Followers

Monday, June 13, 2011

Malaysia Ingin Di BERSIHKAN Oleh Mereka Yang Kotor.

Sebaik terlantik sebagai Timbalan Presiden, Mat Sabu yang pernah terpalit isu khalwat dengan isteri orang terus ingin menganjurkan BERSIH 2.0. Beliau berjanji, PAS sahaja akan menyediakan seramai 300 ribu peserta bagi menyertai 'protes jalanan' ala Thai ini.

BERSIH mendakwa Pilihanraya yang diadakan di Malaysia ini tidak telus hingga membenarkan kerajaan yang memerintah gagal memperolehi 2/3 kerusi. Lantaran tidak telus ini, BN sebagai parti pemerintah juga telah kalah di Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah.

Sebenarnya pembangkang sudah bankrap idea. Mereka juga gagal menyediakan alternatif kepada permasalahan ekonomi. Jika mereka benar-benar ingin menjadi juara rakyat, mereka tidak perlu adakan demostrasi jalanan seperti ini.

Ekonomi Thailand lumpuh kerana demonstrasi jalanan. Sekarang, pembangkang di Malaysia cuba meniru kejayaan pembangkang Thailand tanpa memikirkan kesan kepada ekonomi Malaysia. Gerakan pembangkang ini selari dengan cara 'Economy Hitman' bekerja.

Sementara mereka bersorak kononnya berjaya membawa Malaysia kepada amalan demokrasi yang sebenar, pembangkang menjadi alat kepada kuasa besar untuk mencari alasan campurtangan dalam urusan ekonomi negara.

Pada tahun 1997, Anwar adalah orang yang sangat ghairah mendesak Malaysia menerima dana kewangan IMF. Jika IMF masuk, maka Malaysia akan kehilangan kemerdekaan ekonomi lagi. Ini yang sudah berlaku kepada Greek.

Bagi Anwar, dia hanya inginkan kuasa. Jika IMF atau Amerika boleh nobatkan dia sebagai PM Malaysia, dia akan sokong walaupun ini bererti bermula penjajahan kedua buat Malaysia. Jika Amerika adalah syaitan, Anwar adalah Doctor Faust yang sanggup menjual jiwanya demi kuasa.

Perhimpunan semacam ini boleh menyebabkan trafik jam yang teruk, orang ramai akan menjauhi tempat demostrasi diadakan. Penjaja kecil akan menanggung akibat kerana  perniagaan mereka terganggu. Jika ingin mengadakan demostrasi, lakukan ditempat yang tidak melibatkan 'collateral damage'. Penjaja kecil juga ada haknya untuk hidup aman damai.

Puak 'hooligan' sudah menguasai PAS. Bersama dengan bekas salah guna kuasa, Anwar bin Ibrahim yang memang suka melihat ekonomi Malaysia runtuh supaya kerajaan dipersalahkan, mereka akan mengkudakan orang Melayu berarak melakukan kebodohan. Sementara penyokong DAP hanya akan menikmati faedahnya.

Dan ini hasil kerja parti yang mendakwa memperjuangkan rakyat. 'PENGOTOR' yang ingin mem'BERSIH'kan Malaysia.


5 comments:

Anonymous said...

Demontrasi adalah kerja org kafir.

Perbuatan demonstrasi atau tunjuk perasaan adalah satu perbuatan yang tidak layak dilakukan oleh mana-mana muslim yang bermazhab Ahl al-Sunnah wa al Jama’ah iaitu golongan yang berpijak nyata dengan jalan sunnah. Bukan golongan yang menyatakan, “kami pun Ahl al-Sunnah”, tetapi mereka ini mengenepikan saranan dan tuntunan sunnah Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam. Mereka berada di jurang yang lain dan kita pula berada di dalam jurang yang lain. Meskipun demikian, apabila rakyat itu pula dipimpin oleh seorang pemerintah yang sering melakukan kemaksiatan dan mengengkari syariat Allah selagi tidak mengakibatkan ia kufur dan terkeluar dari Islam. Wajib bagi rakyat untuk menasihati mereka dengan cara yang sesuai dengan syariat. Memilih atau mengundi mereka dengan cara yang adil dalam usaha memartabatkan Islam dan mampu melaksanakannya.



Bantulah para pemimpin yang ada sekarang ini dengan nasihat yang baik sebagaimana perintah Allah kepada Nabi Allah Musa dalam menasihati Firaun. Kalau ‘buruk perangai’ mereka pun, tidak sekeji Firaun yang mengaku menjadi tuhan dan jika baik akhlak kita pula, tidaklah semulia akhlak Nabi Allah Musa. Muhasabahlah diri kita…

“Barangsiapa yang ingin menasihati pemerintah dengan suatu perkara, maka janganlah dipaparkan di khalayak ramai, tetapi hendaklah ia memegang tangan pemerintah dan bersemuka dengannya empat mata (secara berhadapan hanya dua orang). Jika pemerintah itu menerima nasihat tersebut, maka itu (yang diinginkannya) dan kalau tidak dia telah menyampaikan nasihat kepadanya. Dosa bagi dia (pemerintah) dan pahala baginya (orang yang menasihati).”

Wake UP! said...

Mana Menteri Amaran ni? Tangkap la mereka semua tu masuk lokap. Apa punya pengecut da...?

Anonymous said...

kita yang telah melihat pembohongann, fitnah yg dahsyat dan moral yg buruk drp PR...terutama DSAI, Mat Sabu. Mahfuz, Nik Aziz yg melacurkan agama perlu terus berdoa agar Allah Selamatkan dan martabatkan Islam, bangsa Melayu n Negara ini termasuk sekelian rakyatnya...InsyaAllah doa yg ikhlas dan berterusan akan Allah makbulkan...Percayalah kebenaran akan menang jg...tggulah...Doakan jg agar ahli politik dlm kerajaan yg rosak akhlak akan terpinggir dan doakan jg agar kaki tgn kerajaan yg menjadi perosak amanah n t jwb jg sedar akan kesalahan mereka...jgn kejar dunia...

Dot said...

IDEA PEMBONGAK NOMBOR WAHID MALAYSIA!!! SIAPA YG TERMAKAN HASUTAN PEMBONGAK NI SERUPA DGN TELAN TAIK KAMBING BULAT2 SEBAB TAK PIKIR APA YG ALLAH SWT DAH KURNIAKAN KPD MALAYSIA NI MERUPAKAN NIKMAT YG AMAT BANYAK YG TAK TERDAPAT PUN DI NEGARA2 ISLAM YG MENGAKU MEMERINTAH SECARA ISLAM...JGN LAH MENJASI UMAT YG KUFUR NIKAMT!!

Anonymous said...

zaman nabi dulu pun ada berdemo jadi kafir gak ker !! apa da hang ni