Followers

Sunday, February 26, 2012

Kelab Tibai Bini Orang.

Yang Hak Akan Timbul, Yang Batil Akan Terserlah.



Pada tahun 90an, Mat Sabu telah ditangkap berkhalwat di Hotel Perdana, di sebuah bilik bernombor 121 dengan isteri orang. PAS mengatakan fitnah UMNO, sedangkan kejadian berlaku dalam negeri di perintah PAS, Kelantan. Seperti biasa Mat Sabu didapati tidak bersalah, dan sekarang sudah menjadi Timbalan Presiden PAS.

Semalam, Ustaz Badrulamin Bahron telah ditangkap berkhalwat dengan isteri orang. Wanita berkenaan bernama Zatiwani, bekerja sebagai juruteknik di Kolej Komuniti Rompin. Suaminya bernama Fazli  Pungut.

Untuk berlaku adil, ini penjelasan Badrulamin dalam isu berkenaan:

"Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.(Jika Badrul Amin berfikir panjang, beliau perlu menghantar wanita untuk membantu dan mengelakkan fitnah, tak perlu pergi sendiri.)

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.(Berdua-dua dengan isterinya pukul 3 pagi, takkan nak harap dapat layanan umpama raja)

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.(Tuduhan tindakan terancang oleh suami wanita dan JAIP adalah alasan tipikal PKR)

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya."

Dr. Badrulamin Bahron

Saya meletakkan komen saya dalam kurungan terhadap kenyataan penuh Badrulamin.

Pada satu ketika, isteri Julius Caesar terlibat dengan sebuah skandal. Isterinya tidak bersalah tetapi tersilap menjerumuskan nama baik Caesar. Julius Caesar tetap menceraikannya. Apabila ditanya, jawap Caesar isterinya mesti bebas dari sebarang skandal sama ada benar atau tidak.

Dalam kes NFC, saya terbaca twitter pro PR minta Shahrizat berundur samada secara legal NFC bersalah atau tidak. Mereka nyatakan, Shahrizat mesti seperti isteri Julius Caesar. Sebagai orang politik, bila imej tercemar menurut mereka, mesti berundur.

Malangnya buat PR, mereka sering mengamal sikap double standard. Mereka minta piawaian yang tinggi terhadap pemimpin BN namun memejamkan mata terhadap kepincangan pemimpin mereka sendiri. Mat Sabu masih diangkat jadi Timbalan Presiden PAS. Anwar masih Ketua Umum walau video chinal doll menjadi bukti kukuh. Elizabeth Wong masih Exco walaupun skandal beliau dengan seorang lelaki Melayu yang sudah berkahwin terbongkar.

Cuba bayangkan jika pemimpin BN yang kantoi sedemikian. Kita boleh saksikan bagaimana mereka melalak minta si polan dan si polan meletakkan jawatan. Saya sendiri dalam blog ini minta Shahrizat berundur walaupun belum tentu dalam kes NFC ada unsur-unsur rasuah.( Kes itu masih dalam siasatan.)

PR sering melabelkan BN sebagai pengamal rasuah dan perompak. Kononnya mereka tidak. Kononnya mereka telus. Ada beberapa kes seperti kes pasir dan contract pakaian yang diberi kepada isteri Nga Kor Ming dikatakan kecil-kecilan jika dibanding dengan korupsi BN.

Ambiga kata pejam mata saja dengan rasuah kecil-kecilan. Bagi saya, PR tidak merampuk secara besar-besaran kerana mereka tidak berpeluang memerintah Malaysia. Mereka sebenarnya bukan tidak berniat untuk merampuk, hanya tidak ada kesempatan kerana belum pegang kuasa.

Jika soal moral rendah seperti ini boleh dipejamkan mata oleh ahli parti, bagaimana ahli parti ingin menjadi faktor 'check and balance' dalam kerajaan nanti. Sesungguhnya, taksub adalah penyakit yang parah.

Sesuci mana manusia biasa di akhir zaman, mereka tetap sukar melawan haloba dan nafsu. Wanita, harta dan takhta.








4 comments:

Anonymous said...

Bro,

Boleh kata Ustaz ini telah mengalami 'kekerasan' yang tidak dapat dikawal.

:)

Anonymous said...

"Sesuci mana manusia biasa di akhir zaman, mereka tetap sukar melawan haloba dan nafsu. WANITA, harta dan takhta."

Sangat setuju.. lepas tu adalah orang2 bodoh yg akan salahkan wanita yg kononnya tak menutup aurat. Walhal nafsu sendiri yg tidak boleh dikawal. Lepastu keluar fatwa macam2 untuk mengurung wanita dalam rumah. So pathetic..

RCZ

pukimaq said...

Homo cun ni teruja sangat dengan Kelab Tibai Bontot Orang.

Stim sioot said...

Ustaz dpt bini org free lgi sioot..sure waktu kena cekop air x sempat samput tu..hehehehe.