Kempen ini diadakan di Galway, Ireland.
Minggu itu merupakan minggu terakhir kami sekeluarga di Galway, Ireland. Lagi beberapa hari pada tahun 2010 kami akan berangkat pulang ke tanah air. Mata saya tertarik pada satu booth yang sedang menganjurkan pemboikotan barangan Israel.
Beberapa hari sebelum itu saya berhujah dengan beberapa orang student mustahil bagi kita memboikot barangan Israel. Sebenarnya, saya menyatakan kesusahan untuk memboikot barangan yang ada saham Yahudi kerana hampir semua jenama terkenal seperti Huggies, KFC, Starbuck dan Coke mempunyai saham Yahudi. Dalam dunia globalisasi, sukar kita membendung pihak yang mempunyai capital dari menjadi majoriti pemilik saham yang boleh dijualbeli begitu sahaja.
Apabila saya ternampak booth ini, saya teruja. Ini peluang saya melihat bagaimana orang Ireland memboikot barangan Israel. Lalu saya berbual-bual dengan salah seorang penganjur, dan bertanya beberapa soalan. Pertama, bagaimana kita akan tahu bahawa barangan itu barangan Israel. Kedua, bagaimana memboikotnya.
Jawap beliau, mereka mengetahui sesuatu barangan itu diimport dari Israel dengan melihat kombinasi bar codenya. Maaf, saya tidak ingat tiga digit terakhir kerana saya sudah kehilangan risalah yang diberi kepada saya. Barangan itu sesetengahnya bukan jenama terkenal seperti yang kita ketahui. Namun ianya diimport dari Israel.
Kedua, dan ini sangat penting. Menurut beliau, jika kita ke mana-mana pasaraya, kita ambil barangan Israel itu dan bawa ke counter, dan tanya kepada cashier, adakah ini barangan buatan Israel? Sudah tentu jawapannya "yes" dan kemudian kita letak semula dan ambil jenama yang lain. Beliau minta semua orang berbuat perkara yang sama hingga menimbulkan kebimbangan bagi pasaraya-pasaraya untuk menjual barangan Israel lagi.
Mari kita lakukan perkara yang sama terhadap barangan Israel yang sedang dipasarkan di Malaysia.
4 comments:
kalau kita tanya bebudak casher kat malaysia pulak, dorang hanya tersengih je bro..dorang bukan ambik port pun barang tu datang dari mana.janji gaji masuk.takde nak janji lapan tapi dapat enam.tak payah nak bahagi tiga.
hu hu hu, YB Raz, tajam menikam kata-katamu itu.
Mungkin ini dapat membantu - http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html
Barcode Israel adalah 729.
Info dari - http://www.inminds.co.uk/boycott-news-0073.html
Nani
Mana boleh boikot Israel?Tu penaja utama bontot sayangku.
Post a Comment