Followers

Monday, February 20, 2012

Shahrizat Perlu Berundur.

Saya merasakan BN mempunyai peluang yang cerah untuk membentuk kerajaan dalam PRU ke 13 nanti. Soalnya dapat dua per tiga atau tidak, masih belum boleh dipastikan namun melihat isu yang ada dikalangan pembangkang sekarang sudah nampak pengundi sudah makin muak dengan politiking.

Namun BN sendiri juga mempunyai banyak masalah yang disimpan bawah karpet. Saya percaya pengundi tidak meyakini PR boleh lebih baik dari BN, namun ramai juga yang masih tidak 'impress' dengan perubahan BN. Salah satu kejayaan PR adalah meletakkan stigma 'rasuah', 'penjarah' dan sebagainya kepada BN.

Walaupun sebenarnya di negeri-negeri PR seperti Selangor dengan pasirnya, Pulau Pinang dengan tender kononnya terbuka tapi berahsia dan Kedah dengan '30%'nya membuktikan apabila mendapat kuasa PR lebih kurang dengan BN saja.

Untuk menunjukkan keikhlasan dalam menangani isu rasuah ini, saya percaya Ketua Wanita UMNO perlu meletakkan jawatan. Ini bukan perkara baru, walaupun secara technical masih boleh berhujah tidak ada salah dalam pemberian 'soft loan' itu namun imej beliau sudah sangat calar. Kecalaran ini boleh terpalit kepada UMNO/BN juga.

Dulu Naib Presiden UMNO seperti Tan Sri Muhammad Taib meletakkan jawatan kerana isu membawa wang ke Australia tanpa diisytihar. Walaupun beliau boleh bertegas dan memberi berbagai alasan, namun di bawah pemerintahan Tun Dr. Mahathir beliau tetap perlu mengundurkan diri. Itu di zaman UMNO sedang kuat.

BN sangat perlu pengorbanan Ketua Wanita UMNO ini. Letak jawatan sebagai Menteri dan boleh bantu parti dalam wanita. 

Seperti kata perpatah Inggeris; "Sometime when you really love someone, you have to set her free".

9 comments:

Jeepers Creepers said...

sedangkan Paklah pun letak jawatan, inikan pula shahrizat. Memang patut dia letak jawatan. walaupun dia tak bersalah tetapi dari segi pandangan masyarakat adalah salah suaminya memiliki perniagaan lembu.

Anonymous said...

Masa yg tepat ke nak letak jawatan..?? kang jd isu lak sbb nampak sangat yang dia bersalah..

Ghazali said...

Dalam Islam, kita sering diingatkan supaya jangan melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan timbulnya fitnah. Paling mudah, eloklah YB meletak jawatan supaya fitnah tidak akan berlanjutan atau berpenjangan. Fikirkanlah nasib bangsa, perjuangan dan nasib rakyat yang akan menerima kesan implikasi dari tindakan enggan berundur.

Anonymous said...

Dia ketua Wanita tapi bukan ketua keluarga. Mengapa dia dijadikan mangsa diatas keputusan yg diambil oleh suaminya. Yang perlu sisuami buat ialah membayar semula dana tersebut untuk menutup persepsi 'bersalah' dan menyelamatkan isterinya. Tetapi sekiranya suami tidak mahu, dari segi hukum, akad dan perjanjian telah dibuat tanpa paksaan. Kedua2 pihak wajib bert/jawab.

Anonymous said...

YB Raz ... Pak Lah letak jawatan setelah didesak kerana kalah PRU12 ... dia dengar hari Rakyat.

Jika kita minta Sharizat je letak jawatan ... tentu tak adil ... sebab ade juga menteri lain yg non performing dan boleh menyebabkan BN kalah PRU13 nanti ... but is PM listening ?

Anonymous said...

AKU HENSEM

PEmimpn skrang tk penh puas dgn dunia

Jgn jd mcm Nik Aziz k

Anonymous said...

Masih ada Melayu UMNO yg bodoh mempertahankan Shahrizat.
Loan itu tidak akan diluluskan jika siBudu tu bukan suami Shahrizat.
Kenapa tak ambik loan bank dan tanggung sendiri?
Jgn le nak berterusan membodohkan rakyat.
Shahrizat sudah lama jadi Menteri dan sudah cukup kaya.
Tak ade ke Melayu penternak lain yg bolih dibantu n
dgn 250 juta tu?
Pantat lembu punya UMNO.

chenerong ular said...

persoalan pokoknya, kenapa projek lembu tersebut di berikan kepada keluaraga beliau?, tak ada kah para penternak yang telah lama berkecimpung dalam bidang tersebut, yang mungkin lagi pakar dalam urusan lembu?.di Rompin ada pengusaha?, orang mempersoalkan cara kerajaan memberi pinjaman tersebut, zaman siapa?, menteri pertanian?, moralnya jika kita betul ikhlas dan jujur dan tida mempunyai niat terselindung dalam pemberian tersebut, ianya tidak akan di persoalkan oleh rakyat, bagi pada saya pun saya pandai mengunakan wang sebanyak itu, tapi siapa saya?, dan siapa tuan punya NFC tersebut, yang saya ambik tahu kerana duit yang di pergunakan ada sedikit sebanyak duit sumbangan saya sebagi pembayar cukai, fikir lah sendiri?, banyak lagi ketirisan dan harta rakyat yang tidak di jaga dengan sumpurna atau diuruskan dengan baik oleh pehak kerajaan!!!!

Anonymous said...

Shahrizat must go.. preferably now.. today.

Sorry dear lady, you married a j*rk.. now you have to pay the piper..

Lay low for awhile.. and then make a comeback once all these fiasco been sorted out and you're proven free of corruption. If Chua SL, Isa, Muhammad can do it.. why can't you?

The last thing you want to be remembered is as "power-hungry" woman. You should take 1 step back now and later 2 steps forward. Keep your cool and lady-like manner. Nobody like "laser-mouthed" women. Good luck and hope you'll make the right move soon.

RCZ