Followers

Wednesday, February 8, 2012

Kisah Dua Pemimpin PR.

Blast from the past.

"Saya dipecat kerana menegakkan akidah, kerana cuba menghalang muslim dari melakukan maksiat, kerana menghalang orang Islam minum arak, berzina dan melakukan kemaksiatan. Saya bukan dipecat kerana berzina, atau meliwat atau rasuah."

-Hasan Ali


Masih ingat gambar di atas? Gambar di atas secara automatik akan mengingatkan kita beberapa keping lagi gambar yang seksi atau mungkin seksa, dengan jujuran bulu ketiak seseorang. Namun blog ini tidak akan menyiarkan gambar sedemikian namun saya kira ramai yang sudah melihatnya.

Gambar seksi/seksa itu sebenarnya 'beside the point', kata orang putih. Persoalan pokok adalah, seorang Wakil Rakyat, Exco kerajaan negeri terkantoi mempunyai hubungan sulit dengan suami orang. Exco yang bukan berbangsa Melayu itu mempunyai 'kendak' seorang Melayu, beragama Islam dan suami seseorang. Bukan seagama tapi se PKR.

Beliau menawarkan dirinya untuk meletakkan jawatan. MB Selangor bersama pimpinan PR yang lain termasuk PAS menolak perletakan jawatan beliau. Jadi zina dibenarkan dalam kerajaan PR. Isu moral adalah isu paling bawah yang boleh menyebabkan seseorang itu dipecat, atau diterima perletakan jawatannya. 

Apa isu besar? Apa dosa yang tidak terampun dalam PR?

Dalam PR, menegakkan Islam, menghalang 'dengan tangan' seseorang itu berbuat dosa adalah salah besar.  Salah besar adalah tidak dapat memejam mata apabila ada usaha memurtadkan muslimin oleh sesebuah agama selain Islam. Salah besar adalah menyerbu rumah urut dan cuba menghapuskan pusat yang tidak bermoral itu.

Bagaimana besar salahnya perkara di atas?

Seseorang itu boleh dipecat tanpa kebenaran membela diri. Satu ketika dulu UMNO memecat Timbalan Presiden dengan kebenaran membela diri namun mereka kata tidak adil. Namun dalam kes di atas kesalahan amal mahruf nahi mungkar adalah kesalahan tidak terampun oleh PR.

Dipecat tanpa bicara, dibuang exco tanpa menunggu keputusan rayuan.

Siapa lebih diktator? Siapa lebih tidak Islamik? Paling penting, siapa paling tidak adil?


1 comment:

Tinta Maya said...

mmg benar, itulah perjuangan sejati PR menegakkan kemungkaran menghapuskan amal mahruf.....klu org lain buat salah semua dia nampak but bila dia n kuncu2nya buat salah semuanya betul. bila org tegur dia kata org fitnah, mengadu domba, bniat jahat dll......