Followers

Friday, February 24, 2012

Azizan Razak Ikut Jejak Hasan Ali?

Apa sudah jadi dengan PAS sekarang? Dengar ceritanya PAS ada ura-ura menukar Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak dari menjadi MB Kedah sekarang.

Dalangnya, Datuk Pharolrazi dan Ismail Saleh, dua orang exco Kedah sudah menemui Presiden Parti, Haji Hadi Awang dalam usaha untuk menjatuhkan Azizan Abdul Razak. Ura-ura pucuk pimpinan PAS minta Azizan meletakkan jawatan sudah lama kedengaran.

Saya mendapat feedback dari rakan-rakan di Kedah, Azizan seorang MB yang mesra rakyat, dan walaupun beliau seorang MB dari parti PAS, beliau tidak membezakan pengikut PAS dan UMNO. Malah kadang-kadang beliau banyak membantu 'orang UMNO' jika beliau rasa mereka layak dibantu.

Ada beberapa pemimpin UMNO yang tidak ada peluang mendapat anugerah Dato', saya dengar cerita turut di rekomen oleh MB PAS ini. Mungkin, ini kurang disenangi oleh pimpinan PAS yang lebih rela melihat muslimahnya menyanyi lagu 'Mampos UMNO'. 

Dalam isu KUIN dimana pelajar dikenakan tindakan mengikut peruntukkan AUKU, Azizan juga turut menyokong AUKU, dikatakan mengabaikan kitab suci PR iaitu Buku Jingga. Lebih parah, Azizan berkata Buku Jingga bukan Al Quran yang perlu dipatuhi 100 peratus.

Nampak gayanya mungkin ada seorang lagi tokoh PAS yang bakal menjadi Hasan Ali. Dan kita tunggu sajalah media-media pro PR seperti Malaysiakini, Tukar Tiub, Penarik Beca, Milo Suam untuk memulakan pembunuhan karakter seorang lagi renegade PR.

Mana-mana yang terbuang, terus dilabelkan 'perkakas BN'. Dan ini golongan yang memperjuangkan ketelusan.

1 comment:

pukimaq said...

Buku Jinggay tu ideanya dari homo cun ni yang suka bontot sayangku.