Dalam debat CSL dengan Khalifah LGE, CSL berkata:
"DAP is different from those days. Today, it has formed an opposition alliance with PAS and PKR.PAS will not easily give up their plan to make Malaysia an Islamic country and implement hudud law".
Menurut Lim Kit Siang, BN memainkan sentimen 'takut ke PAS' untuk orang Cina, dan 'takut ke DAP' untuk orang Melayu/Islam. Dalam satu perjumpaan dengan ulama dan pemain maya, DSN dilaporkan mengatakan jika Melayu undi PAS, sama dengan mengundi DAP. Mereka - DAP dan PAS - tidur atas katil yang sama, namun mimpi lain-lain.
Menurut LKS lagi, logik kedua-dua pemimpin ini mentidaklogikkan satu sama lain(cancel each other's argument). Jadi bagaimana?
Sebenarnya, sesiapa yang memahami sejarah akan bingung dengan politik yang dimainkan oleh dua parti yang bagaikan minyak dan air ini. Secara fitrah, minyak dan air tidak akan bercampur.
PAS parti yang ditubuhkan bagi menyaingi UMNO kerana UMNO parti yang bertunjangkan nasionalisme, kebangsaaan dan tidak Islamik menurut mereka. Malah mereka mengutuk dasar UMNO yang membentuk Barisan Nasional, berkongsi kuasa dengan kaum lain yang tidak Islam. Mereka mahu Malaysia ini menjadi negara Islam mengikut acuan mereka.
PAS parti radikal Islam. Itu fitrahnya.
Manakala DAP pula wujud sebagai anak rohani PAP, parti yang menafikan Melayu sebagai penduduk asal, dan Malaysia hanya untuk semua orang Malaysia tanpa mengambil kira Melayu sebagai penduduk asal. Sudah tentu soal Islam dan kepentingan Melayu tidak ada dalam agenda mereka. Baik Melayu, Cina dan India akan dilayan sama tanpa mengira latarbelakang.
Baik bunyinya bukan?
Namun selepas merdeka, berapa ramai Melayu jadi doktor, lawyer, arkitek, businessman dan sebagainya? Melayu hanya petani dan guru, beberapa kerat anak aristokrat dilantik menjadi pegawai kerajaan. Hanya itu.
Kaum Cina dengan modal dan keupayaan menguasai ekonomi sudah tentu lebih dominan; dan akan sentiasa menang dalam pertandingan apa saja.
Melayu tidak akan sampai ke tahap ini jika sejak merdeka Malaysia diterajui oleh DAP. Walaupun sudah 60 tahun merdeka, generasi muda yang lahir dengan ibubapa kaya dan berkemampuan sudah lupa betapa daifnya leluhur mereka. Mereka tidak merasakan DAP sebagai ancaman lagi. Mereka secara naive percaya bahawa konsep Malaysian Malaysia itu konsep yang bagus.
"Equality of unequal is inequality."
Kita ambil contoh Singapura. Singapura masih menghormati perlembagaannya yang menjamin hak istimewa orang-orang Melayu. 80% penerima biasiswa mereka adalah orang Melayu. Dari segi 'struggle for the fittest', Melayu Singapura lebih berjaya jika dibandingkan dengan Melayu Malaysia.
Setidak-tidaknya Melayu Singapura tidak mempunyai sindrom 'generasi kedua Felda' yang menjadi beban kerajaan. Mereka survival dan tahu kemahiran hidup. Tapi ke mana mereka?
Seorang rakyat Singapura pernah memberitahu saya, Melayu Singapura tidak akan dipromote lebih hanya sekadar kaptain dalam tentera republik berkenaan. "Ability is nothing without opportunity", kata Napoleon.
Seorang rakyat Singapura pernah memberitahu saya, Melayu Singapura tidak akan dipromote lebih hanya sekadar kaptain dalam tentera republik berkenaan. "Ability is nothing without opportunity", kata Napoleon.
Saya masih percaya jika DAP dapat kuasa, walaupun hak istimewa orang Melayu dipelihara dalam perlembagaan, melalui tindakan siasah yang terancang, Melayu masih boleh terpinggir seperti Melayu Singapura.
Untuk meraih undi, DAP sanggup memakai baju Melayu, masuk masjid, quote Quran dan hadis namun ideologinya sama: Malaysian Malaysia. Dalam keadaan yang lain, PAS juga sanggup menjadi sesumpah menggugurkan negara Islam, berlembut dalam soal hudud dan ingin menonjolkan imej liberal, malah pluralisme.
Jika kedua parti dalam Pakatan Rakyat ini menjadi kerajaan, boleh kita ramal siapa yang akan prevail? Kita semua tahu mereka hanya sesumpah yang menukar warna untuk ke Putrajaya.
Lebih baik saya tidur dengan syaitan yang saya kenal dari malaikat yang saya tidak kenal.
1 comment:
Homo cun ni suka tidur dengan sayangku yang suka bontot.
Post a Comment