Semalam saya ke Temerloh menghadiri Konvensyen Media Sosial, atau Jelajah MyVo1ce peringkat Pahang. Saya salah seorang yang terlibat. Kebetulan pada petangnya ada program Hasan Ali, program 'Bicara Ummah' dan saya mengambil kesempatan untuk mendengarnya.
Sebelum ini sudah banyak kata-kata beliau, nukilan-nukilan dan bicaranya yang telah dibahaskan. Seorang blogger pembangkang membandingkan Hasan Ali dengan Azhar Idris dan mengutuk Hasan Ali kerana jika ingin mempertahankan akidah, apa perlu membuka keburukan PAS?
Untuk berlaku adil, saya hadiri ceramah beliau dan mendengar sendiri dari hanya mendengar spin sebuah blog pembangkang yang dikendali oleh seorang yangkita tidak pasti jantan ke betina(jantina).
Dalam ceramahnya, Hasan Ali tidak memburuk-burukkan PAS. Beliau mengajak audience kembali mengukuhkan akidah, syariah dan akhlak. Itu saja. Beliau juga mengajak audience menyokong konsep IMRnya atau Islam, Melayu dan Raja melalui NGO JATI.
Namun apabila bermula sessi soal jawap, ada audience mengajukan soalan yang perlu dijawap. Antara soalan yang dikemukan adalah: adakah bilangan rumah urut di Selangor lebih banyak dibawah PKR jika dibandingkan dengan zaman BN, persoalan DUMC; adakah benar pada pendapat Hasan Ali Anwar benar-benar meliwat dan ke mana hala tuju JATI.
Dalam sessi ini sebenarnya beliau 'terpaksa' mendedahkan kelemahan bekas partinya PAS. Menjawap soalan pertama, beliau menyatakan beliau tidak mempunyai statistik yang lengkap untuk membandingkan antara zaman BN dan PR. Ini kerana rumah urut yang tidak berlesen cambah lebih cepat dari yang berlesen.
Walaubagaimana pun, menurut beliau, sebagai Exco Agama, beliau cuba dengan kuasa yang ada padanya menguatlkuasakan undang-undang. Menurut beliau, pertama sekali yang beliau ingin tangani adalah arak. Beliau menegaskan, arak ini tidak membabitkan bukan Islam kerana tidak salah bukan Islam meminum arak cuma beliau cuba menghalang orang Islam dari meminumnya.
Usaha ini tidak disenangi oleh DAP dan PKR. Itu tidak mengecewakannya. Lebih mengecewakan ialah, PAS sendiri sebenarnya tidak senang dengan tindakan beliau. PAS minta Hasan Ali tunduk kepada kehendak DAP dan PKR.
Menurut Hasan Ali lagi, jika beliau ingin kekal sebagai exco, beliau perlu menuruti saja kehendak PAS tetapi beliau tidak sanggup menjual Islam dengan harga yang sedikit. Ini menyebabkan beliau dipecat dan beliau tidak kesal barang sedikitpun kerana PAS sudah bukan parti yang memperjuangkan Islam lagi. Malah boleh dikatakan sekarang ini, PAS sendiri sebenarnya parti yang menghalang cita-cita negara Islam.
Tentang DUMC, beliau mengatakan memang ada gerakan tersusun untuk memurtadkan orang Islam. Program 'berbuka puasa' yang diadakan sebenarnya tidak bertujuan berbuka puasa, dengan adanya unsur-unsur doktrin yang cuba merosakkan akidah Islam. Beliau juga berkata mereka tidak menyerbu gereja, sebaliknya menunggu hingga majlis tamat dan cuma ambil tindakan pada orang-orang Islam yang terlibat. Mereka tidak menyentuh gereja pun kerana JAIS tidak mempunyai jurisdiction dalam hal ehwal bukan Islam.
Dalam hal Anwar, Hasan Ali mengatakan bahawa mahkamah mendapati beliau tidak bersalah tetapi tidak mengatakan kejadian liwat itu tidak berlaku. Hasan Ali turut mempersoalkan mengapa susah sangat Anwar bersumpah jika beliau benar kerana persoalan moral beliau ini amat penting dibersihkan. Tapi menurutnya lagi, ini pandangan peribadi Hasan Ali sendiri. Meyakini Anwar memang tidak layak menjadi PM kerana moralnya, beliau membuat keputusan untuk 'memerangi' Anwar dengan menghalang beliau dari menjadi PM.
Apabila ditanya hala tuju JATI, beliau kata NGO itu bertujuan mempertahankan Islam, Melayu dan Raja. NGO itu akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang sesuai dengan aliran Islam, Melayu dan Raja. Itu saja.
Saya ingin menjawap perbezaan Azhar Idrus dengan Hasan Ali. Hasan Ali seorang ahli politik dan dalam politik adanya tindakan. Azhar Idrus hanya penceramah, businessman dan peraih untung hasil kutipan derma. Bercakap lebih mudah dari membuat.
Dan kuasa tidak tertegak dengan hanya bercakap.
3 comments:
mmg benar apa yg saudara nyatakan kerana saya juga turut serta dlm program tersebut. marilah kita sama2 doakan agar YB Dato Dr Hassan Ali berjaya dgn agenda IMRnya
NGO-NGO dan bakal NGO 'berperang' menonjolkan ideologi masing-masing. Yang sedang jadi pemimpin ketawa terbahak-bahak melihat keletah NGO-NGo/bakal NGo ini.
acara2 penceramah-penceramah 'selebriti' skrg makin dapat perhatian..... tp jadi perbandingan dgn acara hiburan pula tu... aneh2....
Post a Comment