Followers

Friday, February 3, 2012

Bangsa Malaysia.

Melihat kekalutan dan api ketegangan kaum yang cuba dinyalakan oleh sesetengah pihak, mari kita lihat kepada masa silam. Pada tahun 1991, Datuk Sri Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia melancarkan Wawasan 2020. 

Ramai yang bercakap tentang Wawasan 2020 dari sudut menjadi negara maju. Visi Tun Dr Mahathir melangkaui sekadar pembangunan fizikal. Beliau menyentuh tentang pembentukkan sebuah bangsa. Bangsa Malaysia.

Saya turunkan definasi Bangsa Malaysia menurut portal 1Klik.

Konsep satu negara bangsa mempunyai makna yang dalam kerana ia bermaksud sebuah negara berdaulat yang rakyatnya tidak dapat diidentifikasikan melalui kaum, keturunan atau warna kulit. Pembentukan satu negara bangsa adalah menjadi pra-syarat kepada kemajuan kerana tanpa rakyatnya mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa, sebarang bentuk kerjasama untuk maju tidak akan terjalin. Bagi mengisi konsep ini istilah seperti perpaduan negara, kesetiaan kepada negara, keharmonian dan toleransi perlulah difahami dan diamalkan.


Dalam satu temuramah dengan NST pada April tahun 2009, Khoo Kay Kim menafikan bahawa Inggeris menjalankan dasar 'Pecah dan Perintah' di Tanah Melayu ini. Baca sini. Menurut Khoo Kay Kim lagi, sebenarnya Inggeris cuba menyatukan tiga kaum ini iaitu Melayu, Cina dan India namun mereka enggan.

Jelas sebenarnya bukan Tun Dr Mahathir seorang yang rasis. Sebagai seorang yang dianggap ultra Malay ketika awal karier politiknya mengejutkan beliau mencadangkan penyatuan bangsa Malaysia. Beliau ingin semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama menjadikan Malaysia sebagai tempat menumpahkan ketaatan. Ini berjaya dilakukakan oleh Indonesia sebagai bangsa Indonesia lantas mengenepikan sub etnik dan kaum lain.

Sejarah menurut Khoo Kay Kim membuktikan polirisasi kaum di Malaysia ini bukan berpunca dengan dasar 'Pecah dan Perintah' Inggeris. Sememangnya kaum itu sendiri enggan merapatkan diri dan bersatu. 

Dalam bukunya The Malays, Milner mengatakan Melayu merupakan satu bangsa yang cosmopolitan, terbuka dan sanggup menerima idea lain. Malah mereka secara am meletakkan mereka sebagai orang Malaysia, Islam dan Melayu kemudian. 

Oleh kerana konsep 'bangsa' bagi Melayu itu adalah tingkat susila dalam masyarakat seperti bangsa raja, bangsa hamba dan sebagainya, mereka kurang memberi penekanan bangsa berdasarkan etnik dan keturunan. Dalam erti kata lain, Melayu sebenarnya mudah larut dalam keMalaysiaan yang ingin diterapkan.

Jika British gagal dalam menyatukan ketiga-tiga kaum ini, begitu juga dengan Tun Dr. Mahathir dan kerajaan BN yang mewarisi dasar beliau, sebenarnya apa penyelesaian kepada masalah 'Bangsa Malaysia'?

Jawapan saya hanya satu: hapuskan sekolah berdasarkan etnik atau sekolah vernacular. Selagi ini tidak diselesaikan, selagi itu parti berasaskan kaum masih penting di Malaysia.





Nota kaki: dalam satu wacana ilmiah seorang rakan blogger memberi pandangan, orang Melayu tidak perlu lagi menjadi terlalu Melayu, perlu lebih fokus kepada Malaysia kerana ini trend. Terlalu tebal ke Melayuan menurutnya seperti ketinggalan zaman. 

Saya faham maksud beliau, namun dalam  hati saya menangis.




7 comments:

Anonymous said...

AKU HENSEM

Sape kawan tuan yg dajal tu?
Apa salah ke menjadi Melayu?

BUANG MELAYU BUANG ISLAM
Itu PErlembagaan cakap.

sri tribuana said...

Salam,

dia seorang yg sgt saya hormati, bukan maksudnya dia ingin buang Melayu tapi, susah nak cakap...

pukimaq said...

Buang apa pun tak kisah.Jangan buang kebebasan meliwat bontot homo cun ni dah la.

Anonymous said...

"Trend" seperti fashion akan datang dan pergi, selalunya mengikut acuan dan agenda. Tapi jati diri lah yang selalunya kekal akan membawa bangsa lebih maju. Tiada istilah ketinggalan zaman dalam memajukan bangsa.

Tamingsari.

Anonymous said...

Saya setuju sekolah vernakular dihapuskan TETAPI sekolah kebangsaan juga patut hanya jadi sekolah kebangsaan.. bukan sekolah ugama.

Tiada paksaan untuk budak perempuan Islam untuk pakai tudung dan baju kurung. Tiada budaya cium tangan guru di sekolah. Tiada paksaan pakai serban semasa sembahyang Jumaat. Tiada ustaz yg pressure budak2 sekolah dengan mengatakan ibu2 mereka yg tak pakai tudung itu kafir etc etc

Sekolah kebangsaan perlu jadi sekolah neutral barulah aspirasi Bangsa Malaysia akan berjaya.

RCZ

sri tribuana said...

RCZ,

saya sokong 200%

Tinta Maya said...

saya sgt menyokong kenyataan saudara....tlg add ke blog saya.....http://tinta-maya-phg.blogspot.com