beliau dan saya amat yakin, selepas mendengar ucapan beliau, bahawa kepentingan Melayu tidak akan diabaikan sama sekali.

Saya juga amat bersetuju dengan sikap pragmatik beliau yang akan mengubah pendekatan yang salah jika sudah terbukti ianya tidak berkesan. Seperti kata Rocky's Bru, cabaran bagi DSN bukan datang dari luar sekarang, tetapi datangnya dari pro-UMNO dan pro-kerajaan yang gagal menafsirkan langkah-langkah beliau.

Beliau juga mengumumkan 11 'hadiah' kepada rakyat semperna 100 hari beliau menjadi PM. Tidak perlu rasanya saya tulis di sini kerana senang di cari apakah ianya.

Cuma saya hendak tegaskan di sini, saya bersetuju dengan semua langkah yang beliau ambil tetapi masih kecewa dengan keputusan PPMSI.

For a better tomorrow.

Friday, July 10, 2009

PPSMI

Saya sudah pernah menulis tentang isu ini. Nampaknya keputusan kerajaan kembali mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu menjadi polimik dan perbahasan hangat. Saya juga terpaksa menulis semula isu ini kerana ianya sedang 'hangat' dipasaran.

Saya tidak nampak keputusan kerajaan ini merupaka kemenangan kepada Bahasa Melayu pun. Para 'pencinta bahasa Melayu'(saya pencinta bahasa Melayu dan bangsa Melayu) tidak berjuang habis-habisan minta mendaulatkan bahasa Melayu hingga boleh menjadikan bahasa ini digunakan disekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

Mengapa mereka berasa mereka menang dan berjaya?

Seperti yang saya sudah tulis dalam posting berkaitan dengan isu ini, keputusan pendidikan ini merupakan masa depan generasi akan datang. Jika ianya terlalu dipolitikkan, akibatnya generasi akan datang menanggung kerugian akibat keuntungan pencaturan politik dua tiga orang. Saya tidak akan menulis lagi tentang mengapa PPSMI perlu dipertahankan dan betapa Bahasa Inggeris merupakan bahasa global tetapi keputusan kerajaan ini sebenarnya membawa kita kembali ke belakang.

Tidak seperti Mao Tse Tung 'Great Leap Forward', keputusan kembali mengajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu ini membawa kita 'Great Leap Backward'; dan kita berasa bangga menjadi mundur. Terima kasih kepada Menteri Pelajaran.

Mexico, negara yang bersempadan dengan Amerika Syarikat, tidak dapat membangun dan mengeksport human capital mereka dalam dunia global ini kerana terlalu berpegang pada bahasa hispanic(Spanish) mereka. Sebaliknya, kejayaan India sebagai negara yang banyak mendapat faedah dari teknlogi maklumat dan globalisasi adalah kerana majoriti mereka fasih berbahasa Inggeris.

Dalam Outsyed the Box, blogger berkenaan menerangkan bahawa job market sangat meminati pelajar-pelajar yang boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Ini petikannya:

Let me give you some street feedback. At least one Internet based employment agency has instructions from its clients to completely ignore any job applicants who are graduates from UITM (University ITM). As we know UITM graduates are all Malays. They say the quality of the graduates is low and their English is bad.. They are unemployable. This is what I heard.

Another preference by another employer – a Multi National Corporation - in the job market is to take in job applicants who are graduates of IPTA (private universities) who have done twinning programs. This means their English is good and they are more marketable. Again this means Malays with poor English skills are not preferred. Bottom of the line.

Tun Dr Mahathir membuat poll di blog beliau. Setakat ini dalam 30 ribu yang mengundi, 82 peratus tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan sementara 12 peratus sahaja yang bersetuju. Membaca blog Thinking Aloud, Dato Ti Lian Ker juga mengecam Dong Jiao Zhong sebuah pertubuhan yang mempertahankan pembelajaran dalam bahasa Cina tentang isu ini.

Dong Jiao Zhong boleh pula bekerjasama dengan GAPENA untuk menghapuskan PPSMI. Dan kerajaan tunduk kepada kehendak mereka yang saya ragui mewakili pendapat grass root. Jika di blog dan internet, kecenderung kelihatan tidak setuju dengan keputusan kerajaan, adakah kerana blog dikuasai oleh golongan yang berpendidikan?

Dimana sebenarnya asas kepada keputusan kerajaan ini? Adakah hanya kerana dua pertubuhan yang kuat berbunyi, tetapi seperti katak, hanya beberapa ekor sahaja sebenarnya. Mungkin kerana silent majority tidak berbuat perarakan maka mereka dianggap 'not reallly matter'? Adakah kerana merosot pengaruh BN dalam PRU ke 12 membuat kerajaan tunduk kepada minoriti yang bising?

Masa depan generasi Malaysia sekali lagi menjadi mangsa kepada permainan politik baik pembangkang mahupun kerajaan. Dan kerajaan perlu belajar membuat foundation kepada bangsa Malaysia berdasarkan 'a solid and long term policy rather than flip flop and shaky one.'

Even Rome was not built in one day.


Wednesday, July 8, 2009

Berani Kerana Benar.

Kes liwat yang melibatkan Saiful Bahari dan ketua de facto PKR, Brader Anwar bin Ibrahim ditunda lagi ke 15 Julai atas permintaan peguambelanya, Sulaiman Abdullah. Sulaiman Abdullah minta dilanjutkan 'cuti sakit' Brader Anwar bagi sebutan kes berkenaan.

Jika kita perhatikan urutan kes liwat ini, kita akan dapati, pihak Brader Anwar yang selalu mengelak untuk menyelesaikan kes ini secara 'gentleman'. Sebelum bermula 'legal battle', beliau akan spin cerita tentang teori konspirasi; kononnya mahkamah tidak adil, ada usaha hendak membunuhnya, media kerajaan spin cerita, PM campurtangan dalam hal majlis sumpah Saiful Bahari dan berbagai lagi.

Hakikatnya jika kita teliti, beliau mengelak dari menghadapi kenyataan. Jika beliau benar, beliau tidak perlu takut. Seperti pihak Saiful Bahari yang nampak ikhlas dan bersungguh-sungguh hendak membuktikan perilaku sumbang beliau, beliau pula seperti mengelak hendak membersihkan nama baik beliau.

Saiful Bahari berani bersumpah di dalam masjid dengan menjunjung Al-Quran. Beliau tidak berani dan memberi alasan. Malah beliau masih mempertahankan teori konspirasinya walaupun dalam hal seperti ini. Konco-konconya pula akan mengalih pandangan kita dari perkara lebih pokok berkaitan keikhlasan Saiful bersumpah itu.

Jika beliau tidak bersalah, beliau tidak perlu gentar menghadapi Saiful di mahkamah. Mengapa takut?

Cukup-cukuplah teori konspirasi yang beliau hendak buat. Orang dah muak dengan idea dan propaganda dangkal ini.

Sooner or later, a man wear to faces forget which one is real.

"You can cheat somebody everytime, you can cheat everybody sometime, but you cannot cheat everybody, everytime."

-Abraham Lincon


Tuesday, July 7, 2009

Rumah Kaca

Pramoedya Ananta Toer menulis 4 jilid tetralogi yang berjudul Bumi Manusia, Anak Semua Bangsa, Jejak Langkah dan Rumah Kaca. Semua kisah dalam jilid-jilid ini berkenaan dengan Mingke, atau nama sebenar beliau menurut sejarah Raden Mas Tirto Adiesojo, putera Bupati Blora yang memulakan pertubuhan-pertubuhan politik di Indonesia.

Pram merahsiakan nama sebenar tokoh ini, dan memberi nama julukan sebagai Mingke. Raden Mas Tirto Adiesojo merupakan orang yang bertanggungjawab membentuk gagasan politik kepartian. Beliau menubuhkan Budi Oetomo dan Syarikat Dagang Islamiyah.

Dalam instalment terakhir novel ini, berjudul Rumah Kaca, agak berlainan dengan jilid-jilid sebelumnya. Dalam tiga jilid pertama, Pram memberi sudut pandangan Mingke sendiri. Dunia dari kacamata terpelajar pribumi Jawa aristokrat yang mendapat pendidikan Barat.

Rumah Kaca agak unik. Ianya di beri sudut pandangan(viewpoint) Pangemanann dengan dua nn. Pangemanann dengan dua nn ini merupakan agent atau spy Belanda yang telah di'planted' ke dalam organisasi pribumi ini. Beliau sendiri merupakan pribumi yang bekerja dengan Belanda.

Apa yang menarik tentang Rumah Kaca adalah cara pemerintah atau Belanda memperlakukan jajahan seperti didalam rumah kaca. Dengan kecekapan perisikan, mereka boleh mengetahu hampir segalanya tentang perilaku dan tindak tanduk politik jajahannya.

Dunia moden ini memungkinkan 'rumah kaca' lebih menakutkan. Tanpa kita sedari, melalui internet, youtube, ipod, upload, download, facebook, friendster, myspace, cookies, satelit dan berbagai lagi, kita semakin lama menjadikan kita hidup didalam rumah kaca.

Ada berbagai khidmat(dan kegilaan) di internet yang menjual 'cerita' online melalui webcam. Sesiapa boleh melanggan dan melihat secara life setiap perlakuan insan berkenaan, termasuklah yang tidak senonoh dan private.

Dalam filem 'Enemy of the State', watak Will Smith sebagai pelarian tidak dapat melarikan diri dari satelit canggih kerajaan Amerika. Begitu juga dalam filem 'Kingdom', 'Syriana' dan banyak lagi. Melalui satelit dan computer dan internet, mereka boleh intercept email, sms, panggilan telefon, mengesani lokasi seseorang dan sebagainya.

Di sebalik kebaikkan interntet itu, dunia sudah semakin menyeramkan dan kita, samada disedari atau tidak menyerahkan sedikit demi sedikit hak privasi kita untuk dipertonton dan dijejaki. Ini realiti yang mungkin akan memberi rasa trauma atau ketakutan jika rahsia kita jatuh ketangan insan yang tidak bertanggungjawab.

Jika dahulu sesuatu skandal atau perlakuan sex contohnya hanya jadi buah mulut orang, tetapi sekarang ini sesiapa boleh menjadikan video atau gambar yang diambil dalam webcam atau telepon bimbit sahaja sebagai sensasi.

Di Australia jika saya tidak silap, ada menteri yang menasihati golongan muda agar jangan merakamkan perlakuan sex mereka kerana walaupun boleh delete, ada software yang dapat retrievenya semula. Beliau bimbang kerana gambar masa muda mereka boleh menghancurkan karier mereka nanti jika diuploadkan ke internet.

Saya masih ingat, kira-kira 10 tahun lepas, sebelum internet menjadi medium yang kuat ini, ada satu documentary berkaitan bagaimana rejim komunis cuba 'merumahkacakan' rakyat mereka disebalik 'Iron Curtain'.

Jika saya tidak salah mereka menjadikan Berlin Timur sebagai ujikaji. Setiap penduduk Berlin Timur diambil sample dna, air liur; malah ada cubaan menyimpan bau specimen bau penduduk berkenaan dengan fail peribadi mereka. Begitu kuat naluri pemerintah atau pemegang kuasa hendak mendominasi kehidupan sehari-hari manusia.

Pada hari ini mereka tidak payah melakukannya lagi. Kita dengan relahati telah menyertai dunia cyber dan 'merumahkaca'kan diri kita sendiri ke dalam alam facebook, myspace dan berbagai lagi.

How delicate, how subtle,
there is nothing cannot be spy.
-Sun Tzu, Art of War.

Sunday, July 5, 2009

Hati dan Fikiran


'Heart has its own reason which the head can never understand'.

Mula-mula saya terbaca ungkapan itu dalam autobiography Winston Churchill, 'My Early Life'. Kemudian juga saya ada terbaca komen Bertrand Russell dalam 'The History of Western Philosophy' yang mana Russell merujuk kepada aliran romantic yang dipelopori oleh Jean-Jacques Rousseau. Aliran romantic itu lebib mengutamakan gerak hati atau intuition dan bukan rationalism.

Dengan kata lain, Rousseau sangat bertentangan dengan Voltaire yang terkenal liberal dan rasioanal.

Sering kali dalam hidup kita, kita berhadapan dengan dilema. Seringkali juga kita akan berbelah bahagi. Kadang-kadang jika kita sudah pasti dengan keputusan tentang sesuatu atau seseorang, mungkin hati menyetujuinya manakala fikiran waras menolaknya.

Ada ketika pula fikiran waras menyetujuinya sementara hati yang menolaknya. And vice versa.

Dilema ini akan berlanjutan bila kita keliru, bila kita setuju dengan suara hati, atau instinct atau intuition, manakala fikiran waras tidak dapat menyetujuinya.

Bila kita perlu mendengar suara hat?Bila pula kita perlu mendengar pemikiran waras dengan bukti-bukti empiricalnya?

Seringkali juga, hati dan fikiran tidak bersetuju dengan keputusan terhadap benda yang sama.

Walaupun dalam banyak hal saya sering cuba untuk mengikut reason dan logic, ada ketikanya juga saya setuju dengan lagu Roxette: 'Listen to your heart'.

I m listen to my heart when it concern with something cannot be reasoned by logic such as love and faith.

Nota kaki: Di atas adalah gambar Rousseau


Friday, July 3, 2009

Kerana Mu, Babi

Dunia sudah semakin panik. WHO sudah mengeluarkan amaran wabak H1N1 atau selsema babi ini merupakan wabak dunia. Di Malaysia, saya dah tidak dapat hendak up-to-datekan kes selsema babi ini kerana begitu cepat ianya membiak. Beberapa sekolah sudah tutup.

Semuanya keranamu, babi.

Babi bukan hanya menyebabkan kita bimbang untuk melancong lagi. Babi juga membuat Anwar Ibrahim menjadi panik. DAP Kedah dan Perlis mengunggut hendak keluar dari Pakatan Rakyat kerana PAS merobohkan kandang babi di Kedah.

DAP sebuah parti chauvanist Cina mempertahankan 'hak' babi ini lebih dari kaum minoriti India Pulau Pinang iaitu masyarakat kapung High Chapparal. Macam mana konsep Malaysian Malaysia ini kalau hanya babi yang hendak dipertahankan.

Lim Guang Eng kesal dengan PAS Kedah, lebih tepat lagi Datuk Seri Azizan Razak kerana tidak 'sensitif' terhadap aspirasi DAP yang sangat prihatin memperjuangkan kandang babi!

Semuanya kerana mu, babi!

Aiyo Pakatan Rakyat, takkan kerana babi pun dah nak berpecah belah dan tidak boleh berpakat lagi. Dah tau dah babi ini membawa banyak masalah dan penyakit, ternaklah unta ke, rusa ke, kambing ke yang mana haiwan selamat. Banyak benda lain boleh dimakan lagi. Biawak dan ular pun boleh.

Sementara penduduk kampung High Chapparal kesal dengan sikap endah tak endah Lim Guang Eng yang tidak menepati janji, DAP pula lebih menggesa dan mempertahankan babi dari pengundi mereka!

Mulia sungguh sang babi ini

Tindakan MB Kedah itu boleh juga dipuji. Sebagai orang Islam dan Melayu, di negeri majoriti Melayu, Datuk Seri Azizan terpaksa akur dengan sensitiviti orang Melayu dari sensitiviti babi. Cuma Nik Aziz sahaja yang buta tuli dan tidak nampak mana musuh/kawan dan musuh/musuh. Nasharudin Mat Isa dah nampak dah.

Babi oh babi, mengapa engkau gemuk? Macam mana aku tak gemuk, DAP sayang aku, DAP sayang aku.

Para pembaca, renungkanlah, macam mana Pakatan Rakyat hendak membela rakyat, kerana babi pun mereka dah hendak berpecah. Jika DAP sensitif terhadap perasaan orang Melayu, mereka tidak terlalu mempertahankan babi ini hingga hendak keluar pakatan.

Nik Aziz(saya berat nak panggil orang tua ni Tok Guru), dalam Islam mana mulia babi ke DAP?

Bab kata Husin Lempoyang, berniaga orang lebih baik dari berniaga unta. Semuanya kerana mu, babi!

Thursday, July 2, 2009

Kemaafan

Seringkali kita meminta maaf bila kita membuat salah. Seringkali kita dimaafkan. Kadang-kadang kita membuat kesalahan yang sama dan menyinggung orang yang sama dalam hal yang sama.

Sejauh mana permainan maaf ini hendak diteruskan. Mengapa kita meminta maaf sedangkan kadang-kadang kita tahu kita akan menyakitkan hati seseorang. Maaf sepatutnya pada kesilapan yang tidak disengajakan.

Untuk memaafkan juga dilema. Terlalu kerap memaafkan dianggap lemah. Terlalu tidak memaafkan dianggap ego dan keras hati. Ada perkara boleh dimaafkan. Ada perkara terlalu besar untuk dimaafkan.

Maaf juga penting kerana manusia sering berbuat silap kerana sifat semulajadi mereka lalai dan lemah. Seperti hal-hal lain, maaf juga menjadi murah jika kita 'take for granted'. Maaf adalah jambatan untuk 'membuang yang keruh dan mengambil yang jernih'.

Namun dapatkah maaf menghilang 'parut pada luka' atau 'luka lama yang berdarah kembali'?

Rasulullah insan pemaaf. Baginda berjiwa besar. Dilontar batu oleh orang Taif ketika berdakwah, baginda tidak minta mereka dihukum oleh Jibrail A.S sebalik berdoa agar diturunkan hidayah ke atas mereka. Baginda memaafkan Wasi dan Hindun yang membunuh paman kesayangan baginda, Hamzah R.a.

Adakah baginda lemah? Tidak. Baginda terkenal tegas di tempat yang perlu tegas. Lembut bukan bererti lemah, keras bukan bererti kejam.

Sifat pemaaf adalah sifat yang mulia. Maruah dan harga diri juga perlu dipertahankan dan bukan bererti pemaaf adalah lemah.

'To err is human, to forgive is divine.'
-Alexander Pope