Followers

Tuesday, February 14, 2012

Anwar, Nik Aziz dan Rachel Corrie.

 "Saya (Nik Aziz), selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Dato' Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal. Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau".


Di atas adalah kenyataan media Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz yang mendesak Anwar bertegas dalam soal Israel. Flip flop Anwar sudah sampai ke tahap maksimum apabila masih cuba berdolak dalik dalam soal 'keselamatan Israel'.


Dalam Asian Wall Street Journal, Anwar bekata:

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel".


Anwar tidak boleh selamanya menjadi dua alam, menjadi sesumpah dan menjadi serbanitas. Anwar perlu menyatakan dengan tegas, bersama Islam atau Zionis(bukan Yahudi). PR, dan PAS khususnya akan kehilangan banyak undi dari orang Melayu/Islam dalam isu ini.


Bagaimana Anwar di awal kerjayanya sebagai seorang aktivis kononnya memperjuangkan Islam telah menjadi seorang penyokong kerajaan Israel? Seorang pejuang yang sebenarnya sepatutnya istiqamah dengan pejuangannya, walaupun melibatkan nyawanya melayang.


Rachel Corrie seorang anak muda dari Amerika, sanggup mengorbankan nyawanya.Pada tahun 2003, berusia 24, beliau telah berlutut dihadapan jentolak Israel untuk menghalang usaha Israel merobohkan rumah rakyat Palestin.

Walaupun hingga mengorbankan nyawanya, Rachel Corrie tidak berganjak dari pejuangannya. Beliau pilih jalan ini:

















Rachel Corrie tidak perlu mempunyai pengikut, tidak perlu adanya 'Badrul Amin' yang mengangkat beliau sebagai 'Imam Mahadi', dan tidak perlu menjadi 'Insan Kamil lagi   mutakamil'.

Beliau istiqamah dalam pejuangannya menentang kezaliman Israel dan tidak berganjak hingga membawa maut. Beliau boleh pilih hidup seperti gadis Amerika yang lain namun beliau pilih jalan ini.


Rachel Corrie - 1979-2003.




Bersama Irish yg kempen boikot barangan Israel.


Jika Irish boleh, mengapa kita tidak - boikot pemimpin ciptaan Israel!




Boikot 'Israel Goods'





5 comments:

Anonymous said...

Sebenarnya telah terlalu banyak serta PEMBOHONGAN; PEMBELITAN; PENIPUAN SERTA KEMUNGKARAN lain yang telah dilakukan oleh individu ini. Yang menghairankan masih ramai lagi yang MENDEWAKAN beliau

Anonymous said...

fb pun yahudi punya...
boikot fb

sri tribuana said...

Saya rasa ada org tak faham antara yahudi sebagai bangsa(race) dgn israel sebagai zionis. Nak boikot nabi musa juga sbb baginda juga Yahudi?

Anonymous said...

AKU HENSEM

Dulu sye sangkakan
Anwar seorang ahli politik yg bijak
Seolah olah konsep dalam buku 48 laws of power sume dia apply.

Dan sangkaan sye benar
Cuma dia x exit strategy
As the result sume plan dia brjaya dibaca public

The tide is turning against him.

sri tribuana said...

1st law dalam 48 laws of power: never outshine the master.

tahun 1998 Anwar ke Amerika dan mendapat sambutan karpet merah, 21 das tembakkan meriam setaraf presiden, walhal dia hanya timbalan perdana menteri.

law yg pertama pun anwar dah tak pass, x yah cerita la lagi 47 laws.